Saturday, July 16, 2011

Biar Betul Part 58

“Woow best nya, dia hantar untuk pair apa,selalu ker dia hantar,so far macam mana signal yang ayah awak bagi tu , ok ker?”, beberapa soalan aku tanya sekali dan bertalu-talu kat Mary Sari. Menarik ini.

“Awak ni hissss….sekali tanya sampai 3 soalan serentak. Mana satu saya nak jawab dulu”, balas Mary Sari kat aku.

Kemudian sambungnya lagi,”Masa makan nanti I citer pasal SMS forex dari daddy saya tadi ok, awak ni tak romantic langsung, patut pun tak ada girlfriend…harap muka jer hensem..he he he”, balasnya lagi sambil mengusik aku.

Aku perhatikan Mary Sari cuba-cuba nak buka glove box kereta hummer aku. Kemudian dia kata kat aku:

“Sham, boleh saya check laci keta awak ni tak, I nak tengok ler apa benda yang ada kat dalam ni”,

Kata aku kat dalam hati, pelik betul perangai awek ni, siap nak check and periksa glove box keta aku pula. Nampak sangat dia tak segan-segan langsung kat aku. Aku kata kat dia:

“Tengok ler, jangan malu-malu buat macam kereta sendiri”.

Dia hanya menoleh dan senyum manis kat aku. Tangannya lantas membuka glove box keta aku, dia buka and lihat apa ada kat dalam tu.

“Ni apa ni, apasal pulak ada pembaris kat dalam ni”


“Ni pula, sapa punya sikat ni…he he he”



“Alamak gunting pun ada juga kat dalam ni, awak ni serial killer ker?”

“Kain pelikat pun ada, bagus bagus, solat jangan tingal ok”

“Pensil patah pun ada juga kat dalam ni”,

“Pen ada color biru dan merah, satu, dua, tiga ,empat ,lima, enam …fuhhh banyaknya pen sampai 6 batang….”

Mary Sari cakap sorang-sorang sambil tu tangannya ligat selongkar glove box kereta aku macam polis dalam cerita CSI yang baru jer dapat waran untuk geledah. Aku biarkan sahaja.

“Wooowww, banyak nya surat, boleh saya buka satu”,

Aku tak jawab lagi tapi dia dah buka surat aku. Mary Sari tengah pegang surat yang aku terima dari AMEX, penyata kad American Express aku. Aku kata kat dia:

“Bukalah…buat macam surat sendiri “

Mary Sari aku perhatikan hanya ketawa. Dia ni pada aku bukan seorang gadis yang pendiam, tetapi yang pasti dia adalah seorang gadis yang periang. Aku perhatikan dia leka meneliti penyata Amex aku macam pegawai bank tengah nak check sama ada aku ni boleh di approve loan atau pun tidak.

Kemudian dia kata:

“Issh ..ish..ish…banyak nya tempat awak pegi…Kemboja, Loas , Taiwan, Singapore, Korea pun ada juga…best nya...debt awak pun banyak ni sampai Rm45K, banyaknya”, kata Mary Sari sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Sambungnya lagi:

“Saya punya debt Visa card baru jer Rm3k”, katanya lagi padahal aku tak ada tanya pun.

Aku diam, kemudian aku kata kat dia:

“Biasalah tu, keja macam saya memang banyak guna duit masa travel, tapi semua tu company yang bayar, saya pakai jer, kad AMEX tu pun company issue bukan kad personal, company reimburse semua expenses tu, semua official traveling tu”, jelas aku lagi kat Mary Sari.

Aku memberi isyarat membelok ke kiri, kemudian aku pulas stering untuk membelok ke kiri dan dari kejauhan café Norjas sudah kelihatan. Kereta aku pandu sederhana laju.

Mary Sari bersuara lagi:

“Bestnya, maksud awak belanja awak masa travel semua company bayar ker…bestnya..mesti awak ni orang pentingkan he he he”,

Aku lantas jawab, “tak ler biasa-biasa saja, kuli juga macam urang lain”.

Perbualan pasal surat tadi habis kat situ, Mary Sari pula aku perhatikan leka kemaskan semula barang-barang yang dia geledahkan tadi. Kami dah sampai kat Norjas café.

Kemudian Mary Sari cakap,”Ok dah, saya dah check so far saya tak jumpa apa-apa barang yang mencurigakan kat dalam keta awak ni. Saya tolong kemaskan jugak elok-elok tadi”, katanya lagi lantas menutup glove box keta aku.

Aku pulak perhatikan kiri kanan make sure semua clear, nanti tak pasal-pasal pulak kereta orang aku langgar. Aku memandu sambil lewa tapi cermat dan berhati-hati.

Sehingga berjumpa lagi