Thursday, June 30, 2011

Biar Betul Part 54

“Hi Sham, aku jalan dulu”, terkejut sedikit aku bila tiba-tiba jer Jai Idrus sergah aku. Tak perasan aku bila masa pulak dia melangkah keluar dari bilik tempat dia solat tadi. Agaknya aku consentrate sangat tengok tv.

“Ok, tapi sebelum kau pergi tolong kemaskan dulu pinggan mangkuk tu…he he , tak ada ler aku gurau jer”, kata aku lagi kat dia.

Jai Idrus hanya tersengih jer at situ, kami bersalaman.

Ketika membuka pintu utama untuk Jai Idrus keluar, setelah separuh pintu tu aku selak,kemudian aku kata kat dia:

“Story kau kat aku tak abis lagi, kau belum citer lagi kat aku pasal teknik manual yang kau guna tadi, teknik ape dia tadi yang kau cakap tadi tu?”, aku cuba nak ingat balik teknik yang Jai Idrus cakap awal-awal tadi.

“O….teknik EMA crossing, nanti ler lain masa kita lepak lagi, nanti aku bagi tahu kau, aku dah lewat ni. Time kasih pasal sudi layan aku”, kata Jai Idrus lagi sambil tu dia menapak keluar , menyarungkan sandel croc dia yang color merah tu.

Aku kata kat dia,”Ok, call aku nanti, aku malam ni pun nak keluar dengan awek”,

“Yer ker, bila masa pulak kau ni ada awek ni”, balas Jai Idrus

“Pergi ler, pergi ler cepat-cepat dah pukul 6.05pm dah ni, nanti lama sangat girlfriend kau tunggu tu, nanti ler aku bagitahu kau pasal awek tu”, kata aku lagi kat dia.

“Iye lah…iye lah…ok ler..ok jalan dulu, assalamualaikum”, kata Jai Idrus sambil berjalan menuju ke lift.

“Waalaikumsalam…haaahh pandai pun bagi salam”, kata aku lagi kat dia. Aku hanya memerhati dia melangkah pergi dan kemudian aku tutup pintu dan aku kuncikan dari dalam. Aku melangkah lagi ke ruang tamu. Kalau nak tidur dah tak sempat dah ni.

Alamak, aku sendiri pun tak solat Asar lagi. Better aku siap cepat-cepat ni, lepas Maghrib nak jemput Mary Sari pula, nanti tak pasal-pasal aku terlewat.

Aku bergegas menuju bilik tidur, aku ambil towel dan terus menuju toilet. Aku nak mandi dulu, lepas tu solat Asar kemudian tu tunggu Maghrib masuk dulu, solat Maghrib dulu dan lepas tu terus keluar jemput Mary Sari.


Dekat luar hujan sudah reda. Aku offkan aircond, kalau tak off nanti sejuk pulak expecially bila lepas mandi, mau mengigil dibuatnya. TV pun aku offkan juga, cerita Criminal Mind tu tak habis lagi, tapi aku tak kisah sangat sebab episode tu episode ulangan, aku dah pernah tengok, so tengok untuk kali kedua dah tak suspend sangat sebab aku dah tahu macam mana ending episode tu.

TTTTTuuuutttt…tttuuutttt, ada SMS masuk kat handphone aku yang tengah charging.

Nanti ler aku check SMS tu, better aku seattlekan hal aku dulu. Jam kat dinding dah tunjukkan tepat 6.20pm. Lagi 30min nak masuk Maghrib ni, Asar pun tak buat lagi ni. Kang tak pasal-pasal tak sempat pula buat asar. Solat tu penting, solat tu tiang agama.

Macam Jamlus Jackson pernah cakap kat aku:

“Forex-forex juga, tapi solat jangan tinggal”

Sehingga berjumpa lagi

Sunday, June 26, 2011

Biar Betul Part 53

“Maksud kau bila berlaku perkara-perkara di luar dugaan, begitu?”, tanya Jai Idrus lagi.

Aku mengangguk tanda setuju. Jai Idrus pula aku nampak tenang jer sambil tu meneguk Nescafe. Dia kata lagi kat aku:

“Pada aku, kalau buat backdated test and sesuatu EA tu di run and dapat result ok, ramai trader ingat EA tu best. Ramai tak tahu sebenarnya parameter kat EA tu sebenarnya kalau di adjust akan memberikan result yang berbeza”, kata Jai Idrus lagi

Aku mendengar dengan penuh minat, aku tanya lagi kat Jai Idrus

“Apa maksud kau?”,

Jai Idrus kata balik kat aku:

“Maksud aku, result sesuatu EA tu boleh dimanipulate, sebab tu ler macam kau cakap tadi, kau pernah kena margin call bila guna EA dulu kan?, padahal kalau ikut testimonial sepatutnya tidak macam tu”, kata Jai Idrus lagi kat aku.

Dia sambung balik. Aku hanya diam mendengar dengan penuh minat. Dia kata kat aku:

“Sham, EA tu adalah program yang programmer buat, programmer buat sesuatu program base on logic. So dalam trading ni, dalam banyak kes, sesuatu yang nampak logic tidak semestinya betul. Pada aku, kalau guna EA ni, kawalan secara manual masih tetap di perlukan. Macam aku cakap tadi, tiada siapa nak naik sesuatu kapal terbang kalau yang bawa kapal terbang tu cuma “auto pilot system” jer. Semua manusia yang waras mesti nak juga ada pilot manusia yang kendali sesuatu pesawat tu dan disamping tu mereka tak kisah kalau kapal terbang tu juga di kendalikan oleh sistem auto pilot”,

Panjang lebar penjelasan Jai Idrus. Aku mendengar penuh teliti setiap kata-katanya, penuh makna dan amat berinformasi. Jai Idrus tengok jam kat dinding, dia kata:

“Sedar tak sedar dah pukul 5.50pm, lewat dah ni, aku nak pick up girlfriend aku ni. Dia keluar pejabat pukul 6.30pm, kat luar masih hujan lagi ker”, tanya Jai Idrus kat aku

“Masih lagi, tapi tak ler lebat sangat, kau ni risau lebih-lebih pasal hujan ni, macam ler kau naik motor”, aku kata kat Jai Idrus secara berselorah.

“Bukan apa, hujan-hujan ni jalan jem sikit, ok ler Sham aku jalan dulu, nanti kita story lagi….aik aku dah solat asar ker tadi?”, tanya Jai Idrus lagi kat aku

Aku jawab:

“Belum lagi ler, kau datang sini tadi pukul 3 lalu, belum masuk asar lagi masa tu, berak tu adalah, solat ler dulu kat sini, nanti terlepas pulak asar tu”, aku berdakwah sedikit kat Jai Idrus ala-ala iman muda kat dalam Astro.

“Iye ler, better aku solat dulu kat sini sebelum aku cabut”, kata Jai Idrus sambil melangkah ke toilet untuk ambil wuduk.

Aku bergegas angkat ke bilik tetamu yang aku jadikan ruang untuk solat, aku hamparkan sejadah siap-siap untuk Jai Idrus solat nanti. Lepas tu aku melangkah kembali kat ruang tamu dan cuba onkan Astro. Aku offkan dulu radio dan onkan astro.

Ok, sekarang dah ada signal, aku tune channel 710, citer criminal mind tengah main, Menarik ni, aku segera duduk di sofa ruang tamu aku. Jai Idrus aku perhatikan baru jer keluar dari toilet. Aku kata kat dia:

“Jai, sejadah aku dah prepare siap-siap, kalau kau nak gunakan kain pelikat pun ada juga kat dalam bilik tu”.

Jai Idrus kata ,”ok”, dan kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik untuk solat asar.

Aku masih duduk kat situ tengok astro kat TV plasma aku yang bersaiz 45 inci tu, sekarang ni TV plasma macam ni aku rasa harga dia cuma sekitar 5K-8K sahaja. Masa aku beli dulu TV ni 7 tahun lepas, harga dia Rm18K. Tapi sekarang dah tak ada value pun TV ni, aku kira kalau aku jual 5K sekarang ni pun tak ada siapa nak beli.




Aku masih leka enjoy citer Criminal Mind season 3 kat ruang tamu. Jai Idrus pulak senyap jer kat dalam bilik tu, tengah kyusuk solat fikirku. Aku nak enjoy the last 5 day ni sebelum aku kembali bertugas.

Sehingga berjumpa lagi.

Saturday, June 25, 2011

My FX today cycle 21

Salam trader kepada semua,

Minggu ni menyaksikankan 5 cancel position dan hanya 6 position yang win.

Untuk trading minggu ni (19/6/11 hingga 25/6/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni tiada loss, 6 win dan 5 cancel position. Pada masa report ini diupload aku masih ada 11 position yang tengah floating dan 1 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 648 pips.

Minggu ni aku still agak sibuk anda rasa-rasanya untuk 2 hingga 3 bulan lagi tahap kesibukan aku masih agak tinggi. So macam biasa, walau sibuk macam manapun, aku ambil juga masa sekitar 15-20 minit sehari untuk memorex. Aku hanya intai pembentukan Fibonacci retracement yang menepati syarat entry sistem yang aku gunakan dekat daily chart. Kalau ada, aku pasang pending order dan check balik esok selepas jam 8:30am waktu Malaysia after candlestick baru muncul.

Kepada pembaca yang setia mengikuti siri Biar Betul, teruskan membaca.


Kat bawah ni pula aku tunjukan position yang close dan win untuk trading minggu ini sebagai rujukan.









Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Wednesday, June 22, 2011

Biar Betul Part 52

“Aku buat macam tu untuk memudahkan aku”, terang Jai Idrus lagi

“Macam mana?, explain kat aku”, aku tanya lagi kat Jai Idrus.

Dia diam sejenak, atur posisi duduk and macam biasa atur parking sekali. Macam ler aku tak notice. Aku kata kat dia:

“Kau ni Jai, kalau kau buat macam ni depan awek, buat malu jer”, kata aku lagi kat Jai Idrus.

“Buat apa?”, tanya Jai Idrus kat aku.

“Ler…atur parking ler, kalau aku pun boleh notice awek lagi ler notice, kau ni cover–cover ler sikit he he he he he”, kata aku sambil ketawa sedikit

“Ish..ish kau ni….fitnah tu he he he, kau ni tuduh aku melulu”, kata Jai Idrus lagi.

Aku meneguk lagi Nescafe dan menjamah lagi sekeping Pizza. Jai Idrus pun sama. Biasa ler sejuk dingin macam ni perut memang cepat nak lapar. Lagu retro berkumandang di hujung telinga. Lagu hujan dendangan sudirman seolah-olah kena sangat dengan suasana hujan masa tu. DJ Jamal Jamaluddin nampak macam tau-tau saja kat Bandaraya Kuching masa tu tengah hujan. Siap main lagu pasal hujan pulak tu. Aku memecah lagi suasana dengan satu pertanyaan kat Jai Idrus, aku kata:

“Tadi kau cakap EA kau memudahkan kau, memudahkan macam mana tu?”, aku tanya Jai Idrus lagi.

Dia diam sekejap, kemudian Jai bersuara lagi:

“Simple macam ni, contoh katakan malam ni ada high impact news pukul 9 pm and malam tu aku ada plan lepak-lepak dengan kawan-kawan tonton EPL kat kedai mamak. So aku set ler EA aku awal-awal, and katakan aku keluar rumah pukul 7.30pm. Aku biarlah PC aku on and EA aku dah di pasang awal-awal. Aku pula tak payah duduk depan komputer. Pasang EA and lepas tu tinggal”, panjang lebar penjelasan Jai Idrus.


“Iye tak iye jugak”, kata aku sambil menangguk.

Kata Jai Idrus lagi kat aku:

“Ni cara aku, orang lain guna EA cara lain. Ada yang pasang 24 jam, ada yang pasang masa trending, ada yang pasang masa ranging dan macam-macam lagi ler”, kata Jai Idrus lagi

Dia diam sejenak, kemudian sambungnya:

“Cuma satu jer kena faham, kalau kau test sesuatu EA tu kat backdated testing and nampak ok, tidak semestinya masa live dia akan ok, pertimbangan secara manual pada aku masih tetap perlu”, kata Jai Idrus lagi kat aku.

Selanjutnya, sambung Jai Idrus lagi:

“Kalau kau naik kapal terbang, and sebelum naik ke udara ada announment cakap macam ni,”Penerbangan kita hari ini akan dilakukan oleh auto pilot sahaja, tiada seorang pun pilot manusia yang akan memandu pesawat kita pada hari ini, terima kasih”, agak-agak kau ler, kau sanggup naik ker kapal terbang tu”, kata Jai Idrus lagi dengan memberi satu soalan untuk aku jawab.

Aku proses pertanyaan Jai Idrus tadi dan kemudian aku kata kata dia:
“…Isshhh…kalau cuma auto pilot yang bawa kapal terbang, tak nak ler aku”, jawab aku ringkas.

Jai Idrus tanya balik kat aku,”Kenapa..kau tak confident ker dengan auto pilot yang bawa kapal terbang tu”.

Aku kata kat Jai Idrus:

“Yeap of course, what happen kalau tiba-tiba ada kejadian yang tidak diduga, contohnya ada ibu nak lahirkan anak kat dalam kapal terbang, ribut secara tiba-tiba, gunung berapi ker…banyak lagi ler dan macam-macam yang aku percaya hanya manusia sahaja yang faham”, panjang lebar aku menjawab pertanyaan Jai Idrus tadi


Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, June 19, 2011

My FX today cycle 20

Salam trader kepada semua,

Report kali ni aku buat simple jer. Minggu ni menyaksikankan banyak cancel position dan hanya satu position yang win.

Untuk trading minggu ni (12/6/11 hingga 19/6/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni tiada loss, 1 win dan 10 cancel posisi. Pada masa report ini diupload aku masih ada 9 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 59 pips.

Kat bawah ni result trading minggu ni:


Kat bawah ni pula aku tunjukan position yang win sebagai rujukan.




Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Saturday, June 18, 2011

Biar Betul Part 51

“EA tu aku guna dekat satu pair jer, aku guna kat pair usdjpy jer”, kata Jai Idrus lagi

“Biasa sangat aku dengar pasal EA ni, macam-macam , tapi so far mostly yang aku try test kat demo and live semuanya lingkup, aku dah hilang trust ler kalau nak trade guna EA ni”, aku bersuara memberikan pendapat peribadi aku.

Jai Idrus aku nampak rilek, sesekali dia adjust gaya duduk and sambil tu ambil kesempatan atur parking. Nak cover, tapi aku perasan. Tak senonoh betul ler dia punya perangai. Kemudian katanya lagi kat aku:

“Tak ada salahnya pakai EA, yang salahnya kalau tak reti nak pakai”, katanya ringkas

“Apa maksud kau?”, tanya aku lagi kat Jai Idrus.

“Macam ni, ramai pemorex ingat bila pakai EA, kita hanya perlu pasang dan tinggal, biar semuanya berjalan sendiri and tak payah monitor”, kata Jai Idrus lagi

“Memang tu ler function EA kan, sebab tu kita panggil EA tu robot, dia jalan sendiri and tak payah monitor”, kata aku lagi kat Jai Idrus dengan sedikit nada tidak setuju dengan pendapat dan pandangan dia.

“Betul tu, aku setuju bila kau cakap macam tu. Tapi kau harus ingat, kalau sesuatu EA tu memang berfungsi best giler macam tu mesti ramai dah pemorex kat dunia ni jadi billionare kan?”, kata Jai Idrus kat aku sambil menyoal aku kembali.

“Yeap betul tu, tu aku setuju. Ada sekali tu aku bubuh EA dekat akaun live aku, hancuss…kena margin call…nasib baik account tu aku bubuh kecik jer..aku bubuh USD300 jer”, kata aku lagi kat Jai sambil mengimbas kembali pengalaman aku kena margin call 4 tahun lepas pasal guna EA.

Jai Idrus diam, kemudian dia jawab aku, dia kata:

“Aku tak nak komen lebih-lebih sangat pasal EA ni, tapi pengalaman aku ler. Aku tak guna EA aku setiap masa, aku guna EA aku untuk pasang trap masa high impact punya new sahaja”, kata Jai Idrus lagi

“Macam mana tu, tak paham ler aku, tadi kau ada mention pasal “time setting” kan , apa tu”, tanya aku lagi kat Jai Idrus.

Pizza kat atas meja kopi ruang tamu aku masih banyak berbaki. Aku dengan Jai Idrus leka sangat berbual sampai lupa pula nak makan pizza tu. Jai Idrus kemudian kata kat aku:

“Kau ni Sham, berbual berbual juga, tapi pizza tu jangan lupa makan pula, please jangan segan-segan, jemput makan, jemput makan, jemput makan”, kat Jai Idrus bertalu talu suruh aku makan pizza. Ni baru tetamu yang betul-betul buat rumah orang macam rumah dia sendiri.

“Nah tambah Nescafe tu lagi”, kata Jai Idrus lagi sambil menuang penuh lagi cawan aku yang tadinya dah tinggal separuh.



“Sedap kau buat Nescafe, kau nak kerja dengan aku tak?”, aku tanya Jai Idrus lagi sambil meneguk Nescafe yang dia tuangkan tadi

“Kerja apa ?”, Jai Idrus jawab sambil tanya aku kembali.

Aku jawab dia dan aku kata,” Kerja jadi orang gaji kat rumah aku ni, bancuh kopi, cuci tandas, sapu rumah, mob lantai dan masak sekali untuk aku, kau nak tak?”,


“Boleh, boleh kalau kau sanggup bagi aku gaji Rm23,000 sebulan plus epf dan pencen…he he he he”, kata Jai Idrus lagi sambil ketawa.

Segenap ruang apartment aku terasa sejuk dingin, Aircond aku bubuh takat paling sejuk, kena lagi kat luar hujan lebat. Sejuk macam masa winter kat Londan. Best betul.

Sehingga berjumpa lagi.

Tuesday, June 14, 2011

Biar Betul Part 50

Seketika kemudian terdengar lagi Jai Idrus, menjerit sambil bertanya:

“Sham kau ada Nescafe ker, teh ker, tak pun milo”,

“Ada, kau cari kat atas rak kat atas tu”, jerit aku kembali sambil tu aku leka nak on kan astro. Alamak tak ada service, cuaca buruk sangat. Teringat aku Jamlus Jackson hari tu, dia pernah cakap kat aku kalau pakai Astro Beyond baru cuaca proof. Kalau aku pakai Astro beyond sure tak ada masalah macam ni. Lama betul aku tak jumpa Jamlus Jackson.

Aku bersuara lagi kat Jai Idrus, aku jerit sedikit, aku kata:

“Jai, susu pekat ada kat dalam bekas colour silver kat dalam peti sejuk tu, kau bancuh apa tu?”, aku menjerit sedikit bertanya kat Jai Idrus dari ruang tamu.

“Aku bancuh Nescafe”, jawab Jai Idrus, suaranya sayup-sayup kedengaran ditelan bunyi deraian hujan lebat kat luar.

Baik aku tutup jer astro ni. Malas aku nak buang masa try dan tunggu signal astro. Dengar radio lagi baik. Aku onkan radio dan dengar sinar FM, dengar lagu-lagu retro ni buat aku rasa macam sekarang ni tahun 80an.

Seketika kemudian. Jai Idrus berjalan masuk ke ruang tamu bersama tray yang siap tersedia seteko air , dua cawan dan sepinggan pizza yang dia dah panaskan guna micro wave.

Sambil tu dia kata kat aku:

“ Haaahhh…tengok macam ni ler layan tetamu, kalau ada tetamu datang jangan ler asyik bagi minuman tin jer…bancuh ler Nescafe, lepas tu hidangkan ler juga benda-benda sampingan macam ni baru ler betul. Kita ni orang timur Sham, penuh dengan adat dan sopan santun”, dia leka menghidang Nescafe yang dia bancuh tadi kat atas meja kopi di ruang tamu apartment aku. Lepas tu dia kata lagi:

“ Kau jangan lupa, adat dan sopan santun ni penting, tetamu kita mesti layan elok-elok, nanti kalau tetamu datang tapi kau tak bagi makan, nanti urang kampung kau mengata kau pula, last-last kau juga yang akan malu, jemput makan, buat macam apartment sendiri”.

Besungguh-sungguh dia bagi nasihat kat aku, macam ler dia tu baik sangat. Aku hanya tersenyum melihat gelagat dia.

“Time kasih, nasihat kau amat bernas sekali”, balas aku lagi kat dia

Aku tune balik kat tajuk forex, aku tanya Jai Idrus lagi:

“Tadi kau cakap kau guna EA, kau guna EA apa”, tak sabar aku nak tahu EA apa yang dia guna.

“Aku pakai EA yang aku reka sendiri, aku program sendiri EA tu”, jelas Jai Idrus lagi sambil menyuap sedikit pizza.

“Kau reti ker buat programming language Meta MQL, sapa ajar”, tanya aku lagi sambil menghirup Nescafe panas yang Jai Idrus bancuh tadi.

“Reti ler jugak, tapi tak ler terror sangat, actually EA tu aku modify, bukan aku buat dari scratch”, kata Jai Idrus lagi.

Kemudian dia kata lagi kat aku,” Sedap pizza ni, ni Hawaiian pizza kan”, katanya lagi sambil mengambil lagi sekeping pizza.

“Yeap ”, jawab aku ringkas

Sambung Jai Idrus lagi,

“Pasal EA tadi, EA tu punya logic base on “time setting”, aku guna EA tu untuk trade and pasang trap masa faudumantal expecially masa ada high impact punya announcment”, katanya lagi kat aku.

Aku balas dan aku kata Jai Idrus:
“Fuuuyyyooo, macam mana tu, nampak macam best jer, explain detail lagi kat aku”,

Sehingga berjumpa lagi

Saturday, June 11, 2011

My FX today cycle 19

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku masih busy macam biasa, hampir tiap-tiap hari aku onsite dari pukul 8am sampai 1am. Tambah lagi 7 jam complete ler kerja 24 jam sehari. So report kali ni aku buat simple jer.

Untuk trading minggu ni (5/6/11 hingga 12/6/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni tiada loss, 2 win dan 7 cancel posisi. Pada masa report ini diupload aku masih ada 4 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 111 pips.


Kat bawah ni pula aku tunjukan position yang win minggu ni sebagai rujukan. Tapi sebelum tu ni ada pantun ringkas yang aku karang sendiri.

Tajuk pantun : Stick to your plan

Bila keadan menjadi tidak keruan,
Stick to your plan,
Bila keadaan dah berada di haluan,
Well, stick to your plan.

P/S Mary Sari hantar SMS kat aku, dia gelak dan cakap ni ler pantun paling boring dia pernah baca.




Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, June 10, 2011

Biar Betul Part 49

Aku bangun dari sofa dan melangkah ke tingkap, aku selak curtain tingkap aku sedikit. Pemandangan hari hujan di luar apartmen aku begitu tenang. Cermin tingkap apartmen aku semacam dicurah dengan air tanpa henti, angin bertiup kencang fikirku. Mencurah-curah hujan turun lagi dan lagi dan semakin lebat. Aku harap petang nanti hujan akan berhenti. Aku ada janji temu dengan Mary Sari malam ni. Tapi ok juga fikirku, kalau hari hujan macam ni boleh jalan-jalan kat Kuching Water Front sambil kongsi satu payung dengan Mary Sari.


Tapi, apasal pula nak jalan-jalan kat Kuching Water Front malam ni, aku dengan Mary janji nak keluar tengok wayang. Tak boleh pakai idea tu fikirku sendirian kat situ.

Aku berfikir sendirian lagi kat situ sambil menikmati pemandangan hari hujan. Nampaknya tak payah ler aku cuci kereta hummer aku hari ni, dapat cuci free. Sesekali aku menoleh kearah toilet, lama betul Jai Idrus kat dalam toilet, may be lepas berak dia tolong cuci sekali toilet aku kot. Ok juga kalau dia volunteer nak cuci toilet aku, toilet rumah bujang macam aku ni paling-paling pun 5 tahun sekali cuci.

Aku terus memerhati pemandangan aras bawah dari situ, apartmen aku ni kat tingkat 9, dengan latar belakang view sungai Sarawak yang color macam teh tarik tu , so far so good and terasa sungguh damai sekali. Hujan, angin kencang, sejuk , view sungai Sarawak. What can be better than this, kata aku dalam hati. Suasana tenang and tak ada tension langsung.



“Woooiii, kau buat apa kat situ, intai awek ker?”, tiba-tiba aku dikejutkan oleh Jai Idrus. Tak sedar pulak aku, bila masa pulak dia keluar toilet.

“Opsss sorry, aku lupa flush ler toilet kau”, kata Jai Idrus lagi sambil tergesa-gesa menapak menuju toilet. Seketika kemudian terdengar bunyi toilet kena flush.

“Kau ni Jai, dah ler datang berak kat rumah aku, flush pun boleh lupa”, kata aku lagi kat Jai Idrus sambil mengambil tempat kembali untuk duduk kat sofa merah tadi untuk sambung balik perbualan yang tergendala sekejap tadi.

Aku dan Jai masing-masing duduk dengan selesa kat situ.

“Hujan lebat ker kat luar, kau mengelamun pasal apa tadi, nampak macam serius jer?”, tanya Jai Idrus lagi.

“Haahh haaa..lebat, bila? Tadi.. Tak ada apa ler, aku tengah fikir bila nak servis keta aku kat bawah tu”, jawab aku kat Jai Idrus lagi

“Engkau ni Sham, tulah apasal kau pakai keta tu, nak servis kan ker susah, dah ler spare part susah nak cari, maintenance mahal, army amerika guna kereta tu untuk pergi perang kat Iraq, kau pula guna keta tu untuk pegi pasar beli ikan terubok masin”, kata Jai Idrus lagi kat aku.

Aku meneguk lagi air tin 7up, kemudian aku kata lagi kat Jai Idrus:

“Betul tu, gaya tu yang penting…kalau nak murah dan senang service baik aku pakai motor kapcai “, kata aku lagi kat Jai Idrus

Jai Idrus tergelak sedikit, kemudian dia kata:

“Kau ni Sham, tak kan ler pakai kapcai, baik kau pakai public transport terus tak payah susah-susah fikir bila nak hantar service…he he he”, bidas Jai Idrus sambil tu dia ketawa makin kuat sebab seronok kat lawak yang dia buat sendiri.



“So pasal trading forex kau tadi, apa strategy kau pakai sampai pasang dua akaun tadi, explain sikit kat aku”, tanya aku lagi kat Jai Idrus sambil menukar topik dari keta kepada forex.

Jai Idrus diam sejenak, kemudian dia kata lagi:

“Satu akaun aku trade guna EMAs crossing dengan dan satu lagi aku trade guna EA”, kata Jai Idrus lagi

Aku balas dan aku kata kat dia:

“Dashatnya, tapi kenapa tak gabung jer semua akaun tu”, tanya aku lagi kat dia.

Dia jawab aku lagi,”Macam kau cakap tadi, sebabnya. entah…mungkin pasal aku dah terbiasa buat macam tu, and aku rasa lebih selesa begitu, akaun aku yang guna EA tu aku tak akan gabung dengan akaun yang pakai manual”, Jai Idrus berhenti sekejap. Angkat dari sofa di ruang tamu aku dan mula melangkah ke dapur. Kat dapur , dia buka peti sejuk aku.

Dari dapur terdengar suara Jai Idrus jerit, dia kata:

“Sham , ni pizza dalam peti sejuk kau ni elok lagi ker ni. Tak expired lagi ker”, tanya Jai Idrus sambil buka peti sejuk aku buat survey.


“Elok lagi tu, baru semalam aku tapau kat Pizza Hut Semariang, keluarkanlah, panaskan guna micro wave tu dulu, baru sedap makan”,kata aku lagi

Kedengaran Jai Idrus busy kat dapur. Dia buat rumah aku ni macam rumah dia sendiri. Mentang-mentang ler aku duduk bujang.

Sehingga berjumpa lagi.

Monday, June 6, 2011

My FX today cycle 18

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku out station dekat area pendalaman, so entah macam mana VSAT signal macam tak berapa “best”, so internet connection ada problem ler pula. Tu pasal ler report minggu ni lambat aku submit, setakat Tuesday 7/6/2011 pada pukul 2.05am pun signal tak lepas-lepas lagi. So biarlah engineer-engineer yang terror-terror solve problem tu. Aku pula main solitaire kat notebook aku.

Untuk trading minggu ni (29/5/11 hingga 5/6/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni ada 1 loss, 3 win dan 4 cancel posisi. Pada masa report ini diupload aku masih ada 3 position yang tengah floating dan 4 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 129 pips.




Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang tu 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo.

Aku menggunakan current market condition untuk membuat analisa arah tuju market, sebab tu ler ada masa nya TP tu aku adjust dari masa-kesemasa kerana support dan ressitance baru yang terbentuk aku jadikan panduan untuk menganalisa momentum sesuatu market. Cuma yang aku tak pernah adjust ialah Stop loss dan ianya sentiasa aku set secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Aku ni adalah pemorex yang jenis “malas” nak duduk lama-lama depan komputer. So sebab tu ler aku guna daily chart, and sebab tu ler juga stoploss tu kalau setakat 200-400 pips tu perkara biasa. Floating sampai 1 bulan pun pada aku tu perkara biasa. Bila memorex cara long term ni part money management tu memang kena jaga betul-betul. Insallah dalam siri Biar Betul yang akan datang nanti aku akan cerita tentang mengapa tanpa money management yang betul adalah almost mustahil untuk seseorang pemorex itu berjaya, expecially yang jenis main long term macam aku ni.

Aku memorex cuma 15min jer sehari, usually at anytime within 24 hours depend dengan kelapangan asalkan after 8.30am waktu Malaysia, kerana masa tu candlestick baru untuk daily chart dah muncul. Hari Isnin pula aku ambik masa lebih sikit usually 30 min sebab aku buat juga analisa dekat weekly chart and hari pertama setiap bulan pula usually aku memorex sekitar 45min sebab aku buat juga analisa dekat chart monthly.

Pada aku makin besar chart yang diguna makin kurang “Whipshaw” atau pun “false signal”, take profit pula for sure lagi besar and stop loss pula for sure besar juga. Masa floating pula makin lama, kadang-kadang tu 2 bulan atau lebih. Insallah kalau akaun aku yang trade guna weekly or monthly chart tu ada yang loss or win, aku akan tunjukkan kat sini. Aku akan tunjukkan macam mana aku buat 2000pip or lebih untuk cuma satu trade kat weekly chart and floating 3 bulan atau lebih. He he he, tak pun kalau tak dapat tunjuk tu aku for sure boleh tunjuk macam mana aku loss 5000 pips atau lebih and floating 5-6 bulan.

Aku cuma share-share sahaja, tak semestinya pemorex lain mesti setuju and terima. Ingat, sebagai pemorex kita kena yakin dengan cara dan disiplin kita sendiri. Cuma yang pasti hanya satu, bila share-share macam ni, secara tak langsung aku jadi semakin mudah nak jadi seorang pemorex yang berdisiplin dalam cara aku sendiri.







Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Sunday, June 5, 2011

Biar Betul Part 48

“Tak, kenapa?”, aku tanya kat Jai Idrus sambil aku mengambil tempat dan duduk dengan selesa kat sofa colour merah yang aku beli 3 tahun lepas. Sambil tu aku buka minuman tin 7up untuk aku minum. Dah hilang rasa mengantuk disebabkan Jai Idrus yang tiba-tiba jer datang kat apartment aku ni. Kacau betul, tapi tak apa, best juga, at least ada juga member buat borak-borak.



Jai Idrus jawab pertanyaan aku tadi, dia kata, ”Semalam pair usdjpy lajak jatuh mendadak 7 minit lepas high impact news, sapa ambil position sell for sure senyum lebar sekarang ni, kau tak trade news ker?”

Aku diam sekejap, kemudian aku kata kat Jai Idrus:

“Dulu aku pernah jugak trade news ni, tapi sekarang tak lagi, aku prefer technical analysis and aku prefer main long term”, balas aku ringkas sambil meneguk minuman tin yang aku buka tadi.

“Ok ler tu, lain orang lain cara, kalau aku, aku prefer dua-dua, aku guna TA masa market tenang dan aku guna EA masa news ada high impact punya announcement”, kata Jai Idrus lagi.

Sesekali terdengar guruh berdentum, nak hujan nampaknya. Suasana masih tenang, ruang tamu rumah aku sejuk dingin sebab aku pasang aircond and set kan 18 darjah celcius.

“Kau ni Sham, kau ni manusia ker alien, apasal aircond rumah kau ni sejuk sangat?”, Jai Idrus bersuara lagi.

“Saja, kalau kau tak tahan tu ha…ada jacket…pakai ler”, kata aku lagi kat Jai Idrus.

Jai Idrus lantas bergegas angkat dan memakai jacket yang aku sidaikan kat belakang kerusi makan disebelah meja makan.

“Gila apa, pasang aircond sejuk-sejuk lepas tu pakai jacket kat dalam rumah sendiri”, kata Jai Idrus lagi sambil menyarung jacket yang aku offerkan kat dia tadi.

“Kau ni Jai, banyak komplen plak, so apa citer pasal non payroll semalan, berapa kau dapat”, tanya aku lagi kat Jai Idrus.

“Semalam aku dapat 150 pips, aku trade akaun akaun standard, lot size aku bubuh 3 lot and 1 pips equal USD30, so total up aku dapat dalam USD4500 gitu”, kata Jai Idrus lagi

“Fuuuyyyoooo, banyak tu, no wander ler kau tak nak kerja makan gaji lagi sekarang, duit tu kau wildraw ker kau biarkan compounding”, aku tanya lagi kat Jai Idrus

“Aku wildraw sikit jer, USD500 jer aku wildraw buat poket money, yang lebihnya aku biarkan saja, bagi equiti aku bertambah lagi, senang aku nak trade besar lagi nanti”, kata Jai Idrus lagi.

Kat luar, hujan mula turun dengan lebat. Perbualan aku dengan Jai Idrus semakin hangat dan menarik.



“Berapa kau punya akaun sekarang ni “, tanya aku lagi kat Jai Idrus

“Aku ada 2 akaun, paling besar USD75K, pastu satu lagi USD21K”, kata Jai Idrus lagi.

“Banyak tu, kenapa pecah-pecah akaun tu, kenapa tak gabung jer jadi satu”, tanya aku lagi kat dia.

Jai Idrus diam sekejap, dia teguk air 7up tin tadi dan kemudian dia kata lagi kat aku:

“Entah…aku lebih suka macam tu, 2 akaun ni aku trade guna 2 strategy yang berbeza, pada aku, aku lebih selesa macam tu”, kata Jai Idrus lagi

“Haa…aku paham…lain orang lain stail dan gaya trading….trade forex ni bukan macam beli baju kat shoping mall, ada saiz yang boleh fit dengan ramai orang”, balas aku lagi

“he he he h…tau tak apa, aku nak pegi toilet sekejap,nak berak ler”, kata Jai Idrus lagi kat aku.

“kau ni Jai datang rumah aku jer mesti nak tinggalkan tahi kau kat sini”, kata aku lagi.

Jai Idrus lantas angkat dan melangkah pegi toilet.


Sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, June 1, 2011

Biar Betul Part 47

Jam masa tu tepat pukul 3pm and aku sedang baring di sofa bed kat ruang tamu apartmen aku sambil baca buku turtle trader yang Mary Sari pinjamkan pada aku dulu. Actually aku dah baca buku tu lebih dari 7 kali, dah lebih 9 bulan buku tu dalam simpanan aku. Entah, aku masih lagi nak baca. Mungkin lepas ni aku akan kembalikan buku tu kat Mary. Aku lihat klender di meja makan ruang tamu, aku punya off day tinggal lagi cuma 5 hari sebelum aku kembali bertugas, kali ni kat Balikpapan pula. Aku dan team aku akan berjumpa di Bandar Balik Papan untuk taklimat persediaan sehari sebelum kami berangkat ke Selat Makassar untuk tugasan selama 17 minggu. Sedar tak sedar, dah hampir 2 bulan aku bercuti.



Sesekali aku contact Mary Sari and ajak dia keluar lunch dan kadang-kadang tu makan malam. Walaupun Mary Sari agak busy dengan kerja dia, tapi dia sudi juga luangkan masa bersama aku. Masa tengah tukar-tukar channel astro sebab nak cari citer-citer best , tiba-tiba : Tuuuttt…tuuuuuttttttt, satu SMS masuk kat handphone aku. Aku segera capai handphone, aku buka dan check SMS yang baru jer masuk tu. Alamak, tak sempat buka pula SMS tu, bateri handphone dah abis. Aku bergegas bangun untuk cari charger handphone. Cari punya cari last-last aku jumpa kat dalam laci cabinet bilik tidur pasang sendiri yang aku beli di Ikea masa aku kat KL tempoh hari. Aku lantas chargekan handphone aku, aku onkan balik handphone tu dan setelah beberapa ketika akhirnya aku dapat check SMS tadi, Mary Sari rupanya yang hantar SMS kat aku, dia kata:

“Hi Sham, keluar tengok wayang jom malam ni, kali ni saya belanja”

Aku segera balas SMS tu kemudian aku taip,” Ok menarik tu, what time I pick you up”.

Baru saja aku nak letak hanphone tu balik kat tempat aku charge, satu SMS masuk lagi. Cepatnya dia taip, macam superman punya cepat.

“After Maghrib, pick me up at my apartment, kita dinner dulu, lepas tu baru tengok movie. Awak setuju tak?”, tu masej SMS yang Mary Sari hantar.

Aku taip, “Cepat nya awak taip, ok I setuju ”, then aku sent SMS tu, tak ler sepantas Mary Sari.

Tak sampai 3.7 saat lepas aku hantar SMS tadi Mary Sari pun reply, SMS masuk lagi ,” I memang terror kalau taip SMS,ok see you tonigh, bye”.

Aku reply balik, aku taip “Ok, see you later , bye”, kemudian aku sent.
Aku tengok jam kat dinding, baru pukul 3.15pm, awal lagi fikirku. Baik aku tidur dulu. Kat TV tak ada rancangan yang best. Aku pun offkan TV dan melangkah masuk menuju bilik tidur. Dekat luar cuaca agak mendung, macam nak hujan. Tiba-tiba:

Tiiiiinnnnggg…tonggggg…. tiiiiinnnnggg…tonggggg…. tiiiiinnnnggg…tonggggg….

Seseorang tekan loceng tetamu kat pintu depan. Alamak sapa ler ni, kacau betul, nak rileks-rileks pun tak dapat. Aku segera melangkah menuju ke pintu depan. Aku intai guna “pigeon hole”, Jai Idrus rupanya.

“Sham…buka pintu ler…aku tahu kau ada kat belakang pintu tu!!!”, jerit Jai Idrus.

Pintu masih aku tutup, dan aku jawab balik:



“Aku sekarang tak ada kat dalam rumah ler..aku sekarang tengah main golf kat KGS golf club”, seketika kemudian aku buka pintu dan aku persilakan Jai Idrus masuk.

“Kau ni Jai, salam pun tak bagi…orang putih pun reti bagi salam… aku nak tido pun tak boleh, jom ler masuk”, kata aku kat Jai Idrus sambil menguap. Aku pelawa dia masuk.

“Apa citer kau datang tiba-tiba ni?”, tanya aku lagi kat Jai Idrus.

“Tak ada mende, saja-saja, aku tak ada benda nak buat kat rumah, so saja datang sini nak kacau kau. Kau tengah buat apa?”, tanya Jai Idrus kat aku

“Aku tengah rileks-rilek sambil hisap gam he he he”, kata aku lagi kat Jai Idrus sambil tu aku bagi dia setin minuman bergas 7up yang aku ambil dari peti sejuk kat dapur sebentar tadi.

“Time kasih, sori ler pasal ganggu kau tengah hisap gam tadi…tak payah ler susah-susah aku datang pun bukannya nak makan. Takkan ler air tin saja, biskut, kuih lapis tak ada ker? Engkau ni Sham, kedekut betul, bukan selalu aku datang kacau kau macam ni”, balas Jai Idrus kat aku lagi sambil membuka minuman bergas 7up yang aku bagi tadi.

Belum sempat aku nak jawab, selanjutnya Jai Idrus kata kat aku lagi:

“Non Payroll semalam kau trade ker?”, tanya Jai Idrus kat aku

Sehingga berjumpa lagi