Thursday, July 28, 2011

Biar Betul Part 61

“iye citer ler kat saya”, gesa aku pantas.

Mary Sari diam sekejap, kemudian dia kata lagi:

“Begini, everyday daddy saya hantarkan SMS position untuk saya buat pending order, Usually saya receive SMS dia pukul 2pm dengan 9pm macam tu, waktu Malaysia”, dia berhenti sekejap dan hirup sedikit Horlick yang dia order tadi.

“2pm and 9pm, tu GB open and US open kan?”, aku tanya dia lagi

“Yeap, 2pm tu signal untuk pair GBPJPY and 9pm tu pula signal untuk pair USDJPY”, jawab Mary Sari lagi.

“Menarik tu, so far macam mana? Ok ker signal tu”, tanya aku lagi kat Mary Sari.

“Ok, not bad, success rate 80%”, jawab Mary Sari ringkas.

“Not bad, menarik tu, so selama ni awak trading base on signal tu sahaja ker?”, tanya aku kat Mary Sari lagi.

“Tak jugak, actually I ada teknik analisa teknikal I sendiri juga, signal yang daddy I bagi tadi pula teknik tambahan sahaja”, Kata Mary Sari lagi.

Seterusnya sambung Mary Sari lagi:

“Sham, kalau nak success main forex ni tak apa kalau guna lebih dari satu strategi. Yang paling penting jangan tukar-tukar strategi”, jelas Mary Sari lagi, sambil tu dia terbatuk sedikit. Aku hanya leka memerhati dia, aku kata kat Mary Sari:

“Minum ler air tu sedikit”,

Mary Sari turuti nasihat aku, dia hirup sedikit air, rileks sekejap dan kemudian dia kata lagi:

“Kalau tukar-tukar strategi sampai bila bila pun tak akan success”, kata Mary Sari lagi. Sambil tu dia keluarkan Ipad dari beg dia. Dia onkan Ipad tu, dia kata kat aku:

“Saya tunjuk awak something kat dalam ni, lepas ni I explain dengan you apa yang I maksudkan tadi”,

Aku hanya leka memerhati. Mary pula leka menekan-nekan Ipad. Rambutnya yang panjang sesekali ditolaknya kebelakang. Dia kelihatan begitu ayu dan manis sekali bila buat begitu. Seksi pun ada juga. Aku terus diam menunggu penjelasan lanjut darinya. Sambil tu aku terus makan mee jawa special yang dihidangkan. Memang sedap, Mee jawa Mary Sari pulak aku perhatikan dah tinggal sedikit. Cepatnya dia makan, tak perasan pula aku Mary Sari punya dah tinggal sedikit dan aku punya pula separuh pun tak habis lagi. Sambil menulis tu aku lihat Mary Sari sempat juga suapkan mee jawa. Patut pun cepat habis, tangan tengah sibuk tulis pun dia sempat makan juga. Awek ni memang kuat makan fikirku. Tapi amazing, body solid macam model bikini. Aku terus diam dan makan.

Seketika kemudian Mary Sari tunjukkan kat aku paparan kat ipad dia.

“Sham, tengok ni”, kata Mary Sari

Kat bawah ni aku tunjukkan apa yang Mary Sari tunjukkan kat aku tadi.




Aku perhatikan, kemudian aku tanya dia.

“Apa ni, explain sikit”, kata aku kat Mary Sari

Sehingga berjumpa lagi