Friday, December 30, 2011

Biar Betul Part 100

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Sabah,Tip of Borneo,
Mei 2009


Begitulah juga dengan dunia pelaburan forex, risiko untuk mengalami kerugian tetap ada. Dengan teknik yang baik ianya dapat diminimumkan. Perlu berani menghadapi risiko dan pengurusan kewangan yang betul adalah amat penting. Dunia perniagaan forex yang penuh risiko inilah sebenarnya yang menjanjikan kekayaan kepada mata yang celik dan mampu melihat kekayaan yang tersembunyi di forex. Beranilah menangani risiko ketika melabur dan tangani risiko dengan bijak melalui penggunaan strategi dan pengurusan kewangan yang betul. Jangan tergesa-gesa dan ingin kaya serta merta, kawal diri dari dikuasai oleh perasaan tamak.

Salah satu keistimewaan pelaburan forex adalah aku dapat melakukannya secara demo terlebih dahulu, gunalah akaun demo sebaik mungkin untuk menimba ilmu, menguji teknik serta strategi dan belajarlah mengawal diri dari perasaan tamak. Uji teknik dan jangan tergesa-gesa, lakukan seolah-olah melabur diakaun sebenar. Aku berlatih di akaun demo sekitar setahun sebelum aku melabur di akaun sebenar. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menguji teknik dan strategi aku tanpa jemu sehinggalah aku yakin dan telah berjumpa teknik yang sesuai. Tidak perlu tergesa-gesa untuk bermula hanya kerana telah beroleh keuntungan di akaun demo. Tentu ukur dahulu keberkesanan teknik yang bakal digunakan. Uji lagi dan lagi dan lakukan sehingga berjaya mengandakan nilai duit di akaun demo sekurang-kurangnya sekali ganda atau lebih. Setelah berjaya mengandakannya untuk kali pertama, cuba lagi untuk mengandakannya untuk kali kedua dan ketiga. Setelah yakin dan teknik teruji sepenuhnya, barulah melakukan aktiviti pelaburan forex di akaun sebenar dan lakukan perkara yang sama. Jangan mulakan pelaburan diakaun sebenar hanya dengan teknik yang belum pasti dan tidak konsisten.

Tuesday, December 27, 2011

My FX today cycle 48

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 1 win position, 2 cancel position dan 3 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (18/12/11 hingga 25/12/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 6 position yang tengah floating dan 10 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -713 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:




Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. Bila pasang sesuatu position aku akan make sure RRR (Risk Reward Ratio) aku sentiasa pada nisbah yang lebih besar kepada profit berbanding dengan loss. Walau bagaimanapun bila sahaja TS (Trailing Stop 100pips) yang aku set sudah trigger, aku akan analisa balik position tu untuk dapatkan the best expected and realistik TP(Take Profit). Tapi ini tidak bermakna TP yang aku setkan pertama kali tu aku hentam atau tangkap muat sahaja, TP tu still aku setkan base on “history condition” sesuatu currency.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Monday, December 26, 2011

Biar Betul Part 99


Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Mutiara Café, South Africa
Julai 2008.

Adakah forex berisiko?
Jika tiada teknik yang disifatkan 100% tepat, adakah ini bermakna pelaburan forex amat berisiko? Ya, secara jujur aku nyatakan pelaburan forex amat berisiko tinggi jika tidak mempunyai ilmu , strategi dan teknik yang betul. Malah ianya masih tetap berisiko jika aku telah mempunyai ilmu serta teknik yang betul, tetapi risikonya adalah minimum dan dengan meminimumkan risiko kerugian maka peluang untuk memperolehi keuntungan akan meningkat. Jika dilakukan secara berterusan pasti akan berjaya. Perlu diingat, risiko tidak dapat dielak, ianya mesti ditangani dan diminimakan dan ianya dapat dilakukan.

Tiada perniagaan yang tidak berisiko. Malah dalam rutin hidup kita seharian pun kita masih terdedah dengan pelbagai risiko. Contohnya, setiap hari kita memandu kereta pergi dan balik ke tempat kerja kita berisiko untuk terlibat dalam kemalangan. Malah sesampainya ditempat kerja dan ketika didalam lif pun kita masih berisiko dimana lif berkemungkinan rosak dan kita tersekat didalam lif. Setibanya kita dipejabat pun pelbagai perkara dan risiko lain seperti bangunan terbakar, tergelincir akibat lantai licin tertumpah kopi panas dan sebagainya tidak mustahil terjadi keatas kita. Pendek kata perkara rutin seharian yang kita lalui sebenarnya ada risiko. Tetapi kerana kebiasaannya kemalangan kereta, kerosakan lif, tertumpah kopi panas dan sebagainya adalah perkara yang jarang-jarang berlaku maka kita terlepas pandang dan menganggap rutin harian kita tidak berisiko. Risiko tetap ada dimana-mana apatah lagi dalam bidang perniagaan dan pelaburan seperti forex tidak terkecuali. Risiko mesti ditangani dan bukannya dielakkan. Katakan jika aku cuba mengelakkan risiko kemalangan jalanraya, aku seharusnya hanya duduk di rumah dan tidak keluar rumah apatah lagi memandu kereta. Bayangkan kehidupan seperti ini, tidak keluar rumah dengan alasan ingin mengelakkan kemalangan. Tidakkah pelik begitu? Risiko tetap ada dan kehidupan mesti diteruskan, kita sepatutnya mengambil langkah-langkah keselamatan dan berusaha mencegah kemalangan, dan jika berlaku juga setelah semua langkah-langkah keselamatan dititikberatkan maka kita seharusnya menerima dengan hati terbuka dan redha.

Sehingga berjumpa lagi.

Thursday, December 22, 2011

Biar Betul Part 98


Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Aku pratikkan idea ini ketika mula melabur Forex. Aku mencari teknik “holy grail” tanpa jemu. Aku lakukan ujikaji di akaun demo, setelah agak yakin aku mula melabur diakaun sebenar. Ketika diakaun demo keputusannya amat baik tetapi perkara sebaliknya berlaku di akaun sebenar. Kerugian tidak berkesudahan. Dimana cacat celanya.

Teknik yang sempurna mestilah satu teknik yang ringkas dan mudah Teknik yang digunakan mestilah memberi nilai untuk “entry”, “stop loss” dan “target profit”. Pada aku tidak ada pelaburan yang dibuat berdasarkan naluri sendiri, hidup di dunia nyata dan membiarkan naluri aku untuk membimbing hala tuju pelaburan forex aku berkemungkinan besar akan merugikan aku. Tidak banyak bezanya dengan membeli tiket nombor ekor jika semata-mata naluri dan nasib dijadikan sakuran. Ya, tidak dinafikan jika aku bernasib baik aku akan berjaya dan tekaan aku mengena. Tetapi kebiasaannya besok atau lusa keuntungan itu akan lenyap semula. Sememangnya dan selalunya begitu.

Seperti yang pernah aku jelaskan sebelum ini, walau sebaik mana sekalipun teknik yang aku gunakan, masukan aku sentiasa dalam kedudukan 50-50, aku menyatakan sedemikian kerana hakikatnya memang sebegitu. Halatuju dan arah pergerakan matawang berkemungkinan naik, turun atau tidak berganjak dengan ketara. Tiada siapa yang dapat mendabik dada dan menyatakan ia dapat menentukan dengan tepat halatuju pasaraan forex.

Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, December 18, 2011

My FX today cycle 47

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 3 win position, 11 cancel position dan 1 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (11/12/11 hingga 18/12/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 9 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -55 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. Bila pasang sesuatu position aku akan make sure RRR (Risk Reward Ratio) aku sentiasa pada nisbah yang lebih besar kepada profit berbanding dengan loss. Walau bagaimanapun bila sahaja TS (Trailing Stop 100pips) yang aku set sudah trigger, aku akan analisa balik position tu untuk dapatkan the best expected and realistik TP(Take Profit). Tapi ini tidak bermakna TP yang aku setkan pertama kali tu aku hentam atau tangkap muat sahaja, TP tu still aku setkan base on “history condition” sesuatu currency.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Biar Betul Part 97


Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Tidak bertarikh dan berlokasi

Menyentuh mengenai “target profit”, terdapat pelbagai teori dan pendapat. Ada yang beranggapan meletak “target profit” tidak perlu kerana lebih baik memantau sendiri pergerakan mata wang dan menutupnya secara manual. Malah ada juga yang berpendapat lebih baik guna “trailing stop” dan membiarkan pelaburan di kawal oleh ”trailing stop”. Aku sendiri berpendapat meletakkan “target profit” adalah amat mustahak dan menggunakan “trailing stop” juga amat perlu. Secara peribadi aku lebih suka menghabiskan masa bersama 2 anak aku yang manja dengan membawa mereka bersiar-siar daripada duduk didepan komputer untuk memantau pergerakan mata wang. Mengapa perlu dipantau pergerakan harga jika pelaburan aku sudah dikawal dengan “stop loss” dan mempunyai “target profit”, semuanya tidak perlu. Aku hanya perlu pasang dan tinggal. Semudah itu dan itulah yang aku lakukan lagi dan lagi tanpa jemu Aku hanya perlu meneliti balik teknik yang aku gunakan dan memperbaikinya. Untuk mencapai kesempurnaan memerlukan masa tetapi tidak perlu menunggu kesempurnaan untuk bermula. Menunggu kesempurnaan untuk memulakan sesuatu perniagaan akan menyebabkan aku ketinggalan jauh dibelakang kerana kesempurnaan sebenar tidak pernah wujud.Teknik “holy grail” sekali lagi aku tegaskan hanyalah fantasi semata-mata. Pelabur profisional menyedari hakikat ini, hanya pelabur amatur yang tidak menyedarinya. Kalaupun pelabur amatur menyedarinya, mereka masih juga membuang masa mencarinya tanpa jemu, lantaran itu pelabur amatur akan tetap kekal amatur kerana mereka melakukan perkara yang sebaliknya. Mencari teknik “holy grail” tanpa henti.

Sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, December 14, 2011

Biar Betul Part 96

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
On the way to Lahad Datu, Sept 2000

Terdapat juga pelabur yang tidak meletakkan sebarang “stop loss” dengan alasan mereka memantau aktiviti pelaburan tersebut dengan duduk di depan komputer. Persoalannya: berapa lama nak duduk depan komputer dan mampukah aku bertahan dan seperti kita sedia maklum kecairan pasaran forex yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya kenaikan atau penurunan harga yang mendadak yang dikuatiri tidak mampu aku kawal dan menyebabkan kerugian yang lebih besar. Jangan menempah padah dan meletakkan diri sendiri dalam posisi yang berpotensi untuk rugi tanpa kawalan.

Sehingga berjumpa lagi

Tuesday, December 13, 2011

My FX today cycle 46

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 2 win position, 4 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (4/11/11 hingga 11/12/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 9 position yang tengah floating dan 1 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 170 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:



Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. Bila pasang sesuatu position aku akan make sure RRR (Risk Reward Ratio) aku sentiasa pada nisbah yang lebih besar kepada profit berbanding dengan loss. Walau bagaimanapun bila sahaja TS (Trailing Stop 100pips) yang aku set sudah trigger, aku akan analisa balik position tu untuk dapatkan the best expected and realistik TP(Take Profit). Tapi ini tidak bermakna TP yang aku setkan pertama kali tu aku hentam atau tangkap muat sahaja, TP tu still aku setkan base on “history condition” sesuatu currency.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan

Saturday, December 10, 2011

Biar Betul Part 95

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Pada aku adalah satu kesilapan besar jika aku tidak memasang “stop loss”.Tidak memasang “stop loss” samalah seperti aku memandu kereta yang tidak mempunyai brek, aku berpontensi besar untuk mengalami kemalangan. “Stop loss” penting untuk menghadkan kerugian aku. Ramai pelabur selalu beranggapan harga akan pulih dan mereka akan beroleh untung dan tidak perlu memasang “stop loss” kerana ia akan merugikan. Ada masanya aku bernasib baik dan harga kembali pulih dan bergerak kearah yang aku kehendaki, tetapi seperti yang selalu aku tegaskan, tiada apa yang 100% pasti dalam dunia pelaburan, risikonya tetap ada. Apa kata jika keadaan sebaliknya berlaku dan harga bergerak ke arah yang bertentangan. Aku akan mengalami kerugian dan tidak mustahil hilang semua modal. Tidak memasang “stop loss” atas alasan tidak mahu mengalami kerugian sebenarnya lebih merugikan. Pada aku jika terkena “stop loss” yang aku tetapkan dan mengalami kerugian, terimalah dengan hati terbuka dan jangan berputus asa, ianya perkara biasa. Apabila sahaja aku memilih untuk melabur aku seharusnya berani menanggung risiko dan tidak terkesan sama ada aku beroleh keuntungan ataupun kerugian, aku seharusnya bersikap neutral.

Meletak stoploss dan menaruh keyakinan terhadapnya menuntut disiplin dan komitmen yang tinggi. Mempraktiknya tidak semudah menyebutnya. Hakikatnya ketika melabur, ramai yang tidak yakin dengan “stop loss” yang telah ditetapkan dan seterusnya mengubah-gubahnya dan lebih teruk lagi terus membuang “stop loss”. Impian aku untuk menjadi jutawan tidak akan tercapai jika aku tidak mengatasi masalah ini dengan sebaik-baiknya. Nasihat aku, jangan gusar, aku juga bersikap seperti ini tetapi aku belajar untuk mengatasinya dan ianya tidak mudah. Sikap tidak yakin berpunca dari penggunaan teknik yang tidak konsisten dan tidak diuji sepenuhnya. Selalu aku tegaskan, ujikan teknik dan tentu ukurkan keberkesanannya dan seterusnya melaburlah dengan teknik tersebut tanpa ragu-ragu. Jika ada berlaku kerugian, terima sahaja dan kaji semula jika perlu, tetapi jangan terus dirompak keseluruhan teknik tersebut. Sebaliknya lakukan pernambahbaikan jika perlu.

Sehingga berjumpa lagi

Tuesday, December 6, 2011

My FX today cycle 45

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 2 win position, 4 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (27/11/11 hingga 04/12/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 6 position yang tengah floating dan 7 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 226 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:



Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. Bila pasang sesuatu position aku akan make sure RRR (Risk Reward Ratio) aku sentiasa pada nisbah yang lebih besar kepada profit berbanding dengan loss. Walau bagaimanapun bila sahaja TS (Trailing Stop 100pips) yang aku set sudah trigger, aku akan analisa balik position tu untuk dapatkan the best expected and realistik TP(Take Profit). Tapi ini tidak bermakna TP yang aku setkan pertama kali tu aku hentam atau tangkap muat sahaja, TP tu still aku setkan base on “history condition” sesuatu currency.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Biar Betul Part 94



Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Timur Laste. Tiada bertarikh

Aku tidak duduk terlalu lama didepan komputer untuk melabur. Cukup sekadar melihat komputer sekitar sekali sahaja sehari sekitar 15 minit. Percaya atau tidak, amat jarang aku membawa bersama komputer riba aku bersama bila aku keluar rumah. Tidak ada keperluan untuk aku membawa komputer riba aku bersama kerana pelaburan forex aku dikawal selia “stop loss” dan “target profit” yang sudah dikenal pasti. Aku menjalani hari-hari aku dengan urusan-urusan harian dan meluangkan masa aku hampir setiap hari bersama keluarga dan kawan kawan terdekat. Seperti seorang peniaga warung pisang goreng yang mengenal pasti tahap keuntungan yang hendak dicapai dan tahap kerugian yang mampu ditanggung aku juga melakukan benda yang sama, aku mengenal pasti keuntungan yang ingin aku capai dan kerugian yang mampu aku tanggung.

Sehingga berjumpa lagi

Friday, December 2, 2011

Biar Betul Part 93

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Jakarta, Tidak bertarikh



“Stoploss” adalah kawan aku.


Sepertimana perniagaan konvisonal, menghadkan tahap kerugian amat perlu untuk memastikan kesinambungan sesuatu perniagaan. Ianya termasuk dalam perancangan ketika kita menjalankan sesuatu perniagaan. Sebagai contoh, katakan aku menjalankan perniagaan warung pisang goreng. Aku seharusnya mempunyai bekalan pisang, tepung, minyak untuk mengoreng, gas memasak dan pelbagai lagi bahan-bahan asas yang dianggar memadai untuk aku menjalankan aktiviti perniagaan pisang goreng aku untuk hari tersebut. Bahan asas seperti pisang mentah yang aku ambil dari pembekal hendaklah dianggarkan dalam keadaan yang sesuai, tidak terlalu ranum dan tidak juga terlalu mentah, pisang yang digunakan mestilah dalam keadaan yang sesuai untuk memastikan pisang goreng aku bermutu dan sedap dimakan. Kuantiti yang diperlukan mestilah bersesuaian untuk memastikan kesemua pisang dapat dijual pada hari tersebut, kerana lebihan yang terlampau banyak akan merugikan aku kerana pisang tersebut kemungkinan besar tidak dapat lagi digunakan untuk keesokan hari. Perniagaan seringkas ini pun memerlukan aku mengenal pasti tahap keuntungan yang hendak dicapai dan tahap kerugian yang mampu aku tanggung. Mengetahui dan mengenali tahap keuntungan dan kerugian amat penting untuk memastikan kesinambungan perniagaan goreng pisang aku. Sudah pasti aku tidak mahu terdapatnya lebihan pisang yang terlampau banyak setiap hari, kerana jika ia berterusan aku akan dibelenggu kerugian. Semestinya juga aku mahu bekalan yang memadai kerana sekiranya bekalan tidak mencukupi aku juga akan mengalami kerugian kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Sehingga berjumpa lagi