Wednesday, June 22, 2011

Biar Betul Part 52

“Aku buat macam tu untuk memudahkan aku”, terang Jai Idrus lagi

“Macam mana?, explain kat aku”, aku tanya lagi kat Jai Idrus.

Dia diam sejenak, atur posisi duduk and macam biasa atur parking sekali. Macam ler aku tak notice. Aku kata kat dia:

“Kau ni Jai, kalau kau buat macam ni depan awek, buat malu jer”, kata aku lagi kat Jai Idrus.

“Buat apa?”, tanya Jai Idrus kat aku.

“Ler…atur parking ler, kalau aku pun boleh notice awek lagi ler notice, kau ni cover–cover ler sikit he he he he he”, kata aku sambil ketawa sedikit

“Ish..ish kau ni….fitnah tu he he he, kau ni tuduh aku melulu”, kata Jai Idrus lagi.

Aku meneguk lagi Nescafe dan menjamah lagi sekeping Pizza. Jai Idrus pun sama. Biasa ler sejuk dingin macam ni perut memang cepat nak lapar. Lagu retro berkumandang di hujung telinga. Lagu hujan dendangan sudirman seolah-olah kena sangat dengan suasana hujan masa tu. DJ Jamal Jamaluddin nampak macam tau-tau saja kat Bandaraya Kuching masa tu tengah hujan. Siap main lagu pasal hujan pulak tu. Aku memecah lagi suasana dengan satu pertanyaan kat Jai Idrus, aku kata:

“Tadi kau cakap EA kau memudahkan kau, memudahkan macam mana tu?”, aku tanya Jai Idrus lagi.

Dia diam sekejap, kemudian Jai bersuara lagi:

“Simple macam ni, contoh katakan malam ni ada high impact news pukul 9 pm and malam tu aku ada plan lepak-lepak dengan kawan-kawan tonton EPL kat kedai mamak. So aku set ler EA aku awal-awal, and katakan aku keluar rumah pukul 7.30pm. Aku biarlah PC aku on and EA aku dah di pasang awal-awal. Aku pula tak payah duduk depan komputer. Pasang EA and lepas tu tinggal”, panjang lebar penjelasan Jai Idrus.


“Iye tak iye jugak”, kata aku sambil menangguk.

Kata Jai Idrus lagi kat aku:

“Ni cara aku, orang lain guna EA cara lain. Ada yang pasang 24 jam, ada yang pasang masa trending, ada yang pasang masa ranging dan macam-macam lagi ler”, kata Jai Idrus lagi

Dia diam sejenak, kemudian sambungnya:

“Cuma satu jer kena faham, kalau kau test sesuatu EA tu kat backdated testing and nampak ok, tidak semestinya masa live dia akan ok, pertimbangan secara manual pada aku masih tetap perlu”, kata Jai Idrus lagi kat aku.

Selanjutnya, sambung Jai Idrus lagi:

“Kalau kau naik kapal terbang, and sebelum naik ke udara ada announment cakap macam ni,”Penerbangan kita hari ini akan dilakukan oleh auto pilot sahaja, tiada seorang pun pilot manusia yang akan memandu pesawat kita pada hari ini, terima kasih”, agak-agak kau ler, kau sanggup naik ker kapal terbang tu”, kata Jai Idrus lagi dengan memberi satu soalan untuk aku jawab.

Aku proses pertanyaan Jai Idrus tadi dan kemudian aku kata kata dia:
“…Isshhh…kalau cuma auto pilot yang bawa kapal terbang, tak nak ler aku”, jawab aku ringkas.

Jai Idrus tanya balik kat aku,”Kenapa..kau tak confident ker dengan auto pilot yang bawa kapal terbang tu”.

Aku kata kat Jai Idrus:

“Yeap of course, what happen kalau tiba-tiba ada kejadian yang tidak diduga, contohnya ada ibu nak lahirkan anak kat dalam kapal terbang, ribut secara tiba-tiba, gunung berapi ker…banyak lagi ler dan macam-macam yang aku percaya hanya manusia sahaja yang faham”, panjang lebar aku menjawab pertanyaan Jai Idrus tadi


Sehingga berjumpa lagi.