Tuesday, September 10, 2013

Biar Betul Part 123




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Adakah  aku mempunyai plan
Adakah aku mempunyai apa-apa plan atau perancangan sebelum aku bermula. Apakah matlamat aku? Bila aku ajukan soalan ini kepada rakan-rakan yang melabur, jawapan yang biasa aku dengar ialah matlamat utama adalah untuk berjaya dan mampu menjadikan urusniaga forex sebagai periuk nasi. Soalan aku seterusnya apakah perancangan aku untuk mencapai matlamat tersebut. Jawapan yang biasa aku dengar ialah melakukan  aktiviti forex sepenuh masa, 24 jam, bawa komputer riba kemana-mana dan sentiasa memantau arah tuju mata wang dengan alasan tidak mahu terlepas peluang.
Aku tidak bertujuan untuk menyarankan strategi tertentu yang khusus untuk aku guna pakai. Ianya terpulang kepada aku, cuma yang ingin aku tekankan aku mestilah mempunyai strategi yang ringkas, mudah dan  bersesuaian dengan cita rasa aku.

Bila aku menyatakan aku seharusnya mengenali cita rasa aku sendiri ianya secara mudah bermaksud aku seharusnya mengenali apakah teknik pilihan aku. Adakah aku seorang yang suka menggunakan teknik “scapling”, teknik “pending”, teknik “faudumental” dan  pelbagai lagi ciri-ciri tertentu yang bersesuaian untuk strategi-strategi tertentu. Aku sendiri secara peribadi mengemari teknik yang mudah dan ringkas dan aku hanya  meluang masa tidak lebih dari 15 minit sehari untuk  aktiviti forex. Aku tidak gemar duduk berjam-jam didepan komputer.  Tidak aku nafikan pada awalnya aku juga gemar dan mampu mengadap komputer sekitar 8 jam sehari, tetepi lama kelamaan  aku keletihan  dan mula mengalah.

Thursday, September 5, 2013

Biar Betul Part 122





Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Mulai sekarang, pastikan aku melihat bayangan kejayaan  aku dan  aku yakin  selagi aku sentiasa melihat bayangan kejayaan aku, aku pasti tidak akan berputus asa. Kukuhkan minda,mantapkan matlamat dan  yakinlah aku pasti berjaya jika aku mahu berjaya.  Jalan untuk aku berjaya akan terbuka  dengan sendiri dan aku  hanya perlu  berdisiplin untuk melakukannya lagi dan lagi.

Aku menulis seperti ini  khusus untuk memantapkan  disiplin dan mengawal emosi aku sendiri. Setelah hampir 3 tahun  bergiat  dan melabur di forex, aku kini menfokuskan keseluruhan kudrat aku untuk hanya satu matlamat. Membaiki dan mendisiplinkan diri sendiri. Hanya itu yang utama. Aku mengakui kerugian aku selama ini semuanya  berpunca dari diri aku sendiri. Jika aku ingin berjaya aku hanya perlu pertingkatkan kemantapan minda  sebenar  sebagai seorang pelabur. Kesemua pelabur berjaya adalah kerana mereka  berjaya mengawal minda dan emosi ketika melabur.

Sunday, September 1, 2013

Biar Betul Part 121




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Ramai pelabur melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali dan setiap kali  aku gagal aku menyalahkan pihak lain selain dari diri aku sendiri. Aku akan hanya menang jika aku fikir aku akan menang. Jika aku fikir aku akan menang aku pasti sedar kerugian atau keuntungan ketika aku melabur hanyalah bersifat sementara dan aku mesti ada kekuatan untuk meneruskan pelaburan aku seperti yang telah aku rancangkan dalam apa keadaan sekalipun. Kalau aku tidak pernah merancang plan kejayaan aku , aku secara tidak langsung sebenarnya telah merancang untuk gagal.

Bayangkan kembali cita-cita dan matlamat aku. Ia akan memberikan aku kekuatan dalaman dan mengembalikan semangat aku. Setelah aku kembali tenang, renungkan diri aku sendiri. Aku tidak mempunyai kekuatan mental untuk menangani cabaran dan dugaan ketika melakukan aktiviti pelaburan.

Aku sendiri membayangkan  suatu hari nanti aku akan mencapai kebebasan kewangan melalui cara ini dan aku komited melakukannya. Ianya adalah satu proses yang bukan sekejap dan merupakan satu rancangan jangka panjang. Jika aku sudah mulai megakui semua kesilapan adalah berpunca dari aku sendiri, pastinya aku akan melakukan penilaian yang lebih tulus dan kesannya aku akan membaiki diri aku sendiri khususnya didalam memantapkan lagi mental aku sebagai seorang pelabur.