Friday, March 25, 2011

My FX today cycle 8

Salam kat semua trader.



Minggu ni untuk urus niaga (20/03/2011-26/03/2011) menyaksikan aku cancel sebanyak 2 position , 1 loss, tiada position yang tengah floating , dan tiada position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Cancel A dan Loss B
(Rujuk rajah kat atas). Jumlah keseluruhan pips yang loss untuk urus niaga minggu ini ialah sebanyak 371 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]



Penjelasan position Cancel A

Pair USDCAD, sila rujuk rajah kat atas. Pada 18/03/2011, aku lihat ada pembentukan Point C, aku menjangka akan berlakunya kenaikan harga yang aku jangka akan menembusi Point B dan seterusnya sehingga mencecah 161.8 fibo. Tetapi ternyata jangkaan aku meleset dan harga bergerak kebawah dan akhirnya membatalkan Point C. Aku lantas cancel position itu.





Penjelasan position Loss B

Pair GBPUSD, sila rujuk rajah kat atas, pada 16/03/2011, aku lihat ada pembentukan point C yang aku kenali sebagai pelengkap, Fibonacci retracment juga telah mencapai tahap 38.2 fibo dan seperti plan dan strategi aku sebelum ni aku pun buat arahan Sell Stop pada point B, Position tu trigger pada 16/03/2011 dan foating selama 5 hari sebelum mengena stop loss aku pada 22/03/2011 dan memberi aku loss sebanyak 371 pips. Ini merupakan loss pertama untuk bulan March 2011.

Kalau diperhatikan pada 16/03/2011, sebaik sahaja position sell stop aku mengena, price terus reverse dan ternyata jangkaan aku untuk berlakunya breakout meleset sama sekali.