Thursday, February 16, 2012

PENGUMUMAN PENTING

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Sebagai tanda menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan perlaburan FOREX menggunakan Internet adalah HARAM semalam (15/2/2012, Khamis) yang ke udara di Media Massa Tempatan seluruh negara, maka penulis dengan ini menghentikan serta merta update siri Biar Betul dan My FX Today sehingga di beritahu kelak. Penulis tidak ada sebarang komen. Terima Kasih

Penulis.

Tuesday, February 14, 2012

My FX today cycle 55

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 2 win position, 6 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (5/02/12 hingga 12/02/12) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 7 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 30 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:

Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. Bila pasang sesuatu position aku akan make sure RRR (Risk Reward Ratio) aku sentiasa pada nisbah yang lebih besar kepada profit berbanding dengan loss. Walau bagaimanapun bila sahaja TS (Trailing Stop 100pips) yang aku set sudah trigger, aku akan analisa balik position tu untuk dapatkan the best expected and realistik TP(Take Profit). Tapi ini tidak bermakna TP yang aku setkan pertama kali tu aku hentam atau tangkap muat sahaja, TP tu still aku setkan base on “history condition” sesuatu currency.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Monday, February 13, 2012

Biar Betul Part 109

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Fikirkan seperti ini. Katakan aku menerima jemputan untuk menghadiri satu majlis keraian yang dianjurkan oleh seorang rakan. Aku pasti akan berbesar hati kerana telah dijemput dan sekiranya aku tidak dapat menghadiri diri di majlis tersebut aku akan memohon maaf kepadanya, aku memohon maaf kerana aku ingin menjaga hati seorang kawan. Ini adalah lumrah kehidupan yang kita jalani seharian. Pelaburan di forex pun sebenarnya bergini, cuma dalam kontek yang agak berlainan. Kawan yang menjemput aku di majlis keraian tersebut sebenarnya tidak kisah sama ada aku datang atau tidak. Malah jika aku tidak datang dan tidak memaklumkan kepadanya yang aku tidak hadir pun dia tidak kisah, tidak ambil peduli dan tidak berkecil hati. Andaikata aku hadir sekalipun dia tidak teruja dan tidak menyedari kehadiran aku. Jika aku tidak datang di majlis tersebut dia tidak tercari-cari. Hakikatnya, sama ada aku hadir di majlis tersebut atau tidak ianya adalah sama. Aku tidak penting dan tidak dipedulikan dan tiada siapa menanti kedatangan aku di majlis tersebut.

Inilah konteks sebenar pelaburan forex. Jemputan yang aku terima hanyalah sekadar jemputan, dan kawan yang aku anggap kawan sebenarnya hanya sekadar seorang yang aku kenal. Umpama ketika kita berada didalam teksi, pemandu teksi yang amat ramah dan bertanya khabar dan sebagainya sebenarnya hanya menanggap aku sebagai pelanggannya. Bukannya bertujuan untuk berkenalan dan seterusnya menjalinkan hubungan persahabatan yang sebenar. Pemandu teksi itu tidak lebih dari hanya seorang yang aku temui dan kenali untuk sementara waktu dan akan dilupakan keesokan harinya. Itulah perumpamaan broker dan arah tuju pasaran wang kepada aku. Maka itu jangan sesekali tersilap dan menanggap broker dan arah tuju pasaran wang adalah kawan, ianya bukan kawan dan ianya adalah seperti kawan yang menjemput aku untuk sesuatu majlis atau pemandu teksi yang aku nyatakan tadi. Mereka tidak kisah tentang siapakah aku. Kenali siapa kawan dan siapa lawan amat penting. Pastikan teknik aku mempunyai kaedah untuk menentukan “stop loss”. Kerana tanpa “stop loss”, arah tuju pasaran wang yang bertentangan mampu meranapkan keseluruhan pelaburan forex aku.

Sehingga berjumpa lagi

Wednesday, February 8, 2012

Biar Betul Part 108

Tips from Mary Sari

It ok to read a lot of book, walaupun penulisnya bukan investor. Setiap buku memberi peluang untuk membuka minda dan tidak mustahil kita akan menyedari banyak perkara remeh yang selama ini kita terlepas pandang. Anyway, almost semua buku menegaskan, syarat utama untuk berjaya cuma 3 sahaja seperti berikut:

-Disiplin
-Money Managment
-Teknik

Ramai pemorex memikirkan teknik adalah yang paling penting, sebenarnya teknik adalah yang ke 3 terpenting. Most investor fail sebab mereka meletakkan teknik sebagai syarat pertama. It take me almost 3 year to realize this fact.

Sehingga berjumpa lagi

Sunday, February 5, 2012

My FX today cycle 54

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 1 win position, 3 cancel position dan 1 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (29/01/12 hingga 5/02/12) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 7 position yang tengah floating dan 1 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -367 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:

Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. Bila pasang sesuatu position aku akan make sure RRR (Risk Reward Ratio) aku sentiasa pada nisbah yang lebih besar kepada profit berbanding dengan loss. Walau bagaimanapun bila sahaja TS (Trailing Stop 100pips) yang aku set sudah trigger, aku akan analisa balik position tu untuk dapatkan the best expected and realistik TP(Take Profit). Tapi ini tidak bermakna TP yang aku setkan pertama kali tu aku hentam atau tangkap muat sahaja, TP tu still aku setkan base on “history condition” sesuatu currency.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, February 3, 2012

Biar Betul Part 107

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Bila melabur di forex, sama ada untung atau rugi, broker tetap untung dengan mengambil keuntungan dari “spread entry” yang dilakukan. Broker suka pelabur melakukan sebanyak mungkin “entry” kerana setiap “entry” adalah keuntungan buat mereka. Broker tetap untung dan selagi mereka menyediakan perkhidmatan yang efisien, mereka pasti akan menerima banyak pelanggan baru dari masa kesemasa yang akan mencuba nasib di arena forex. Apa yang aku ingin tekankan disini ialah, kejayaan pelaburan di forex sebenarnya adalah ditentukan oleh diri aku sendiri. Sebab itu melabur dengan bersandarkan tip-tip dari kawan semata-mata tanpa strategi adalah satu kesilapan.

Aku pernah dengar pendapat yang menyatakan tak perlu pasang “stop loss” sebab trend sudah betul, tak perlu “stop loss” sebab kalau ada perubahan harga ianya adalah bersifat sementara dan paras harga akan melakukan pembetulan dengan sendirinya. Pendapat ini ianya adalah satu kesilapan, fikirkan begini, broker tidak kisah aku untung atau rugi, pasaran mata wang tidak terjejas dengan untung rugi pelaburan aku. Aku pula beranggapan pasaran wang akan mengikut arah tuju seperti yang aku ramalkan. Sedarkah aku semua pihak disekeliling aku tidak kisah dan ambil peduli mengenai pelaburan aku dan aku pula beranggapan mereka adalah kawan aku. Aku silap, mereka bukan kawan aku. Sebab itulah aku mesti meletakkan “stop loss”, kerana jika harga bergerak melawan aku tidak mustahil mereka yang aku anggap kawan tadi akan menghancurkan keseluruhan pelaburan forex aku.

Sehingga berjumpa lagi

Wednesday, February 1, 2012

My FX today cycle 53

Salam semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 4 win position, 3 cancel position dan 1 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (22/01/12 hingga 29/01/12) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 6 position yang tengah floating dan 2 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 567 pips.

Minggu ni aku lambat sikit upload report sebab busy pasal kerja.