Friday, April 22, 2011

Biar Betul Part 37

Joshua diam sejenak, kemudian katanya lagi,

“Selepas puas blaming, last-last seseorang trader akan keletihan. Bila dah keletihan selalunya akan datang pula peringkat kedua yang aku cakapkan tadi iaitu “justifaying”. Pada peringkat ni seseorang trader, mula mengakui kesilapan dia…dekat sini ler kita akan selalu dengar seseorang trader tu mengaku dia sememangnya tidak berdisiplin, tamak, penjudi, tak cukup ilmu, malas dan macam-macam lagi”.

Lantas aku jawab Joshua,”Ok apa, that mean seseorang trader tu dah sedar dia punya kesilapan bukan?”.

Joshua jawab aku,”Pada peringkat ni memang betul seseorang trader tu dah sedar dia punya kesilapan, tetapi kau harus faham, kesedaran tidak bermakna akan berlakunya perubahan, dalam kebanyakan masa kesedaran tidak membawa banyak perubahan. Contohnya mudah, macam “hisab rokok”, semua perokok tahu dan sedar keburukannya tapi masih ramai perokok yang teruskan juga tabiat tu”.

Kata Joshua lagi,”Pada peringkat ni, ramai pemorex mengakui kesilapannya, tetapi hanya segelintir sahaja yang akan berubah, kebanyakannya tidak mampu berubah. Kebanyakkannya akan bermula kembali dengan semangat baru, azam baru dan last-last hasilnya tetap sama. Sesetengah-sesetengah pemorex akan give up, tapi ramai juga yang masih bersemangat, tetapi mereka sentiasa stuck dekat peringkat ni dan tiada perubahan dan last-last give up. Setelah beberapa ketika ramai akan masuk keperingkat terakhir yang aku cakapkan tadi iaitu peringkat “complaining”. Ni kebiasaanya adalah peringkat terakhir dan penghabisan”.

Aku hanya mengangguk, detik hati kecilku,”Ada benarnya kata-kata Joshua ni, he got the point.”

Sampuk aku pantas,”Menarik tu, so apa maknanya?”, semakin menarik perbualan ini.

Tiba–tiba co-pilot buat pengumuman,” We landing in 5 minit, please seat tide, thank you”.

Helikopter mula menurunkan gear pendaratan, keadaan laut yang tenang dan cuaca yang indah menjadikan perjalanan ini begitu selesa sekali, hampir tiada gegaran langsung dan sedar tak sedar pesawat yang aku naiki sudah mendarat selamat diatas heli deck oil rig T3 milik Shell.

Pilot buat penguman,”We will heading to Kuching at 12.30pm, please be here at 12pm. Thank you”.

Enjin helicopter semakin tenang dan mula mati secara perlahan-lahan.

Kemudian pilot buat lagi pengumuman,”Ok, it safe to depart”


Kata Joshua lagi,”Ok ler Syam, lepas ni aku sambung balik cerita forex aku ni, aku nak pegi toilet dulu”

Kami melangkah keluar dan aku merengangkan badan, letih sungguh dan badan terasa segar sekali. Bayu laut pulak bertiub nyaman.

Carlos tegur aku, “Syam, jom minum kopi kat café”

“Ok juga, jom”, kataku kat Carlos

Aku bersama-sama rakan-rakan lain menapak perlahan ke café, suasana tenang dan aku lihat ramai pekerja Shell dan kontraktor kat oil rig tu yang masing-masing sibuk dan komited dengan kerja masing-masing.



Ketika aku bersama rakan-rakan berjalan menuju ke café tiba-tiba

Sehingga berjumpa lagi