Wednesday, March 20, 2013

Biar Betul Part 116

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Mengawal Emosi? Mudah tapi sukar

Jika aku tidak dapat mengawal emosi ketika melakukan aktiviti pelaburan forex. Aku pasti akan gagal. Aku yakin dan percaya tanpa kawalan emosi yang betul tiada pelabur yang akan berjaya. Ramai pelabur terlepas pandang pemasalahan ini, malah ramai kenalan aku kerap kali menegaskan disiplin dan kawalan emosi ketika melakukan aktiviti pelaburan forex adalah sesuatu yang mudah dilakukan. Sering kali aku dengar mereka menyatakan mereka mempunyai kawalan emosi dan disiplin yang tinggi. Tetapi mengapa tidak berjaya? Teknik yang tidak tepat selalu dipersalahkan, lantas ramai pelabur akan menukar teknik. Mereka mencari-cari dan menukar-nukar teknik hampir setiap masa. Semuanya atas alasan kononnya teknik yang diguna pakai sekarang masih tidak tepat dan akan memberi kerugian jika masih diguna pakai. Tetapi yang pelik nya tidak kah mereka sedar teknik yang sama yang diguna pakai ini sebenarnya yang telah menjadikan sesetengah individu lain kaya raya. Bezanya, cuma individu yang berjaya dan individu yang gagal ini adalah tahap kawalan disiplin dan emosi. Umpama nelayan yang berbeza yang menggunakan peralatan yang sama dan menangkap ikan di perairan yang sama tetapi berkesudahan dengan jumlah hasil yang berbeza. Jika nelayan yang mendapat hasil yang kurang berpendapat punca kegagalan adalah kerana peralatan yang digunakan tidak sesuai lantas menukar peralatannya kepada peralatan yang lain. Ianya berkemungkinan akan memberi nelayan tersebut hasil yang lebih lumayan atau setara atau mungkin juga masih kekal kurang. Andaikata hasil nya masih kekal kurang dan nelayan tersebut menukar lagi peralatan nya, pengakhirannya ia akan tidak berkesudahan didalam pencarian alatan baru dari masa kesemasa. Ramai pelabur forex terperangkap didalam situasi seperti ini, pencarian dan pemburuan teknik yang tidak berkesudahan. Aku sendiri terperangkap hampir 3 tahun didalam pencarian seperti ini.

Sehingga berjumpa lagi

Friday, March 15, 2013

Biar Betul Part 115

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Antara sebab utama yang merugikan pelaburan forex adalah kerana sentiasa timbul perasaan ragu terhadap teknik yang digunakan walaupun sebelum ini ianya kelihatan sebagai satu teknik yang terbukti berkesan. Aku dapati antara punca utama kerap kali timbul rasa ragu adalah kerana terlalu terdorong untuk memantau perjalanan perlaburan forex. Bila terlalu banyak memantau, maka kerisauan mudah timbul dan mulalah terfikir untuk melakukan pelbagai perubahan terhadap teknik yang digunakan. Natijahnya teknik yang tetap dan konsisten tidak dipraktikan, yang dipraktikan adalah teknik yang tidak menentu dan berubah-rubah.

Nasihat aku, perbaiki teknik jika perlu, tetapi setelah terbukti berkesan, maka kekalkannya dan jangan diubah lagi. Kekalkan plan dan tetapkan strategi.

Sehingga berjumpa lagi

Sunday, March 10, 2013

Biar Betul Part 114

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Tidak bertarikh

Selagi tidak dapat menerima hakikat bahawa aku mesti mengalami kerugian unutk berjaya, selagi itu aku tidak akan berjaya. Kerugian tidak dapat dielakan, ianya hanya dapat dikawal dengan penggunaan pengurusan kewangan yang betul. Sentiasa setia dengan strategi yang diguna pakai, jangan diubah secara terburu-buru hanya kerana berlaku kerugian. Aku mesti menerima kerugian dengan berlapang dada dan redha. Kerugian hari ini tidak bermakna aku akan berterusan rugi selama-lamanya. Ianya bersifat sementara dan disinilah kematangan dalam arena forex akan wujud dalam diri jika aku belajar menerimanya.

Pastikan teknik dan strategi yang aku gunakan mudah dan ringkas. Pengurusan kewangan juga mesti benar-benar berdisiplin dan terurus. Penggunaan teknik yang melibatkan terlalu banyak parameter akan hanya mengelirukan. Ringkaskan teknik lakukan aktiviti pelaburan tanpa emosi. Lakukannya seolah-olah robot, tanpa sebarang emosi dan berpandu semata-mata dengan teknik yang telah terbukti berkesan. Keberkesanan 70% sudah memadai, malah sesetengah pakar perlaburan menyatakan keberkerkesanan 60% pun sudah memadai untuk berjaya.

Berdasarkan pengalaman aku, proses untuk menjadi jutawan melalui pelaburan di forex memerlukan masa. Jangan tergesa-gesa dan lakukannya dengan perlahan-lahan. Tiada jalan singkat, semuannya mesti dilakukan dengan penuh komitmen. Sebab itu, 15min sehari sudah memadai jika teknik memang terbukti berkesan. Bayangkan jika meluangkan masa seharian menatap dan memantau pergerakan harga setiap hari. Aku pasti tertekan ditambah lagi bila melihat turun naik harga yang begitu cair. Tiada siapa pada hemat aku mampu untuk menatap carta setiap masa tanpa mengalami stress dan kegelisahan.

Sehingga berjumapa lagi

Tuesday, March 5, 2013

Biar Betul Part 113

Tips from Jai Idrus

January 12, 2010 at 3:21pm
semua urang tau, untuk berjaya main Fx mesti "let your profit run and cut your loses ASAP"...tapi bila main betul-betul semua urang "cut profit ASAP and let loses run"... no wander ramai fail main fx.

Sehingga berjumpa lagi