Thursday, April 14, 2011

Biar Betul Part 35

Joshua aku lihat leka mengunyah kacang, kemudian dia kata kat aku,”Engkau ada bawa bekal air tak?”.

Aku jawab,” Ooo air ada, aku ada bawa dalam beg aku ni”.

Aku pun selongkar beg aku, dan aku keluarkan 2 tin minuman coca-cola. Satu aku bagi kat Joshua, satu lagi aku punya.

“Got some more coke?”, tanya Carlos, jurutera stuktur bahan warga Argentina yang duduk sebelah Joshua. Dia leka memerhati perbualan antara aku dengan Joshua.


“Yeap, here”, kata aku lagi sambil hulurkan setin lagi kepada Carlos.

Kemudian aku kata lagi.

“Sorry …no more guy….. you all share it with Carlos”, kata aku lagi bila aku lihat kekawan lain pun bagi isyarat nak minta juga.

“he he he , I am kidding …..here..pass it around “, kata aku lagi sambil hulurkan lagi beberapa tin lagi minuman coca-cola kepada rakan-rakan lain. Aku bawa bersama 13 tin…lebih dari cukup untuk semua orang kat dalam heli tu termasuk pilot dan co-pilot.

“Kita berhenti takat mana tadi?”, tanya aku kat Joshua.

Joshua diam sekejap berfikir, kemudian dia kata lagi,”Engkau tanya aku tadi apa yang aku maksudkan bila aku cakap kita tak boleh kawal market tapi kita boleh kawal diri sendiri”.

“Ha…ahhh…betul…so apa maksudnya?”, tanya aku kat Joshua lagi.

Joshua kata lagi,”Main forex ni, kau yang kena buat pilihan?”, dia diam sekejap kemudian sambungnya lagi,”Pilihan sama ada kau mahu berjaya atau kau mahu gagal…engkau kena choose salah satu tapi engkau tak boleh choose kedua-duanya”.

“Huuuiii dashyat ilmu kau ni, explain detail lagi”, gesa aku pantas.

“Ok macam ni. Kalau kau memilih untuk menjadi loser dan andai kata selama ni pun kau asyik loss jer memanjang maka engkau kena buat sesuatu”, jelas Joshua lagi

“Apa dia aku kena buat?”, tanya aku lagi

“Simple, kalau selama ni kau asyik gagal maka engkau tiada pilihan lain. Jika engkau nak berjaya engkau kena ubah cara engkau”, terang Joshua lagi.

Sambungnya lagi,”Sebab tu aku cakap sebagai trader kita ada kuasa untuk kawal diri sendiri bukan ada kuasa untuk kawal market. Ramai trader tersilap and selalu sangka nasib tidak menyebelahi mereka, mereka ingat mereka gagal kerana market tak favour position mereka, mereka ingat mereka gagal kerana ilmu forex mereka tak cukup dan macam-macam lagi..tapi sebenarnya semua tu silap..trader gagal kerana mereka tidak dapat kawal diri sendiri”, panjang lebar penjelasan Joshua.

Dia berhenti sekejap dan menghirup sedikit minuman yang aku bagi tadi. Kemudian sambungnya lagi,”Kawalan diri penting bila main forex ni”.

Tiba-tiba kami semua tersentak. Terdengar deruman enjin yang sangat nyaring, aku menolah kekanan. Terlihat sebuah pesawat pengempur milik tentera udara terbang laju memintas kami. Kelibatnya muncul dan sepantas itu juga ia menghilang.

“Sukhoi fighter jet..i guess”, kataku kepada Joshua sambil mata aku ligat cuba mengekori kelibat pesawat pejuang tu, dah hilang.

“Most likely heading to Labuan, air force got military base there”, kata aku kat Joshua lagi.


Perbualan antara aku dan Joshua terganggu sekejap disebabkan pesawat pejuang tadi, kemudian Joshua bersuara lagi, katanya lagi, ”Kawalan diri penting bila main forex ni sebab: macam aku cakap tadi, market kita tak boleh kawal and kalau diri sendiri pun kita tak boleh kawal, that mean tak ada benda langsung ler kita boleh kawal and for sure kau akan rugi, sebaliknya kalau engkau dapat kawal diri, maka kau masih ada peluang untuk menang…aku cakap ada “peluang”…bukan aku cakap gerenti menang”


Sehingga berjumpa lagi.