Friday, March 11, 2011

My FX today cycle 6

Salam kat semua trader.



Minggu ni untuk urus niaga (06/03/2011-12/03/2011), menyaksikan aku cancel sebanyak 5 position dan tiada sebarang lost, aku juga masih mempunyai sebanyak 3 position yang masih floating, 3 tengah pending dan 2 position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Win A, ( Rujuk rajah kat atas). Seperti biasa, position yang tengah pending dan floating tu aku tak akan ulas. Dah close nanti baru aku cerita. Macam biasa aku guna daily chart bila trade dan aku guna strategi Fibonacci retracment, daily chart sesuai dengan aku sebab movement harga lebih perlahan dan aku pula jenis yang tak suka mengadap komputer lama-lama untuk trading forex, paling lama aku trade hanya 15min jer sehari. Kalau ada setup yang ok aku terus pasang pending order. Untuk win position jumlah pip yang berjaya dipungut ialah sebanyak 160 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]


Penjelasan Win A.
Rujuk rajah kat atas. Pada tarikh 07/03/2011 untuk pair AUDCAD, aku lihat ada pembentukan pelengkap yang aku tandakan dengan Point C. Fibo pulak dah retrace hampir 38.2. Aku pun pasang pending sale stop dekat B, TP dekat 161.8 fibo dan SL dekat Point A. Position tu kemudiannya trigger pada 07/03/2011 dan akhir nya close pada 10/03/2011 dan memberi aku keuntungan sebanyak 75 pips. Position tu floating selama 3 hari.