Tuesday, April 26, 2011

Biar Betul Part 38

“Syam …..ler kau rupa nya, patut pun nampak macam familier jer”, terdengar satu suara memanggil aku, aku menoleh , Amir rupanya, sepupu aku.

Kami berdakapan, hampir 2 tahun aku tak jumpa dia.

”Apa kabar kau?, aku ingat kau dekat Sabah water. Bila kau transfer sini?” aku tanya Amir

“Aku baru lagi kat sini, ni first time aku posting rig ni, biasa ler bila in charge safety ni, memang selalu kena posting”, jelas Amir lagi.

Amir ni sepupu sebelah mak aku, dia keja dengan Shell sejak dia habis universiti lagi. Kerja sebagai safety officer.

“Aku transit jer at sini,,opppss ni kawan-kawan aku, ni Carlos, John, Steven, Malik, Joshua dan Remy”, kata aku lagi sambil memperkenalkan rakan-rakan aku kepada sepupu aku.

“This my cousin Amir”, kata aku lagi memperkenalkan Amir kepada kawan-kawan aku.

Mereka bersalaman. Kemudian aku kata kat kawan-kawan aku,”You guy go ahead, I meet you later”

“Ok, see you later, nice to meet you Amir”, kata Carlos lagi dan mereka semua menapak pegi ke café meninggalkan aku bersama Amir kat situ.

“So, tahniah, aku dengar kau dapat baby girl tahun lepas”, kata aku pada Amir lagi

“Time kasih, sekarang ni baby girl aku dah pandai berjalan, makin ligat, perangai pun macam baby boy, nakal…he he he”, jawab Amir ringkas

“Kau duduk mana sekarang”, aku tanya Amir lagi.

Amir jawab,”Aku duduk kat Bintulu, wife aku mengajar kat sana”,

“Oh begitu”, jawab aku ringkas.

“Kau masih kerja dengan company hari tu lagi ker”, tanya Amir lagi

“hhaa..ahh…masih lagi, kontrak aku masih ada lagi 3 tahun”, jelas aku lagi.

“Ok ler Syam, nanti ler kita borak-borak lagi, nanti kalau aku kat Kuching aku contact kau, kirim salam kat mak dan ayah kau, mereka sihat ker?”, kata Amir lagi

“Semua sihat, ok ler Amir nanti ler kita borak panjang lagi”, balas aku ringkas.

Kami bersalaman dan aku seterusnya melangkah menuju café untuk join kawan-kawan aku yang lain sementara menunggu masa untuk berangkat balik ke Kuching.

Ada sekitar 2 jam masa untuk aku kill. Baik lepak dengan kawan-kawan ni. Mata actually mengantuk dan badan terasa letih sebab semalam keja sampai pukul 4 pagi. Tapi kebiasaanya memang macam tu. Petang nanti for sure aku tidur nyenyak.


Aku dan rakan-rakan berborak panjang di café, macam-macam isu kami cover. Ada juga yang leka tengok movie citer Jurrasic Park yang ditayangkan kat TV plasma yang disediakan di dalam café tu. Sedar tak sedar sudah hampir pukul 12pm. Tak lama lagi fikirku. Café yang serba lengkap ni offer pelbagai makanan dan minuman. Mewah macam kat hotel 5 bintang. Semua free, so better isi dulu perut ni penuh-penuh, sampai Kuching nanti terus balik rumah dan aku nak tidur puas-puas. Aku tengok hanphone aku, ada SMS masuk rupa-rupanya, tak perasan pulak aku. Aku buka and tekan button open dan baca , kat screen hanphone aku terpampang masej tu:

”RM0.00 FREE keputusan DaMaiCai sms untuk 2 BULAN. Hantar ON ke 36340,dptkan keputusan magnum, toto, FREE DaMaiCai yang dihantar pada 7.25pm!!Pendaftaran percuma!! “,

Cisss spam SMS rupanya. Aku ignorekan saja.

“Girlfriend kau tu tak sabar tunggu kau tu”, kata Carlos kat aku bila dia perhatikan aku leka check SMS kat handphone.

“Iye ler tu…”, balas aku kat Carlos sambil menghirup kopi hitam yang suam-suam panas.

“Jom ler kita pegi heli deck, 7 min lagi nak pukul 12 ni”, gesa aku kat rakan-rakan lain.

“Kau ni Syam, relak ler, kita depart pukul 12.30pm. Citer Jurrasic Park ni tak habis lagi”, balas Malik lagi. Leka betul dia tengok citer tu.

“Kau ni Malik, kau datang dari planet mana ni, citer ni dah 8 tahun lepas main kat wayang….tak kan tak pernah tengok”, balas aku lagi.

“Tu aku tahu ler, pasal aku pernah tengok ler aku nak tengok lagi, best ni, ni dah nak klimak dah ni, lepas ni t-rex tu makan awek tu..”, balas Malik lagi kat aku.

Kemudian katanya lagi, “Ok ler,,, jom ler …dah dekat pukul 12 dah ni”.

Aku dan kawan-kawan lain mula melangkah pegi menuju ke Heli deck. Angin laut bertiub lembut dan cuaca mulai terasa panas. Aku nampak pilot dan co-pilot agak busy buat semakan terakhir sebelum kami berlepas. Aku dan rakan-rakan hanya berdiri menunggu dan memerhati dari pinggir deck. Kemudian pilot bagi isyarat dan kata,

“Ok boy, please get on board we take off 15 minit early, you guy ready”,

“Ok”, kata aku lagi dan kami pun semua boarding dan ambil tempat duduk masing-masing.

Enjin helicopter mula dihidupkan, suasana yang tadi senyap kini mula bingit dan makin lama bunyi enjin semakin nyaring. Pilot buat semakan terakhir senarai penumpang dan kemudian dia perhatikan kami satu persatu untuk buat visual comfirmation. Then lepas tu dia bagi isyarat dan kata dekat communication radio:

“Ok we good to go, to t3 control room, thanks a lot for your hospitality”.

Sedar tak sedar kami mula berangkat meninggalkan oil rig T3 Shell dan memulakan perjalanan balik ke Kuching. Aku perhatikan dari jauh pelantar minyak T3 semakin jauh ditinggalkan. Aku tak sempat nak jumpa Amir tadi dan ucapkan selamat tinggal kat dia. Kelibat dia pun tidak kelihatan tadi, sibuk ler tu aku fikir, lagi pun rig tu luas dan banyak segmen, bukan senang nak jumpa dan tidak mustahil sesat kalau tak biasa.

Sehingga berjumpa lagi.