Monday, August 29, 2011

My FX today cycle 30

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 1 win position, 5 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (21/8/11 hingga 28/8/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 3 position yang tengah floating dan tiada position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 23 pips.
Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:




Tak banyak entry dibuat sepanjang minggu lepas, aku tak nampak pembentukan fibo yang jelas dan retrace sekurang-kurangnya 50% pada resistance atau support. So masa ni dalam fasa tunggu dan lihat, dah masuk 3 minggu macam ni, no wonder Mary Sari dan Jamlus Jackson selalu kata main forex ni memang boring giler. Jamlus Jackson selalu kata kalau tak nak boring baik main Jet Ski atau keta remote control. Jamlus Jackson kata kalau nak serius main forex, satu jer syaratnya, follow your plan and trade what you see not what you think.

Kepada semua pemorex yang sambut aidilfitri, Selamat berhari raya, aku pula tahun ni raya ketiga aku ambil flight pergi Jakarta, nak sambut raya kat sana pula.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Biar Betul Part 69

“Perbezaannya jelas dan nyata, dan ianya berkait rapat dengan cara kita berfikir”, jawab Mary Sari lagi. Sambil tu dia membetulkan sedikit gaya duduknya dengan penuh sopan.

Mary Sari menyambung lagi dialognya, katanya:

“Cara kita berfikir, sama ada positive thinking,negative thinking, kreatif thinking and power thinking will make big different dalam menentukan kejayaan kita ketika main forex ni”, jelasnya lagi sambil tu menghirup lagi Horlick panas tadi.

“Apa tu? positive,negative, kreatif and power thinking, pernah juga dengar, tapi apa benda tu?”, tanya aku lagi kat Mary Sari.

Mary Sari senyap sekejap, baru sahaja dia hendak menyambung balik dialognya, tiba-tiba handphone Mary Sari berdering. Segera dia keluarkan handphone dari poket sebelah kanan seluar jeans biru yang dipakainya dan dia tekan button answer:

Aku hanya dengar dan lihat. Sebelum tu Mary Sari cakap senyap-senyap kat aku, dia kata: “Daddy saya call, sekejap yer”

Mary Sari berkata kat handphone dia, “Walaikum salam, baik,daddy, mama dan adik-adik apa khabar?”

Sayup kedengaran perbualan antara mereka. Mereka berbual dalam bahasa Indonesia. Aku hanya faham sepatah dua kerat sahaja. Tengok gaya nampak sangat dia ni memang manja kat kat ayah dia, aku tengok gaya dia berbual dengan ayah dia macam budak-budak jer.

Aku hanya minum dan teguk teh tarik yang masih suam-suam panas tu perlahan-lahan. Agak lama juga mereka berbual. Iye ler, anak diperantauan mesti rindu dengan keluarga terdekat yang jauh dimata. Aku hanya biarkan dan tak masuk campur. Biarlah Mary Sari berbual dengan ayah kesayangannya.

Setelah 25 minit berlalu, perbualan handphone Mary Sari berakhir, dia letak kembali handphonenya tadi kat dalam poket dan dia kata kat aku:

“Maaf yer Sham, daddy dan mama I call, seronok sangat berbual dengan mereka sampai lupa pula dengan awak, kesian awak tunggu lama”, kata Mary Sari lagi

Aku jawab,”Tak apa, I tak kisah, it ok, tak perlu ler nak minta maaf pula, famili awak apa khabar”, aku tanya Mary Sari selanjutnya.

“Mereka ok, semua sihat”, jawab Mary Sari ringkas

Mary Sari menyandarkan badannya di kerusi, kemudian dia bersuara lagi menyambung perbualan kami yang terganggu sebentar tadi kerana panggilan talipon tadi. Mary Sari kata kat aku:


“Kita berhenti tadi takat awak tanya saya apa dia positive, negative, kreatif and power thinking kan?”, tanya Mary Sari kat aku untuk memulakan kembali perbualan.

“Iye”, aku angguk sedikit.

Mary Sari kemudiannya membetulkan lagi gaya duduknya dan dia kata kat aku:

“Biar saya lukis dulu something kat dalam ipad ni”,

Mary Sari lantas keluarkan lagi Ipad yang dibawanya, dia lukis sesuatu. Aku hanya leka memerhati. Sesekali aku tengok-tengok skrin TV just in case ada citer best tengah main, tapi so far tak ada citer yang menarik perhatian aku kat TV. Aku terus memerhati gelagat Mary Sari.

Sehingga berjumpa lagi.

Thursday, August 25, 2011

Biar Betul Part 68

Tak lama lepas tu, SMS masuk lagi. Aku buka dan baca, Jai Idrus reply SMS aku tadi dia kata : “Ok set, see you tomorrow. Kirimkan salam aku kat awek tu he he he he”

Aku taip balik untuk balas,”Awek tu tak layan lelaki sederhana hensem macam kau…he he he..ok see you tomorrow”. Aku tekan button send.

Aku meneruskan kembali perbualan aku dengan Mary Sari, sesekali aku tengok-tengok skrin handphone aku, just in case Jai Idrus balas SMS aku tadi. Tak ada balasan. Segera aku tanya lagi kat Mary Sari. Aku kata kat dia:

“So ciri-ciri tadi iaitu boring, less effort, easy and stress free adalah bertentangan dengan “old school”, macam mana tu?”.



Mary Sari senyum dan dia kata kat aku:

“Dah habis ker berSMS tu, seronok jer nampak siap senyum sorang-sorang jer saya nampak masa awak taip SMS tu tadi”

Aku balas,” Bila? tadi tu ker?, he he kawan saya yang hantar, dia kata dia baru jer nampak saya dengan sorang awek masa dia pandu lalu area ni tadi, saya tak perasan pula masa dia pandu lalu sini tadi.”

Aku berhenti sekejap dan kemudian aku sambung lagi, aku kata:

“Dia kirim salam kat awak. Dia kata awak cantik”

Mary Sari hanya senyum kat aku, dia kata balik kat aku,” Iye ker, nanti cakap kat dia saya cakap terima kasih sebab puji saya”, sambil tu di meneguk lagi Horlick yang di order tadi.

Mary Sari bersuara lagi, dia kata kat aku,”So ciri-ciri yang saya cakap tadi memang berlawanan dengan “old school” kerana ramai trader expact sesuatu yang berbeza bila dia melibatkan diri dalam forex”

Aku segera tanya,”Apa yang trader expact sebenarnya”.

Mary Sari jawab, dia kata,” Mostly trader expact something interesting, something tough, something complicated dan something stressfull in order untuk berjaya’.

Dia berhenti sekejap, kemudian sambungnya lagi,” Trader cenderung kepada ciri-ciri ni , it normal as human kita guna kemampuan kita untuk copycat and since kebanyakan trader asalnya adalah seseorang yang berlatarbelakangkan pengalaman selain dari bidang trading, maka mostly trader menghadapi kesukaran untuk adapt pada mindset sebenar seorang trader, they seem to have no other option”

“Seem to have no other option?. Apa maksudnya tu”, tanya aku, rasa ingin tahu aku meluap-luap. Mary Sari kata lagi kat aku, dia jawab:

“Macam saya cakap awal-awal tadi, contohnya sebagai seorang pelajar, adalah perkara biasa untuk seseorang pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya, selepas tu bila berada di alam pekerjaan, dia membawa sikap yang sama dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga akhirnya berjaya meraih pangkat dan gaji yang besar dan guess what kalau orang macam ni main forex?”. Mary Sari sudahi penjelasannya tadi dengan satu soalan untuk aku.

Aku diam sekejap, kemudian aku jawab:

“Ok, I understand this guy will diffenetly thought that, if nak success main forex dia juga mesti berusaha bersungguh-sungguh and tidak mungkin berjaya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh”

Segera Mary Sari jawab,”Betul, tu ler yang saya maksudkan, berusaha bersungguh-sungguh memang tangga kejayaan, cuma cara kita menterjemahkan “usaha” tadi adalah dalam kontek yang berbeza antara trader yang berjaya dengan trader yang tak berjaya”

“Bebeza? berbeza macam mana tu”, tanya aku lagi kat Mary Sari. Perbualan kami semakin menarik. Aku menoleh melihat jam di tangan kanan aku. Sedar tak sedar jam sudah hampir 10pm. Movie yang kami nak tengok nanti midnight show pukul 12.30pm. Masih ada sekitar 2 jam lagi, malam masih panjang fikirku.

Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, August 21, 2011

My FX today cycle 29

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 1 win position, 2 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (14/8/11 hingga 21/8/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 1 position yang tengah floating dan 4 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 200 pips. Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:



Tak banyak entry dibuat sepanjang minggu lepas, aku tak nampak pembentukan fibo yang retrace sekurang-kurangnya 50% dan pembentukan resistance atau support yang jelas. Sepanjang minggu lepas aku nampak pair-pair utama dunia berada dalam fasa pembetulan setelah pengaruh faudumental yang agak ketara minggu sebelumnya yang menyaksikan aku mengalami penyusutan equiti sebanyak 12%, satu penyusutan yang terbesar yang pernah aku alami dalam tempoh seminggu.

Kat bawah ni aku sertakan snap shot satu-satunya position yang aku win last week sebagai rujukan. Selamat memorex dan selamat berpuasa.




Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]


Biar Betul Part 67

“Pendekatan yang berbeza? Apa tu”, tanya aku pantas kat Mary Sari.

Baru sahaja Mary Sari hendak memulakan lagi dialognya. Tiba-tiba:

“Ewah, ewah kak Mary ni, hangat nampak berbual tu”, sapa Nani sambil menghidangkan minuman yang Mary Sari order tadi.

“Leerrr, lamanya Nani, lagi sepuluh minit kalau tak sampai mau pengsan kehausan saya”, kata Mary Sari dengan selamba.

“He he he sori kak”, balas Nani lagi sambil ketawa sedikit. Dia hidangkan dengan kemas teh tarik kurang manis untuk aku dan Horlick panas untuk Mary Sari. Selepas tu dia beredar tapi sebelum tu, sempat juga dia berborak sekejap dengan Mary Sari. Aku hanya tumpang dengar dan memerhatikan Nani dan Mary Sari dengan penuh minat. Mereka berbual pasal application Nani nak masuk university. Seketika kemudian Nani pun beredar dan aku hanya memerhati dia melangkah pergi.



Mary Sari hirup seteguk minuman yang Nani hidangkan tadi. Aku pun sama, aku hirup seteguk air teh tarik tadi. Ketika meneguk minuman, mata Mary Sari yang bulat leka memerhati aku, kemudian dia letak balik mug kemas diatas meja , dia kata kat aku:

“Awak tanya saya tadi apa dia pendekatan yang berbeza yang saya maksudkan tadikan”, kata Mary Sari lagi.

“Haa aa, apa dia?”, jawab aku segera.

Mary Sari bersuara lagi, dia kata:

“Untuk berjaya main forex ni, seseorang trader mesti berusaha, semua trader tahu tanpa usaha mereka tidak akan berjaya. Masalahnya ramai trader tak tahu sebenarnya apa yang dia lakukan untuk berjaya di arena forex ni sebenarnya menuntut pendekatan yang berbeza”

Dia diam sejenak, dan kemudian sambung Mary Sari lagi:

“Logiknya bila kita berusaha lebih kita akan lebih berjaya, so ramai trader pun berusaha lebih sebab nak lebih berjaya, ramai trader juga ingat jika modal dia besar dia akan lebih berjaya, ramai trader cakap kalau trading forex ni, ianya mesti dijadikan satu aktiviti yang menarik, ramai trader juga ingat dia mesti spend banyak masa depan PCs untuk monitor price movement, ramai trader ingat kalau teknik dia mudah sangat pasti tak akan berjaya, ramai trader ingat main forex ni kalau tak stress tu namanya tak berjaya…hiiissshhh… banyak lagi…ni hanya sebahagian jer dari semua pendapat “old school” yang trader selalu praktikkan”

Mary Sari menghirup sedikit minumanya. Dia bercakap dengan penuh semangat, di wajahnya terlihat jelas apa yang dia sampaikan kepada aku adalah pengalaman sebenarnya. Selanjutnya sambungnya lagi:

“Pada saya untuk berjaya main forex ni, pendapat yang betul ialah, Pertama: forex is boring, Kedua: forex need less effort, Ketiga: forex is easy dan last sekali iaitu keempat: forex is stress free”.

Aku mengangguk tanpa faham dan setuju dengan pendapat Mary Sari. Suasana di restoran Norjas masih tenang tetapi kini agak sesak. Aku dan Mary Sari duduk dengan selesa kat situ. Aku hanya diam menunggu Maru Sari meneruskan ceritanya.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi, ada SMS masuk. Aku segera keluarkan handphone dari poket sebelah kanan. Aku tekan button unlock then aku buka dan baca SMS yang masuk tadi. Jai Idrus rupanya yang hantar, dia SMS aku:

“Salam Sham, aku nampak kau dengan awek dekat Norjas Café tadi, aku pandu lalu area tu tadi, lawa macam pelakon Indonesia awek tu he he he he,esok free kah? lepak masa lunch?”

Aku tekan button reply, aku taip ”Ok jugak, jumpa lunch time besok, awek tu memang orang Indonesia pun he he he he”, lepas tu aku tekan button send.

Sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, August 17, 2011

Biar Betul Part 66

“Dahaga ler”, kata Mary Sari.

Kemudian sambung Mary Sari lagi,”Copycat ni macam I cakap tadi adalah sikap semula jadi kita sebagai manusia, kita melakukannya tanpa sedar. Banyak kemahiran yang kita ada sekarang sebenarnya adalah hasil usaha “copycat” yang kita copy dari orang lain.”

Aku lantas pintas, aku kata kat Mary,”So, apa kaitannya dengan forex.”

Jawab Mary Sari lagi,”Dalam forex, ianya adalah sebab utama mengapa ramai pemorex susah untuk berjaya”.

Semakin menarik fikirku apa yang Mary Sari cuba sampaikan, segera aku tanya dia:

“Macam mana tu?”,

Mary Sari jawab, dia kata,”Simple, ramai trader bawa attitude copycat masa memorex”,




Sambungnya lagi,”Ramai trader fikir mereka akan berjaya sebab dia dah tahu teknik yang dipakai oleh seseorang yang telah berjaya. So dia percaya dia telah ‘copycat’ sesuatu cara atau kaedah yang betul dan jika dia hanya follow cara tu dia pasti berjaya. Awak setuju tak?"

Aku senyap sekejap kemudian aku jawab,” Yeap betul, jika dapat copycat cara yang betul pasti berjaya, tapi mindset yang betul pun mesti seseorang trader tu copycatkan juga”.

Mary Sari jawab balik,”Exactly, semua trader tahu untuk berjaya bukan sekadar copycat sistem tetapi mesti copycat juga mindset, tapi kerana kebolehan kita untuk copycat ini juga ler ramai trader gagal”, bersungguh-sungguh Mary Sari menyatakan pendapatnya.

Sambungnya lagi:

Katanya lagi,” Banyak contoh, contoh paling mudah: dalam kehidupan kita seharian, kita biasa dengar jika kita berusaha bersungguh-sungguh maka kita akan berjaya. Bagi seorang pekerja, lagi banyak buat OT lagi banyak income, also lagi banyak outstation lagi banyak income, lagi banyak meeting, lagi banyak projek bermakna lagi banyak dapat duit and may be juga dapat bonus. So pendek kata, jika “berusaha lebih” lagi maka akan dapat lebih income”

Mary Sari sambung lagi,” Ramai pemorex tanpa sedar bila memorex, dia juga amalkan attitude yang sama, ramai ingat kalau duduk depan Pc lama-lama boleh buat banyak duit, dalam lain perkataan tanpa sedar ramai pemorex terbawa-bawa sikap “untuk buat duit lebih mesti berusaha lebih”, sebab tu ada pemorex bila miss jer trading sebelah pagi ingat dia akan cover trading yang miss tu dengan trade masa lunch, or vice versa”

Aku terus diam, membiarkan Mary Sari terus bercakap, dia bercakap begitu petah sekali, memang talent seorang pengajar.

Mary Sari toleh kanan dan kiri, dia kata,”Lamanya minuman yang saya order tadi”

Aku jawab Mary Sari,” It ok, manusia boleh hidup tanpa minuman untuk 5 hari, should be ok, tunggu jer ler, sambung ler citer awak lagi”,

Mary Sari sekadar senyum kat aku, dia kat, “Hisss, awak ni Sham. Ok pasal copycat mindset tadi, apa yang nak saya katakan ialah sebenarnya tanpa kita sedar kebolehan ini jugalah punca utama ramai pemorex gagal”,

Aku diam dan mendengar dengan teliti,” Explain lagi kat kat saya, I tak berapa fahamlah”.

Mary Sari jawab, dia kata kat aku,”Step pertama ramai trader copycat system dan strategi, step kedua dia implimenkan teknik dan strategi yang dia copycat kan tadi, tapi ramai yang tak berjaya dan gagal. Walau bagaimanpun ada juga yang berjaya, tapi tidak bertahan dan akhirnya gagal juga. Awak nak tahu kenapa?”,

“Kenapa?”, segera aku tanya balik kat Mary Sari.

Mary Sari jawab,” Simple, kerana mereka lakukan proses copycat tadi cara “old school” or dalam lain perkataan mereka lakukannya guna “kaedah lama”. Mindset pemorex tidak dapat dibina dengan “kaedah lama” atau “old school”, dia perlukan pendekatan yang berbeza”

Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, August 14, 2011

My FX today cycle 28

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 1 win position, tiada cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (7/8/11 hingga 14/8/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 1 position yang tengah floating dan tiada position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 879 pips. Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:




Minggu lepas kebanyakkan pair masih dalam proses correction, dan aku tak nampak banyak peluang untuk entry yang sesuai dan menepati syarat sistem yang aku guna. So minggu lepas trade agak lembap.

Aku tak ada kelapangan nak snap shot semua position yang lain. Tapi macam biasa kalau ada pemorex-pemorex yang saja-saja nak tengok Fibonacci retracement yang sebabkan aku pasang position tu, guna jer SL sebagai point A, Entry sebagai point B and point C pula adalah tempat retracement fibo yang dicapai.Selamat memorex dan selamat berpuasa.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Saturday, August 13, 2011

Biar Betul Part 65

Sambung Mary Sari lagi, katanya,”Sebenarnya kemampuan untuk copy cat ni adalah bakat semula jadi dan memang dah sedia ada kat kita”.

Dia berhenti sekejap, dan tolak sedikit rambut panjangnya kebelakang sambil tu jari halusnya membelai rambut.

Aku tekun mendengar dan amat berminat nak tahu lebih lanjut.

Suasana di café Norjas yang asalnya tadi kurang pelanggan kini sudah semakin ramai pelanggan. Ada yang datang-datang lepak dan ada juga couple yang may be makan malam sambil dating. Tapi yang aku pasti rasanya tak ada sapa-sapa kat situ yang lepak-lepak and bual pula pasal forex dan bab-bab mindset ni sebab aku sure bagi sesetengah orang even pemorex sekalipun ia adalah bab terbosan untuk dibualkan.

Cuma aku dengan Mary Sari sahaja yang seronok bila bual-bual pasal ni fikirku.

Mary Sari kata lagi kat aku,”Saya nak oder lagi minuman ni, second round pula, awak nak order lagi ker?”

“Ok juga, orderkan saya teh tarik pula, kurang manis ok”, jawab aku.

Mary Sari lantas angkat, aku hanya memerhatinya melangkah pergi menuju kearah Nani yang sedang busy melayan pelanggan lain kat situ. Aku perhatikan mereka berbual seketika dan lepas tu siap toleh-toleh lagi kat aku. Nampak macam tengah mengumpat aku pun ada. Tapi biarlah, hal perempuan malas aku nak masuk campur.

Seketika kemudian Mary Sari melangkah kembali menuju meja, dia duduk dengan selesa lepas tu dia kata,” Kita berbual tadi setakat mana tadi?”,

Aku jawab,” Awak nak cerita dengan saya tadi pasal copycat, You cakap tadi copycat ni adalah bakat semula jadi dan memang dah sedia ada kat kita”.

Mary Sari Jawab,”O ya, pasal copycat or duplicate tadikan”,

Dia meneguk sisa terakhir horlick kat dalam gelas dan kemudian dia kata lagi,

”Cat tu adalah binatang….he he he..”, dia gelak sendirian sekejap kemudian dia sambung lagi, katanya




“Macam ni Sham, copycat ni adalah cara dan lumrah kehidupan. Dalam hidup ni dari kecil lagi kita dah reti nak copycat, kita belajar melalui pemerhatian dan lepas tu kita tiru. Sikap ni kita bawa sejak dari kecil lagi. Bila dah besar dan mula bekerja kita pun amalkan sikap yang sama, kita simply copycat cara kerja rakan-rakan yang lebih mahir”

Dia diam sekejap, aku pula terus mendengar dan ingin tahu lebih lanjut. Mary Sari kata lagi kat aku, dia kata,

“Along the way, contohnya masa di alam pekerjaan dari masa ke semasa bila pengetahuan dan pengalaman kita bertambah. Kita pun lakukan modifikasi terhadap cara melakukan sesuatu kerja. Dalam kebanyakkan kes, bila sesuatu modifikasi dilakukan terhadap cara kita handle sesuatu masalah, ianya adalah penyelesaian yang lebih baik dan secara langsung inilah cara nya bila mana mutu sesuatu kerja tu semakin lama semakin meningkat”.

Mary Sari relaks sekejap. Rancangan yang sedang ditayangkan kat TV di situ sudah tidak lagi menarik perhatian aku. Bicara Mary Sari pada aku lebih best dan amat menarik. Rasa ingin tahu aku semakin meluap-luap. Setelah Mary Sari diam agak lama. Aku lantas bersuara.

Aku tanya,”Kenapa?”

Mary Sari masih diam , toleh kanan dan kiri kemudian dia jawab,” Mana minuman yang I order tadi ni, lamanya ”

Aku toleh kiri dan kanan dan kemudian aku kata kat Mary Sari,” Sekejap lagi datang ler tu, pelanggan ramai ni ”

Sehingga berjumpa lagi

Tuesday, August 9, 2011

Biar Betul Part 64

Selesai jer lagu tu kat TV, aku kata kat Mary Sari,”Nak tengok cerita apa malam ni?”

Mary Sari jawab,”Citer apa tengah best sekarang ni?”

Aku kata balik kat dia,”Entah, I check dulu”, kata aku lantas bangun dari bangku dan aku ambil surat khabar Sarawak Tribune yang aku lihat terlipat kemas di meja sebelah. Aku buka surat khabar tu dan buka section iklan tayangan movie.

“Kita tengok cite ni jom”, kata aku kat Mary Sari




“Show pukul berapa?”, Mary Sari tanya aku balik

“9.30pm ada, 12.30pm pun ada, nak tengok show yang mana satu”, aku tanya dia lagi. Sambil tu aku tengok jam kat tangan aku, baru jer pukul 8.55pm, awal lagi fikirku.

Kemudian aku kata lagi kat Mary Sari,”Tak payah rush ler, tengok mid night show pun ok juga”,

Mary Sari hanya mengangguk tanda setuju dan sambil tu dia minum lagi Horlick panas yang dia order tadi.

Mary Sari kemudiannya kata kat aku,”Awak ramai ker kawan-kawan yang main forex”,

Aku jawab,”Ada ler juga, ramai juga kawan-kawan saya yang main forex ni, dan ada juga yang sekarang ni dah jadi pro trader”

Tak sempat aku habiskan ayat aku seterusnya, Mary Sari pintas aku, dia kata,”hhaaah tengok tu, awak bila lagi. I rasa awak patut jadi full time trader jer, awak tak nak ker?”

Aku jawab dia, aku kata,” Bukan tak nak, tapi belum bersedia lagi. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari”.

Mary Sari kata balik kat aku, “Don’t worry Sham, yang penting ialah jangan give up and paling penting kena duplicatekan mindset yang betul jika nak berjaya”

“Duplicate mindset?, Apa maksud awak?”, aku tanya Mary Sari lagi dengan penuh minat.

“Duplicate, macam photostat or copycat or follow the correct mind set, tu yang paling penting sebenarnya. Ramai pemorex cuba nak duplicate system dan strategi tapi mereka gagal bila bab copycat mindset ni”, kata Mary Sari lagi dengan selamba.

Mary Sari diam sekejap kemudian dia kata lagi,” Ramai pemorex beria-ia untuk duplicate system dan strategi tapi mereka tak sedar mereka sentiasa gagal nak duplicate mindset mereka yang berjaya”,

Hujan yang tadi renyai kini reda sedikit, bayu malam mula bertiup sayu. Suasana nyaman sekali, di tambah lagi belaian dan tiupan angin dari kipas angin siling yang dipasang sederhana laju tu menjadikan perbualan aku dengan Mary Sari tenang dan selesa walaupun intipati perbualan kami menyentuh perkara yang agak ilimiah dan mungkin bagi sesetengah orang agak membosankan. Tapi bagi aku dan Mary Sari ianya adalah perkara yang begitu mengujakan. Pastinya menarik dan aku tak sabar nak tahu lebih lagi.

Mary Sari sambung lagi, dia kata,” Ramai pemorex susah nak duplicate mindset mereka yang berjaya kerana mereka simply tak tahu apa benda sebenarnya punca utama kegagalan mereka, ramai pemorex ingat punca utama mereka gagal kerana mereka tak ada teknik yang betul”

Aku suka betul bila tengok Mary Sari mula bersyarah. Dia sememangnya ada talent sebagai pensyarah, no wander dia kerja pun sebagai pensyarah universiti. Memang sesuai sangat dengan orangnya. Aku leka mendengar dengan penuh minat.

Aku kata kat Mary Sari,” Apa actually yang awak nak sampaikan ni? I masih tak nampak dan tak faham”, sambungku lagi.

Mary Sari hanya diam dan senyum manis kat aku.

Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, August 7, 2011

My FX today cycle 27

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 4 win position, 5 cancel position dan 6 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (31/7/11 hingga 7/8/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 4 position yang tengah floating dan tiada position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -1891 pips. Jumlah sebanyak itu menyaksikan penyusutan equiti sebanyak 12%. Ini merupakan penyusutan equiti terbesar yang pernah aku catat dalam tempoh hanya seminggu sejak blog ini bermula.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Minggu lepas aku kira banyak faktor faudumental yang memberi kesan kepada trading aku, even trading guna daily chart sekali pun, pukulan dari faudumental ada kalanya tidak dapat di bendung. Dekat Forexfactory.com pun aku tengok last week ada banyak High Impact new yang trigger, even NYSE pun terkesan. So forex market for sure tak terlepas.



Aku tak ada kelapangan nak snapshot semua position yang lain. Tapi macam biasa kalau ada pemorex-pemorex yang saja-saja nak tengok Fibonacci retracement yang sebabkan aku pasang position tu, guna jer SL sebagai point A, Entry sebagai point B and point C pula adalah tempat retracement fibo yang dicapai. Kat bawah ni aku sertakan salah satu position yang aku loss last week sebagai rujukan. Selamat memorex dan selamat berpuasa.



Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, August 5, 2011

Biar Betul Part 63

“Sebab tu pada asasnya saya hanya ada satu strategi sahaja dan strategi kedua saya pula adalah SMS yang saya terima dari daddy saya, tiap-tiap hari daddy saya hantar SMS signal tu sejak 8 tahun lepas, tak pernah miss”, kata Mary Sari lagi.

“Bestnya, untungnya awak”, balas aku lagi kat Mary Sari.

Suasana malam agak dingin, hujan mula turun lagi renyai-renyai. Restoren Norjas semakin ramai pengunjung. Mary Sari aku nampak relaks jer, dia pun aku nampak macam nak tahu banyak perkara lagi pasal aku, tapi may be dia segan nak tanya.

Setelah kami diam seketika, aku bersuara lagi, aku tanya dia.

“So strategi awak tu macam mana, sudi share dengan saya ker?”, aku tanya Mary Sari just in case dia sudi cerita pasal strategi yang dia guna.

Dia tidak menjawab, dia hanya tersenyum kemudian dia kata kat aku:

”Sudi , jika awak sudi jadi boyfriend saya he he he he”

Aku terkejut sedikit, tak dapat aku pastikan soalan tu soalan serius ker soalan main-main sebab Mary Sari ni pada aku suka sangat buat lawak, dia ni ada talent jadi badut. Sebelum ni pun dia pernah tanya aku “You love me tak”, tapi actually dia tanya aku suka makan mee atau tak. So kali ni pun , aku tak anggap sangat soalan dia tu serius sangat.

Aku hanya senyum kat dia, control hensem. Nanti kalau aku jawab terburu-buru tak pasal-pasal lagi aku kena trick macam sebelum ni. So pada aku dengan hanya senyum, tak jawab dan hanya tengok dia tepat ke matanya pasti dia akan resah.

Mary Sari bersuara lagi,”Kenapa tak jawab?, tak jawab tu maksudnya sudi ler tu ”

“I tengah fikir ni, sama ada I nak kekal jadi supir awak atau boyfriend awak”, aku kata lagi kat dia dengan nada yang agak serius sedikit.

“Awak fikir ler dulu, nanti awak bagi tahu saya jawapan awak, saya bagi awak masa 24jam untuk fikir, sekarang ni pukul 9.45pm so awak ada masa sampai 9.45pm besok untuk bagi tahu saya”, katanya lagi. Nadanya still macam buat lawak, so aku hanya senyum jer at dia.

Mary Sari dan aku hanya diam tidak bersuara, kemudian dia kata kat aku,

”He he he he …saya gurau jer ler…I tak kisah nak share I punya trading strategy, tapi masa dan tempat ni tak sesuai. Nanti ler bila saya atau awak ada bawa notebook baru senang nak tunjuk. Kalau nak tunjuk sekadar guna ipad atau lukis-lukis kat atas kertas tisu ni rasanya tak sesuai”

Aku hanya mengangguk tanda faham, dalam hati aku berkata sendirian ,”Kan aku dah cakap”. Nasib baik aku tak tergesa-gesa jawab soalan dia tadi. Kalau tak, mesti tak pasal-pasal dia putar belit fakta lepas tu kenakan aku balik.

Mary Sari pada aku bukan sekadar lawa, malah lucu dan dan paling penting tinggi lampai. Aku suka tengok awek yang tinggi lampai. Aku nampak dia macam seksi semacam walaupun pakaian yang dipakainya tidak terdedah. Mungkin keayuan wajahnya menjadikan personalitinya begitu.

Aku menoleh ke skrin TV yang sekarang ni tengah main video klip lagu indonesia. Mary Sari yang aku jumpa masa terkandas kat Airport Kuching 9 bulan lepas kini berkawan rapat dengan aku.




Sehingga berjumpa lagi

Monday, August 1, 2011

Biar Betul Part 62

Mary Sari tunjukkan paparan kat ipad dia. Mary Sari aku perhatikan hanya diam dan biarkan aku fikir sendiri. Aku terus lihat rajah kat bawah ni. Kami diam tidak bersuara.



“Ni ler yang saya maksudkan tadi, jika seseorang trader asyik tukar-tukar system dia pasti susah nak berjaya”, Mary Sari bersuara lagi.

Aku masih diam, selanjutnya aku tanya Mary:

“Apa maksud semua ni, I tak berapa faham ler, better awak explain sikit kat saya”.

Mary Sari jawab, dia kata, “ Ok macam saya katakan tadi, say that saya ada 2 strategi, strategi pertama saya panggil “Strategi Mary Sari” dan Strategi kedua saya panggil “Strategi Daddy”. “Strategy Mary Sari” katakan 60% accurate and “Strategy Daddy” katakan 80%. So apa yang saya lukiskan tadi adalah gambaran secara kasar dan random apa yang akan dapat kalau seseorang trader trade guna strategy ni”

Aku terus mendengar dengan leka, kemudian aku kata,”So, ok, sekarang saya faham, guna strategy Mary Sari trader win 6 kali and loss 4 kali, dan strategy yang satu lagi win 8 kali and loss 2 kali, tapi apa maksudnya, I masih tak faham apa awak maksudkan dengan tukar-tukar strategy tadi?”.

Mary Sari makan lagi mee jawa, licin habis pinggan dia. Selepas tu dia minum lagi Horlick dan lepas tu dia ambik tisu dan lap sedikit mulutnya. Kemudian dia kata kat aku:

“Macam saya cakap tadi guna strategy yang berbeza tidak salah, yang salahnya ialah tukar-tukar strategy, ramai pemorex amatur suka buat macam ni. Asyik tukar-tukar strategy. Apa yang saya lukis ni dapat awak jadikan rujukan asas apa akan jadi kalau kita asyik tukar-tukar strategy”, Mary Sari bersuara lagi

Aku hanya menangguk walaupun aku masih belum faham sepenuhnya, kemudian aku kata kat dia, “Explain details lagi kat saya”

Mary Sari kata kat aku,” Awak tengok kat sini katakan seseorang trader trade guna “Strategy Mari Sari” then dia win 2 kali berturut-turut tapi lepas tu pulak dia loss 3 kali berturut-turut and terus tukar strategy baru pula, than katakan dia guna “Strategy Daddy” and win 2 kali berturut-turut tapi lepas tu loss pulak 2 kali berturut-turut dan lepas tu tukar balik guna “Strategy Mari Sari” then loss lagi 1 kali …awak nampak tak apa yang saya maksudkan?”

Pertanyaan Mary Sari mengundang aku untuk berfikir sendiri. Aku diam sejenak cuba nak fahamkan apa yang dia cuba sampaikan, kemudian aku kata,

“So awak try nak cakap kalau seseorang trader guna dua strategy dalam masa yang sama tapi tak tukar-tukar strategy dia akan dapat result seperti yang awak tunjuk ni tu iaitu 14 win dan 6 loss, tapi kalau tukar-tukar strategy macam awak cakap tadi dia end up with 4 win dan 6 loss?”, tanya aku lagi kat Mary Sari

Aku diam sekejap berfikir, kemudian aku sambung lagi aku kata,

” So, kalau maintain guna kedua-dua strategy untung bersih ialah +8 win dan kalau tukat-tukar strategy pula end up loss bersih -2 loss”.

Aku berfikir lagi, kemudian aku kata kat Mary Sari lagi,”

“Kalau macam ni, even guna salah satu strategy pun seseorang trader masih dapat sama ada 6 win dan 4 loss and untung bersih 2 win atau 8 win dan 2 loss dan untung bersih 6 win”

Mari Sari hanya senyum kat aku, kemudian dia kata,” Haaa…tahu pun awak. Terror ler awak ni, awak ni cepat faham ler, tak payah saya explain lebih-lebih. Saya suka ler kat lelaki yang terror macam awak…he he he”, katanya lagi kemudian dia ketawa lagi.

Kata Mary Sari lagi,”Ramai pemorex ingat kalau banyak strategi mereka akan cepat berjaya, saya tak nafikan ada benarnya fakta tu. Cuma silapnya satu, bila banyak strategi ramai pemorex sebenarnya semakin susah nak jadi seorang trader yang berdisiplin, ramai yang akan asyik tukar-tukar strategy”,

Sambung Mary Sari lagi,

“Base on apa yang saya tunjukkan tadi, it a fact that kalau nak success main forex ni tidak salah kalau guna lebih dari satu strategy, tapi yang penting stick to the plan and follow the plan, statistic will lead to profit over the long run”,

Dia berhenti lagi untuk menghirup horlick yang di ordernya tadi, kemudian sambungnya lagi.

Sehingga berjumpa lagi.