Tuesday, March 1, 2011

Biar Betul Part 15

“Excuse me…apa awak tanya tadi?”, tanyaku lagi, just in case aku salah dengar.

“I tanya tadi, awak ni trading forex ker?”, jawab Mary lagi.

Aku diam sejenak, kemudian aku jawab lagi,

“Iye macam mana awak tahu?”,tanyaku selanjutnya.

“Awak ni….tuuuu”,katanya sambil matanya memandang buku yang aku baca.

“Iye tak iye juga”, kataku sambil melihat cover buku yang aku baca tu, kat situ tertulis tajuk buku tu “Trade Forex Market Today”.

“He he he he , tak perasaan pulak”, balasku lagi.

“Awak trading jugak ker?”, tanyaku lagi.

“Iye, I buat part time jer, you macam mana, full time ker?”, tanya Mary lagi.

Seronok jugak, dalam tension-tension sebab flight delay ni, tiba-tiba jer ada awek lawa duduk semeja dengan aku, peramah dan tahu pasal forex pulak tu. Ni mesti menarik fikirku. Baru sahaja aku nak jawab pertanyaan Mary tadi, tiba-tiba jer.

“Tuuuuutttt tttuuuttt tttttuuuuuttt”, satu sms masuk kat handphone aku.

Aku segera ambil handphone aku kat dalam poket sebelah kanan, segera aku buka.

Jamlus Jackson rupanya yang hantar sms kat aku, katanya kat dalam sms tu,




“Aku punya citer Halimah Jongang kat dalam tumb drive yang aku bagi hari tu aku lupa copy ler, tolong burn kat dalam CD untuk aku, nanti aku sms kau address mana nak kirim. TQ,-JJ”

Aku segera balas sms tu, aku taip, “ok”, then aku sent.

Baru aku nak memulakan lagi perbualan dengan Mary.

“Tttttttuuuuttt, tttuuutttt, tuuuuuttt” sms masuk lagi

Jamlus Jakson balas sms aku dia kata, “hantar kat alamat ni P.O Box 6733, Persiaran Satu, 456326, Balikpapan, Kalimantan Barat, Indonesia. Tq”

Aku segera balas sms tu, aku taip, “ok noted, nanti aku burn and kirimkan kat alamat tu”, then aku sent.

“Busy nampak, girlfriend awak ker yang sms”, tanya Mary lagi kat aku.

“Tak ada ler, kawan jer, biasalah urusan keja”, jawab aku ringkas.

“Awak orang Singpore ker?”, tanya Mary lagi kat aku meneruskan perbualan.

“Tak, saya orang Malaysia, asal dari Sarawak, awak pulak orang mana, Indonesian ker”, tanya aku lagi kat Mary

“Iye, saya asal dari Jakarta, tapi keja kat sini?”, jelas Mary lagi sambil menghirup minuman yang dibelinya tadi.

“Keja kat mana?”,tanyaku lagi sambil menghirup kopi panas. Sejuk dingin macam ni dapat perkena kopi panas ni, best sangat-sangat.

“I keja kat Kuching, mengajar”, katanya lagi sambil mengambil kad namanya dari pursenya dan menghulurkan kad namanya kat aku.

Aku ambil dan aku perhatikan. Rupa-rupanya dia keja sebagai lecture kat Swimburne University, dekat Simpang Tiga. Kami diam, tidak berbual sejenak dan aku leka memerhati kad nama Mary. Kemudian Mary bersuara lagi.

“Kalau kat tempat asal saya, biasanya kalau kita bagi kad nama dekat seseorang, orang yang kita bagi tu akan bagi kad dia pulak kat kita”, katanya lagi, menyindir dengan penuh sopan.

“Opss sori, ni kad saya”, kataku lagi sambil menghulurkan kad nama aku kepada Mary. Mary ambil kad tu, dia perhatikan kemudian katanya lagi.

“Keja awak nampak macam best jer, UFO engineer , keja apa tu, awak keja tangkap makhluk asing ker”, tanya dia lagi sambil ketawa manja sebab terasa lucu bila tengok kad nama aku.

“UFO engineer….he he he he lawaknya…ha ha ha ha lucunya.. ha ha ha ha “, Mary ketawa lagi, kali ni ketawanya semakin kuat.

“Gelak ler tak ape...”, kata aku lagi.

Selepas ketawanya reda. Sejenak selepas itu, Mary bersuara lagi.

“Sori, I terover gelak pulak, maaf yer, jangan ler marah…..UFO tu apa”, tanya Mary lagi sambil mengesat air matanya yang terkeluar sedikit sebab terlebih ketawa sebentar tadi.

Suasana di Airport Kuching masih sesak tetapi tenang. Aku menoleh kekanan memandang seekor ikan nemo. Aquarium besar disebelah kami menjadikan pertemuan aku dengan Mary bertambah menarik.





Sehingga berjumpa lagi.