Friday, December 30, 2011

Biar Betul Part 100

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Sabah,Tip of Borneo,
Mei 2009


Begitulah juga dengan dunia pelaburan forex, risiko untuk mengalami kerugian tetap ada. Dengan teknik yang baik ianya dapat diminimumkan. Perlu berani menghadapi risiko dan pengurusan kewangan yang betul adalah amat penting. Dunia perniagaan forex yang penuh risiko inilah sebenarnya yang menjanjikan kekayaan kepada mata yang celik dan mampu melihat kekayaan yang tersembunyi di forex. Beranilah menangani risiko ketika melabur dan tangani risiko dengan bijak melalui penggunaan strategi dan pengurusan kewangan yang betul. Jangan tergesa-gesa dan ingin kaya serta merta, kawal diri dari dikuasai oleh perasaan tamak.

Salah satu keistimewaan pelaburan forex adalah aku dapat melakukannya secara demo terlebih dahulu, gunalah akaun demo sebaik mungkin untuk menimba ilmu, menguji teknik serta strategi dan belajarlah mengawal diri dari perasaan tamak. Uji teknik dan jangan tergesa-gesa, lakukan seolah-olah melabur diakaun sebenar. Aku berlatih di akaun demo sekitar setahun sebelum aku melabur di akaun sebenar. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menguji teknik dan strategi aku tanpa jemu sehinggalah aku yakin dan telah berjumpa teknik yang sesuai. Tidak perlu tergesa-gesa untuk bermula hanya kerana telah beroleh keuntungan di akaun demo. Tentu ukur dahulu keberkesanan teknik yang bakal digunakan. Uji lagi dan lagi dan lakukan sehingga berjaya mengandakan nilai duit di akaun demo sekurang-kurangnya sekali ganda atau lebih. Setelah berjaya mengandakannya untuk kali pertama, cuba lagi untuk mengandakannya untuk kali kedua dan ketiga. Setelah yakin dan teknik teruji sepenuhnya, barulah melakukan aktiviti pelaburan forex di akaun sebenar dan lakukan perkara yang sama. Jangan mulakan pelaburan diakaun sebenar hanya dengan teknik yang belum pasti dan tidak konsisten.