Tuesday, July 12, 2011

Biar Betul Part 57

Aku terkejut sekejap. Aku silap dengar ker apa. Aku dengar tadi Mary Sari tanya aku

“You love me tak?”,

Just incase aku salah dengar so aku tanya dia balik nak comfirm. Aku tanya,” Awak cakap apa tadi?”

Mary Sari bersuara lagi,”I tanya tadi u love me tak”,

Aku diam masih tak menjawab, lidah kelu nak jawab. Baru sahaja aku nak buka mulut jawab Mary Sari bersuara lagi.

Dia kata,”Kalau awak love mee, I tahu mana tempat yang best untuk kita makan mee, expecially mee jawa”,

Aku terdiam sekejap, kemudian aku kata:

“Ohh begitu, mee jawa, saya memang suka makan mee, expecially mee Jawa, kat mana best”, tanya aku pantas, buat aku suspend sungguh ler minah seorang ni, kata aku dalam hati.



Tanya aku lagi,”Kat mana tempat best tadi?’. Kereta aku pandu senderhana laju, tak payah ler nak rush-rush lagi fikirku.

Mary Sari masih diam dan leka memerhati lampu-lampu jalan yang ditinggalkan pergi satu persatu. Kemudian dia kata,”Kat area Satok, kita makan mee jawa kat Norjas Café, mee jawa kat situ best giler”, katanya lagi

“Area Satok, Norjas café, kat mana tu?”, tanya aku lagi memcari kepastian.

“Leerr, kat belakang klinik Syarifah Ehsan sebelah kiri, tak jauh dari Masjid kampung Bintanggor tu”,kata Mary Sari lagi. Nampak sangat dia dah biasa sangat dengan bandaraya Kuching ni, mengalahkan aku penduduk asal kat sini.

“Yer ker, tak perasan pulak ada café kat sana, baru lagi ker café tu?”, tanya aku lagi

“Lama dah, rasanya dah lebih setahun kot”, jelas Mary Sari lagi.

Aku hanya mengangguk tanda tahu mana tempat tu.

Kami diam dan leka mendengar lagu yang berkumandang kat radio sinar FM. Lagu Casablanca berkumandag sayu di radio. Aku perhatikan Mary Sari menyanyi sendirian ikut lagu tu, sorry to say, tapi suara Mary Sari tak seayu wajahnya. Pada aku kalau Mary Sari ni masuk Akedemi Fantasia, pakej memang lebih dari cukup, tapi suara comfirm out. Mesti nanti asyik kena kutuk pengritik, kalau Hattan jadi pengritik may be dia akan kata kat Mary Sari macam ni : ”Awak ni harap muka dengan body jer lawa, suara out terus” he he he he aku ketawa sendirian didalam hati.

Mary masih leka menyanyi sendirian kat situ sambil ikut lagu Casablanca yang tengah main kat radio tu:

“….Fell in love with you watching casabalance
….
….
….a kiss is still a kiss in casabalanca
……
….beneth the star…..hot summer night
….
….
….
….i love you more and more each day as time goes bye,
….i love you more and more each day as time goes bye,
….i love you more and more each day as time goes bye,
….”

Sambil tu dia senyum-senyum kat aku. Aku hanya senyum kembali kat dia. Jauh dalam hati aku, aku kata biarlah kalau dia perasan suara dia best, janji lawa he he he. .Aku ketawa lagi dalam hati.

Tak semena-mena.

“TTTuuuuutttt…Tuuuuttttt”, ada SMS masuk kat handphone Mary Sari. Aku perhatikan dia segera keluarkan handphone dari pocket jean dia. Tak lama lepas tu aku lihat dia keluarkan ipad dan aku lihat dia leka menekan-nekan ipad sambil berulang kali memerhati skrin handphone dia. Aku terus memandu, dalam masa yang sama mulut nya masih kekal menyanyikan lagu casabalanca tadi. Dia layan habis lagu tu sambil tu nampak macam busy semacam jer dengan ipad dia.


Kemudian aku tanya,”Busy nampak, serius jer nampak, apa hal?”.

“Tak ada apa, boyfriend saya hantar SMS”, balasnya ringkas sambil tu dia masih leka menekan-nekan ipad dia.

“Oppsss sorry, I mean daddy I, saya panggil daddy saya boyfriend”, kata Mary lagi ringkas dan selamba.

“Ooooo begitu, apa hal serius jer saya nampak, lepas tu siap buka ipad lagi kenapa?”. tanya aku semakin ingin tahu dan rasa sedikit lega, ingatkan tadi dia betul-betul dah ada boyfriend, terasa sedikit kecewa ler juga kalau dia dah berpunya.

“Daddy saya hantar signal forex tadi, tu yang saya buat entry ni”, jelasnya lagi sambil leka buat entry pending kat fx metatrader platform yang dia guna.

Sehingga berjumpa lagi