Saturday, April 30, 2011

Biar Betul Part 39

Aku menoleh ke sebelah, Joshua disitu nampak rileks jer.

Kemudian aku kata kat Joshua,”Kau mengantuk ker?”.

“Tak jugak, actually excited dapat naik heli ni”, katanya lagi

“He he kau ni macam ler tak biasa naik heli...so apa sambungan cerita forex kau tadi, tak habis lagi tu”, kata aku lagi kat Joshua.

Joshua diam sekejap, tengok jam kat tangannya kemudian dia kata ,”2 jam lagi kita nak sampai Kuching, banyak masa lagi ni, actually aku seronok bila cakap-cakap pasal forex ni, bukan apa…pada aku makin banyak aku share knowledge makin improve aku punya knowledge”

“Tau tak ape…so sambung balik cerita kau tadi, kita berhenti tadi takat kau nak explain aku pasal “complaining”", gesa aku kat Joshua.

“Ok..pasal “complaining”, ni symptom terakhir. Seseorang trader yang suka “blaming”,”justifaying” akan for sure suka “complaining””, kata Joshua lagi

Seterusnya, sambungnya lagi

“Tak ada salahnya kalau suka complain. Cuma masalahnya bila seseorang trader suka complain, dia sebenarnya membuka ruang untuk lebih fokus kepada masalah berbanding dengan solution….masalahnya kat situ, bila seseorang trader fokus kepada masalah yang dia akan dapat adalah lebih banyak masalah”, jelas Joshua lagi.

Aku jawab,”Aku masih tak faham ler, agak confusing apa yang kau cakapkan tadi, boleh bagi contoh tak”,

Joshua aku lihat rilek jer dan kemudian dia kata kat aku,”Ok contohnya macam ni. Bila kita trading. Ada masanya akan berlaku drawdown. Bila berlaku jer drawdown, ketiga-tiga symptom yang aku cakapkan tadi akan muncul”

Joshua diam sekejap kemudian katanya lagi,”Ok, macam ni, bila drawdown jer, trader akan start blaming dia punya system…lepas tu dia akan justify semua tu dia punya kesilapan dan last sekali dia akan complain”

“Tapi dia nak complain dekat sapa, tak faham aku”, kata kau lagi.

Joshua kata lagi kat aku,”Simple, trader akan complain selalunya kat kekawan trader , tak pun kat forum dalam internet dan pelbagai cara dan kaedah lain…complain atau mengadu ni bukannya satu kesalahan pun....masalahnya hanya satu. Bila kita asyik mengadu kita actually fokus pada masalah, dan rule nya simple, apa yang kita fokus akan meningkat…bukannya makin berkurang”

“So jangan complain tapi cari solution, begitu ker?”, tanya aku lagi kat Joshua

“Yes exactly, jangan blaiming, jangan justifyfaing dan last sekali jangan complain. As trader kita decide nak trade dan tak ada sapa-sapa paksa, that why sebelum bermula kena study dulu aspek-aspek mindset, system dan money management, tapi ramai trader skip aspek mindset and kadang –kadang tu aspek money management pun dia skip juga. Ramai trader hanya fokus aspek system dan teknikal . Mereka ingat system yang tentukan kejayaan mereka.”

Aku hanya diam dan cuba menghayati kata-kata Joshua, sesekali aku menoleh keluar menikmati pemandangan dari tingkap tepi helicopter. Daratan sudah kelihatan. Pemukaan hutan yang luas dan hijau jelas kelihatan. Lenkungan serta lenggak-lenggok sungai amat memukau. Namun disebalik semua itu, aku masih lagi leka berbual dengan Joshua. Perbincangan kami makin hangat.




Joshua bersuara lagi, katanya,”Macam aku cakap tadi, ramai trader tidak mampu berubah simply sebab perubahan mindset memerlukan satu komitmen dan disiplin yang tinggi”

Aku tanya Joshua lagi,”Susah sangat ker nak tune mindset yang betul ni”.

Joshua jawab,” Yeap, memang susah sebab ia melibatkan minda tanpa sedar”.

Aku pintas segera,”Minda tanpa sedar?...apa tu?”

Joshua senyap sekejap, kemudian katanya lagi:

“Minda tanpa sedar ni adalah sesuatu yang kita lakukan tanpa kita perlu fikir “, katanya lagi.

Joshua diam sekejap, kemudian sambungnya lagi,”Contohnya macam masa driving keta, kita tengok lampu isyarat, bila merah kita berhenti, bila hijau kita jalan and bila kuning kita bersedia untuk berhenti. Tak payah fikir lama-lama, kita lakukannya dengan spontan.. ni contoh yang baik untuk “minda tanpa sedar” in action”.

Aku diam sekejap, kemudian aku kata lagi,” So apa kaitannya dengan forex?”.


Sehingga berjumpa lagi.

Friday, April 29, 2011

My FX today cycle 13

Salam trader kepada semua,

Untuk trading minggu ni (24/4/11 hingga 30/4/11). Result aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni tiada sebarang loss, untung 4 posisi, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 4 posisi yang tengah floating dan 6 posisi tengah pending. Macam biasa, posisi yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah keseluruhan pips untuk minggu ni ialah sebanyak 491 pips.


Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo. Walau bagaimanapun aku pasti ada juga tertanya mengapa ada sesetengah position tu aku letak TP kurang dari 161.8 fibo extended. Jawapannya mudah, sebetulnya memang aku letak asal-asal TP pada 161.8 fibo extended, tetapi base on current market condition, maka aku adjust TP tu sebab aku tak expect 161.8 fibo tu boleh dicapai atas sebab-sebab tertentu.

So, pada aku sebagai pemorex aku tidak pernah berusaha untuk meramal arah tuju pasaran, sebaliknya aku menggunakan current market condition untuk membuat analisa arah mana market akan tuju, dan sebab tu ler ada masa nya TP tu aku adjust dari masa kesemasa kerana support dan ressitance baru yang terbentuk aku jadikan panduan untuk menganalisa momentum sesuatu market. Cuma yang aku tak pernah adjust ialah Stop loss dan ianya sentiasa aku setkan secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Kat bawah ni snapshot, 4 position yang win untuk minggu ni:







Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Tuesday, April 26, 2011

Biar Betul Part 38

“Syam …..ler kau rupa nya, patut pun nampak macam familier jer”, terdengar satu suara memanggil aku, aku menoleh , Amir rupanya, sepupu aku.

Kami berdakapan, hampir 2 tahun aku tak jumpa dia.

”Apa kabar kau?, aku ingat kau dekat Sabah water. Bila kau transfer sini?” aku tanya Amir

“Aku baru lagi kat sini, ni first time aku posting rig ni, biasa ler bila in charge safety ni, memang selalu kena posting”, jelas Amir lagi.

Amir ni sepupu sebelah mak aku, dia keja dengan Shell sejak dia habis universiti lagi. Kerja sebagai safety officer.

“Aku transit jer at sini,,opppss ni kawan-kawan aku, ni Carlos, John, Steven, Malik, Joshua dan Remy”, kata aku lagi sambil memperkenalkan rakan-rakan aku kepada sepupu aku.

“This my cousin Amir”, kata aku lagi memperkenalkan Amir kepada kawan-kawan aku.

Mereka bersalaman. Kemudian aku kata kat kawan-kawan aku,”You guy go ahead, I meet you later”

“Ok, see you later, nice to meet you Amir”, kata Carlos lagi dan mereka semua menapak pegi ke café meninggalkan aku bersama Amir kat situ.

“So, tahniah, aku dengar kau dapat baby girl tahun lepas”, kata aku pada Amir lagi

“Time kasih, sekarang ni baby girl aku dah pandai berjalan, makin ligat, perangai pun macam baby boy, nakal…he he he”, jawab Amir ringkas

“Kau duduk mana sekarang”, aku tanya Amir lagi.

Amir jawab,”Aku duduk kat Bintulu, wife aku mengajar kat sana”,

“Oh begitu”, jawab aku ringkas.

“Kau masih kerja dengan company hari tu lagi ker”, tanya Amir lagi

“hhaa..ahh…masih lagi, kontrak aku masih ada lagi 3 tahun”, jelas aku lagi.

“Ok ler Syam, nanti ler kita borak-borak lagi, nanti kalau aku kat Kuching aku contact kau, kirim salam kat mak dan ayah kau, mereka sihat ker?”, kata Amir lagi

“Semua sihat, ok ler Amir nanti ler kita borak panjang lagi”, balas aku ringkas.

Kami bersalaman dan aku seterusnya melangkah menuju café untuk join kawan-kawan aku yang lain sementara menunggu masa untuk berangkat balik ke Kuching.

Ada sekitar 2 jam masa untuk aku kill. Baik lepak dengan kawan-kawan ni. Mata actually mengantuk dan badan terasa letih sebab semalam keja sampai pukul 4 pagi. Tapi kebiasaanya memang macam tu. Petang nanti for sure aku tidur nyenyak.


Aku dan rakan-rakan berborak panjang di café, macam-macam isu kami cover. Ada juga yang leka tengok movie citer Jurrasic Park yang ditayangkan kat TV plasma yang disediakan di dalam café tu. Sedar tak sedar sudah hampir pukul 12pm. Tak lama lagi fikirku. Café yang serba lengkap ni offer pelbagai makanan dan minuman. Mewah macam kat hotel 5 bintang. Semua free, so better isi dulu perut ni penuh-penuh, sampai Kuching nanti terus balik rumah dan aku nak tidur puas-puas. Aku tengok hanphone aku, ada SMS masuk rupa-rupanya, tak perasan pulak aku. Aku buka and tekan button open dan baca , kat screen hanphone aku terpampang masej tu:

”RM0.00 FREE keputusan DaMaiCai sms untuk 2 BULAN. Hantar ON ke 36340,dptkan keputusan magnum, toto, FREE DaMaiCai yang dihantar pada 7.25pm!!Pendaftaran percuma!! “,

Cisss spam SMS rupanya. Aku ignorekan saja.

“Girlfriend kau tu tak sabar tunggu kau tu”, kata Carlos kat aku bila dia perhatikan aku leka check SMS kat handphone.

“Iye ler tu…”, balas aku kat Carlos sambil menghirup kopi hitam yang suam-suam panas.

“Jom ler kita pegi heli deck, 7 min lagi nak pukul 12 ni”, gesa aku kat rakan-rakan lain.

“Kau ni Syam, relak ler, kita depart pukul 12.30pm. Citer Jurrasic Park ni tak habis lagi”, balas Malik lagi. Leka betul dia tengok citer tu.

“Kau ni Malik, kau datang dari planet mana ni, citer ni dah 8 tahun lepas main kat wayang….tak kan tak pernah tengok”, balas aku lagi.

“Tu aku tahu ler, pasal aku pernah tengok ler aku nak tengok lagi, best ni, ni dah nak klimak dah ni, lepas ni t-rex tu makan awek tu..”, balas Malik lagi kat aku.

Kemudian katanya lagi, “Ok ler,,, jom ler …dah dekat pukul 12 dah ni”.

Aku dan kawan-kawan lain mula melangkah pegi menuju ke Heli deck. Angin laut bertiub lembut dan cuaca mulai terasa panas. Aku nampak pilot dan co-pilot agak busy buat semakan terakhir sebelum kami berlepas. Aku dan rakan-rakan hanya berdiri menunggu dan memerhati dari pinggir deck. Kemudian pilot bagi isyarat dan kata,

“Ok boy, please get on board we take off 15 minit early, you guy ready”,

“Ok”, kata aku lagi dan kami pun semua boarding dan ambil tempat duduk masing-masing.

Enjin helicopter mula dihidupkan, suasana yang tadi senyap kini mula bingit dan makin lama bunyi enjin semakin nyaring. Pilot buat semakan terakhir senarai penumpang dan kemudian dia perhatikan kami satu persatu untuk buat visual comfirmation. Then lepas tu dia bagi isyarat dan kata dekat communication radio:

“Ok we good to go, to t3 control room, thanks a lot for your hospitality”.

Sedar tak sedar kami mula berangkat meninggalkan oil rig T3 Shell dan memulakan perjalanan balik ke Kuching. Aku perhatikan dari jauh pelantar minyak T3 semakin jauh ditinggalkan. Aku tak sempat nak jumpa Amir tadi dan ucapkan selamat tinggal kat dia. Kelibat dia pun tidak kelihatan tadi, sibuk ler tu aku fikir, lagi pun rig tu luas dan banyak segmen, bukan senang nak jumpa dan tidak mustahil sesat kalau tak biasa.

Sehingga berjumpa lagi.

Saturday, April 23, 2011

My FX today cycle 12

Salam kat semua trader.

Minggu ni untuk urus niaga (17/04/2011-23/04/2011) menyaksikan aku close 2 position sahaja yang kedua-duanya menguntungkan , 5 position lagi masih floating, tiada position yang tengah pending dan tiada sebarang loss dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload. 5 position yang tengah floating tu akan aku ulaskan nanti bila dah tutup.

Result untuk trading aku minggu ni aku tunjukkan kat bawah ni. Kat bawah ni juga aku sertakan sekali snapshot 2 trade yang untung untuk minggu ni yang memberi aku sejumlah 152 pips.


Macam biasa, aku guna strategy Fibonacci retracement. Aku hanya akan ambil sesuatu trade jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurang 50 fibo, kadang-kadang yang retrace 61.8 fibo pun aku ambil juga expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending.

Sehingga berjumpa lagi

Kat bawah 2 trade yang aku cakapkan tadi.




[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, April 22, 2011

Biar Betul Part 37

Joshua diam sejenak, kemudian katanya lagi,

“Selepas puas blaming, last-last seseorang trader akan keletihan. Bila dah keletihan selalunya akan datang pula peringkat kedua yang aku cakapkan tadi iaitu “justifaying”. Pada peringkat ni seseorang trader, mula mengakui kesilapan dia…dekat sini ler kita akan selalu dengar seseorang trader tu mengaku dia sememangnya tidak berdisiplin, tamak, penjudi, tak cukup ilmu, malas dan macam-macam lagi”.

Lantas aku jawab Joshua,”Ok apa, that mean seseorang trader tu dah sedar dia punya kesilapan bukan?”.

Joshua jawab aku,”Pada peringkat ni memang betul seseorang trader tu dah sedar dia punya kesilapan, tetapi kau harus faham, kesedaran tidak bermakna akan berlakunya perubahan, dalam kebanyakan masa kesedaran tidak membawa banyak perubahan. Contohnya mudah, macam “hisab rokok”, semua perokok tahu dan sedar keburukannya tapi masih ramai perokok yang teruskan juga tabiat tu”.

Kata Joshua lagi,”Pada peringkat ni, ramai pemorex mengakui kesilapannya, tetapi hanya segelintir sahaja yang akan berubah, kebanyakannya tidak mampu berubah. Kebanyakkannya akan bermula kembali dengan semangat baru, azam baru dan last-last hasilnya tetap sama. Sesetengah-sesetengah pemorex akan give up, tapi ramai juga yang masih bersemangat, tetapi mereka sentiasa stuck dekat peringkat ni dan tiada perubahan dan last-last give up. Setelah beberapa ketika ramai akan masuk keperingkat terakhir yang aku cakapkan tadi iaitu peringkat “complaining”. Ni kebiasaanya adalah peringkat terakhir dan penghabisan”.

Aku hanya mengangguk, detik hati kecilku,”Ada benarnya kata-kata Joshua ni, he got the point.”

Sampuk aku pantas,”Menarik tu, so apa maknanya?”, semakin menarik perbualan ini.

Tiba–tiba co-pilot buat pengumuman,” We landing in 5 minit, please seat tide, thank you”.

Helikopter mula menurunkan gear pendaratan, keadaan laut yang tenang dan cuaca yang indah menjadikan perjalanan ini begitu selesa sekali, hampir tiada gegaran langsung dan sedar tak sedar pesawat yang aku naiki sudah mendarat selamat diatas heli deck oil rig T3 milik Shell.

Pilot buat penguman,”We will heading to Kuching at 12.30pm, please be here at 12pm. Thank you”.

Enjin helicopter semakin tenang dan mula mati secara perlahan-lahan.

Kemudian pilot buat lagi pengumuman,”Ok, it safe to depart”


Kata Joshua lagi,”Ok ler Syam, lepas ni aku sambung balik cerita forex aku ni, aku nak pegi toilet dulu”

Kami melangkah keluar dan aku merengangkan badan, letih sungguh dan badan terasa segar sekali. Bayu laut pulak bertiub nyaman.

Carlos tegur aku, “Syam, jom minum kopi kat café”

“Ok juga, jom”, kataku kat Carlos

Aku bersama-sama rakan-rakan lain menapak perlahan ke café, suasana tenang dan aku lihat ramai pekerja Shell dan kontraktor kat oil rig tu yang masing-masing sibuk dan komited dengan kerja masing-masing.



Ketika aku bersama rakan-rakan berjalan menuju ke café tiba-tiba

Sehingga berjumpa lagi

Monday, April 18, 2011

Biar Betul Part 36

Joshua berhenti sekejap, kemudian dia sambung lagi,”Ramai pemorex tidak sedar yang mereka tak boleh kawal diri sendiri..mereka ingat mereka boleh, tapi mereka sebenarnya tak sedar mereka tak boleh…so mereka blame everything else dan last-last mereka blame diri mereka sendiri ataupun komplain memanjang, tanpa sedar ramai pemorex sebenarnya memilih untuk gagal, even sebelum mereka bermula”

Sambungnya lagi,”Macam aku cakap tadi, sebagai pemorex kita ada kuasa untuk memilih. Minda kita dapat kita kawal, tetapi ramai pemorex tidak sedar mereka sebenarnya telah memilih untuk gagal, petanda pemorex yang memilih untuk gagal ni ada tiga, dan petanda tu amat jelas”.

Aku hanya diam mendengar penerangan Joshua. Helikopter terus meluncur laju, aku rasa sekitar 170km sejam. Cuaca pun elok, dan aku harap semuanya lancar. Tak sabar rasanya nak jumpa Mary Sari. Aircond kat dalam heli ni pun boleh tahan juga sejuknya, so perjalanan kekal selesa dan aku harap kami sampai tepat pada masanya.

Joshua menghirup lagi minuman tin yang aku bagi tadi, kemudian sambungnya lagi,”Petanda pertama pemorex yang memilih untuk gagal ialah mereka suka “blaming”, pertanda kedua ialah mereka suka “justifaying” dan last sekali mereka ni suka “complain”, jika pemorex ada ciri-ciri ni, for sure dia akan gagal”.

“Macam mana tu, cuba kau explain detail lagi”, gesa ku, makin excited pula nak tahu.

“Eta T3 Shell oil rig in 10 min, seat tide and enjoy the ride. thank you”, umum co-pilot.

Dah makin hampir dengan oil rig T3, kalibat nya sudah kelihatan. Aku nampat jelas oil rig Shell T3 dari cermin depan helicopter.



Dah nak sampai fikirku. Helikopter mula menurun dan terbang agak rendah, permukaan laut terasa semakin hampir, jam sudah hampir 10am, sedar tak sedar sudah hampir 2 jam perjalanan ini. Semakin hampir fikirku. Aku tak sabar-sabar untuk mendarat dan merengangkan badan, lenguh rasanya.

Joshua bersuara lagi, katanya,” pertama, ramai pemorex asyik blaming jer…asyik-asyik broker salah ler, guru salah ler, indicator salah ler, teknik salah ler, entah …macam-macam ler…serba serbi salah…yang tak salah hanya dia seorang jer…..ni sifat pertama”.

Sambungnya lagi,” bila asyik blaming dan salahkan selain dari diri sendiri, pemorex akan jadi seorang trader yang pendendam. So, sebab tulah bila loss sekali, kali kedua terus increase lot size jadi double sebab nak cover loss sebelum tu. Money managment comfirm berterabur, lintang pukang dan on top semua tu, dia masih juga tak sedar dan rasa tindakan dia tu adalah satu tindakan yang bijak”.

“Dahsyat nya….betul tu, ada benarnya apa yang kau cakap. Aku sendiri pun selalu , buat revenge trade…so apa sebenarnya solution untuk problem ni?”, aku tanya Joshua

“Leer tunggu ler dulu, aku tak habis lagi explain ….aku explain dulu symptom-symptom dia…lepas tu baru aku bagi tahu solution dia macam mana”, kata Joshua lagi.


Sehingga berjumpa lagi

Saturday, April 16, 2011

My FX today cycle 11

Salam trader kepada semua,

Sebelum aku cerita pasal trading aku minggu ni, aku nak berkongsi sedikit suasana pilihanraya DUN dekat Kuching. Bandaraya Kuching meriah dengan pelbagai poster parti-parti politik yang bertanding. Ceramah politik dianjurkan hampir tiap-tiap malam sepanjang minggu ni. Aku pun tak melepaskan peluang untuk menghadiri ceramah politik yang dianjurkan. Mary Sari pun aku ajak sama, tapi dia tak nak join. Dia kata dia nak stay kat apartment dia tengok cerita Korea kat astro. Lagi pun dia bukannya mengundi pun, dia rakyat asing.

Kat bawah ni aku tunjukkan sedikit gambar-gambar yang aku ambil sepanjang minggu ni. Lepas tengok gambar-gambar ni baru aku cerita pasal trading aku untuk minggu ni (10/4/11 hingga 16/4/11).







Ok, sambung balik cerita pasal trading aku untuk minggu ni (10/4/11 hingga 16/4/11). Result trading untuk minggu ni aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni aku loss 2 posisi, untung 1 posisi, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 2 position yang tengah floating dan 4 posisi tengah pending. Macam biasa, posisi yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku tunjukkan.


Untuk 2 position yang loss dan 1 win, kat bawah ni aku sertakan snapshot 3 position tu untuk rujukan, macam biasa aku guna fibo retracement.





Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Thursday, April 14, 2011

Biar Betul Part 35

Joshua aku lihat leka mengunyah kacang, kemudian dia kata kat aku,”Engkau ada bawa bekal air tak?”.

Aku jawab,” Ooo air ada, aku ada bawa dalam beg aku ni”.

Aku pun selongkar beg aku, dan aku keluarkan 2 tin minuman coca-cola. Satu aku bagi kat Joshua, satu lagi aku punya.

“Got some more coke?”, tanya Carlos, jurutera stuktur bahan warga Argentina yang duduk sebelah Joshua. Dia leka memerhati perbualan antara aku dengan Joshua.


“Yeap, here”, kata aku lagi sambil hulurkan setin lagi kepada Carlos.

Kemudian aku kata lagi.

“Sorry …no more guy….. you all share it with Carlos”, kata aku lagi bila aku lihat kekawan lain pun bagi isyarat nak minta juga.

“he he he , I am kidding …..here..pass it around “, kata aku lagi sambil hulurkan lagi beberapa tin lagi minuman coca-cola kepada rakan-rakan lain. Aku bawa bersama 13 tin…lebih dari cukup untuk semua orang kat dalam heli tu termasuk pilot dan co-pilot.

“Kita berhenti takat mana tadi?”, tanya aku kat Joshua.

Joshua diam sekejap berfikir, kemudian dia kata lagi,”Engkau tanya aku tadi apa yang aku maksudkan bila aku cakap kita tak boleh kawal market tapi kita boleh kawal diri sendiri”.

“Ha…ahhh…betul…so apa maksudnya?”, tanya aku kat Joshua lagi.

Joshua kata lagi,”Main forex ni, kau yang kena buat pilihan?”, dia diam sekejap kemudian sambungnya lagi,”Pilihan sama ada kau mahu berjaya atau kau mahu gagal…engkau kena choose salah satu tapi engkau tak boleh choose kedua-duanya”.

“Huuuiii dashyat ilmu kau ni, explain detail lagi”, gesa aku pantas.

“Ok macam ni. Kalau kau memilih untuk menjadi loser dan andai kata selama ni pun kau asyik loss jer memanjang maka engkau kena buat sesuatu”, jelas Joshua lagi

“Apa dia aku kena buat?”, tanya aku lagi

“Simple, kalau selama ni kau asyik gagal maka engkau tiada pilihan lain. Jika engkau nak berjaya engkau kena ubah cara engkau”, terang Joshua lagi.

Sambungnya lagi,”Sebab tu aku cakap sebagai trader kita ada kuasa untuk kawal diri sendiri bukan ada kuasa untuk kawal market. Ramai trader tersilap and selalu sangka nasib tidak menyebelahi mereka, mereka ingat mereka gagal kerana market tak favour position mereka, mereka ingat mereka gagal kerana ilmu forex mereka tak cukup dan macam-macam lagi..tapi sebenarnya semua tu silap..trader gagal kerana mereka tidak dapat kawal diri sendiri”, panjang lebar penjelasan Joshua.

Dia berhenti sekejap dan menghirup sedikit minuman yang aku bagi tadi. Kemudian sambungnya lagi,”Kawalan diri penting bila main forex ni”.

Tiba-tiba kami semua tersentak. Terdengar deruman enjin yang sangat nyaring, aku menolah kekanan. Terlihat sebuah pesawat pengempur milik tentera udara terbang laju memintas kami. Kelibatnya muncul dan sepantas itu juga ia menghilang.

“Sukhoi fighter jet..i guess”, kataku kepada Joshua sambil mata aku ligat cuba mengekori kelibat pesawat pejuang tu, dah hilang.

“Most likely heading to Labuan, air force got military base there”, kata aku kat Joshua lagi.


Perbualan antara aku dan Joshua terganggu sekejap disebabkan pesawat pejuang tadi, kemudian Joshua bersuara lagi, katanya lagi, ”Kawalan diri penting bila main forex ni sebab: macam aku cakap tadi, market kita tak boleh kawal and kalau diri sendiri pun kita tak boleh kawal, that mean tak ada benda langsung ler kita boleh kawal and for sure kau akan rugi, sebaliknya kalau engkau dapat kawal diri, maka kau masih ada peluang untuk menang…aku cakap ada “peluang”…bukan aku cakap gerenti menang”


Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, April 10, 2011

Biar Betul Part 34

Untuk makluman, perbualan antara aku dengan Joshua actually dalam bahasa orang putih. Anyway sebab aku dah cakap awal-awal lagi blog ni aku akan tulis dalam bahasa Melayu, maka kat bawah ni aku olah semula perbualan tu dan aku terjemahkan kedalam bahasa Melayu. Ok sambung balik …

Aku terkejut sedikit, sejak bila pula Joshua ni tahu aku trade forex ni. Aku toleh kat dia, dia kata balik kat aku, “ Forex trading kau ok ker?”.

“Tak juga, mostly ko, memanjang jer loss, kau main forex juga ker”, aku tanya balik kat dia

“Iye…aku dah kaya dah ..dah jutawan pun”, dia jawab aku dengan selamba.

“Iye ker, boleh percaya ker kau ni”, aku tanya dia balik. Aku dah kenal lama dengan Johsua ni, dia ni jujur orangnya. So, aku sure takkan ler dia nak tipu aku pula.

Kemudian aku tanya lagi kat dia,”Macam mana kau tahu aku main forex, aku tak pernah cakap pun”.

Joshua diam sekejap, kemudian dia kata kat aku,”Iye ler, buat apa aku nak kelentong, bukan dapat untung pun kalau aku kelentong, aku tahu kau main forex sebab aku pernah tengok kat desktop notebook kau ada icon metatrader, sure main forex punya. Tak payah tanya pun aku tahu he he he he”, dia ketawa kecil

“Oh begitu…, so any good advice? Aku ni asyik loss jer memanjang”, aku tanya dia lagi.

Joshua diam sekejap, kemudian dia kata lagi kat aku. “Aku tak ada apa-apa good advice, yang ada hanya simple advice jer”.

Menarik tu fikirku. Aku tanya dia lagi, “Apa dia simple advice tu?”.

Helikoper terbang laju dan agak rendah, aku leka melihat gelombang air laut yang ditinggal pergi satu persatu, angin bertiup agak kencang, perjalanan ni amat selesa. Kadang-kadang tu ada sedikit gegaran, tetapi aku dah biasa, tak panik dan aku hanya duduk dengan tenang. Joshua pun aku lihat nampak rilek jer.




Kemudian Joshua cakap kat aku lagi,”My Simple advice ialah kalau kau nak success main forex ni kau kena lihat diri kau sendiri”

Dia diam sejenak, kemudian sambungnya lagi:

“My advice simple jer: macam ni…market kau tak boleh kawal”,

Kami diam sekejap. Kemudian aku bersuara lagi, aku kata kat Joshua,” tu aku tahu ler, memang ler market sapa-sapa pun tak boleh kawal.. 3.5 trillion punya market, even Bill Gate pun tak dapat nak manipulate market…besar sangat tu, apa maksud engkau?”

Joshua diam, dia ambil sebungkus kacang dari dalam beg. Dia buka, kemudian dia kata,”Nak makan kacang”.

“Boleh juga, thanks”, jawab aku sambil ambil sedikit kacang yang dia tawarkan.



Kemudian Joshua kata lagi kat aku, ”Semua trader tahu market mereka tak boleh kawal, masalah hanya satu, ramai trader tak tahu apa sebenarnya yang dia dapat kawal?”.

“Apa dia yang trader dapat kawal?”, lantas aku tanya Joshua.

“Engkau ni, tunggu ler dulu, aku tak habis cakap lagi kau dah potong “, jawab Joshua lagi

Aku ketawa sedikit

“He he he excited…”, kataku lagi

“Ok macam ni, kau tak boleh kawal market tapi kau boleh kawal diri kau”, kata Joshua lagi.

Aku diam sekejap, kemudian aku tanya Joshua

“Dalam maksudnya tu, apa maksud kau?”

Sehingga berjumpa lagi

Friday, April 8, 2011

My FX today cycle 10

Salam kat semua trader.


Rujuk rajah kat atas ni. Minggu ni untuk urus niaga (03/04/2011-10/04/2011) aku hanya close 3 position sahaja , 2 position masih floating, 1 position tengah pending. Hanya 2 position win dan 1 loss setakat tarikh dan masa report ni diupload. Position yang dah close ni aku akan ulaskan dalam laporan aku untuk minggu ini. Jumlah pip yang loss adalah sebanyak 299 pip dan jumlah keseluruhan pip yang win ialah sebanyak 293. Ini memberi aku keuntungan bersih hanya sebanyak -6 pips sahaja. Hanya break even jer untuk minggu ni. Dalam report kali ni aku akan ulaskan position Loss A, Win B dan Win C. Position yang tengah floating tu, dah close nanti baru aku cerita.


Position Loss A
Sila rujuk rajah kat atas ni. Untuk pair AUDNZD, pada 24/03/11 aku menyaksikan pembentukan point C dimana ia menyaksikan Fibonacci telah retrace hampir mencecah 38.2 fibo. Aku mengambil peluang ini dengan meletakkan position Buy Stop dan menjangka akan berlaku breakout yang seterusnya akan dipacu sehingga mencecah take profit yang aku pasangkan di 161.8 fibo. Jangkaan aku meleset sama sekali dimana price movement dilihat tidak berpeluang langsung untuk memacu keatas tetapi sebaliknya price memacu kebawah setelah mencecah point B pada 28/3/2011. Position tu floating selama 8 hari sebelum akhirnya close pada 5/4/2011 dan menyaksikan aku rugi sebanyak 299 pip. Ia juga menyaksikan nilai equiti aku susut sebanyak 2%. Penyusutan nilai equiti aku kekal 2% untuk setiap loss sekiranya berlaku kerana aku menggunakan kaedah pengiraan stop loss secara dinamik dimana pelarasan akan dilakukan terhadap saiz lot untuk menjadikan nilai loss tetap kekal maximum 2% walau apapun nilai stop loss yang aku pasang. Insallah aku akan ulaskan kaedah ni dalam Series Biar Betul nanti. Ini merupakan loss pertama untuk trade bulan April 2011 ni, setelah menyaksikan minggu lepas tiada sebarang position yang close.



Position Win B
Sila rujuk rajah diatas. Pair EURUSD menyaksikan pembentukan point C dan menyaksikan fibo telah retrace sebanyak 38.2 fibo. Aku menjangka akan berlakunya breakout pada point B. Jangkaan aku kali ni tepat dan breakout berlaku dan menyaksikan price memacu keatas sehingga memcecah take profit yang aku setkan pada 1.4422. Position ni floating selama 5 hari, trigger pada 4/4/2011 dan close pada 8/4/2011 dan memberi aku sebanyak 166 pip.



Position Win C
Sila rujuk rajah kat atas. Pair AUDUSD menyaksikan pembentukan point C dimana fibo telah retrace sebanyak hampir 38.2 fibo. Untuk pair ni, actually aku agak terlambat dan hanya notice pembentukan point C ni pada 7/7/2011 dimana breakout sudah pun berlaku. Disebabkan 161.8 fibo masih belum dicapai, aku letak jer position pending Buy Limit pada point B, just incase price terlajak sekejap kat bawah. Nampaknya jangkaan aku kali ni mengena, dimana menyaksikan pending Buy Limit aku mengena dan price selanjutnya bergerak lagi ke atas sehingga akhirnya mencecah 161.8 fibo dimana aku setkan take profit. Position ni floating selama 2 hari dan telah memberi aku keuntungan sebanyak 127 pip.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Wednesday, April 6, 2011

Biar Betul Part 33

Aku buka pintu toilet, aku meluru masuk. Aku go for pilihan ketiga.

Aku tekan butang answer, aku kata “Hi…”

Mary jawab balik ,”Hi apa khabar?”

Dia tanya lagi,”Tengah buat apa tu…busy ker”

Aku diam sekejap. Cari "idea segera" nak cakap apa:

Aku jawab,”Tak juga, tengah kemas-kemas pakaian masa ni, dah nak balik dah ni”
He he he he…bohong sunat kata aku dalam hati. Awek lawa call ni, rugi kalau tak angkat.

“Iye ker?...bila sampai Kuching?...kenapa suara awak macam bergema jer..macam kat dalam toilet ler”, kata Mary lagi.

Alamak….dia boleh suspek aku kat dalam toilet pulak…hancuss ler macam ni. Aku kata balik kat Mary.

“Tak ada ler, I kat dalam kabin masa ni, tengah lipat-lipat baju, bilik kabin I kecik jer…tu ler suara nampak macam bergema …saya balik hari ni…petang dalam pukul 2 sampai Kuching, heli schedule landing at 7.30…lagi 20 minit heli sampai”, jelas aku lagi panjang lebar.

“Iye ker….bestnya dapat naik heli”, kata Mary lagi

“Ok ler, awak kemas jer…saya tak nak ganggu, nanti sampai Kuching contact saya ok”,kata Mary lagi


“Ok, nanti sampai Kuching I contact you, take care ok”, balasku lagi

“Awak pun sama, ok, bye”, kata Mary.

Perbualan singkat aku dengan Mary berakhir disitu. Dari kejauhan aku dah dapat dengar bunyi enjin Helikopter, dah sampai fikirku..better aku cepat-cepat. Selesai jer aku terus keluar dan join kawan-kawan lain menunggu di tepi deck mendarat helicopter. Kelibat helicopter tu makin lama makin besar dan bunyinya makin lama makin nyaring dan akhirnya helicopter tu mendarat di deck.


Sebaik sahaja touch down, pintu pun dibuka dan keluar satu persatu krew baru seramai 7 orang. Kami bersalaman dan selepas itu aku serta rakan-rakan bergegas masuk kedalam helicopter yang sedia menanti, setelah semua duduk selesa, pilot menghulurkan sehelai dokumen untuk aku tandatangani.

Aku serahkan balik dokumen tu kat dia kemudian aku kata,” Ok. we good to go”.

Kipas helicopter kini berpusing semakin ligat dan seterusnya kami sudah pun meninggalkan deck heli kapal Samudera 31 dan terus terbang untuk selama 2 jam menuju destinasi seterusnya, pelantar minyak Shell yang terletak 150 batu nutika dari lokasi Kapal Samudera 31. Aku leka melihat kapal Samudera 31 yang semakin lama semakin jauh ditinggalkan melalui tingkat tepi helicopter model Puma Ch20 tu.




Aku menyandarkan kepala, membetulkan posisi duduk untuk menyelesakan diri. Aku lihat Johsua disebelah sudah dibuai mimpi. Rakan-rakan yang lain aku perhatikan leka melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang baca buku, baca majalah dan ada jugak yang aku perhatikan leka main PSP…macam budak-budak detik hatiku. Aku cuba melelapkan mata. Baru sahaja aku hampir tertidur.

Tiba-tiba Joshua kat sebelah aku tanya,” How your trading?..you still trade forex?”

Sehingga berjumpa lagi.

Saturday, April 2, 2011

Biar Betul Part 32


Satu ketika, ketika tu waktu pagi, suasana pagi ditengah lautan luas amat indah dan dingin sekali. Aku berada ditengah lautan bersama krew lain di atas kapal Samudera 31, sebuah kapal besar yang digunakan untuk operasi pemasangan dan pemeriksaan kabel fiber optic dasar laut. Hari tu adalah hari terakhir shift aku. Sehari sebelum tu ada sedikit masalah teknikal dan aku bersama 6 orang rakan lain bertungkus lumus menyelesaikannya. Aku percaya semua kini keletihan dan tidak cukup tidur.

Satu pasukan baru yang terdiri dari beberapa jurutera dalam bidang elektronik, mekanikal dan beberapa orang lagi pakar-pakar teknikal dalam bidang masing-masing akan mengambil alih tugas dari pasukan aku dan mereka kini dalam perjalanan menuju ke sini dengan menggunakan helicopter pengangkut. Sudah tepat 6 minggu aku berada di laut Cina Selatan, aku sudah tidak sabar untuk kembali kedaratan.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi, aku tengok kat skrin handphone aku, Jai Idrus rakan sesekolah aku yang juga seorang pemorex amatur memanggil. Kat tengah laut ni handphone guna signal yang direlay semula menggunakan teknologi VSAT. Kualiti signal tak berapa clear.Tapi still ok.

Aku tekan button answer:

“Sham, kau ker tu”, terdengar suara Jai Idrus

“ Ye ye …apa citer, signal tak clear ni, aku kat laut masa ni”, jawab aku lagi.

“Bila balik?, ada story aku nak citer kat engkau”, katanya lagi

“Aku dah nak balik dah ni, kalau semua on schedule 2 petang aku touch down kat Kuching Heli Base”, balas aku lagi

“Ok, kalau macam tu aku jemput kau kat heli base pukul 2, ada citer best ni aku nak share dengan kau”, kata Jai Idrus lagi

“Ok,,,ok nanti citer”, kata aku lagi

“Ok…bye”, balas Jai Idrus lantas segera meletakkan handphone.

Apa ler mimipi Jai Idrus call aku, apa entah cerita best yang dia katakan dia nak story kat aku. Aku lihat jam tangan jenama Alba kat lengan kanan aku, alamak mati pulak. Habis bateri fikirku. Aku menoleh kesebelah , terpacak kat situ rakan sekerja aku, seorang jurutera elektronik warganegara Poland. Aku bersama rakan sepasukan sudah lama terpacak kat situ menunggu ketibaan Helikopter yang akan datang membawa bersama pasukan pengganti dan akan membawa kami kembali kedaratan.

Aku tanya kat Joshua, budak Poland tu tadi,"What time?”

Joshua kata balik kat aku,”Excuse me, what what?”

“Time”, kata aku lagi sambil tunjuk isyarat jam kat tangan.

“Ooo..ok 7am”, Jawab Joshua ringkas.

“Thanks”, balasku lagi.

Semua aku kira sudah tidak sabar untuk meninggalkan kapal Samudera 31, kelibat helikopter masih belum kelihatan. Helikopter tu dijadualkan untuk mendarat di landing deck Samudera 31 pada pukul 7.30am dan seterusnya membawa kami kembali kedaratan tetapi sebelum tu akan transit selama 2 jam di salah satu pelantar minyak milik Syarikat Minyak Shell sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuching. Kami dijangka touch down di heli base Kuching tepat pada jam 2 petang.

Masih ada 30 minit sebelum helicopter datang fikirku.

Tiba-tiba, alamak perut memulas pula, baik aku pegi ke tandas dulu fikirku. Masa 30 minit aku kira cukup lama untuk aku melepas, kalau tak lepas sekarang nanti kat dalam heli lagi susah fikirku.

Aku meletakkan beg sandang belakang yang aku bawa ke lantai dan mula melangkah pergi. Joshua menolah, dia jerit kat aku

“Hey man, where you go”

Aku jawab,” Hypermarket next to Mega Mall”.

Joshua hanya ketawa kemudian dia cakap,” be quick ok, we will not wait for you”

Aku jawab Joshua,” Death or alive, no man left behind, we all go home today!!!”, jerit aku lagi sambil berlari anak menuju ke toilet berhampiran.

Joshua ketawa sedikit memerhati gelagat aku, dia masih terpacak kat situ bersama rakan-rakanku yang lain. Semua tidak sabar-sabar menanti kedatangan helikopter

Baru sahaja aku hendak membuka pintu tandas, handphone aku berbunyi lagi. Kali ni Mary Sari pulak yang call.

Alamak kacau betul. Telefon masih lagi berdering. Aku serba salah, nak jawab ke tak. Aku masih lagi terpacak kat depan pintu toilet tu tengah fikir pilihan yang aku ada. Aku kira aku ada tiga pilihan:

Pilihan pertama, aku tak payah melepas dan layan panggilan Mary,
Pilihan kedua, aku melepas dan tak payah layan panggilan Mary,
Pilihan ketiga, aku melepas sambil layan panggilan Mary.





Aku tengok jam tangan aku lagi, aku pun tak tahu kenapa aku tengok jam tu pada hal aku tahu jam tu mati. Aku serba salah, Telefon aku masih lagi berdering…macam mana ni…..

“Riiingggggg….riinnnnggg….rinnnnnnnnnnnnnnnnnggg” dan nama Mary masih lagi terpampang kat skrin handphone.

Aku harus buat pilihan, masa makin suntuk…macam mana ni.

Sehingga berjumpa lagi.