Thursday, March 31, 2011

My FX today cycle 9

Salam kat semua trader.

Minggu ni untuk urus niaga (27/03/2011-03/04/2011) menyaksikan aku trade hanya 2 position sahaja, 1 position masih floating dan 1 position tengah pending. Tiada sebarang position win mahupun loss setakat tarikh dan masa report ni diupload. 2 position ni akan aku ulaskan nanti bila dah tutup.

Sepanjang minggu ini, aku tidak jumpa sebarang position yang menepati syarat entry yang selaras dengan plan dan strategy yang aku gunakan dalam daily chart. Pada hemat aku, kebanyakkan pair dalam proses “pembetulan” selepas terkesan kerana faktor fundamental yang pada hemat aku berkait rapat dengan kejadian tsunami tempoh hari.

Pada hari terakhir dan penutup untuk trading bulan Mac 2011, aku menyaksikan peningkatan nilai equiti keseluruhan sebanyak 4%. Pada aku 4% not bad dan sudah melebihi target aku iaitu 3% sebulan. Secara purata kebiasaannya aku mencatat peningkatan equiti sebanyak 4% hingga 15% sahaja sebulan dan penyusutan equiti pula kebiasaan secara puratanya adalah dalam julat -2% sehingga -7% sebulan.

Seperti yang selalu Jamlus Jackson war-warkan jika seseorang pemorex berterusan mendapat peningkatan equiti sebanyak hanya 3% sebulan, ia akan berkesudahan dengan 42.58% setahun.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Wednesday, March 30, 2011

Biar Betul Part 31

Disini aku petik lagi sedikit bahan bacaan dari Journal Forex Jamlus Jackson

Pulau Labuan, Wilayah Persekutuan

Tidak kurang juga yang melabur dengan menggunakan EA(Expert Adviser), pada aku ada pro dan kontranya. Namun secara peribadi aku sendiri tidak gemar menggunakan kaedah ini. Aku lebih mempercayai keupayaan sendiri daripada membiarkan pelaburan forex aku dilakukan oleh EA. Aku tidak akan mengupas perkara ini dengan terlalu mendalam.

Jadikan teknik aku seringkas mungkin, buat kajian dan pelajari corak-corak tertentu yang berlaku. Kebiasaannya ada corak tertentu yang tersirat. Mengenal pasti corak amat penting kerana ianya berulang dan dapat dijadikan panduan untuk mengenal pasti masa yang sesuai untuk membuat masukan.


Teknik yang berjaya ada di depan mata.

Adakah aku sudah penat berusaha, semakin hari hati semakin tawar. Perlahan-lahan aku mula meninggalkan usaha aku untuk berjaya di arena forex. Ingat : Teknik yang berjaya ada didepan mata, aku hanya perlu disiplin dan pengurusan kewangan yang betul jika ingin berjaya.

- Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Sunday, March 27, 2011

Biar Betul Part 30



Jamlus Jackson pernah cakap kat aku macam ni, say kalau kau mula trade dengan modal USD10000 sekarang and engkau hanya buat profit 3% jer dalam sebulan, that equal dengan 42.58% setahun, say kau tak usik duit tu and biar duit tu compounding dalam masa 10 tahun, duit tu akan jadi macam ni

Tahun 1 - $14,258.00
Tahun 2 - $20,329.06
Tahun 3 - $28,985.17
Tahun 4 - $41,327.05
Tahun 5 - $58,924.11
Tahun 6 - $84,014.00
Tahun 7 - $119,787.16
Tahun 8 - $170,792.53
Tahun 9 - $243,516.00
Tahun 10 - $347,205.11

Ini bermakna pada bulan pertama tahun ke 11, 3% besamaan dengan USD10,416 sebulan. Jumlah tu bersamaan dengan lebih kurang RM30000 sebulan.

Tapi aku kata balik kat dia, “USD10000 untuk modal permulaan tu banyak sangat”

Then dia cakap, “kalau macam tu say kau start with USD1000, Ini bermakna bulan pertama pada tahun ke 11, 3% besamaan dengan USD1,041 sebulan. Jumlah tu bersamaan dengan kurang lebih RM3000 sebulan. Still not bad, sapa nak bagi”.

Kemudian dia sambung lagi “ Imagine apa yang engkau boleh capai jika kau make more than 3% sebulan”.

Aku kata balik kat dia “tapi imagine pulak kalau kalau lost tiap-tiap bulan, macam mana?”.

Jamlus Jackson diam, kemudian dia jawab “ if you consistent, statistic will lead you to profit, the worst thing that can happen to you is you get break even, also tu maknanya masa dah tiba untuk kau check, revise and study balik kau punya trading strategy and also kalau nothing wrong, it must be disiplin problem”.

Sambungnya lagi,” Aku tak cakap kau mesti mula dengan USD1000, mula jer ler dengan jumlah yang engkau mampu, say USD100, dan gunakannya sebagai tempat kau asah kau punya disiplin, tapi sebelum tu test try dulu kau punya strategy dekat demo account”.

Friday, March 25, 2011

My FX today cycle 8

Salam kat semua trader.



Minggu ni untuk urus niaga (20/03/2011-26/03/2011) menyaksikan aku cancel sebanyak 2 position , 1 loss, tiada position yang tengah floating , dan tiada position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Cancel A dan Loss B
(Rujuk rajah kat atas). Jumlah keseluruhan pips yang loss untuk urus niaga minggu ini ialah sebanyak 371 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]



Penjelasan position Cancel A

Pair USDCAD, sila rujuk rajah kat atas. Pada 18/03/2011, aku lihat ada pembentukan Point C, aku menjangka akan berlakunya kenaikan harga yang aku jangka akan menembusi Point B dan seterusnya sehingga mencecah 161.8 fibo. Tetapi ternyata jangkaan aku meleset dan harga bergerak kebawah dan akhirnya membatalkan Point C. Aku lantas cancel position itu.





Penjelasan position Loss B

Pair GBPUSD, sila rujuk rajah kat atas, pada 16/03/2011, aku lihat ada pembentukan point C yang aku kenali sebagai pelengkap, Fibonacci retracment juga telah mencapai tahap 38.2 fibo dan seperti plan dan strategi aku sebelum ni aku pun buat arahan Sell Stop pada point B, Position tu trigger pada 16/03/2011 dan foating selama 5 hari sebelum mengena stop loss aku pada 22/03/2011 dan memberi aku loss sebanyak 371 pips. Ini merupakan loss pertama untuk bulan March 2011.

Kalau diperhatikan pada 16/03/2011, sebaik sahaja position sell stop aku mengena, price terus reverse dan ternyata jangkaan aku untuk berlakunya breakout meleset sama sekali.

Thursday, March 24, 2011

Biar Betul Part 29



loser sentiasa mengelak dari melakukan kesilapan manakala winner pula melakukan kesilapan dan mempelajari sesuatu darinya. Pengalaman diraih dari kesilapan, kesilapan pula diraih dari kurangnya pengalaman. So ini bermakna: makin banyak you buat kesilapan makin banyak you punya pengalaman dan makin banyak you punya pengalaman makin kurang you buat kesilapan.

-SMS from Mary Sari, Jakarta

Wednesday, March 23, 2011

Biar Betul Part 28



Dalam Forex ni, disiplin need komitmen, komitmen need target, target need konsistensy, konsistency need teknik, teknik need strategi, strategi need plan, plan need modal, modal need money, money need courage, courage need you, anyway dalam forex ni yang paling penting engkau kena tahu....loser sentiasa cut their win and ride their lose, manakala winner pulak cut their lost and ride their win. So kalau nak jadi winner kau kena ada attitude ni, kau kena ride your win bukan ride your lose..

-SMS from Jamlus Jackson, Centre Point Shopping Mall, Sabah

Saturday, March 19, 2011

Biar Betul Part 27

Selesai sudah kisah pertemuan pertama dan saat pengenalan aku dengan Mary di airport Kuching, lanjutan dari pertemuan ini akan wujud banyak lagi pertemuan-pertemuan lain yang penuh makna dan memberi aku banyak pengajaran tentang forex. Semua ini memberi aku pengalaman yang amat berharga dan ia adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat aku pelajari dari buku malah internet sekalipun. Semuanya akan aku kongsikan bersama didalam blog ini didalam part mendatang.

Selanjutnya aku nak petik sedikit kandungan Journal Forex Jamlus Jackson


Kuching Waterfront, Kuching, September 1990

FOREX: Jadikan ianya sesuatu yang mudah.

Pasaran Forex terkenal dengan kecairan yang tinggi. Sekejap naik, sekejap turun, kemudian naik, turun balik, mendatar, kemudian naik balik,turun balik dan sebagainya. Amat mengelirukan dan memeningkan. Itulah lumrah pasaran mata wang, keadaan ini menjadikan pasaran forex dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang berisiko tinggi dan mencabar. Jika aku sanggup menyahut cabaran ini, tahniah diucapkan. Aku adalah seorang yang berani mengambil risiko. Walaupun kecairan pasaran forex amat tinggi, aku mesti melihat nya dari sudut positif. Kecairan yang tinggi bermakna aku berpeluang untuk menjadi jutawan melalui forex dengan pantas. Aku tidak maksudkan sepantas esok, lusa , minggu depan atau bulan depan, malah aku mensasarkan sekitar 10 tahun untuk mencapai tahap itu. Pelabur terkenal Warrant Buffet menyifatkan forex sebagai senjata penjana kekayaan terhebat dekad ini. Dengan teknik yang betul, kecairan pasaran forex ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya dan memberi banyak kelebihan kepada pelabur yang berdisiplin.

Terdapat pelbagai teknik, secara peribadi aku berminat dengan teknik yang mudah dan ringkas. Aku menggunakan teknik tertentu yang ringkas untuk membolehkan aku menentukan arah tuju mata wang. Rangka masa yang aku gunakan hanyalah rangka masa harian. Semudah itu, selepas ditentukan hanya buat masukan yang bersesuaian dengan trend pasaran. Jangan gusar, perbanyakkan latihan hingga aku mahir dengan teknik pilihan aku. Jika aku tidak pasti teknik mana yang sesuai, maka lakukanlah kajian, bertanyalah dengan rakan-rakan dan jika perlu hadirlah kelas-kelas forex dan bergurulah.

Ingat teknik bukan penentu 100% kejayaan aku, ianya adalah perkara ketiga didalam senarai penentu kejayaan seseorang pelabur. Keutamaan adalah seperti berikut, disiplin, pengurusan kewangan dan teknik. Ramai pelabur forex yang gagal adalah kerana mereka meletakkan keutamaan seperti berikut: teknik, pengurusan kewangan dan akhir sekali disiplin. Pelabur yang gagal adalah kerana disiplin tidak diutamakan.

-Di petik dari journal Forex Jamlus Jackson

Thursday, March 17, 2011

My FX today cycle 7



Salam kat semua trader.

Minggu ni untuk urus niaga (13/03/2011-19/03/2011) menyaksikan aku cancel sebanyak 2 position , tiada sebarang loss, aku juga masih mempunyai sebanyak 1 position yang masih floating, dan 7 position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Win A dan Win B( Rujuk rajah kat atas). Seperti biasa, position yang tengah floating tu aku tak akan ulas. Dah close nanti baru aku cerita. Macam biasa aku guna daily chart bila trade dan aku guna strategi Fibonacci retracment, daily chart sesuai dengan aku sebab movement harga lebih perlahan dan aku pula jenis yang tak suka mengadap komputer lama-lama untuk trading forex, paling lama aku trade hanya 15min jer sehari. Kalau ada setup yang ok aku terus pasang pending order.Jumlah keseluruhan pips yang berjaya dipungut untuk urusniaga minggu ini ialah sebanyak 831 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]


Penjelasan position Win A

Pair EURAUD, sila rujuk rajah kat atas, pada 16/02/2011, aku lihat ada pembentukan point C yang aku kenali sebagai pelengkap, Fibonacci retracment juga telah mencapai tahap 50.0 fibo dan seperti plan dan strategi aku sebelum ni aku pun buat arahan buy stop pada point B, Position tu trigger pada 16/02/2011 dan foating selama 24 hari sebelum mengena take profit aku pada 16/03/2011 dan memberi aku 185 pips.

Kalau diperhatikan pada 25/02/2011, stoploss aku hampir nak kena (3-5 pips jer sebelum hit Stop loss) tapi price naik balik lepas tu, tetapi pergerakan price menurun semula dan pada tarikh 10/03/2011 stop loss yang aku tetapkan semakin dihampiri tetapi selanjutnya selepas itu, pergerakan mendaki lagi kali ini sehingga mencecah extended fibo 161.8 dimana take profit aku mengena. Floating selama 24 hari ni pada sesetengah pemorex mungkin terlalu lama, tapi pada aku itu perkara biasa, malah aku pernah mencatat jangka masa floating sehingga hampir 70 hari untuk aku mencapai take profit yang memberi aku 750 pips tahun lepas dan ia merupakan jangka masa floating yang paling lama aku pernah hadapi. Secara kebiasaannya purata jangka masa floating position yang aku pasang adalah selama 1 hari sehingga 3 minggu.


Penjelasan position Win B

Pair USDCHF,sila rujuk raja kat atas, pada 15/03/2011, aku lihat ada pembentukan point C yang aku kenali sebagai pelengkap, Fibonacci retracment juga telah mencapai tahap 50.0 fibo dan seperti plan dan strategi aku sebelum ni aku pun buat arahan sale stop pada point B, Position tu trigger pada 15/03/2011 dan foating selama 2 hari sebelum mengena take profit aku pada 16/03/2011 dan memberi aku 185 pips.

Biar Betul Part 26

Kemudian sambungnya lagi

“Bila seseorang trader tu berdisiplin, dia akan mudah adapt kepada new mind set, lebih focus and paling penting dapat adapt kepada psychology sebenar seorang trader”, kata Mary lagi

“Macam mana awak tahu semua ni”, tanya aku lagi kat dia

“Leerrr kan tadi saya dah cakap, ayah saya full time forex trader, banyak perkara yang saya pelajari dari dia”, jelas Mary lagi

“Awak ni betul-betul buat saya kagum”, kata aku lagi kat dia.

“Isssshhh awak ni, puji lebih-lebih pulak”, kata Mary lagi.

Kami terdiam, aku leka memerhati mata Mary yang bulat. Mary pulak leka makan fries yang aku belikan tadi. Kuat makan awek ni fikir aku, tapi body solid macam model jer. Ni mesti tiap-tiap hari pegi Gym tak pun buat aerobic tiap-tiap hari ni fikirku.

Kemudian Mary bersuara lagi:

“You nak pinjam tak buku turtle trader?, saya ada bawa kat dalam beg ni”,

“Menarik tu, boleh I tengok”, balas aku lagi

Mary tunduk sedikit lantas mengeluarkan buku berwarna putih yang agak tebal dari dalam beg sandang belakang yang dibawanya.



“Jaga elok-elok tau, ni ayah saya yang belikan”, kata Mary lagi

“Iye ker, awak tak kisah ker bagi pinjam buku ni kat saya, expecially buku ni ayah awak yang bagi, mesti banyak sentimental value buku ni”, tanya aku lagi.

“Pasal banyak sentimental value ler saya bagi pinjam buku ni kat awak, kenapa awak tak nak jumpa saya lagi ker”, tanya Mary lagi.

“Oh begitu, ok nope problem, saya janji baca buku ni sampai habis and lepas tu I pulangkan balik kat awak by hand, kalau perlu ambik flight pegi Jakarta pun I tak kisah”, kata aku lagi.

Perbualan kami sekali lagi terganggu:

Perhatian: Penerbangan MH3203 ke Kuala Lumpur kini sudah bersedia untuk berlepas di Gate 5. Terima kasih

“Flight awak tu kan”, tanya aku kat Mary

“Ha aa…”, jawab Mary ringkas.

“Jom ler saya temankan awak sampai ke Gate 5, flight awak ke Jakarta dari KL tak terlepas ker pasal delay ni”, kata aku kat Mary

“Flight saya ke Jakarta pukul 9 malam ni dari KLIA, rasanya sempat lagi ni”, jawab Mary lagi

Kami bergegas bangun dan aku letak kemas buku yang Mary pinjamkan tadi dalam beg notebook yang aku bawa bersama. Kami melangkah keluar dari restoran Mc Donald dan melangkah perlahan menuju ke Gate 5.

Kami tiba tepat pada masanya, penumpang pesawat MH3203 dari Kuching ke Kuala Lumpur sudah beratur panjang menunggu giliran masing-masing untuk pemeriksaan boarding pass.

“So jumpa lagi yer, time kasih sebab susah-susah jer layan saya ni”, kata Mary lagi

“Sama-sama, I pun nak ucapkan terima kasih kat awak sebab sudi berkongsi cerita forex awak kat saya, insallah kita jumpa lagi, awak balik Kuching semula bila”, aku tanya Mary kembali.

“Tak sure lagi, tapi sekarang ni I balik bercuti kurang lebih satu bulan, sekarang ni University tengah cuti semester, awak pulak bila balik semula kat Kuching?”, tanya Mary lagi kat aku

“Tak sure lagi, tapi saya expect dalam dua bulan lagi kot. Lepas Singapore ni saya nak kena pegi Thailand, lepas tu Filipina and last sekali Taiwan. Lepas tu baru saya off selama 3 minggu, masa off day I ada kat Kuching”, jawab aku lagi.

“Haaa, makcik tu dah panggil awak tu”, kata aku lagi sambil cuit sikit bahu Mary nak bagi tahu staff MAS kat pintu berlepas tu dah bagi isyarat tangan untuk panggil Mary masuk ke dalam pesawat.

“Oh ya, ok ler…jumpa lagi”, kata Mary sambil bersalaman dengan aku. Aku lepaskan tangannya.

Setelah tiga langkah, Mary berhenti, berpaling semula kat aku kemudian dia kata

"Is it ok kalau i call you sometime just to let you know how i'm doing",

Aku kata balik kat dia ," It ok, any time"

Baru saja Mary hendak melangkah pegi aku tanya kat dia, "Is it ok i ambik gambar you and jadikan wajah you wallpaper kat notebook I"

Mary menangguk dan aku ambik gambarnya menggunakan kemera handphone aku

Mary senyum dan melangkah perlahan menuju ke pintu berlepas. Aku hanya mampu memerhati Mary melangkah semakin jauh , hingga akhirnya hilang dari pandangan aku.

“TTuuuuuu ttttttuuuutttt”..ada SMS masuk kat handphone aku

Aku buka, “ nice talking to you, see you later and take care. -Mary”

Mary yang hantar SMS rupanya. Aku balas “awak jugak, jumpa lagi nanti and jaga diri, kirim salam forex kat ayah awak”, then aku tekan send.

Pada aku Mary adalah seorang pemorex sebenar, pengalaman dan cerita yang dia kongsikan bersama aku amat bermakna. Buku Turtle Trader yang dia pinjamkan kat aku, aku keluarkan semula dan aku mula baca sementara aku menunggu flight aku ke Singapore diumumkan. Hujan sudah mula reda dan langit sudah kembali cerah. Suasana di airport Kuching masih sesak namun tenang. Wajah Mary masih jelas terbayang dalam fikiranku dan kini menjadi wallpaper dekat notebook aku.






Sehingga berjumpa lagi

Monday, March 14, 2011

Biar Betul Part 25

Mary diam sejenak, kemudian katanya lagi:

“Turtle trader adalah experimen yang dilakukan oleh Dennis dan ianya berjaya disebabkan ketegasan Dennis dalam memastikan semua studentnya follow rule yang dia berikan”, jelas Mary lagi.

“Macam I cakap sebelum ni Dennis pernah cakap macam ni, " I don't care if you make money or not, you will still get fired if you didn't follow my ROE". Awak nampak tak”, tanya Mary lagi kat aku

“Nampak apa?”, tanya aku lagi

Mary diam sejenak, kemudian dia bersuara lagi

“Jika seseorang trader tu hendak berjaya, dia mesti ada ROE, kemudian yang paling penting dia mesti follow dia punya ROE secara terus menerus, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan seterusnya tanpa henti. Dennis melakukannya selama 18 tahun, ianya adalah satu tabiat atau habit”, kata Mary lagi.

“Beza mereka yang berjaya dan mereka yang gagal adalah tabiat mereka, mereka yang berjaya adalah kerana ia mempunyai tabiat yang betul dan trader yang gagal adalah kerana mereka memiliki tabiat yang salah”, sambung Mary lagi.

Aku leka mendengar penjelasan Mary. Gadis cantik, tinggi lampai dan berbadan ramping ni membuat aku kagum. Macam tak percaya jer bila dia jelaskan kat aku pandangan dia.

“Banyak contoh tabiat yang tak betul yang pemorex buat tapi mereka tak sedar”, kata Mary lagi.

“Boleh bagi satu contoh kat saya”, tanya aku lagi. Perbualan kami semakin rancak.

Mary diam sekejap, kemudian dia berkata lagi:

“ Pernah dengar tak “let your profit run and cut your loss short?”, tanya Mary kat aku

Aku diam sekejap cuba nak proses pertanyaan Mary tadi kemudian aku jawab

“Pernah, almost semua buku pasal trading ada cakap macam tu”, jawab aku lagi

“Semua trader tahu pasal tu, tapi kebanyakkan trader lakukan perkara yang sebaliknya. contohnya, say kalau sesuatu entry tu dia letak take profit 200pips, dapat jer 50pips and kadang-kadang tu baru jer 10pips dah rasa macam nak tutup, I mean say that teknik yang dia guna tu bukan scalping punya teknik ler”, jelas Mary lagi

“Maksud awak trader tu tak sanggup tunggu sampai kena take profit ker?”, tanya aku lagi

“Haa…exactly macam tu , awak nak tahu kenapa”, tanya Mary lagi

“Kenapa?”,tanyaku lagi kat Mary

“Macam I cakap tadi, sebab tabiat”, jawab Mary ringkas

Mary meneguk lagi teh panas yang dibeli tadi, kemudian dia bersuara lagi

“Tanpa sedar ramai trader guna logik sendiri bila memorex, so nampak lebih logik kalau ambik untung cepat-cepat dari tunggu sampai kena take profit sebab potensi nak rugi masih ada kalau tunggu, tapi kalau ambik cepat-cepat comfirm dah untung. Tak pun ramai pemorex pasang trailing stop ketat-ketat sebab tak mahu rugi “, panjang lebar penjelasan Mary

Sambung Mary lagi,” Tak salah kalau ambik profit cepat-cepat , tapi yang salahnya hanya satu, tabiat tu tak akan bawa mana-mana pemorex berjaya dalam jangka panjang, ianya bukan cara untuk berjaya, tabiat tu salah dan ia mesti diubah”.

Aku hanya diam and cuba nak amati setiap kata-kata yang Mary luahkan.

“Kenapa you diam?”, tanya Mary lagi setelah melihat aku hanya membisu. Kemudian aku bersuara lagi:

“Tadi awak citer pasal turtle trader, kemudian awak citer pasal Dennis, lepas tu awak citer pasal logik, last sekali tu awak citer pasal tabiat…. Sekarang saya dah faham, actually awak nak cakap that tabiat tu actually focus on “day to day” mindset, and kalau nak berjaya apa yang kita fikirkan hari ni kena betul dan tepat …macam tu ker?”, kata aku lagi

“He he he komplikated nya awak ni, berbelit-belit ”, jawab Mary sambil ketawa.

“Satu jer perkatan boleh explain semua”, kata Mary lagi

“Apa dia”, tanya aku

“Disiplin”, kata Mary lagi

Sehingga berjumpa lagi

Friday, March 11, 2011

My FX today cycle 6

Salam kat semua trader.



Minggu ni untuk urus niaga (06/03/2011-12/03/2011), menyaksikan aku cancel sebanyak 5 position dan tiada sebarang lost, aku juga masih mempunyai sebanyak 3 position yang masih floating, 3 tengah pending dan 2 position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Win A, ( Rujuk rajah kat atas). Seperti biasa, position yang tengah pending dan floating tu aku tak akan ulas. Dah close nanti baru aku cerita. Macam biasa aku guna daily chart bila trade dan aku guna strategi Fibonacci retracment, daily chart sesuai dengan aku sebab movement harga lebih perlahan dan aku pula jenis yang tak suka mengadap komputer lama-lama untuk trading forex, paling lama aku trade hanya 15min jer sehari. Kalau ada setup yang ok aku terus pasang pending order. Untuk win position jumlah pip yang berjaya dipungut ialah sebanyak 160 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]


Penjelasan Win A.
Rujuk rajah kat atas. Pada tarikh 07/03/2011 untuk pair AUDCAD, aku lihat ada pembentukan pelengkap yang aku tandakan dengan Point C. Fibo pulak dah retrace hampir 38.2. Aku pun pasang pending sale stop dekat B, TP dekat 161.8 fibo dan SL dekat Point A. Position tu kemudiannya trigger pada 07/03/2011 dan akhir nya close pada 10/03/2011 dan memberi aku keuntungan sebanyak 75 pips. Position tu floating selama 3 hari.

Biar Betul Part 24


“handphone ni abang punya ker, abang tertinggal kat atas kaunter masa bayar tadi”, jelas budak tu lagi sambil hulurkan handphone nokia color biru kat aku.

Aku ambil handphone tu “iye tak iye, saya punya ni, lerr tertinggal kat kaunter rupanya, time kasih yer”, kata aku kat budak tu.

“Tulah abang, lain kali jangan ler tertinggal macam ni, nasib baik saya jumpa, kalau kena orang yang tak jujur alamat nya bye-bye ler handphone ni, nanti susah pulak girlfriend abang ni nak call”, beriya-iya budak tu bagi nasihat kat aku.

Aku nampak Mary hanya tunduk dan tersenyum.

“Iye dik, maafkan abang, abang janji tak buat lagi, time kasih yer”, kataku lagi kat budak tu.

“Sama-sama”, jawab budak tu lalu melangkah pergi.

“He he he padan muka, kan dah kena marah, tu ler lain kali jangan lupa lagi”, kata Mary bercampur ketawa yang semacam cuba dikawal.

“Garangnya adik tu, kecut aku “, kata aku kat Mary

Setelah situasi kembali reda, aku cakap kat Mary,

“You tak citer lagi moral disebalik kisah turtle trader tadi “

“Oh yer…pasal turtle trader tadi yer, moral citer ni mudah”, kata Mary , dia diam sejenak. Kemudian katanya lagi.

“Kisah turtle trader ni adalah bukti bahawa jika seseorang trader tu betul-betul focus dan ditambah lagi dengan teknik dan strategi yang betul, dia pasti berjaya. Pokok pangkalnya adalah kekuatan minda”, Mary diam sekejap. Kemudian sambungnya lagi:

“Sebagai komoditi trader Dennis telah menjana USD400 menjadi USD200 juta dalam tempoh 18 tahun, sekarang ni cerita pasal turtle trader ni dah jadi semacam satu lagend”, kata Mary lagi

“Fuyooooo, banyak nya”, celah aku pantas.

“Dennis pernah cakap, even kalau dia publishkan dia punya trading rule kat dalam surat khabar, belum tentu seseorang trader itu akan berjaya untuk follow rule tu sehingga berjaya. Awak nak tahu kenapa Dennis cakap macam tu”, sambung Mary lagi.

“Kenapa?”, aku tanya Mary pantas.

Mary diam sejenak, kemudian katanya lagi.

“Sebabnya mudah, sebab “tabiat” atau habit”, kata Mary lagi

“Apa tu, I tak berapa paham”, aku tanya lagi kat Mary.

“Ok, macam ni. Dennis menggandakan duit dari USD400 menjadi USD200 juta dalam masa 18 tahun. Awak perasan tak sesuatu”, tanya Mary lagi kat aku

“Apa dia?”,tanya aku lagi

Mary diam sekejap, kemudian katanya lagi.

“Jika kita hendak berjaya, kita kena ada tabiat yang betul. Tabiat adalah perkara yang kita buat hari-hari, setiap masa, berterusan, lama kelamaan ianya menjadi minggu, kemudian menjadi bulan, kemudian menjadi tahun, dan kemudianya menjadi bertahun-tahun. Main forex ni kita kena ada tabiat yang betul, bukannya teknik yang holy grail, teknik yang “holy grail” tu tak wujud”, tapi “tabiat” yang betul tu wujud”, kata Mary lagi.

“Dalam maksudnya tu, I tak berapa faham. So apa kaitannya dengan turtle trader secara lebih spesifik”, tanya aku lagi kat Mary

Sehingga berjumpa lagi

Wednesday, March 9, 2011

Biar Betul Part 23

“Moral citer ni, kalau awak nak tahu awak kena belanja saya minum teh dulu”, kata Mary lagi.

“Oh ok no problem, I pun nak order lagi ni, I punya pun dah habis ni”, kataku lagi sambil bergegas angkat menuju ke kaunter Mc Donald.

“Ehh…eehhhhh….eeehhh tak payah ,,,saya gurau jer, bukan minta betul”, kata Mary lagi

“Tak apa, tak apa saya nak belanja jugak”, balas aku lagi sambil meneruskan langkah menuju ke kaunter. Aku nak order secawan kopi dan secawan teh.

Aku beratur menungu giliran. Mary duduk berseorangan kat situ. Aku perhatikan Mary dari kejauhan, fuuhhh lawa awek ni macam model. Dia pulak aku perhatikan memerhatikan aku juga dari kejauhan. Mesti dia cakap kat dalam hati macam ni, “ffuhhh hensem jugak mamat ni “….aku saja-saja buat ayat tu. Tiba-tiba

“Abang, selamat datang ke Mc Donald, having here or take away”, tanya lembut gadis kat kaunter tu, tersentak aku dari lamunan aku tadi

“One tea and one coffee, having here”, jawab aku ringkas

“Fries sir?”, tanya budak tu lagi.

“It ok, tak apa…oooo ok jugak…. bagi sekali fries large”, jawab aku lagi, sejuk-sejuk macam ni lapar jugak perut ni.

“Semua sekali 12.50”, kata budak tu lagi. Aku bayar dah melangkah menuju Mary membawa sekali bersama semua makanan dan minuman yang aku dah bayar tadi.

“Awak ni susah-susah jer, I gurau jer tadi bukannya betul-betul”, kata Mary lagi sambil menyambut secawan teh yang aku hulurkan kat dia.



Katanya lagi “time kasih, kalau I tahu tadi better I gurau-gurau minta you bayarkan installment keta I bulan ni he he”, dia ketawa kecil.

Aku hanya tersenyum kemudian aku tanya kat dia ,” So sambung balik citer awak tadi, apa moral kisah turtle trader and apa releven nya dengan forex”, kataku lagi sambil menghirup kopi panas yang sengaja aku tak bubuh gula.

Mary tersenyum, kemudian katanya lagi kat aku,”U minum kopi tu tak bubuh gula, tak pahit ker”

“Tak, I memang dah biasa minum kopi macam ni”, jawab ku ringkas

Mary aku perhatikan membancuh sesudu gula kat dalam cawan. Dia hirup tehnya. Mary sambung lagi,” Walaupun kisah turtle trader ni pasal trader stock...”

Tak semena-mena,” excuse me”

Aku dan Mary menoleh ke sebelah bila disapa mesra suara lembut seorang gadis pekerja Mac Donald kat situ.

Sehingga berjumpa lagi.

Monday, March 7, 2011

Biar Betul Part 22


Profisional trader sabar, tunggu and then tembak. Most of the time kena, tetapi ada juga masanya tak kena tapi it ok, the process start balik.


Amatur trader, buka chart jer terus nampak setting yang ok, every time buka PCs jer mesti jumpa setting yang ok. Then tembak bertalu-talu, ada masanya kena tapi kebanyakkan masanya tak kena. Bila selalu sangat tak kena, mesti nak tukar cara lain pulak.

Di petik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Ikuti sambungan kisah forex aku dan Mary selepas ini. Sehingga berjumpa lagi

Biar Betul Part 21

Sebelum aku sambung citer pasal Mary and turtle trader, ni aku petik sikit journal Forex Jamlus Jackson


Pulau Langkawi April 2009. 4.45pm

Set minda yang betul ketika melakukan aktiviti forex akan menjadikan aku seorang yang rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Harus difahami ramai pelabur forex gagal kerana persediaan mental yang lemah. Mereka cepat teruja jika beroleh keuntungan dan jika beroleh kerugian mereka tidak menanganinya dengan betul dan mula membuat keputusan dengan terburu-buru. Tindakan seperti ini selalunya menjurus kepada kerugian yang lebih tinggi. Jangan sesekali bertindak untuk membalas dendam jika berlaku kerugian dan jika beroleh keuntungan aku juga mesti bertindak dengan rasional dan jangan tergesa-gesa dan hilang pertimbangan. Jika aku mempunyai set minda yang betul, aku seharusnya bersikap natural sama ada aku untung atau rugi. Kekalkan teknik aku yang ternyata telah membuahkan hasil dan cuba lagi dan lagi di lain masa.

Sentiasa ingat bahawa matlamat aku untuk menjadi jutawan adalah sesuatu yang memerlukan masa. Bukannya hari ini memulakan urusniaga dan esok menjadi jutawan. Jika itu prinsip aku, aku mesti perbetulkannya. Sikap sedemikian adalah ciri-ciri seorang pelabur forex yang tamak dan penjudi. Bukannya sikap seorang pelabur forex sebenar.

- Di petik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Sehingga berjumpa lagi

Biar Betul Part 20

“Untuk membuktikan sapa betul dan sapa salah, Richard Dennis mencadangkan agar satu iklan untuk mencari trader baru dilakukan, mereka buat iklan kat wallstreet journal dalam tahun 1983 and sebanyak 15000 orang apply “, jelas Mary lagi.

“Menarik tu, lepas tu apa jadi”, tanyaku lagi.

Baru sahaja Mary hendak menjelaskan lanjut cerita tentang turtle trader, kami terganggu oleh satu pengumuman:

“Perhatian, penerbangan MH303 ke Kuala Lumpur telah bersedia untuk berlepas, semua penumpang di persilakan untuk keberangkatan di Gate 3. Terima kasih”



“Flight awak ker”, tanya Mary kat aku

“Bukan”, jawabku ringkas.

“Ok, so apa jadi selanjutnya”, gesa aku kat Mary

“Ok, out of 15000 yang apply mereka pilih 13 orang yang mereka gelar kan turtle”, kata Mary lagi

Aku tanya kat Mary,” Why mereka gelarkan turtle”

Mary diam sekejap kemudian dia berkata lagi , “ entah, saja saja kot, dia gelar turtle sebab sebelum tu Dennis pernah berkunjung ke Singapore dan dia kata dia akan didik mereka ni macam penternak turtle kat Singapore ternak turtle mereka, step by step dari mula”.

“Apa maksudnya”,tanyaku lagi

Mary jawab”, maksudnya semua mereka ni akan dididik mengenai perkara asas pelaburan sehinggalah teknik trading dan persediaan mental sebagai seorang pelabur dan kemudian Dennis akan guide mereka guna teknik yang dia sendiri telah gunakan selama itu dan Dennis akan berikan duit sebagai modal untuk memulakan pelaburan. Dennis sendiri akan monitor mereka closely”, jelas Mary panjang lebar.

Selanjutnya kata Mary lagi,” 13 orang yang terpilih tu dari pelbagai latar belakang dan hampir kesemuanya tidak ada pengalaman sebagai trader kecuali seorang, yang seorang tu pun bukannya trader yang success, Dennis pilih mereka ni sebab dia nak buktikan kepada Bill bahawa jika seseorang itu di didik dan dibimbing dengan betul , dia pasti mampu berjaya”.

Mary menghirup lagi minumannya, diam sejenak kemudian dia berkata lagi.” So first day masa dia jumpa dengan kesemua 13 orang budak yang dia select tu Dennis cakap macam ni, " I don't care if you make money or not, you will still get fired if you didn't follow my ROE". Lepas tu dia ajar dia punya teknik, money manegment and trading mind set kat semua dia punya student and seterusnya financekan setiap student nya USD500,000 setiap seorang”,

“Wooww banyaknya duit dia bagi kat budak-budak tu, tapi ROE tu apa”, sampuk aku lagi.

“Hisss awak ni, citer I tak abis lagi, jangan ler meyampuk dulu, ROE tu stand for “rule of enggament”…ler simply maksud dia plan and strategy ler tu”, kata Mary lagi

Kemudian sambungnya lagi,” Dennis ajar student dia tu kurang lebih 2 minggu dan lepas tu mereka start trade and Dennis monitor them closely and make sure semua ikut dia punya trading rule”.

Mary diam sekejap kemudian sambungnya lagi,” Dalam tahun pertama 11 orang dari 13 orang tu making 70% hingga 129% dan dalam tahun pertama tu juga 2 orang kena pecat. Dalam tahun kedua pulak hampir kesemua anak didiknya dah gandakan duit modal sekurang-kurangnya dua kali ganda”.

“End of story”, kata Mary lagi sambil menghirup air yang dibelinya.

Kami diam kemudian aku tanya,”So apa moralnya citer ni”

Sehingga berjumpa lagi.

Saturday, March 5, 2011

Biar Betul Part 19



Sama ada market tengah lembu or market tengah beruang, trader tanpa disiplin tetap loss.

- Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson, Feb 2007,

Sehingga berjumpa lagi untuk mengetahui kisah lanjut antara aku dan Mary

Biar Betul Part 18


"Remember : Jangan mengharap price akan ok, fixed your Stop Loss. Always trade with Stop loss and it OK to loss than not follow your rule"

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson, Dec 2009

Sehingga berjumpa lagi untuk mengetahui kisah lanjut antara aku dan Mary.

Friday, March 4, 2011

My FX today cycle 5

Salam kat semua trader.


Minggu ni untuk urus niaga (28/02/2011-05/03/2011) menyaksikan aku cancel sebanyak 3 position dan lost sebanyak 1 position , aku juga masih mempunyai sebanyak 3 position yang masih floating, 2 tengah pending dan 4 position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Win A, Loss B dan Cancel C( Rujuk rajah kat atas). Seperti biasa, position yang tengah pending dan floating tu aku tak akan ulas. Dah close nanti baru aku cerita. Macam biasa aku guna daily chart bila trade dan aku guna strategi Fibonacci retracment, daily chart sesuai dengan aku sebab movement harga lebih perlahan dan aku pula jenis yang tak suka mengadap komputer lama-lama untuk trading forex, paling lama aku trade hanya 15min jer sehari. Kalau ada setup yang ok aku terus pasang pending order. Untuk loss position jumlah pip yang loss ialah sebanyak 359 pips.Manakala untuk win position jumlah pip yang berjaya dipungut ialah sebanyak 221 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]



Penjelasan Win A.
Rujuk rajah kat atas. Pada tarikh 13/2/2011 untuk pair USDCAD, aku lihat ada pembentukan pelengkap yang aku tandakan dengan Point C. Fibo pulak dah retrace hampir 23.6. Aku pun pasang pending sale stop dekat B, TP dekat 161.8 dan SL dekat Point A. Position tu kemudiannya trigger pada 14/02/2011 dan akhir nya close pada 28/02/2011 dan memberi aku keuntungan sebanyak 97 pips. Position tu floating selama 14 hari (2 minggu)


Penjelasan Loss B.
Rujuk rajah kat atas. Pada tarikh 10/2/2011 untuk pair EURUSD, aku lihat ada pembentukan pelengkap yang aku tandakan dengan Point C. Fibo pulak dah retrace sebanyak 38.26. Aku pun pasang order pending sale stop dekat Point B, TP dekat 161.8 dan SL dekat Point A. Position tu kemudiannya trigger pada 11/02/2011 dan akhirnya close pada 02/03/2011 dan memberi aku kerugiaan sebanyak 359 pips yang setara dengan 2% nilai equiti . Position tu floating selama 16 hari. Breakout yang aku jangka nampaknya meleset dan sebaik sahaja breakout itu ditembusi ianya gagal mencapai penurunan harga seperti yang aku jangka, sebaliknya penurunan harga berlaku hanya untuk beberapa hari dan kemudiannya harga naik sehingga mencecah stoplosss aku pada Point A. Sebaik sahaja SL aku ditembusi, harga semakin menokok naik.


Penjelasan Cancel C.
Rujuk rajah kat atas. Pada 02/03/11 untuk pair GBPJPY aku lihat ada pembentukan Point C, dimana aku nampak pair tu retrace melebihi 38.2 fibo. Macam biasa aku tandakan point tu sebagai pelengkap untuk plan dan strategi forex aku. Point A,B dan C sudah terbentuk dengan jelas. Aku letak TP dekat 161.8 fibo, SL dekat 0.0 fibo ( Point A) and entry dekat Point B. Tapi pair GBPJPY meyaksikan kenaikan harga selang beberapa hari selepas itu, kenaikan berlanjutan sehingga memintas Point C yang aku tandakan sebagai pelengkap. Bila kenaikan harga telah menghampiri Point A maka aku cancelkan position tu.

Thursday, March 3, 2011

Biar Betul Part 17




“Ikan nemo ni kalau goreng or buat ikan masin sedap ni”, kata aku kat Mary sambil kami leka memerhati ikan nemo kat dalam aquarium di sebelah meja. Sesekali terdengar bunyi guruh berdetum. Buruk benar cuaca hari tu.

“Awak ni macam budak budak lah, tu bukan ikan nemo lah, tu ikan clown”, balas Mary lagi. Kemudian sambungnya lagi.

“Awak tak jawab lagi pertanyaan saya tadi, kan saya tanya UFO to stand untuk apa”, gesa Mary lagi.

“Ooo sorry, seronok tengok awak gelak tadi, terlupa pulak, UFO tu maksud dia Underwater Fiber Optic Cable”, jelas aku lagi.

“Oh begitu, Fuuuyyyooo, dashat nya, awak keja kat bawah laut ker”, tanya Mary lagi


“Kurang lebih macam tu ler, I keja buat maintance UFO untuk Asia Pasific region, cable tu lay kat dasar laut , I buat rutin check up dekat setiap point every month, tiap-tiap bulan nak kena buat rutin mantainance ”, jelas aku lagi.

“Sori yer saya gelak tadi, bila I tengok kat kad you tulis UFO saya rasa lucu sangat-sangat, maaf ler yer, so macam mana you check cable kat bawah laut tu,awak diver ker”, tanya Mary pantas.

“Tak ler, I pakai RMS, RMS to maksud dia Remote Mini Submerin, I remote dari atas kapal jer, RMS tu saiz nya macam sebijik keta kancil”, jelas aku lagi.

“OOO,,,begitu, Mesti best kan?”, balas Mary lagi

Aku menghirup lagi kopi panas.Kemudian aku jawab pertanyaan Mary:

“Tak jugak, bila dah buat keja ni lama sangat, rasa macam boring pulak,oh ya awak trade Forex dah berapa lama”, tanya ku lagi

“Ada ler dalam 8 tahun dah, masuk tahun ni”, jawab Mary lagi.

“Lama tu, awak guna broker mana”, tanya aku lagi

“I guna interbank FX, you pulak guna broker mana”, tanya Mary lagi

“I guna FXCM”, jawabku ringkas.

“Ayah saya yang ajar saya main forex ni, ayah saya full time fx trader”, jelas Mary lagi.

“Iye ker, menarik tu”, jawab aku pantas.

Tak sangka betul, awek ni dah trade fx selama 8 tahun, mesti dah terror dah ni. Kemudian Mary kata lagi.

“You pernah dengar ker pasal turtle trader”, tanya Mary lagi

“Turtle trader?.apa tu niaga kura-kura ker he he he”, jawabku balik sambil tergelak sedikit.


“He he he tak ler, turtle trader ni kisah pasal Richard Dennis and Bill Eckhardt, mereka ni trader stock and komoditi yang berjaya and famous sekitar tahun 80’an, citer ni happen sekitar tahun 1983”, jelas Mary. Dia berhenti sekejap untuk menghirup minuman yang dibelinya tadi. Kemudian sambungnya lagi:

“Satu hari Richard Dennis cakap kat Bill Eckhardt that untuk jadi trader yang berjaya seseorang itu boleh dididik dan diasuh, Bill Eckhardt tak setuju dan dia cakap untuk jadi trader yang berjaya seseorang itu memerlukan bakat ataupun anugerah semula jadi or dalam lain perkataan seseorang trader yang berjaya adalah kerana kebolehan khusus atau bakat yang tidak semua orang ada”, jelas Mary penuh perihatin, gayanya jelas menggambarkan yang dia seorang trader yang berpengalaman. Selanjutnya, kata Mary lagi:

Sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, March 2, 2011

Biar Betul Part 16

sebelum aku sambung balik kisah pertemuan aku dengan Mary, ni aku petik sedikit journal Forex Jamlus Jackson.

Balikpapan City, March 2008, 9.34pm

Bergantung pada aku, pilihan sentiasa ditangan aku. Jika aku mahu kebebasan kewangan aku harus mengorak langkah mulai sekarang. Selamilah minda seorang jutawan, perbanyakan bahan bacaan yang berkaitan jutawan. Tidak kira jutawan dalam bidang apa, jika aku halusi semuanya berkongsikan prinsip yang sama iaitu azam untuk bermula dan semangat untuk bertahan dan berusaha tanpa jemu lagi dan lagi tapi disertakan dengan ilmu dan panduan yang betul dan teratur. Mudah tapi tidaklah terlalu mudah, ramai yang akan tersungkur ditengah jalan. Sebab itulah ramai kita dengar mereka yang terlibat dalam jualan langsung, perniagaan, forex, saham, projek pertanian seperti penternakan ayam contohnya dan pelbagai lagi tersungkur sekerat jalan. Gagal, gulung tikar, putus asa dan kembali kepada keadaan asal dan keazaman untuk menjadi seorang jutawan hanya tinggal angan-angan.

Untuk berjaya dalam forex, minda aku mestilah ditukar kepada minda seorang jutawan. Seorang jutawan mestilah seorang yang tidak mengenal erti putus asa, berperangcangan, bijak menangani kekecewaan , tabah mengharungi dugaan dan sentiasa berfikiran terbuka untuk mendengar pandangan dan idea-idea lain. Ingin menjadi jutawan tetapi tanpa set minda seorang jutawan menyamakan aku dengan golongan mereka yang membeli loteri dengan harapan nombor pilihan itu mengena dan menjadi jutawan. Golongan ini juga ramai yang tabah berusaha dan tidak pernah kenal erti putus asa. Golongan ini juga lengkap dengan keazaman yang berterusan cuma kesilapan terbesar mereka ialah mereka tiada perancangan dan menyerah semua kepada nasib untuk menentukan kejayaan mereka. Jutawan sejati adalah jutawan yang berusaha dengan ilmu, berperangcangan dan berdisiplin.

Bila aku yakin menjadi jutawan bukanlah sesuatu yang mustahil, aku pasti aku mampu melakukannya dan dengan forex ianya semakin mudah dan tidak mustahil sama sekali. Forex seperti mana perniagaan lain menuntut didikasi dan komitmen. Sebenarnya ia mudah tetapi tidaklah terlalu mudah kerana aku hanya perlu tahap disiplin yang tinggi, pengurusan kewangan yang betul dan menggunakan teknik yang konsisten dan terbukti berkesan. Itu sahaja syaratnya, disiplin, pengurusan kewangan dan teknik yang betul. Di internet dewasa ini terdapat pelbagai teknik yang dicadangkan oleh pelbagai pihak. Semua pihak mencadangkan teknik mereka sebagai yang terbaik dan terbukti berkesan. Sebagai pelabur forex aku mestilah melihat ini sebagai sesuatu yang positif. Banyak pilihan bermakna aku mempunyai banyak idea dan berpeluang untuk mencuba pelbagai teknik sehingga aku menjumpai teknik yang terbukti berkesan dan serasi dengan aku. Disiplin aku akan menentukan sama ada aku berjaya atau tidak, teknik yang betul tanpa disiplin akan mengagalkan aku.

- Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

nantikan sambungan kisah forex antara aku dan Mary dalam siri seterusnya

sehingga berjumpa lagi.

Tuesday, March 1, 2011

Biar Betul Part 15

“Excuse me…apa awak tanya tadi?”, tanyaku lagi, just in case aku salah dengar.

“I tanya tadi, awak ni trading forex ker?”, jawab Mary lagi.

Aku diam sejenak, kemudian aku jawab lagi,

“Iye macam mana awak tahu?”,tanyaku selanjutnya.

“Awak ni….tuuuu”,katanya sambil matanya memandang buku yang aku baca.

“Iye tak iye juga”, kataku sambil melihat cover buku yang aku baca tu, kat situ tertulis tajuk buku tu “Trade Forex Market Today”.

“He he he he , tak perasaan pulak”, balasku lagi.

“Awak trading jugak ker?”, tanyaku lagi.

“Iye, I buat part time jer, you macam mana, full time ker?”, tanya Mary lagi.

Seronok jugak, dalam tension-tension sebab flight delay ni, tiba-tiba jer ada awek lawa duduk semeja dengan aku, peramah dan tahu pasal forex pulak tu. Ni mesti menarik fikirku. Baru sahaja aku nak jawab pertanyaan Mary tadi, tiba-tiba jer.

“Tuuuuutttt tttuuuttt tttttuuuuuttt”, satu sms masuk kat handphone aku.

Aku segera ambil handphone aku kat dalam poket sebelah kanan, segera aku buka.

Jamlus Jackson rupanya yang hantar sms kat aku, katanya kat dalam sms tu,




“Aku punya citer Halimah Jongang kat dalam tumb drive yang aku bagi hari tu aku lupa copy ler, tolong burn kat dalam CD untuk aku, nanti aku sms kau address mana nak kirim. TQ,-JJ”

Aku segera balas sms tu, aku taip, “ok”, then aku sent.

Baru aku nak memulakan lagi perbualan dengan Mary.

“Tttttttuuuuttt, tttuuutttt, tuuuuuttt” sms masuk lagi

Jamlus Jakson balas sms aku dia kata, “hantar kat alamat ni P.O Box 6733, Persiaran Satu, 456326, Balikpapan, Kalimantan Barat, Indonesia. Tq”

Aku segera balas sms tu, aku taip, “ok noted, nanti aku burn and kirimkan kat alamat tu”, then aku sent.

“Busy nampak, girlfriend awak ker yang sms”, tanya Mary lagi kat aku.

“Tak ada ler, kawan jer, biasalah urusan keja”, jawab aku ringkas.

“Awak orang Singpore ker?”, tanya Mary lagi kat aku meneruskan perbualan.

“Tak, saya orang Malaysia, asal dari Sarawak, awak pulak orang mana, Indonesian ker”, tanya aku lagi kat Mary

“Iye, saya asal dari Jakarta, tapi keja kat sini?”, jelas Mary lagi sambil menghirup minuman yang dibelinya tadi.

“Keja kat mana?”,tanyaku lagi sambil menghirup kopi panas. Sejuk dingin macam ni dapat perkena kopi panas ni, best sangat-sangat.

“I keja kat Kuching, mengajar”, katanya lagi sambil mengambil kad namanya dari pursenya dan menghulurkan kad namanya kat aku.

Aku ambil dan aku perhatikan. Rupa-rupanya dia keja sebagai lecture kat Swimburne University, dekat Simpang Tiga. Kami diam, tidak berbual sejenak dan aku leka memerhati kad nama Mary. Kemudian Mary bersuara lagi.

“Kalau kat tempat asal saya, biasanya kalau kita bagi kad nama dekat seseorang, orang yang kita bagi tu akan bagi kad dia pulak kat kita”, katanya lagi, menyindir dengan penuh sopan.

“Opss sori, ni kad saya”, kataku lagi sambil menghulurkan kad nama aku kepada Mary. Mary ambil kad tu, dia perhatikan kemudian katanya lagi.

“Keja awak nampak macam best jer, UFO engineer , keja apa tu, awak keja tangkap makhluk asing ker”, tanya dia lagi sambil ketawa manja sebab terasa lucu bila tengok kad nama aku.

“UFO engineer….he he he he lawaknya…ha ha ha ha lucunya.. ha ha ha ha “, Mary ketawa lagi, kali ni ketawanya semakin kuat.

“Gelak ler tak ape...”, kata aku lagi.

Selepas ketawanya reda. Sejenak selepas itu, Mary bersuara lagi.

“Sori, I terover gelak pulak, maaf yer, jangan ler marah…..UFO tu apa”, tanya Mary lagi sambil mengesat air matanya yang terkeluar sedikit sebab terlebih ketawa sebentar tadi.

Suasana di Airport Kuching masih sesak tetapi tenang. Aku menoleh kekanan memandang seekor ikan nemo. Aquarium besar disebelah kami menjadikan pertemuan aku dengan Mary bertambah menarik.





Sehingga berjumpa lagi.