Sunday, July 31, 2011

My FX today cycle 26

Salam trader kepada semua,

Minggu ni menyaksikan sebanyak 2 win position, 6 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (24/11 hingga 31/7/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 9 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 224 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Minggu ni aku out station kat Kota Kinabalu, Sabah and masih agak busy. Untuk trading minggu ni aku snapshot cuma satu jer iaitu position buy GBPUSD yang win 128 pips. Aku tak ada kelapangan nak snap shot semua position yang lain. Tapi macam biasa kalau ada pemorex-pemorex yang saja-saja nak tengok Fibonacci retracement yang sebabkan aku pasang position tu, guna jer SL sebagai point A, Entry sebagai point B and point C pula adalah tempat retracement fibo yang dicapai.

Minggu ni aku berkesempatan sembang-sembang dengan seorang pemorex Sabah, banyak cerita kami share, insallah nanti aku akan muatkan pertemuan itu dalam Biar Betul the series.

Kat bawah ni Snapshot untuk buy GBPUSD.


Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Thursday, July 28, 2011

Biar Betul Part 61

“iye citer ler kat saya”, gesa aku pantas.

Mary Sari diam sekejap, kemudian dia kata lagi:

“Begini, everyday daddy saya hantarkan SMS position untuk saya buat pending order, Usually saya receive SMS dia pukul 2pm dengan 9pm macam tu, waktu Malaysia”, dia berhenti sekejap dan hirup sedikit Horlick yang dia order tadi.

“2pm and 9pm, tu GB open and US open kan?”, aku tanya dia lagi

“Yeap, 2pm tu signal untuk pair GBPJPY and 9pm tu pula signal untuk pair USDJPY”, jawab Mary Sari lagi.

“Menarik tu, so far macam mana? Ok ker signal tu”, tanya aku lagi kat Mary Sari.

“Ok, not bad, success rate 80%”, jawab Mary Sari ringkas.

“Not bad, menarik tu, so selama ni awak trading base on signal tu sahaja ker?”, tanya aku kat Mary Sari lagi.

“Tak jugak, actually I ada teknik analisa teknikal I sendiri juga, signal yang daddy I bagi tadi pula teknik tambahan sahaja”, Kata Mary Sari lagi.

Seterusnya sambung Mary Sari lagi:

“Sham, kalau nak success main forex ni tak apa kalau guna lebih dari satu strategi. Yang paling penting jangan tukar-tukar strategi”, jelas Mary Sari lagi, sambil tu dia terbatuk sedikit. Aku hanya leka memerhati dia, aku kata kat Mary Sari:

“Minum ler air tu sedikit”,

Mary Sari turuti nasihat aku, dia hirup sedikit air, rileks sekejap dan kemudian dia kata lagi:

“Kalau tukar-tukar strategi sampai bila bila pun tak akan success”, kata Mary Sari lagi. Sambil tu dia keluarkan Ipad dari beg dia. Dia onkan Ipad tu, dia kata kat aku:

“Saya tunjuk awak something kat dalam ni, lepas ni I explain dengan you apa yang I maksudkan tadi”,

Aku hanya leka memerhati. Mary pula leka menekan-nekan Ipad. Rambutnya yang panjang sesekali ditolaknya kebelakang. Dia kelihatan begitu ayu dan manis sekali bila buat begitu. Seksi pun ada juga. Aku terus diam menunggu penjelasan lanjut darinya. Sambil tu aku terus makan mee jawa special yang dihidangkan. Memang sedap, Mee jawa Mary Sari pulak aku perhatikan dah tinggal sedikit. Cepatnya dia makan, tak perasan pula aku Mary Sari punya dah tinggal sedikit dan aku punya pula separuh pun tak habis lagi. Sambil menulis tu aku lihat Mary Sari sempat juga suapkan mee jawa. Patut pun cepat habis, tangan tengah sibuk tulis pun dia sempat makan juga. Awek ni memang kuat makan fikirku. Tapi amazing, body solid macam model bikini. Aku terus diam dan makan.

Seketika kemudian Mary Sari tunjukkan kat aku paparan kat ipad dia.

“Sham, tengok ni”, kata Mary Sari

Kat bawah ni aku tunjukkan apa yang Mary Sari tunjukkan kat aku tadi.




Aku perhatikan, kemudian aku tanya dia.

“Apa ni, explain sikit”, kata aku kat Mary Sari

Sehingga berjumpa lagi

Sunday, July 24, 2011

Biar Betul Part 60

Kat Norjas Café tu suasananya agak sunyi dan sayup-sayup kendengaran alunan muzik tradisional dari corong radio. Mary Sari dan aku hanya diam dan sesekali aku memerhati tv 35 inchi kat situ untuk dengar-dengar berita dari bulletin utama TV3 yang tengah dipasang. Tak ada apa berita yang menarik perhatian aku dan Mary Sari. Kemudian Mary Sari bersuara lagi:

“Awak punya off day tinggal 5 hari lagi kan?”

Aku jawab,”Iye kenapa?”

Mary Sari jawab,”Tak ada apa, saja tanya, awak keja kali ni kat mana?”

Aku kata balik kat Mary Sari,” Balikpapan, kat selat Makassar, ada new fiber cable layout last month. So, saya nak kena buat testing and inspection.”.


“Berapa lama pula you keja kali ni”, tanya Mary lagi

“17 minggu macam tu, tapi kat selat Makassar tu cuma 3 minggu jer, selebihnya kat site lain”, kata aku lagi

“Kat mana?”, tanya Mary Sari lagi, nampak sangat begitu beriya-iya nak ambil tahu pasal aku. Aku tak kisah, malah aku suka bila ada urang yang ambil berat pasal aku. At least aku tahu walaupun aku sibuk kerja dan berada jauh ditempat orang, ada juga orang yang teringatkan aku.

“Ewah-ewah seronoknya berbual”, tiba-tiba perbualan kami diganggu Nani. Nani datang bersama makanan dan minuman yang Mary Sari order tadi. Dia hidangkan dengan teratur diatas meja.

“Kak Mary masih guna nombor telephone hari tu lagi ker?”, tanya Nani kat Mary Sari sambil tangannya mengangkat dengan hati-hati Nescafe panas gelas untuk aku.

Mary Sari jawab,”Masih, contact-contact ler saya”.

Nani cakap kat Mary Sari,”Ok nanti saya contact kakak, jemput ler makan, Uncle Joe kat dalam tu kirim salam, dia buat Mee Jawa ni special untuk Kak Mary dan supir kak Mary ni”, jelas Nani lagi sambil melangkah pegi meninggalkan kami.

“Time kasih”, kata Mary lagi kat Nani.

Aku pulak hanya diam dan leka memerhati dan mendengar perbualan Nani dan Mary Sari.

“Selepas Balikpapan pulak kat mana lagi”, tanya Mary Sari lagi soalan yang sama.

Aku meneguk sedikit Nescafe panas yang Nani hidangkan tadi, mee jawa aku belum sentuh lagi, belum makan lagi dan setakat tengok sahaja pun dah tahu gerenti sedap.

Aku jawab pertanyaan Mary, aku kata,”Tak sure lagi tapi anywhere within Asia Pasific, kalau di beri pilihan I prefer Australia. Usually 4-5 hari lagi sebelum kerja kat Selat Makassar siap baru tahu kat mana”

Mary Sari jawab balik,”Kasihannya, baik awak jadi pro Fx trader jer macam ayah saya, tak payah susah payah kerja, duduk rumah jer”, sambung Mary Sari lagi sambil minum sedikit Horlick yang dia order tadi.

Sambil tu aku dan Mary Sari menjamu selera dengan mee jawa special yang ternyata begitu special, sedap sangat.

Ketika aku tengah leka makan, Mary kata kat aku:

“Awak nak tahu tak pasal signal forex yang daddy saya bagi tadi ker?”,

Sehingga bersambung lagi

My FX today cycle 25

Salam trader kepada semua,

Minggu ni menyaksikan sebanyak 4 win position, 9 cancel position dan 1 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (17/7/11 hingga 24/7/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 5 position yang tengah floating dan 1 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 649 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Minggu ni aku snapshot cuma satu jer iaitu position sell AUDNZD yang win 382 pips. Aku tak ada kelapangan nak snap shot semua position yang lain. Tapi macam biasa kalau ada pemorex-pemorex yang saja-saja nak tengok Fibonacci retracement yang sebabkan aku pasang position tu, guna jer SL sebagai point A, Entry sebagai point B and point C pula adalah tempat retracement fibo yang dicapai.

Kat bawah ni Snapshot untuk sell AUDNZD.


Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Wednesday, July 20, 2011

Biar Betul Part 59

Kereta aku parking betul-betul sebelah Norjas Café, aku dan Mary Sari melangkah keluar menuju Norjas Café, keadaan agak sunyi, tak ramai orang.

Aku dan Mary Sari duduk disatu sudut yang agak lengang. Seorang remaja datang kat kami, berdiri kat situ pegang buku menu, dia kata:

“Ewah..ewah kak Mary dah ada boy friend yer sekarang?’

Mary Sari jawab kat adik tu:

“Ni bukan boy friend saya ler Nani, ni supir saya he he he he”,

Aku hanya diam membisu,

Adik yang ambik order tadi pun aku nampak hanya tersenyum sipu,

Kemudian Mary Sari cakap kat adik tu:

“Bagi saya dan supir saya ni Mee Jawa special, minum saya buatkan Horlick tarik kurang manis macam biasa, Sham awak nak minum apa?”, Mary Sari tanya kat aku.

Aku jawab ringkas,”Bagi saya Nescafe gelas panas ye”.

Setelah Nani berlalu pergi, aku tanya Mary Sari, “Supir tu aper?”

Mary Sari jawab,”Supir tu maksud dia driver or pemandu he he he he…betul ler kan..kan ker awak yang pandu…so awak supir saya ler…he he he he he”, katanya lagi

Kata aku lagi kat dia, “ O…ingat tadi apa, sedap jer awak cakap saya ni driver awak yer. Orang kat kedai ni I nampak macam kenal jer kat awak, awak biasa ker kat sini”.

“Memang pun, owner and almost semua worker kat sini kenal dengan saya, saya selalu makan kat sini, urang glamer katakan, sebab tu mudah orang nak kenal”, jawabnya lagi.

Kemudian dia sambung lagi,” Saya lapar sangat-sangat ni, lapar-lapar macam ni orang pun saya boleh makan ni”, Mary Sari bersuara lagi.

Aku hanya memerhati Mary Sari. Banyak perkara pasal dia aku nak tahu, expecially pasal forex. Nantilah aku tanya lanjut kat dia. Tak sampai hati aku nak tanya dia lebih-lebih lagi sebab dia tengah lapar masa ni, dia tak makan sejak tengah hari lagi, tak sempat nak lunch katanya, kesian aku tengok. Apasallah kerja sampai tak kuar lunch. Aku membebel sendirian didalam hati.

Mary Sari duduk mendagu dan pandang aku, walauupun lapar,dia masih mampu senyum kat aku.


Sehingga berjumpa lagi

Sunday, July 17, 2011

My FX today cycle 24

Salam trader kepada semua,

Minggu ni menyaksikan sebanyak 5 win position, 4 cancel position dan 4 position yang loss.

Result trading minggu ni (10/7/11 hingga 17/7/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 8 position yang tengah floating dan 1 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -617 pips.

Sesekali bila kena loss yang agak tinggi macam ni, emosi sure akan terganggu. Tapi macam yang selalu aku cakap, selagi “stick to the plan” and guna money management yang betul, don’t worry, statistik will lead you to profit.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Minggu ni aku snapshot cuma satu jer position EURUSD yang win 228 pips untuk sell position. Aku tak ada kelapangan nak snapshot semua position yang lain. Tapi macam biasa kalau ada pemorex-pemorex yang saja-saja nak tengok Fibonacci retracement yang sebabkan aku pasang position tu, guna jer SL sebagai point A, Entry sebagai point B and point C pula adalah tempat retracment fibo yang dicapai.

Kat bawah ni snapshot untuk sell EURUSD.




Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Saturday, July 16, 2011

Biar Betul Part 58

“Woow best nya, dia hantar untuk pair apa,selalu ker dia hantar,so far macam mana signal yang ayah awak bagi tu , ok ker?”, beberapa soalan aku tanya sekali dan bertalu-talu kat Mary Sari. Menarik ini.

“Awak ni hissss….sekali tanya sampai 3 soalan serentak. Mana satu saya nak jawab dulu”, balas Mary Sari kat aku.

Kemudian sambungnya lagi,”Masa makan nanti I citer pasal SMS forex dari daddy saya tadi ok, awak ni tak romantic langsung, patut pun tak ada girlfriend…harap muka jer hensem..he he he”, balasnya lagi sambil mengusik aku.

Aku perhatikan Mary Sari cuba-cuba nak buka glove box kereta hummer aku. Kemudian dia kata kat aku:

“Sham, boleh saya check laci keta awak ni tak, I nak tengok ler apa benda yang ada kat dalam ni”,

Kata aku kat dalam hati, pelik betul perangai awek ni, siap nak check and periksa glove box keta aku pula. Nampak sangat dia tak segan-segan langsung kat aku. Aku kata kat dia:

“Tengok ler, jangan malu-malu buat macam kereta sendiri”.

Dia hanya menoleh dan senyum manis kat aku. Tangannya lantas membuka glove box keta aku, dia buka and lihat apa ada kat dalam tu.

“Ni apa ni, apasal pulak ada pembaris kat dalam ni”


“Ni pula, sapa punya sikat ni…he he he”



“Alamak gunting pun ada juga kat dalam ni, awak ni serial killer ker?”

“Kain pelikat pun ada, bagus bagus, solat jangan tingal ok”

“Pensil patah pun ada juga kat dalam ni”,

“Pen ada color biru dan merah, satu, dua, tiga ,empat ,lima, enam …fuhhh banyaknya pen sampai 6 batang….”

Mary Sari cakap sorang-sorang sambil tu tangannya ligat selongkar glove box kereta aku macam polis dalam cerita CSI yang baru jer dapat waran untuk geledah. Aku biarkan sahaja.

“Wooowww, banyak nya surat, boleh saya buka satu”,

Aku tak jawab lagi tapi dia dah buka surat aku. Mary Sari tengah pegang surat yang aku terima dari AMEX, penyata kad American Express aku. Aku kata kat dia:

“Bukalah…buat macam surat sendiri “

Mary Sari aku perhatikan hanya ketawa. Dia ni pada aku bukan seorang gadis yang pendiam, tetapi yang pasti dia adalah seorang gadis yang periang. Aku perhatikan dia leka meneliti penyata Amex aku macam pegawai bank tengah nak check sama ada aku ni boleh di approve loan atau pun tidak.

Kemudian dia kata:

“Issh ..ish..ish…banyak nya tempat awak pegi…Kemboja, Loas , Taiwan, Singapore, Korea pun ada juga…best nya...debt awak pun banyak ni sampai Rm45K, banyaknya”, kata Mary Sari sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Sambungnya lagi:

“Saya punya debt Visa card baru jer Rm3k”, katanya lagi padahal aku tak ada tanya pun.

Aku diam, kemudian aku kata kat dia:

“Biasalah tu, keja macam saya memang banyak guna duit masa travel, tapi semua tu company yang bayar, saya pakai jer, kad AMEX tu pun company issue bukan kad personal, company reimburse semua expenses tu, semua official traveling tu”, jelas aku lagi kat Mary Sari.

Aku memberi isyarat membelok ke kiri, kemudian aku pulas stering untuk membelok ke kiri dan dari kejauhan café Norjas sudah kelihatan. Kereta aku pandu sederhana laju.

Mary Sari bersuara lagi:

“Bestnya, maksud awak belanja awak masa travel semua company bayar ker…bestnya..mesti awak ni orang pentingkan he he he”,

Aku lantas jawab, “tak ler biasa-biasa saja, kuli juga macam urang lain”.

Perbualan pasal surat tadi habis kat situ, Mary Sari pula aku perhatikan leka kemaskan semula barang-barang yang dia geledahkan tadi. Kami dah sampai kat Norjas café.

Kemudian Mary Sari cakap,”Ok dah, saya dah check so far saya tak jumpa apa-apa barang yang mencurigakan kat dalam keta awak ni. Saya tolong kemaskan jugak elok-elok tadi”, katanya lagi lantas menutup glove box keta aku.

Aku pulak perhatikan kiri kanan make sure semua clear, nanti tak pasal-pasal pulak kereta orang aku langgar. Aku memandu sambil lewa tapi cermat dan berhati-hati.

Sehingga berjumpa lagi

Tuesday, July 12, 2011

Biar Betul Part 57

Aku terkejut sekejap. Aku silap dengar ker apa. Aku dengar tadi Mary Sari tanya aku

“You love me tak?”,

Just incase aku salah dengar so aku tanya dia balik nak comfirm. Aku tanya,” Awak cakap apa tadi?”

Mary Sari bersuara lagi,”I tanya tadi u love me tak”,

Aku diam masih tak menjawab, lidah kelu nak jawab. Baru sahaja aku nak buka mulut jawab Mary Sari bersuara lagi.

Dia kata,”Kalau awak love mee, I tahu mana tempat yang best untuk kita makan mee, expecially mee jawa”,

Aku terdiam sekejap, kemudian aku kata:

“Ohh begitu, mee jawa, saya memang suka makan mee, expecially mee Jawa, kat mana best”, tanya aku pantas, buat aku suspend sungguh ler minah seorang ni, kata aku dalam hati.



Tanya aku lagi,”Kat mana tempat best tadi?’. Kereta aku pandu senderhana laju, tak payah ler nak rush-rush lagi fikirku.

Mary Sari masih diam dan leka memerhati lampu-lampu jalan yang ditinggalkan pergi satu persatu. Kemudian dia kata,”Kat area Satok, kita makan mee jawa kat Norjas Café, mee jawa kat situ best giler”, katanya lagi

“Area Satok, Norjas café, kat mana tu?”, tanya aku lagi memcari kepastian.

“Leerr, kat belakang klinik Syarifah Ehsan sebelah kiri, tak jauh dari Masjid kampung Bintanggor tu”,kata Mary Sari lagi. Nampak sangat dia dah biasa sangat dengan bandaraya Kuching ni, mengalahkan aku penduduk asal kat sini.

“Yer ker, tak perasan pulak ada café kat sana, baru lagi ker café tu?”, tanya aku lagi

“Lama dah, rasanya dah lebih setahun kot”, jelas Mary Sari lagi.

Aku hanya mengangguk tanda tahu mana tempat tu.

Kami diam dan leka mendengar lagu yang berkumandang kat radio sinar FM. Lagu Casablanca berkumandag sayu di radio. Aku perhatikan Mary Sari menyanyi sendirian ikut lagu tu, sorry to say, tapi suara Mary Sari tak seayu wajahnya. Pada aku kalau Mary Sari ni masuk Akedemi Fantasia, pakej memang lebih dari cukup, tapi suara comfirm out. Mesti nanti asyik kena kutuk pengritik, kalau Hattan jadi pengritik may be dia akan kata kat Mary Sari macam ni : ”Awak ni harap muka dengan body jer lawa, suara out terus” he he he he aku ketawa sendirian didalam hati.

Mary masih leka menyanyi sendirian kat situ sambil ikut lagu Casablanca yang tengah main kat radio tu:

“….Fell in love with you watching casabalance
….
….
….a kiss is still a kiss in casabalanca
……
….beneth the star…..hot summer night
….
….
….
….i love you more and more each day as time goes bye,
….i love you more and more each day as time goes bye,
….i love you more and more each day as time goes bye,
….”

Sambil tu dia senyum-senyum kat aku. Aku hanya senyum kembali kat dia. Jauh dalam hati aku, aku kata biarlah kalau dia perasan suara dia best, janji lawa he he he. .Aku ketawa lagi dalam hati.

Tak semena-mena.

“TTTuuuuutttt…Tuuuuttttt”, ada SMS masuk kat handphone Mary Sari. Aku perhatikan dia segera keluarkan handphone dari pocket jean dia. Tak lama lepas tu aku lihat dia keluarkan ipad dan aku lihat dia leka menekan-nekan ipad sambil berulang kali memerhati skrin handphone dia. Aku terus memandu, dalam masa yang sama mulut nya masih kekal menyanyikan lagu casabalanca tadi. Dia layan habis lagu tu sambil tu nampak macam busy semacam jer dengan ipad dia.


Kemudian aku tanya,”Busy nampak, serius jer nampak, apa hal?”.

“Tak ada apa, boyfriend saya hantar SMS”, balasnya ringkas sambil tu dia masih leka menekan-nekan ipad dia.

“Oppsss sorry, I mean daddy I, saya panggil daddy saya boyfriend”, kata Mary lagi ringkas dan selamba.

“Ooooo begitu, apa hal serius jer saya nampak, lepas tu siap buka ipad lagi kenapa?”. tanya aku semakin ingin tahu dan rasa sedikit lega, ingatkan tadi dia betul-betul dah ada boyfriend, terasa sedikit kecewa ler juga kalau dia dah berpunya.

“Daddy saya hantar signal forex tadi, tu yang saya buat entry ni”, jelasnya lagi sambil leka buat entry pending kat fx metatrader platform yang dia guna.

Sehingga berjumpa lagi

Sunday, July 10, 2011

My FX today cycle 23

Salam trader kepada semua,

Report kali ni aku buat simple jer. Minggu ni meyaksikankan sebanyak 3 win position, 3 cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (3/7/11 hingga 9/7/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 15 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 1 pips.(He he he terror tu, bukan calang-calang kalau nak dapat angka tu)




Untuk minggu ni aku tak tunjukkan SnapShot position-position yang win dan loss macam yang biasa aku buat, bukan apa, pasal minggu ni aku agak sibuk, kepada pemorex-pemorex, boleh check and tengok sendiri position tu kat meta trader masing-masing, guna aje masa entry tu trigger dan close, and kalau sapa-sapa yang guna Fibo Retracment macam aku, sure akan nampak pattern ABC macam yang biasa aku buat. Macam biasa point A tu adalah Stop loss, B pula adalah entry, and C pula adalah retracement.

Insallah next report kalau aku free, aku akan sertakan snapshot image macam biasa.

Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, July 8, 2011

Biar Betul Part 56

Seorang guard yang agak muda tercegat kat situ.

Aku turunkan cermin sebelah kiri yang dia ketuk tadi. Guard tu bersuara, dia kata:

“Selamat malam boss, sorry tak boleh parking kat sini”, kata guard tu dengan nada penuh sopan.

“Ohh ok, I tunggu orang jer”, kata aku lagi cuba beri sedikit penjelasan.

“Tunggu orang pun tak boleh encik, kalau tunggu orang encik kena tunggu kat depan tu”, kata guard tu lagi kat aku, sambil tangannya menuding kat satu papan tanda. Kat situ ada papan tanda yang tertulis “tempat menunggu”.

“Ohhh..begitu”, lantas aku segera hendak mengerakkan kereta aku kat arah yang guard tadi tunjukkan.

Baru sahaja aku hendak memulas stering kereta. Kalibat Mary Sari kelihatan kat situ.

Guard tu tadi masih juga kat situ. Aku kata kat dia

“Ok, tu kawan saya dah datang”, sambil aku tunding kat guard tu pada Mary Sari yang sedang melangkah menuju kereta aku. Jeans biru dan t-shirt longgar yang dia pakai menyerlahkan keayuannya dan nampak simple tapi bergaya.

“Selamat malam cik”, kata guard tu sambil buka pintu kereta aku untuk Mary Sari masuk.

Amboi baiknya. Nak tackle Mary Sari ler tu kata aku kat dalam hati. Mentang-mentang ler Mary Sari tu lawa, siap buka pintu lagi tu macam bell boy kat hotel lima bintang. Aku hanya senyum memerhati gelagat guard tu tadi.

Mary Sari pulak aku perhatikan ucapkan time kasih kat guard tu. Mary Sari senyum kat guard tu, ramah betul no wander ler guard tu pun baik semacam kat dia.

Setelah Mary Sari duduk selesa kat situ, dia tarik belt dan pasang, kemudian dia tengok aku, dia kata:

“Apa hal u senyum-senyum ni”, tanya dia pantas kat aku

Aku jawab ;

“Tak ada apa, sapa tu tadi boy friend awak ker?”, tanya aku lagi.

“Sapa?”, Mary tanya lagi kat aku

“Guard tu tadi ker?”, tanya dia lagi tak sempat aku jawab.

Dia sambung lagi:

“Guard tu tadi bukan boyfriend I ler, dia tunang I”, katanya lagi. Lepas tu dia ketawa sendirian sorang-sorang kat situ. Ni betul-betul macam perangai Jai Idrus dan Jamlus Jackson. Buat lawak lepas tu ketawa sendiri-sendiri sebab lawak yang dia buat sendiri. Aku hanya diam dan ketawa sedikit sebagai saguhati, nanti kalau tak ketawa kecil hati pula. Kereta mula aku pandu keluar meninggalkan Kesuma Resort. Mary kemudian cakap kat aku:

“I gurau jer tadi, tu tadi guard kat sini, dia orang memang macam tu, kalau kat urang luar memang garang semacam, tapi kalau dekat resident sini expecially perempuan layan lebih-lebih pulak”, katanya lagi

Aku kata balik kat dia :

“Perempuan lawa jer kot”, kata aku lagi kat Mary Sari

Mary Sari jawab balik:” Time kasih sebab cakap saya lawa…he he he”.

Sambungnya lagi: “Jom ler bawa saya makan, saya lapar ni?”

Aku tanya dia balik,” Nak tengok movie show pukul berapa malam ni?”

Mary jawab,”I tak kisah, show lewat malam pun tak apa, saya tak keja esok, awak pulak macam mana?”, Mary Sari tanya balik kat aku

“I pun tak kisah, ikut suka awak”, balas aku ringkas. Sambil tu padel minyak keta tu aku tekan lagi, pick up hummer ni kuat betul. Aku terus meluncur laju.

Mary leka memerhati dashboard keta aku. Kemudian dia toleh kat aku dia kata”

“You love me tak?”,

Sehingga berjumpa lagi.

Monday, July 4, 2011

Biar Betul Part 55

Aku baru jer selesai solat Maghrib, sambil berkemas aku check handphone aku yang tengah charging tadi, dah full, lalu aku tanggalkan charger dan check SMS yang masuk tadi. Jamlus Jackson rupanya yang hantar SMS, aku baca SMS tu:

“Salam, jadi ker kau datang balikpapan, contact aku kalau kau datang sini nanti, aku belanja kau makan nasi ayam penyet. Tq JJ”.

Hari tu aku ada letak kat wall face book aku yang aku akan ke Balikpapan hujung bulan ni, aku rasa Jamlus Jackson ada terbaca update yang aku tulis tempoh hari.

Aku tulis nak balas, aku taip: “Lagi 5 hari aku pegi sana, aku ambik flight dari Singapore, dah betul-betul comfirm nanti aku bagi tahu kau.”

Aku tekan button sent dan sent kan SMS tu, kemudian SMS masuk lagi:

SMS dari Mary Sari rupanya: “U dah otw ker? I dah lapar sangat ni, tengah hari tadi tak sempat lunch”.




Aku taip nak balas SMS Mary Sari, sambil tu aku melangkah keluar, tutupkan semua suis dan kuncikan pintu main door elok-elok, aku taip :”I otw, eta 50 minit”. Then aku tekan sent.

Kemudian SMS dari Mary Sari masuk lagi,”Ok, lamanya I makan biskut jecob ler dulu macam ni buat alas perut :-)”

Aku menunggu pintu lift dibuka, lambatnya. Ada SMS masuk lagi, kali ni dari Jamlus Jackson lagi, aku buka nak baca, Jamlus Jackson tulis ,“k”. Seterusnya pintu lift pun dibuka dan aku melangkah masuk.

Hujan masih lagi turun tapi kini beransur reda. Sebaik sahaja pintu lift dibuka aku mula melangkah keluar. Kereta 2nd hand yang aku sambung loan dari Jamlus Jackson aku parking berhampiran. Sebaik sahaja enjin dihidupkan aku pun terus pandu keta tu laju tapi berhati-hati menuju ke Kesuma Resort tempat tinggal Mary Sari yang terletak 45km dari apartmen kediaman aku.

Perjalanan lancar dan traffic pun tak jem, aku pandu dengan rilek sambil layan channel sinar fm. Lagi 5 km nak sampai aku hantar SMS kat Mary Sari aku taip : “Dah nak sampai ni, u boleh turun sekarang”, then aku tekan sent. Mary Sari duduk kat tingkat 18, so aku SMS dia awal-awal, paling-paling pun aku sampai nanti dia dah sedia tunggu kat lobi. Lagi seminit dua nak sampai SMS masuk lagi kat handphone aku. Mary Sari yang hantar dia kata :”ok, see you in 5 minit.bye”.


Tepat jam 8.14pm, keta aku dah memasuki main gate dekat Kesuma Resort. Security guard kat situ tahan aku. Di tanya

“Selamat malam boss, IC please”, kata guard separuh usia tu kat aku

Aku tak kata apa-apa, aku pun keluarkan IC aku dari wallet dan aku hulurkan IC aku pada guard tadi. Guard tu ambik IC aku dan aku nampak dia catatkan something kat dalam buku log. Lepas tu dia serahkan balik kat aku dan kemudian aku pun memandu masuk. Ketat juga kawalan keselamtan kat sini. Biasalah tu, tempat kediaman mewah. Kalau apartmen aku, lalu masuk naik basikal bawa senapang patah pun aku rasa security guard buat tak tahu saja.

Aku park keta aku betul-betul depan lobi, Mary Sari belum lagi kelihatan. Yang ada kat situ aku nampak beberapa urang mat saleh. Ramai warga asing duduk dekat sini fikirku. Aku terus menunggu dengan sabar dan rileks kat dalam keta. Aku baca majalah free yang aku ambik dari dalam kapal terbang masa flight aku dari KL ke Tokyo 2 bulan lepas.

“Tukkk tukkkk”, tiba-tiba tingkap tepi sebelah kiri kena ketuk.

Aku terkejut sedikit lantas aku menoleh ke kiri.

Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, July 3, 2011

My FX today cycle 22

Salam trader kepada semua,

Report kali ni aku buat simple jer. Minggu ni menyaksikan sebanyak 8 win position, 3 cancel position dan 1 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (26/6/11 hingga 3/7/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 10 position yang tengah floating dan tiada position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 466 pips.


Untuk minggu ni aku tak tunjukkan snapshot position-position yang win dan loss macam yang biasa aku buat, bukan apa, pasal minggu ni aku agak sibuk sangat and position yang win minggu ni pun ada 8, agak banyak juga kalau aku nak snapshot satu-satu lepas tu nak edit pula image yang aku capture tu, so kepada pemorex-pemorex, boleh check and tengok sendiri position tu kat meta trader masing-masing, guna aje masa entry tu trigger dan close, and kalau sapa-sapa yang guna Fibo Retracement macam aku, sure akan nampak pattern ABC macam yang biasa aku buat. Macam biasa point A tu adalah Stop loss, B pula adalah entry, and C pula adalah retracement.

Insallah next report kalau aku free, aku akan sertakan snapshot image macam biasa.


Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]