Sunday, August 25, 2013

Biar Betul Part 120




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Kita harus meletakkan sasaran jangka panjang. Anggaplah sesuatu kerugian sebagai sesuatu yang positif, kerana walaupun aku rugi, hakikatnya aku sebenarnya berjaya kerana aku telah melakukan aktiviti pelaburan forex aku selaras dengan teknik dan strategi yang dirangcangkan. Berpeganglah  pada teknik dan strategi secara konsisten adalah lebih utama dari untung atau rugi.


Aku menang hanya jika aku fikir aku akan menang.

Sebelum aku melibatkan diri dengan aktiviti pelaburan forex, aku pasti pada asalnya aku fikir aku akan berjaya. Aku bermula dengan semangat yang kental, cita-cita serta angan-angan yang tinggi melangit. Ramai yang berpendapat ianya mudah dan dengan hanya modal permulaan USD100 ianya dapat dilakukan. Aku bermula seperti ini, dan selepas berkecimbung  semangat semakin luntur dan mulai merasakan semua angan-angan akan hanya tinggal sebagai angan-angan yang tidak mungkin tercapai. Jika aku pernah merasa sedemikian, syabas aku ucapkan. Aku sudah merasai perit sebenar dunia  pelaburan forex. Jangan berputus asa tetapi sebaliknya  berehatlah sebentar dan lupakan dunia forex aku sebentar. Tiba masanya untuk aku mengkaji dimana silapnya. Adakah kesilapan berpunca dari teknik yang diguna pakai, pengurusan kewangan yang tidak mantap atau  aku sendiri. Aku sendiri pada mulanya sering menyalahkan strategi yang diguna pakai, dan aku percaya  lebih 95% pelabur forex berpendapat seperti aku. Benarkah strategi yang salah  atau  adanya faktor lain. Tidak dinafikan strategi yang diguna pakai berkemungkinan  tidak bersesuaian dengan aku. Tetapi kesalahan sebenarnya adalah berpunca dari aku sendiri. Aku kurang mengkaji dan  melabur tanpa ilmu dan panduan yang betul. Aku hanya akan berjaya jika aku menyedari kesilapan adalah berpunca dari aku sendiri dan jika aku ingin berjaya aku hanya perlu baiki diri aku sendiri.

Tuesday, August 20, 2013

Biar Betul Part 119




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Aku lebih senang menghubungkaitkan untung rugi perlaburan forex aku dalam bilangan pips dan aku sentiasa menanggap ianya adalah “jumlah jaringan” dan bukannya dengan nilai wang. Alasannya mudah, sebab kerugian dalam jumlah jaringan pada aku tidaklah  terlalu sensitif dan menggangu emosi. Andaikata aku seorang pengemar sukan bolasepak, dan pasukan pilihan aku kalah 3 gol berbalas 1. Pasti aku berasa  kecewa, tetapi aku juga dapat menerima kekalahan tersebut dan walaupun pasukan kegemaran aku kalah jaringan itu tetap juga dapat menyumbangkan  sesuatu sebab jumlah jaringan boleh membantu pasukan kegemaran aku untuk mendapat merit tertentu didalam liga tersebut. Ini adalah kerana perlawanan itu bukannya perlawanan kalah mati.  Ini kaedah yang aku guna pakai didalam menangani kerugian pelaburan forex dan mengawal emosi, aku sedar kerugian pelaburan kali ini  bukanlah satu perlawanan kalah mati dan sungguhpun aku rugi , ianya sebenarnya membuka peluang untuk aku melabur lagi  dimasa yang  lain bertepatan dengan teknik dan strategi yang dirancang. Rancangkan strategi dan plan dan laksanakan nya dengan penuh disiplin. Aku mungkin merasakan ianya satu cara yang bagus atau mungkin juga ada tidak bersetuju dengan cara aku menanginya. Kaedah mana yang aku ingin gunakan itu semuanya terpulang kepada aku. Cuma aku ingin tekankan aku mesti tangani masalah emosi aku kerana jika  aku mengabaikannya emosi aku akan mengawal aku, dan jika aku dikawal oleh emosi ianya pasti berkesudahan dengan  kerugian yang semakin teruk. Selalunya begitu. Kemalangan jalan raya lebih mudah berlaku terhadap seorang pemandu itu  jika ia memandu dengan  tidak terkawal berbanding pemandu yang memandu dengan keadaan yang terkawal. Tangani emosi aku, jangan sekali-kali diabaikan. Ianya boleh dilatih dan didisiplinkan dengan latihan secara berterusan.

Thursday, August 15, 2013

Biar Betul Part 118




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani emosi aku, ada pelbagai cara dan aku sendiri lebih senang untuk mengambil cara penyelesain yang paling mudah. Aku  sentiasa berusaha untuk menerima semua kerugian dengan berlapang dada. Pada mulanya amat sukar untuk aku melakukan nya tapi kini ia menjadi agak mudah  kerana aku hanya merisikokan 2% dari jumlah equiti keseluruhan. Ini bermakna jika  equiti perlaburan aku berjumla USD100, maksimum risiko yang aku tanggung hanya USD2 sahaja. Satu jumlah yang kecil. Sebagai tambahan aku  juga lebih suka mengambarkan untung rugi aku dalam bilangan pips, ianya lebih mudah dan membantu aku meghilangkan hubungkait aktiviti pelaburan aku dengan nilai wang. Bila untung rugi tidak dinilaikan dalam bentuk wang, aktiviti pelaburan pada aku tidak lebih dari satu bentuk permainan seperti permainan dam haji atau congkak,  dimana ada masa aku menang, ada masa aku kalah, ada masa aku seri dan jika aku melakukan permainan yang sama dengan teknik dan tektik yang sama berulang-ulang kali kemahiran akan terbentuk dan emosi akan terkawal, aku yakin lama kelamaan aku pasti semakin mahir dan kadar kemenangan aku pasti akan lebih banyak dari kadar kekalahan aku. Aku hanya perlu bersabar dan kawal emosi aku dan melaksanakan strategi aku seperti yang dirancangkan. Jangan sesekali kita terlepas pandang bahawa aktiviti pelaburan sebenarnya berhubung kait dengan  kebarangkalian. Tiada ada 100% ketepatan. Ramai yang  mengakui hakikat ini  sebelum  mereka bergiat  di arena pelaburan forex. Tetapi setelah  benar-benar menjalani aktiviti pelaburan forex diakaun sebenar segala-gala nya pudar, pertama kali rugi masih dapat bertahan, kedua kali pun masih mampu lagi ditangani, kemudian datang kerugian kali ketiga, pasti emosi sudah semakin goyah, kemudian  datang kerugian untuk kali ke empat. Emosi semakin parah, aku terasa seoalah-olah pasaran mata wang mempermain-mainkan aku. Aku mulai stress, emosi tidak lagi terkawal. Nasihat aku, jika aku berada di situasi ini. Bersandarlah dan  matikan komputer aku. Jangan teruskan aktiviti pelaburan kerana  jika aku teruskan , tahap stress pasti akan meningkat. Bertenanglah dan lapangkan dada. Kaji semula diri sendiri, kenali  sikap, teliti tahap disiplin aku. Tidakkah aku terasa yang aku sebenarnya telah hilang kawalan dan aku kini di kuasai oleh emosi negatif yang jika dituruti akan hanya menambah burukkan  akaun aku.

Saturday, August 10, 2013

Biar Betul Part 117




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Apakah sebenarnya yang terjadi? Tanpa sedar sebenarnya ramai pelabur terperangkap didalam jerat emosi dan menanggap bila berlakunya sesuatu kerugian  ianya adalah sesuatu yang terlalu peribadi. Anggapan kerugian ini adalah sesuatu yang terlalu peribadi secara tanpa sedar menjerumuskan pelabur kepada pemasalahan emosi. Jangan pandang rendah permasalah ini, ianya amat serius kerana tanpa sedar, pelabur akan mula  melakukan pelaburan tanpa kawalan dan tidak lagi mengikuti plan dan strategi asal. Strategi yang diguna pakai sering kali dilupakan.  Ramai yang akan menyalahkan teknik, berita-berita kewangan atau kadang-kadang anak-anak  atau ahli keluarga, kawan-kawan yang memberi tips, malah seorang kenalan aku pernah menyalahkan  aku kerana  menelefonnya  ketika dia sedang melakukan aktiviti pelaburan forex  dan pelbagai lagi alasan dan kerap kali hanya pihak lain sering kali dipersalahkan. Hampir tidak pernah mereka menyalahkan diri sendiri. Sebagai pelabur aku harus sedar ianya sebenarnya berpunca dari diri sendiri, tiada siapa-siapa yang bersalah. Selagi aku tidak sanggup  bertanggungjawab untuk  memikul kerugian  dan bertindak dengan menerima kerugian  tersebut secara terlalu peribadi, emosi pasti sukar dikawal. Kesannya adalah kepada akaun pelaburan forex aku. Tanpa sedar ramai pelabur forex akan mula menghancurkan akaun forex mereka.

Sehingga berjumpa lagi

Thursday, August 8, 2013

My FX today cycle 57

Salam,

Ni snapshot result trading yang tengah pending sekarang ni  setakat 9 Ogos 2013. RRR nak kena power, biar banyak loss janji trade yang Win RRR  dia dapat overcome loss dalam long run. "Kalah banyak kali tapi sikit-sikit tak apa sebab menang sekali sekala tapi menang besar.", SMS Jamlus Jakson.
 
Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]