Saturday, April 30, 2011

Biar Betul Part 39

Aku menoleh ke sebelah, Joshua disitu nampak rileks jer.

Kemudian aku kata kat Joshua,”Kau mengantuk ker?”.

“Tak jugak, actually excited dapat naik heli ni”, katanya lagi

“He he kau ni macam ler tak biasa naik heli...so apa sambungan cerita forex kau tadi, tak habis lagi tu”, kata aku lagi kat Joshua.

Joshua diam sekejap, tengok jam kat tangannya kemudian dia kata ,”2 jam lagi kita nak sampai Kuching, banyak masa lagi ni, actually aku seronok bila cakap-cakap pasal forex ni, bukan apa…pada aku makin banyak aku share knowledge makin improve aku punya knowledge”

“Tau tak ape…so sambung balik cerita kau tadi, kita berhenti tadi takat kau nak explain aku pasal “complaining”", gesa aku kat Joshua.

“Ok..pasal “complaining”, ni symptom terakhir. Seseorang trader yang suka “blaming”,”justifaying” akan for sure suka “complaining””, kata Joshua lagi

Seterusnya, sambungnya lagi

“Tak ada salahnya kalau suka complain. Cuma masalahnya bila seseorang trader suka complain, dia sebenarnya membuka ruang untuk lebih fokus kepada masalah berbanding dengan solution….masalahnya kat situ, bila seseorang trader fokus kepada masalah yang dia akan dapat adalah lebih banyak masalah”, jelas Joshua lagi.

Aku jawab,”Aku masih tak faham ler, agak confusing apa yang kau cakapkan tadi, boleh bagi contoh tak”,

Joshua aku lihat rilek jer dan kemudian dia kata kat aku,”Ok contohnya macam ni. Bila kita trading. Ada masanya akan berlaku drawdown. Bila berlaku jer drawdown, ketiga-tiga symptom yang aku cakapkan tadi akan muncul”

Joshua diam sekejap kemudian katanya lagi,”Ok, macam ni, bila drawdown jer, trader akan start blaming dia punya system…lepas tu dia akan justify semua tu dia punya kesilapan dan last sekali dia akan complain”

“Tapi dia nak complain dekat sapa, tak faham aku”, kata kau lagi.

Joshua kata lagi kat aku,”Simple, trader akan complain selalunya kat kekawan trader , tak pun kat forum dalam internet dan pelbagai cara dan kaedah lain…complain atau mengadu ni bukannya satu kesalahan pun....masalahnya hanya satu. Bila kita asyik mengadu kita actually fokus pada masalah, dan rule nya simple, apa yang kita fokus akan meningkat…bukannya makin berkurang”

“So jangan complain tapi cari solution, begitu ker?”, tanya aku lagi kat Joshua

“Yes exactly, jangan blaiming, jangan justifyfaing dan last sekali jangan complain. As trader kita decide nak trade dan tak ada sapa-sapa paksa, that why sebelum bermula kena study dulu aspek-aspek mindset, system dan money management, tapi ramai trader skip aspek mindset and kadang –kadang tu aspek money management pun dia skip juga. Ramai trader hanya fokus aspek system dan teknikal . Mereka ingat system yang tentukan kejayaan mereka.”

Aku hanya diam dan cuba menghayati kata-kata Joshua, sesekali aku menoleh keluar menikmati pemandangan dari tingkap tepi helicopter. Daratan sudah kelihatan. Pemukaan hutan yang luas dan hijau jelas kelihatan. Lenkungan serta lenggak-lenggok sungai amat memukau. Namun disebalik semua itu, aku masih lagi leka berbual dengan Joshua. Perbincangan kami makin hangat.




Joshua bersuara lagi, katanya,”Macam aku cakap tadi, ramai trader tidak mampu berubah simply sebab perubahan mindset memerlukan satu komitmen dan disiplin yang tinggi”

Aku tanya Joshua lagi,”Susah sangat ker nak tune mindset yang betul ni”.

Joshua jawab,” Yeap, memang susah sebab ia melibatkan minda tanpa sedar”.

Aku pintas segera,”Minda tanpa sedar?...apa tu?”

Joshua senyap sekejap, kemudian katanya lagi:

“Minda tanpa sedar ni adalah sesuatu yang kita lakukan tanpa kita perlu fikir “, katanya lagi.

Joshua diam sekejap, kemudian sambungnya lagi,”Contohnya macam masa driving keta, kita tengok lampu isyarat, bila merah kita berhenti, bila hijau kita jalan and bila kuning kita bersedia untuk berhenti. Tak payah fikir lama-lama, kita lakukannya dengan spontan.. ni contoh yang baik untuk “minda tanpa sedar” in action”.

Aku diam sekejap, kemudian aku kata lagi,” So apa kaitannya dengan forex?”.


Sehingga berjumpa lagi.