Saturday, June 11, 2011

My FX today cycle 19

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku masih busy macam biasa, hampir tiap-tiap hari aku onsite dari pukul 8am sampai 1am. Tambah lagi 7 jam complete ler kerja 24 jam sehari. So report kali ni aku buat simple jer.

Untuk trading minggu ni (5/6/11 hingga 12/6/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni tiada loss, 2 win dan 7 cancel posisi. Pada masa report ini diupload aku masih ada 4 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 111 pips.


Kat bawah ni pula aku tunjukan position yang win minggu ni sebagai rujukan. Tapi sebelum tu ni ada pantun ringkas yang aku karang sendiri.

Tajuk pantun : Stick to your plan

Bila keadan menjadi tidak keruan,
Stick to your plan,
Bila keadaan dah berada di haluan,
Well, stick to your plan.

P/S Mary Sari hantar SMS kat aku, dia gelak dan cakap ni ler pantun paling boring dia pernah baca.




Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]