Wednesday, April 6, 2011

Biar Betul Part 33

Aku buka pintu toilet, aku meluru masuk. Aku go for pilihan ketiga.

Aku tekan butang answer, aku kata “Hi…”

Mary jawab balik ,”Hi apa khabar?”

Dia tanya lagi,”Tengah buat apa tu…busy ker”

Aku diam sekejap. Cari "idea segera" nak cakap apa:

Aku jawab,”Tak juga, tengah kemas-kemas pakaian masa ni, dah nak balik dah ni”
He he he he…bohong sunat kata aku dalam hati. Awek lawa call ni, rugi kalau tak angkat.

“Iye ker?...bila sampai Kuching?...kenapa suara awak macam bergema jer..macam kat dalam toilet ler”, kata Mary lagi.

Alamak….dia boleh suspek aku kat dalam toilet pulak…hancuss ler macam ni. Aku kata balik kat Mary.

“Tak ada ler, I kat dalam kabin masa ni, tengah lipat-lipat baju, bilik kabin I kecik jer…tu ler suara nampak macam bergema …saya balik hari ni…petang dalam pukul 2 sampai Kuching, heli schedule landing at 7.30…lagi 20 minit heli sampai”, jelas aku lagi panjang lebar.

“Iye ker….bestnya dapat naik heli”, kata Mary lagi

“Ok ler, awak kemas jer…saya tak nak ganggu, nanti sampai Kuching contact saya ok”,kata Mary lagi


“Ok, nanti sampai Kuching I contact you, take care ok”, balasku lagi

“Awak pun sama, ok, bye”, kata Mary.

Perbualan singkat aku dengan Mary berakhir disitu. Dari kejauhan aku dah dapat dengar bunyi enjin Helikopter, dah sampai fikirku..better aku cepat-cepat. Selesai jer aku terus keluar dan join kawan-kawan lain menunggu di tepi deck mendarat helicopter. Kelibat helicopter tu makin lama makin besar dan bunyinya makin lama makin nyaring dan akhirnya helicopter tu mendarat di deck.


Sebaik sahaja touch down, pintu pun dibuka dan keluar satu persatu krew baru seramai 7 orang. Kami bersalaman dan selepas itu aku serta rakan-rakan bergegas masuk kedalam helicopter yang sedia menanti, setelah semua duduk selesa, pilot menghulurkan sehelai dokumen untuk aku tandatangani.

Aku serahkan balik dokumen tu kat dia kemudian aku kata,” Ok. we good to go”.

Kipas helicopter kini berpusing semakin ligat dan seterusnya kami sudah pun meninggalkan deck heli kapal Samudera 31 dan terus terbang untuk selama 2 jam menuju destinasi seterusnya, pelantar minyak Shell yang terletak 150 batu nutika dari lokasi Kapal Samudera 31. Aku leka melihat kapal Samudera 31 yang semakin lama semakin jauh ditinggalkan melalui tingkat tepi helicopter model Puma Ch20 tu.




Aku menyandarkan kepala, membetulkan posisi duduk untuk menyelesakan diri. Aku lihat Johsua disebelah sudah dibuai mimpi. Rakan-rakan yang lain aku perhatikan leka melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang baca buku, baca majalah dan ada jugak yang aku perhatikan leka main PSP…macam budak-budak detik hatiku. Aku cuba melelapkan mata. Baru sahaja aku hampir tertidur.

Tiba-tiba Joshua kat sebelah aku tanya,” How your trading?..you still trade forex?”

Sehingga berjumpa lagi.