Monday, March 14, 2011

Biar Betul Part 25

Mary diam sejenak, kemudian katanya lagi:

“Turtle trader adalah experimen yang dilakukan oleh Dennis dan ianya berjaya disebabkan ketegasan Dennis dalam memastikan semua studentnya follow rule yang dia berikan”, jelas Mary lagi.

“Macam I cakap sebelum ni Dennis pernah cakap macam ni, " I don't care if you make money or not, you will still get fired if you didn't follow my ROE". Awak nampak tak”, tanya Mary lagi kat aku

“Nampak apa?”, tanya aku lagi

Mary diam sejenak, kemudian dia bersuara lagi

“Jika seseorang trader tu hendak berjaya, dia mesti ada ROE, kemudian yang paling penting dia mesti follow dia punya ROE secara terus menerus, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan seterusnya tanpa henti. Dennis melakukannya selama 18 tahun, ianya adalah satu tabiat atau habit”, kata Mary lagi.

“Beza mereka yang berjaya dan mereka yang gagal adalah tabiat mereka, mereka yang berjaya adalah kerana ia mempunyai tabiat yang betul dan trader yang gagal adalah kerana mereka memiliki tabiat yang salah”, sambung Mary lagi.

Aku leka mendengar penjelasan Mary. Gadis cantik, tinggi lampai dan berbadan ramping ni membuat aku kagum. Macam tak percaya jer bila dia jelaskan kat aku pandangan dia.

“Banyak contoh tabiat yang tak betul yang pemorex buat tapi mereka tak sedar”, kata Mary lagi.

“Boleh bagi satu contoh kat saya”, tanya aku lagi. Perbualan kami semakin rancak.

Mary diam sekejap, kemudian dia berkata lagi:

“ Pernah dengar tak “let your profit run and cut your loss short?”, tanya Mary kat aku

Aku diam sekejap cuba nak proses pertanyaan Mary tadi kemudian aku jawab

“Pernah, almost semua buku pasal trading ada cakap macam tu”, jawab aku lagi

“Semua trader tahu pasal tu, tapi kebanyakkan trader lakukan perkara yang sebaliknya. contohnya, say kalau sesuatu entry tu dia letak take profit 200pips, dapat jer 50pips and kadang-kadang tu baru jer 10pips dah rasa macam nak tutup, I mean say that teknik yang dia guna tu bukan scalping punya teknik ler”, jelas Mary lagi

“Maksud awak trader tu tak sanggup tunggu sampai kena take profit ker?”, tanya aku lagi

“Haa…exactly macam tu , awak nak tahu kenapa”, tanya Mary lagi

“Kenapa?”,tanyaku lagi kat Mary

“Macam I cakap tadi, sebab tabiat”, jawab Mary ringkas

Mary meneguk lagi teh panas yang dibeli tadi, kemudian dia bersuara lagi

“Tanpa sedar ramai trader guna logik sendiri bila memorex, so nampak lebih logik kalau ambik untung cepat-cepat dari tunggu sampai kena take profit sebab potensi nak rugi masih ada kalau tunggu, tapi kalau ambik cepat-cepat comfirm dah untung. Tak pun ramai pemorex pasang trailing stop ketat-ketat sebab tak mahu rugi “, panjang lebar penjelasan Mary

Sambung Mary lagi,” Tak salah kalau ambik profit cepat-cepat , tapi yang salahnya hanya satu, tabiat tu tak akan bawa mana-mana pemorex berjaya dalam jangka panjang, ianya bukan cara untuk berjaya, tabiat tu salah dan ia mesti diubah”.

Aku hanya diam and cuba nak amati setiap kata-kata yang Mary luahkan.

“Kenapa you diam?”, tanya Mary lagi setelah melihat aku hanya membisu. Kemudian aku bersuara lagi:

“Tadi awak citer pasal turtle trader, kemudian awak citer pasal Dennis, lepas tu awak citer pasal logik, last sekali tu awak citer pasal tabiat…. Sekarang saya dah faham, actually awak nak cakap that tabiat tu actually focus on “day to day” mindset, and kalau nak berjaya apa yang kita fikirkan hari ni kena betul dan tepat …macam tu ker?”, kata aku lagi

“He he he komplikated nya awak ni, berbelit-belit ”, jawab Mary sambil ketawa.

“Satu jer perkatan boleh explain semua”, kata Mary lagi

“Apa dia”, tanya aku

“Disiplin”, kata Mary lagi

Sehingga berjumpa lagi