Sunday, July 3, 2011

My FX today cycle 22

Salam trader kepada semua,

Report kali ni aku buat simple jer. Minggu ni menyaksikan sebanyak 8 win position, 3 cancel position dan 1 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (26/6/11 hingga 3/7/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 10 position yang tengah floating dan tiada position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 466 pips.


Untuk minggu ni aku tak tunjukkan snapshot position-position yang win dan loss macam yang biasa aku buat, bukan apa, pasal minggu ni aku agak sibuk sangat and position yang win minggu ni pun ada 8, agak banyak juga kalau aku nak snapshot satu-satu lepas tu nak edit pula image yang aku capture tu, so kepada pemorex-pemorex, boleh check and tengok sendiri position tu kat meta trader masing-masing, guna aje masa entry tu trigger dan close, and kalau sapa-sapa yang guna Fibo Retracement macam aku, sure akan nampak pattern ABC macam yang biasa aku buat. Macam biasa point A tu adalah Stop loss, B pula adalah entry, and C pula adalah retracement.

Insallah next report kalau aku free, aku akan sertakan snapshot image macam biasa.


Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]