Friday, April 8, 2011

My FX today cycle 10

Salam kat semua trader.


Rujuk rajah kat atas ni. Minggu ni untuk urus niaga (03/04/2011-10/04/2011) aku hanya close 3 position sahaja , 2 position masih floating, 1 position tengah pending. Hanya 2 position win dan 1 loss setakat tarikh dan masa report ni diupload. Position yang dah close ni aku akan ulaskan dalam laporan aku untuk minggu ini. Jumlah pip yang loss adalah sebanyak 299 pip dan jumlah keseluruhan pip yang win ialah sebanyak 293. Ini memberi aku keuntungan bersih hanya sebanyak -6 pips sahaja. Hanya break even jer untuk minggu ni. Dalam report kali ni aku akan ulaskan position Loss A, Win B dan Win C. Position yang tengah floating tu, dah close nanti baru aku cerita.


Position Loss A
Sila rujuk rajah kat atas ni. Untuk pair AUDNZD, pada 24/03/11 aku menyaksikan pembentukan point C dimana ia menyaksikan Fibonacci telah retrace hampir mencecah 38.2 fibo. Aku mengambil peluang ini dengan meletakkan position Buy Stop dan menjangka akan berlaku breakout yang seterusnya akan dipacu sehingga mencecah take profit yang aku pasangkan di 161.8 fibo. Jangkaan aku meleset sama sekali dimana price movement dilihat tidak berpeluang langsung untuk memacu keatas tetapi sebaliknya price memacu kebawah setelah mencecah point B pada 28/3/2011. Position tu floating selama 8 hari sebelum akhirnya close pada 5/4/2011 dan menyaksikan aku rugi sebanyak 299 pip. Ia juga menyaksikan nilai equiti aku susut sebanyak 2%. Penyusutan nilai equiti aku kekal 2% untuk setiap loss sekiranya berlaku kerana aku menggunakan kaedah pengiraan stop loss secara dinamik dimana pelarasan akan dilakukan terhadap saiz lot untuk menjadikan nilai loss tetap kekal maximum 2% walau apapun nilai stop loss yang aku pasang. Insallah aku akan ulaskan kaedah ni dalam Series Biar Betul nanti. Ini merupakan loss pertama untuk trade bulan April 2011 ni, setelah menyaksikan minggu lepas tiada sebarang position yang close.



Position Win B
Sila rujuk rajah diatas. Pair EURUSD menyaksikan pembentukan point C dan menyaksikan fibo telah retrace sebanyak 38.2 fibo. Aku menjangka akan berlakunya breakout pada point B. Jangkaan aku kali ni tepat dan breakout berlaku dan menyaksikan price memacu keatas sehingga memcecah take profit yang aku setkan pada 1.4422. Position ni floating selama 5 hari, trigger pada 4/4/2011 dan close pada 8/4/2011 dan memberi aku sebanyak 166 pip.



Position Win C
Sila rujuk rajah kat atas. Pair AUDUSD menyaksikan pembentukan point C dimana fibo telah retrace sebanyak hampir 38.2 fibo. Untuk pair ni, actually aku agak terlambat dan hanya notice pembentukan point C ni pada 7/7/2011 dimana breakout sudah pun berlaku. Disebabkan 161.8 fibo masih belum dicapai, aku letak jer position pending Buy Limit pada point B, just incase price terlajak sekejap kat bawah. Nampaknya jangkaan aku kali ni mengena, dimana menyaksikan pending Buy Limit aku mengena dan price selanjutnya bergerak lagi ke atas sehingga akhirnya mencecah 161.8 fibo dimana aku setkan take profit. Position ni floating selama 2 hari dan telah memberi aku keuntungan sebanyak 127 pip.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]