Thursday, March 31, 2011

My FX today cycle 9

Salam kat semua trader.

Minggu ni untuk urus niaga (27/03/2011-03/04/2011) menyaksikan aku trade hanya 2 position sahaja, 1 position masih floating dan 1 position tengah pending. Tiada sebarang position win mahupun loss setakat tarikh dan masa report ni diupload. 2 position ni akan aku ulaskan nanti bila dah tutup.

Sepanjang minggu ini, aku tidak jumpa sebarang position yang menepati syarat entry yang selaras dengan plan dan strategy yang aku gunakan dalam daily chart. Pada hemat aku, kebanyakkan pair dalam proses “pembetulan” selepas terkesan kerana faktor fundamental yang pada hemat aku berkait rapat dengan kejadian tsunami tempoh hari.

Pada hari terakhir dan penutup untuk trading bulan Mac 2011, aku menyaksikan peningkatan nilai equiti keseluruhan sebanyak 4%. Pada aku 4% not bad dan sudah melebihi target aku iaitu 3% sebulan. Secara purata kebiasaannya aku mencatat peningkatan equiti sebanyak 4% hingga 15% sahaja sebulan dan penyusutan equiti pula kebiasaan secara puratanya adalah dalam julat -2% sehingga -7% sebulan.

Seperti yang selalu Jamlus Jackson war-warkan jika seseorang pemorex berterusan mendapat peningkatan equiti sebanyak hanya 3% sebulan, ia akan berkesudahan dengan 42.58% setahun.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]