Sunday, July 10, 2011

My FX today cycle 23

Salam trader kepada semua,

Report kali ni aku buat simple jer. Minggu ni meyaksikankan sebanyak 3 win position, 3 cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (3/7/11 hingga 9/7/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 15 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 1 pips.(He he he terror tu, bukan calang-calang kalau nak dapat angka tu)




Untuk minggu ni aku tak tunjukkan SnapShot position-position yang win dan loss macam yang biasa aku buat, bukan apa, pasal minggu ni aku agak sibuk, kepada pemorex-pemorex, boleh check and tengok sendiri position tu kat meta trader masing-masing, guna aje masa entry tu trigger dan close, and kalau sapa-sapa yang guna Fibo Retracment macam aku, sure akan nampak pattern ABC macam yang biasa aku buat. Macam biasa point A tu adalah Stop loss, B pula adalah entry, and C pula adalah retracement.

Insallah next report kalau aku free, aku akan sertakan snapshot image macam biasa.

Selamat memorex kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]