Tuesday, August 20, 2013

Biar Betul Part 119




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Aku lebih senang menghubungkaitkan untung rugi perlaburan forex aku dalam bilangan pips dan aku sentiasa menanggap ianya adalah “jumlah jaringan” dan bukannya dengan nilai wang. Alasannya mudah, sebab kerugian dalam jumlah jaringan pada aku tidaklah  terlalu sensitif dan menggangu emosi. Andaikata aku seorang pengemar sukan bolasepak, dan pasukan pilihan aku kalah 3 gol berbalas 1. Pasti aku berasa  kecewa, tetapi aku juga dapat menerima kekalahan tersebut dan walaupun pasukan kegemaran aku kalah jaringan itu tetap juga dapat menyumbangkan  sesuatu sebab jumlah jaringan boleh membantu pasukan kegemaran aku untuk mendapat merit tertentu didalam liga tersebut. Ini adalah kerana perlawanan itu bukannya perlawanan kalah mati.  Ini kaedah yang aku guna pakai didalam menangani kerugian pelaburan forex dan mengawal emosi, aku sedar kerugian pelaburan kali ini  bukanlah satu perlawanan kalah mati dan sungguhpun aku rugi , ianya sebenarnya membuka peluang untuk aku melabur lagi  dimasa yang  lain bertepatan dengan teknik dan strategi yang dirancang. Rancangkan strategi dan plan dan laksanakan nya dengan penuh disiplin. Aku mungkin merasakan ianya satu cara yang bagus atau mungkin juga ada tidak bersetuju dengan cara aku menanginya. Kaedah mana yang aku ingin gunakan itu semuanya terpulang kepada aku. Cuma aku ingin tekankan aku mesti tangani masalah emosi aku kerana jika  aku mengabaikannya emosi aku akan mengawal aku, dan jika aku dikawal oleh emosi ianya pasti berkesudahan dengan  kerugian yang semakin teruk. Selalunya begitu. Kemalangan jalan raya lebih mudah berlaku terhadap seorang pemandu itu  jika ia memandu dengan  tidak terkawal berbanding pemandu yang memandu dengan keadaan yang terkawal. Tangani emosi aku, jangan sekali-kali diabaikan. Ianya boleh dilatih dan didisiplinkan dengan latihan secara berterusan.