Thursday, February 28, 2013

Biar Betul Part 112

Tips from Jai Idrus

Jai January 12, 2010 at 2:35pm
main fx ni perlu rules...and follow jer rule tu ..tak payah pikir-pikir..RRR atau Reward Risk Ratio mesti ok.....jangan untung 10 kali tapi lepas tu bila rugi sekali jer terus wipeout untung b4 tu.. kalau RRR tak ok...susah nak success....

Sehingga berjumpa lagi

Saturday, February 23, 2013

Biar Betul Part 111

Tips from Mary Sari

Pro trader memorex tanpa sebarang penat lelah. Kepada pro trader memorex adalah satu aktiviti yang easy, effortless, stress free and boring. Pro trader juga tidak pernah menilai kejayaan mereka dalam bentuk wang ringgit.

Dr Alexender dalam buku "Trade for living" menyatakan profisional trader tidak menentukur kejayaan mereka dalam bentuk wang ringgit, tetapi menentukan kejayaan mereka dalam keupayaan mereka mengikut peraturan, disiplin dan Money Management. Beliau juga menyatakan pro trader tidak akan merisikokan lebih dari 2% dari jumlah equiti. Ini bermakna jika 2% memerlukan anda bermain dengan hanya 0.01 lot, maka anda selayaknya bermain dengan jumlah lot tersebut. Sekiranya anda berhasrat menambah jumlah lot size, maka seharusnya anda menambahkan jumlah equiti sehingga mencapai nilai yang setara.

Sehingga berjumpa lagi

Monday, February 18, 2013

Biar Betul Part 110

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Nov 2003

Forex memang satu bentuk pelaburan yang berisiko, maka aku sewajarnya tahu ianya bukan satu pelaburan yang sesuai untuk semua orang. Ia menguji emosi dan disiplin hingga ke tahap paling maksima. Hanya mereka yang berjaya mengatasi ujian ini akan berjaya menjadi jutawan, yang lain hanya akan menjadi golongan yang tidak akan kaya-kaya dan akhirnya berputus asa dan melupakan pelaburan forex untuk selama-lamanya.

Sehingga berjumpa lagi

Sunday, February 3, 2013

My FX today cycle 56

Salam,

Ni snapshot result trading Jan 2013, total pips 2813 pips.

 

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

PENGUMUMAN 2013

Salam all traders,

Lama aku dah tak update blog ni, anyway  tahun 2013  ni aku nak start update balik. Aku akan uploadkan satu persatu tips-tips yang aku kumpul selama aku memorex  ni untuk kawan-kawan nilaikan sendiri. Masuk ni dah 12 tahun aku memorex.  Mana yang rasa ok tu sila ler pakai, mana yang rasanya macam tak sesuai boleh simpan juga tapi tak payah pakai. Teruslah mengikuti blog ni.Terima Kasih.


Penulis