Friday, July 8, 2011

Biar Betul Part 56

Seorang guard yang agak muda tercegat kat situ.

Aku turunkan cermin sebelah kiri yang dia ketuk tadi. Guard tu bersuara, dia kata:

“Selamat malam boss, sorry tak boleh parking kat sini”, kata guard tu dengan nada penuh sopan.

“Ohh ok, I tunggu orang jer”, kata aku lagi cuba beri sedikit penjelasan.

“Tunggu orang pun tak boleh encik, kalau tunggu orang encik kena tunggu kat depan tu”, kata guard tu lagi kat aku, sambil tangannya menuding kat satu papan tanda. Kat situ ada papan tanda yang tertulis “tempat menunggu”.

“Ohhh..begitu”, lantas aku segera hendak mengerakkan kereta aku kat arah yang guard tadi tunjukkan.

Baru sahaja aku hendak memulas stering kereta. Kalibat Mary Sari kelihatan kat situ.

Guard tu tadi masih juga kat situ. Aku kata kat dia

“Ok, tu kawan saya dah datang”, sambil aku tunding kat guard tu pada Mary Sari yang sedang melangkah menuju kereta aku. Jeans biru dan t-shirt longgar yang dia pakai menyerlahkan keayuannya dan nampak simple tapi bergaya.

“Selamat malam cik”, kata guard tu sambil buka pintu kereta aku untuk Mary Sari masuk.

Amboi baiknya. Nak tackle Mary Sari ler tu kata aku kat dalam hati. Mentang-mentang ler Mary Sari tu lawa, siap buka pintu lagi tu macam bell boy kat hotel lima bintang. Aku hanya senyum memerhati gelagat guard tu tadi.

Mary Sari pulak aku perhatikan ucapkan time kasih kat guard tu. Mary Sari senyum kat guard tu, ramah betul no wander ler guard tu pun baik semacam kat dia.

Setelah Mary Sari duduk selesa kat situ, dia tarik belt dan pasang, kemudian dia tengok aku, dia kata:

“Apa hal u senyum-senyum ni”, tanya dia pantas kat aku

Aku jawab ;

“Tak ada apa, sapa tu tadi boy friend awak ker?”, tanya aku lagi.

“Sapa?”, Mary tanya lagi kat aku

“Guard tu tadi ker?”, tanya dia lagi tak sempat aku jawab.

Dia sambung lagi:

“Guard tu tadi bukan boyfriend I ler, dia tunang I”, katanya lagi. Lepas tu dia ketawa sendirian sorang-sorang kat situ. Ni betul-betul macam perangai Jai Idrus dan Jamlus Jackson. Buat lawak lepas tu ketawa sendiri-sendiri sebab lawak yang dia buat sendiri. Aku hanya diam dan ketawa sedikit sebagai saguhati, nanti kalau tak ketawa kecil hati pula. Kereta mula aku pandu keluar meninggalkan Kesuma Resort. Mary kemudian cakap kat aku:

“I gurau jer tadi, tu tadi guard kat sini, dia orang memang macam tu, kalau kat urang luar memang garang semacam, tapi kalau dekat resident sini expecially perempuan layan lebih-lebih pulak”, katanya lagi

Aku kata balik kat dia :

“Perempuan lawa jer kot”, kata aku lagi kat Mary Sari

Mary Sari jawab balik:” Time kasih sebab cakap saya lawa…he he he”.

Sambungnya lagi: “Jom ler bawa saya makan, saya lapar ni?”

Aku tanya dia balik,” Nak tengok movie show pukul berapa malam ni?”

Mary jawab,”I tak kisah, show lewat malam pun tak apa, saya tak keja esok, awak pulak macam mana?”, Mary Sari tanya balik kat aku

“I pun tak kisah, ikut suka awak”, balas aku ringkas. Sambil tu padel minyak keta tu aku tekan lagi, pick up hummer ni kuat betul. Aku terus meluncur laju.

Mary leka memerhati dashboard keta aku. Kemudian dia toleh kat aku dia kata”

“You love me tak?”,

Sehingga berjumpa lagi.