Thursday, March 3, 2011

Biar Betul Part 17




“Ikan nemo ni kalau goreng or buat ikan masin sedap ni”, kata aku kat Mary sambil kami leka memerhati ikan nemo kat dalam aquarium di sebelah meja. Sesekali terdengar bunyi guruh berdetum. Buruk benar cuaca hari tu.

“Awak ni macam budak budak lah, tu bukan ikan nemo lah, tu ikan clown”, balas Mary lagi. Kemudian sambungnya lagi.

“Awak tak jawab lagi pertanyaan saya tadi, kan saya tanya UFO to stand untuk apa”, gesa Mary lagi.

“Ooo sorry, seronok tengok awak gelak tadi, terlupa pulak, UFO tu maksud dia Underwater Fiber Optic Cable”, jelas aku lagi.

“Oh begitu, Fuuuyyyooo, dashat nya, awak keja kat bawah laut ker”, tanya Mary lagi


“Kurang lebih macam tu ler, I keja buat maintance UFO untuk Asia Pasific region, cable tu lay kat dasar laut , I buat rutin check up dekat setiap point every month, tiap-tiap bulan nak kena buat rutin mantainance ”, jelas aku lagi.

“Sori yer saya gelak tadi, bila I tengok kat kad you tulis UFO saya rasa lucu sangat-sangat, maaf ler yer, so macam mana you check cable kat bawah laut tu,awak diver ker”, tanya Mary pantas.

“Tak ler, I pakai RMS, RMS to maksud dia Remote Mini Submerin, I remote dari atas kapal jer, RMS tu saiz nya macam sebijik keta kancil”, jelas aku lagi.

“OOO,,,begitu, Mesti best kan?”, balas Mary lagi

Aku menghirup lagi kopi panas.Kemudian aku jawab pertanyaan Mary:

“Tak jugak, bila dah buat keja ni lama sangat, rasa macam boring pulak,oh ya awak trade Forex dah berapa lama”, tanya ku lagi

“Ada ler dalam 8 tahun dah, masuk tahun ni”, jawab Mary lagi.

“Lama tu, awak guna broker mana”, tanya aku lagi

“I guna interbank FX, you pulak guna broker mana”, tanya Mary lagi

“I guna FXCM”, jawabku ringkas.

“Ayah saya yang ajar saya main forex ni, ayah saya full time fx trader”, jelas Mary lagi.

“Iye ker, menarik tu”, jawab aku pantas.

Tak sangka betul, awek ni dah trade fx selama 8 tahun, mesti dah terror dah ni. Kemudian Mary kata lagi.

“You pernah dengar ker pasal turtle trader”, tanya Mary lagi

“Turtle trader?.apa tu niaga kura-kura ker he he he”, jawabku balik sambil tergelak sedikit.


“He he he tak ler, turtle trader ni kisah pasal Richard Dennis and Bill Eckhardt, mereka ni trader stock and komoditi yang berjaya and famous sekitar tahun 80’an, citer ni happen sekitar tahun 1983”, jelas Mary. Dia berhenti sekejap untuk menghirup minuman yang dibelinya tadi. Kemudian sambungnya lagi:

“Satu hari Richard Dennis cakap kat Bill Eckhardt that untuk jadi trader yang berjaya seseorang itu boleh dididik dan diasuh, Bill Eckhardt tak setuju dan dia cakap untuk jadi trader yang berjaya seseorang itu memerlukan bakat ataupun anugerah semula jadi or dalam lain perkataan seseorang trader yang berjaya adalah kerana kebolehan khusus atau bakat yang tidak semua orang ada”, jelas Mary penuh perihatin, gayanya jelas menggambarkan yang dia seorang trader yang berpengalaman. Selanjutnya, kata Mary lagi:

Sehingga berjumpa lagi.