Sunday, June 26, 2011

Biar Betul Part 53

“Maksud kau bila berlaku perkara-perkara di luar dugaan, begitu?”, tanya Jai Idrus lagi.

Aku mengangguk tanda setuju. Jai Idrus pula aku nampak tenang jer sambil tu meneguk Nescafe. Dia kata lagi kat aku:

“Pada aku, kalau buat backdated test and sesuatu EA tu di run and dapat result ok, ramai trader ingat EA tu best. Ramai tak tahu sebenarnya parameter kat EA tu sebenarnya kalau di adjust akan memberikan result yang berbeza”, kata Jai Idrus lagi

Aku mendengar dengan penuh minat, aku tanya lagi kat Jai Idrus

“Apa maksud kau?”,

Jai Idrus kata balik kat aku:

“Maksud aku, result sesuatu EA tu boleh dimanipulate, sebab tu ler macam kau cakap tadi, kau pernah kena margin call bila guna EA dulu kan?, padahal kalau ikut testimonial sepatutnya tidak macam tu”, kata Jai Idrus lagi kat aku.

Dia sambung balik. Aku hanya diam mendengar dengan penuh minat. Dia kata kat aku:

“Sham, EA tu adalah program yang programmer buat, programmer buat sesuatu program base on logic. So dalam trading ni, dalam banyak kes, sesuatu yang nampak logic tidak semestinya betul. Pada aku, kalau guna EA ni, kawalan secara manual masih tetap di perlukan. Macam aku cakap tadi, tiada siapa nak naik sesuatu kapal terbang kalau yang bawa kapal terbang tu cuma “auto pilot system” jer. Semua manusia yang waras mesti nak juga ada pilot manusia yang kendali sesuatu pesawat tu dan disamping tu mereka tak kisah kalau kapal terbang tu juga di kendalikan oleh sistem auto pilot”,

Panjang lebar penjelasan Jai Idrus. Aku mendengar penuh teliti setiap kata-katanya, penuh makna dan amat berinformasi. Jai Idrus tengok jam kat dinding, dia kata:

“Sedar tak sedar dah pukul 5.50pm, lewat dah ni, aku nak pick up girlfriend aku ni. Dia keluar pejabat pukul 6.30pm, kat luar masih hujan lagi ker”, tanya Jai Idrus kat aku

“Masih lagi, tapi tak ler lebat sangat, kau ni risau lebih-lebih pasal hujan ni, macam ler kau naik motor”, aku kata kat Jai Idrus secara berselorah.

“Bukan apa, hujan-hujan ni jalan jem sikit, ok ler Sham aku jalan dulu, nanti kita story lagi….aik aku dah solat asar ker tadi?”, tanya Jai Idrus lagi kat aku

Aku jawab:

“Belum lagi ler, kau datang sini tadi pukul 3 lalu, belum masuk asar lagi masa tu, berak tu adalah, solat ler dulu kat sini, nanti terlepas pulak asar tu”, aku berdakwah sedikit kat Jai Idrus ala-ala iman muda kat dalam Astro.

“Iye ler, better aku solat dulu kat sini sebelum aku cabut”, kata Jai Idrus sambil melangkah ke toilet untuk ambil wuduk.

Aku bergegas angkat ke bilik tetamu yang aku jadikan ruang untuk solat, aku hamparkan sejadah siap-siap untuk Jai Idrus solat nanti. Lepas tu aku melangkah kembali kat ruang tamu dan cuba onkan Astro. Aku offkan dulu radio dan onkan astro.

Ok, sekarang dah ada signal, aku tune channel 710, citer criminal mind tengah main, Menarik ni, aku segera duduk di sofa ruang tamu aku. Jai Idrus aku perhatikan baru jer keluar dari toilet. Aku kata kat dia:

“Jai, sejadah aku dah prepare siap-siap, kalau kau nak gunakan kain pelikat pun ada juga kat dalam bilik tu”.

Jai Idrus kata ,”ok”, dan kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik untuk solat asar.

Aku masih duduk kat situ tengok astro kat TV plasma aku yang bersaiz 45 inci tu, sekarang ni TV plasma macam ni aku rasa harga dia cuma sekitar 5K-8K sahaja. Masa aku beli dulu TV ni 7 tahun lepas, harga dia Rm18K. Tapi sekarang dah tak ada value pun TV ni, aku kira kalau aku jual 5K sekarang ni pun tak ada siapa nak beli.




Aku masih leka enjoy citer Criminal Mind season 3 kat ruang tamu. Jai Idrus pulak senyap jer kat dalam bilik tu, tengah kyusuk solat fikirku. Aku nak enjoy the last 5 day ni sebelum aku kembali bertugas.

Sehingga berjumpa lagi.