Monday, October 31, 2011

Biar Betul Part 85

Dipetik dari Journal forex Jamlus Jackson, October 2001

Dewasa ini umum mengetahui kebanyakkan orang tidak akan mampu bertahan jika tidak berkerja dan makan gaji. Banyak perkara perlu dilunaskan setiap hujung bulan, bayaran kereta, bayaran rumah, bayaran cukai, membeli barang keperluan rumah, bil telefon, bil astro, bil elektrik dan sebagai menguncupkan kebebasan kewangan kita. Sudahlah tidak bebas dari segi masa dan kelapangan malah dihimpit lagi oleh kesempitan kewangan. Hakikat ini aku sedari dan aku bertekad akan mengubahnya.

Kita kini berada di zaman teknologi maklumat, zaman dimana jutawan dilahirkan dalam usia yang amat muda. Malah sekarang ini kita biasa dengar jutawan muda yang berumur sekitar 20an, semua ini mungkin dicapai diera ini. Lambat bertindak akan menyebabkan aku tercicir dan ketinggalan jauh. Setiap hari aku melayari internet dan pelaburan forex amat menarik minat aku. Aku mula memasang azam dan berbekalkan semangat yang berkobar-kobar aku mula mempelajari apa itu forex melalui pelbagai sumber.


Esok masih ada.

Sepertimana perniagaan konvesional yang lain, forex tidak memerlukan kesempuranan untuk bermula, yang penting azam, kesedaran dan hasrat untuk bermula. Pengalaman akan diraih secara terus seiring dengan masa. Perniagaan biasa secara kecil-kecilan sekalipun tanpa kita sedar telah melahirkan ramai jutawan dinegara kita ini. Aku mengkagumi golongan ini, peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam dan sebagainya tidak mustahil meraih pendapatan yang jauh lebih tinggi dari seorang pekerja berijazah. Semuanya ini mungkin kerana mereka terlibat dalam perniagaan. Bayangkan jika perniagaan mereka ini mempunyai keupayaan sehebat pelaburan forex, pasti terlalu ramai jutawan akan muncul jika dilakukan dengan ilmu dan disiplin yang betul. Idea yang aku cuba utarakan ialah forex itu adalah satu perniagaan, dan sepertimana mana-mana perniagaan , forex tidak terkecuali dari untung dan rugi.

Sehingga berjumpa lagi

My FX today cycle 40

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 4 win position, 9 cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (23/10/11 hingga 30/10/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 8 position yang tengah floating dan 9 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -854 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:




Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Thursday, October 27, 2011

Biar Betul Part 84

Berikut adalah sambungan petikan dari Jurnal Forex Jamlus Jackson.




Raja tersebut ketawa ”Ha ha ha inilah hadiah yang paling murah. Kalau begitu akan beta kurniakan hadiah tersebut kepada kamu”.

Pada hari pengurniaan hadiah tersebut, raja yang kedekut itu bermasam muka dan menyesal tidak berkesudahan kerana telah bersetuju dengan syarat pemuda tersebut dan terpaksa menunai janji dan mengurniakan hadiah yang dihajatkan oleh pemuda itu. Pada hari itu raja tersebut membayar sebanyak RM184,467,440,737,095,516 kepada pemuda tersebut.

Uniknya kisah ini kerana jumlah duit yang terjana adalah terlalu banyak hasil dari jumlah terkumpul yang asalnya hanya Rm1sen. Inilah idea yang aku ingin terapkan disini, aku tidak perlu duit yang banyak untuk menjadi seorang jutawan. Syaratnya masih sama, aku mestilah seorang pelabur yang berdisiplin.

Sebagai pelabur forex, aku mestilah bijak dan yakin walaupun aku menggunakan saiz lot yang kecil tetapi jika dilakukan dengan konsisten maka jumlah duit aku akan berganda dari masa kesemasa. Aku hanya merisikokan 2% dari jumlah modal setiap kali melabur untuk sekadar meriah keuntugan sekitar 2% hingga 3.5%. Pasti ramai yang berpendapat 2% hingga 3.5% adalah terlalu kecil. Ya, aku akui sememangnya ianya terlalu kecil.

Kisah duit Rm 1 sen adalah inspirasi aku. Sebelum aku mencebur diri di arena forex, aku terlebih dahulu mempunyai kesedaran bahawa sesuatu mesti dilakukan secepat mungkin untuk mengubah cara hidup. Bekerja dan sekadar makan gaji tidak memungkinkan hasrat ini dicapai. Asalnya aku setakat ingin menambah pendapatan bulanan dengan melakukan perkerjaan separuh masa. Tetapi selepas difikirkan semasak-masaknya ianya adalah satu tindakan yang silap, melakukan perkerjaan separuh masa akan menjadikan aku semakin sibuk dan semakin kurang masa untuk keluarga dan jika dilakukan berterusan ianya setakat meletakkan aku didalam zon selesa. Zon selesa bukan yang aku cari selama ini, aku sekarang sudah pun berada di zon selesa, majikan aku juga menyediakan kemudahan perubatan dan insuran yang komprehensif, semuanya sudah cukup selesa. Tetapi, apa yang aku cari sebenarnya adalah kebebasan, masa kita adalah aset kita. Masa yang berlalu tidak akan kembali, dan setakat berada di zon selesa aku tidak bebas sebebas-bebasnya. Hasrat untuk mencapai kebebasan inilah yang aku jadikan keutamaan yang mendorong aku untuk terus berusaha tanpa jemu di arena forex. Kebebasan yang aku maksudkan ialah aku tiada masalah kewangan, tidak dibelenggu hutang, masa aku adalah milik aku sepenuhnya. Aku tidak berkerja untuk wang, tetapi wang aku berkerja untuk aku.

Sehingga berjumpa lagi

Monday, October 24, 2011

My FX today cycle 39

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 2 win position, 1 cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (16/10/11 hingga 23/10/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 17 position yang tengah floating dan 12 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -585 pips. Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:




Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Sunday, October 23, 2011

Biar Betul Part 83

Berikut adalah petikan dari Jurnal Forex Jamlus Jackson.
Kisah duit Rm0.01 sen.


Aku pernah terdengar pihak tertentu berkata bahawa dengan hanya modal USD5 sesiapapun mampu untuk menjadi jutawan forex dalam masa 300 hari pelaburan. Semua mengatakan ianya adalah sesuatu yang mustahil dan tidak mungkin berlaku. Aku tidak berpendapat seperti itu. Pada aku, secara teori ianya boleh dicapai.

Malah pada aku, jika memulakan perniagaan forex dengan modal USD50,000 sekalipun tidak semestinya akan berjaya. Begitulah unik nya pelaburan forex. Bukan jumlah modal yang dijadikan ukuran kejayaan.

Kisah duit Rm 1 sen adalah satu kisah unik yang memaparkan kekuatan duit untuk berganda jika dilakukan melalui formula yang konsisten. Jalan ceritanya mudah tapi pengajarannya banyak, selari dengan set minda seorang jutawan.

Kisahnya begini,dahulu kala ada seorang raja yang kaya raya. Raja tersebut adalah seorang yang tamak dan kedekut. Pada suatu hari puteri kesayangan raja tersebut telah diculik dan raja tersebut telah mengumumkan jika sesiapa dapat menyelamatkan puteri kesayangan maka beliau akan mengkurniakan apa sahaja hadiah.

Dipendekan cerita, akhirnya puteri kesayangan raja tersebut telah berjaya diselamatkan oleh seorang pemuda. Pemuda tersebut telah dibawa untuk mengadap raja.

Kata raja tersebut “Beta akan mengurniakan apa sahaja hadiah yang tuan hamba hajatkan”,

Pemuda itu terdiam dan kemudian berkata” Patik ingin minta duit Rm 1 sen dan sekeping papan catur dan syaratnya duit Rm 1 sen itu dianjak kepetak kedua dipapan catur itu dan dicampur dengan nilai terakhir dan seterusnya sehingga habis kesemua petak dipapan catur tersebut, Tunku hendaklah membayar saya dengan jumlah terakhir duit yang terkumpul di petak terakhir”,

Sehingga berjumpa lagi.

Wednesday, October 19, 2011

Biar Betul Part 82

Berikut adalah petikan dari Journal Forex Jamlus Jackson.


Bintanggor, Sarawak, Sept 2004

Teknik yang berjaya ada didepan mata. Ia cuma menuntut komitmen aku dan sejauh mana aku berdisiplin ketika melakukan aktiviti forex aku. Lakukan ujian dan kajian di akaun demo, ujikan teknik aku tanpa jemu. Jika ianya mempunyai kadar kejayaan sekitar 60% sekali pun sudah memadai. Teknik yang berjaya selalunya adalah teknik yang mudah dan ringkas.. Lakukan ujian tanpa jemu dan berterusan sehingga aku yakin. Tidak perlu tergesa-gesa untuk melabur di akaun sebenar jika teknik aku masih kabur dan tidak menentu.

Melabur forex menuntut kesabaran yang tinggi, komitmen yang padu dan disiplin yang mantap. Aku tekankan berkali-kali tanpa disiplin aku akan menjadi antara 95% mereka yang gagal dan tumpas diarena forex. Statistik menunjukkan hanya 5% sahaja yang berjaya. Kelompok 5% yang berjaya ini antara sebab utama kejayaan mereka ialah mereka tidak melakukan apa yang dilakukan oleh 95% yang tidak berjaya.

Berubah fikiran adalah lumrah manusia, sebagai pelabur yang ingin berjaya aku mesti mengatasi kelumrahan ini. Ketika melabur kita mudah untuk menukar teknik secara melulu bila mengalami kerugian. Sekali rugi terus tukar teknik, aku pasti tidak akan berjaya jika aku amalkan sikap seperti ini. Banyak masa akan terbuang dan menjadi sia-sia jika aku mengamalkan sikap seperti ini. Aku sepatutnya mengekalkan satu teknik yang tetap yang telah diuji di akaun demo dan jika berlaku kerugian terimalah ia seadanya dan jangan terus merombak teknik aku secara keseluruhan. Aku mestilah bersedia untuk menghadapi kerugian jika ingin berjaya. Untung rugi adalah lumrah di arena forex, jika aku tidak dapat menangani kerugian secara berlapang dada, maka aku akan terus kecewa walaupun dengan hanya satu kerugian.

Monday, October 17, 2011

My FX today cycle 38

Salam trader kepada semua,

Minggu ni tiada win position, tiada cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (9/10/11 hingga 16/10/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 9 position yang tengah floating dan 4 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -803 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:




Kat bawah ni buat tunjukkan salah satu position yang loss. Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu.


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Saturday, October 15, 2011

Biar Betul Part 81

Tak sampai 15 minit aku dah siap mandi and berkemas. Aku sikat rambat aku yang panjang sampai paras bahu tu ala kadar sahaja. Tak payah nak kemas rapi macam budak sekolah darjah satu, pada aku lagi serabut rambut aku tu lagi hensem.

Aku segera sambar kunci rumah yang aku kelipkan sekali dengan kunci kereta dan setelah pintu di kunci kemas aku mula melangkah menuju lift. Aku tunggu sekejap, sejenak kemudian pintu lift pun terbuka dan aku melangkah masuk. Dalam lift tu hanya aku seorang. Suasana sunyi sepi. Manakan tidak, masih pagi lagi and lagi pun hari ni hari Sabtu, orang tak kerja. Aku lihat jam kat tangan baru jer pukul 10.30am, awal lagi fikirkku. Aku teringat, hari ni juga aku ada plan lunch dengan Jai Idrus, semalam dia hantar SMS ajak aku kuar lunch sekali. Kalau Mary Sari tak kisah aku ajak dia sekali ler lunch dengan Jai Idrus nanti.

Pintu lift di buka dan aku melangkah menuju kereta Mary Sari. Dia tengah baca paper Utusan Borneo kat situ. Nampak macam consentrate semacam jer aku tengok. Semakin aku menghampiri kereta dia, dia menoleh dan lepas tu dia segera naikkan punat pintu sebelah penumpang nak bagi aku masuk. Aku buka pintu segera, aku kata kat dia:

“Hi, selamat pagi, awalnya”, kata aku ringkas.

“Awal apa nya, dah pukul 10 dah ni….he he he he..jom ler masuk cepat, I lapar dah ni tak breakfast lagi ni”, jawab Mary Sari lagi.

Aku segara masuk, duduk dengan selesa kat situ. Mary Sari pula aku perhatikan segera masuk gear drive dan kereta seterusnya bergerak lancar dan laju. Memang class ler keta ni. Kereta ni kalau race dengan keta hummer aku dekat highway, for sure aku kalah. Tapi kalau race kat jalan kawasan pembalakan, for sure aku menang fikirku sendirian.

“Kenapa senyap, awak fikir pasal apa tu”, Mary Sari tanya kat aku setelah dia tengok aku hanya diam membisu.

“Tak ada apa, saya tengah tengok keta awak ni”, jawab aku ringkas. Sambil tu tangan kanan aku pegang dash bord keta tu, aku usap perlahan-lahan, memang high quality.




“Sham, dekat-dekat sini, mana tempat best untuk breakfast”, tanya Mary Sari lagi.

Aku jawab, “ kat depan tu aje, lepas ni jumpa simpang dan belok kiri, kat situ banyak kedai makan”, kata aku lagi kat dia

Seketika kemudian, simpang susur keluar sebelah kiri kelihatan.


“Kat sini ker?”, Mary Sari menolah kearah aku sambil bertanya.

“Haaa…aaa, sini”, jawab aku lagi

Mary Sari beri signal membelok ke sebelah kiri dan segera memulas stering. Kereta membelak ke kiri dan terus meluncur lagi menuju area tempat kita orang plan nak breakfast nanti. Mary Sari menolah ke arah aku, dia kata:

“Position yang ayah saya SMS semalam loss ler”, kata nya ringkas

“Iye ker, banyak ker yang awak loss, how much”, tanya aku lagi

“Tak ler banyak sangat, dalam USD200 gitu”, katanya lagi

Selanjutnya aku petik lagi tip-tip berguna dari jurnal forex Jamlus Jackson. Kisah ini akan bersambung lagi dalam siri Biar Betul Part 140.

Sehingga berjumpa lagi.

Tuesday, October 11, 2011

Biar Betul Part 80

Aku masih lagi baring malas sambil relak-relak di atas katil. Jam kecil kat atas laci tunjukkan tepat pukul 9.35am. Lagi 4 hari aku off day, terasa malas sangat nak keja. Teringat aku kata-kata Mary Sari masa aku lepak-lepak dengan dia kat Norjas Café semalam. Mary Sari tanya aku mengapa tak jadi pemorex pro jer, full time main forex and tak payah keja makan gaji. Menarik cadangan Mary tu, tapi apakan daya, income forex aku so far kecil sangat and tak menentu, pasti teruk aku nanti kalau income tu tak boleh cover aku punya expanses.


Aku masih lagi mengelamun sendirian, rasanya macam nak tidur lagi at least sejam dua. Semalam aku balik apartmen aku tepat pukul 4.55 pagi. Aku tidur after solat subuh sekitar pukul 6am and rasanya masih macam tak puas tidur lagi.

Baru sahaja aku hendak meneruskan tidur, handphone aku berdering nyaring. Segera aku ambil, aku lihat kat screen, Mary Sari rupanya yang call. Aku tekan button answer and aku jawab, aku kata:

“Hi”

Mary Sari jawab, dia kata.”Hello, masih tidur lagi ker?”

“Tak ler, dah bangun, baru jer, tapi ingat tadi nak sambung balik tidur, tiba-tiba jer ada awek lawa call saya, terus hilang rasa mengantuk”, selamba jer aku jawab pertanyaan Mary Sari tadi.

“He he he sapa awek lawa tu?, saya ker he he he”, jawabnya segera sambil ketawa.

Sambung Mary Sari lagi, “Jom kuar breakfast”

“Bila? Sekarang”, aku tanya dia.

“Tak ler, 13 tahun dari sekarang…he he he…iye ler sekarang, awak ni, lagi mau tanya, I ada kat bawah apartman awak sekarang ni”, jawabnya pantas.

Hoooooooonnnnnnnnn, Hooooooooonnnn, Hoooooonnnnn terdengar bunyi hon 3 kali.

“Haaaa, awak dengar tak bunyi hon tadi, saya ler tu, jom ler kuar breakfast dengan saya, pleaseeee”, kata Mary Sari kali ni dengan sedikit nada memujuk.

Menarik ni fikirku, rasa nak tidur aku dah tiada lagi. Tapi macam mana ni fikirku sendirian. Aku ni mandi pun tidak lagi.

Aku jawab Mary Sari,”Sekejap yer, I mandi dulu ok”

“Nope problem, mandi ler dulu, siap-siap, I tunggu kat dalam keta ni jer”, jawab Mary Sari pantas.

“Ok, see you later bye”, kata aku lagi

“Ok, bye”, jawab Mary Sari lagi dan perbualan kami tamat disitu.

Aku segera menyambar tuala, sebelum tu aku pegi kat tingkap di ruang tamu dan aku selinap sedikit curtain. Kat bawah tu aku nampak kereta Mercedes CLK series colour silver milik Mary Sari. Awek ni bukan sekadar lawa, malah kaya pula tu. Bukan calang-calang orang mampu nak pakai kereta macam tu fikirku.




Aku menapak menuju ke toilet, mandi dulu then lepas tu aku nak keluar breakfast dengan Mary Sari. Aku menguap dan mengeliat sambil melangkah menuju toilet, hari yang indah fikirku. Hand phone aku berbunyi lagi, aku lihat skrin. Jai Idrus rupanya yang call aku, nanti ler aku call back fikir ku. Nampak sangat double standard nya layanan yang aku beri antara kawan-kawan lain berbanding dengan Mary Sari. Aku teringat hari tu masa kat atas kapal Samudera 31, dalam toilet masa melepas pun aku layan pangilan Mary Sari, tetapi kekawan lain, sori yer, tunggu dulu, nanti ler aku call back, aku nak mandi dulu.

Sehingga berjumpa lagi.

Monday, October 10, 2011

My FX today cycle 37

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 7 win position, 4 cancel position dan tiada position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (2/10/11 hingga 9/10/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 11 position yang tengah floating dan 2 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 873 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:




Minggu ni aku tak ada buat snapshot mana-mana position, aku agak sibuk minggu ni sebab banyak sangat tugasan luar, memorex ni pun aku curi-curi sekitar 15min-20min jer sebelah pagi. Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. SL tu dah teranjak disebabkan trailing stop 100 pips yang aku pasang. So tinggal lagi hanya point A(Entry) dan point C(Take Profit) sahaja. Untuk position yang cancel tu, aku simply cancel sebab pattern ABC tu dah tak valid.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, October 7, 2011

Biar Betul Part 79


Gunung Kinabalu, Sabah 4.56pm

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Ketika journal ini ditulis di peringkat ini, aku belum lagi berstatus jutawan. Namun begitu aku menulis satu muka surat sehari jika aku ada kelapangan, semuanya aku lakukan tanpa jemu seolah-olah aku sudah bergelar jutawan. Aku lakukan sedemikian kerana kini aku sudah melabur ditahun ke 3 tetapi masih didalam proses untuk berjaya dan dengan melakukan penulisaan seperti ini semuanya dapat dicatatkan secara selari dengan kejayaan aku dan aku berjanji pada diri aku sendiri jika aku berjaya untuk menjadi jutawan aku akan terbitkan journal ini.

Journal ini adalah diari aku, Ianya adalah cacatan harian aku. Jika aku ingin berjaya, pastikan aku lakukan apa yang pelabur berjaya sepatutnya lakukan. Lakukan cacatan, segala kesilapan aku mestilah direkodkan untuk dipelajari dan dijadikan rujukan. Melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua boleh dimaafkan, kali ketiga pula boleh dipertimbangkan untuk dimaafkan, tetapi jika dilakukan lagi kesalahan yang sama sehingga kali kesepuluh ianya pasti sukar untuk di maafkan. Maka lakukan cacatan kesalahan yang aku lakukan. Jangan biar ia berulang tanpa aku sedar. Apa yang aku baca ini adalah pengalaman sebenar aku. Menulis seperti ini juga sebenarnya memupuk disiplin yang tinggi didalam diri aku didalam melakukan aktiviti forex. Ingat, disiplin akulah yang akan menentukan sama ada aku berjaya atau tidak. Teknik hanyalah sebahagian darinya, kerana jika aku mempunyai teknik yang terbaik didunia sekalipun tidak akan menjamin aku akan berjaya jika aku tidak berdisiplin.


Monday, October 3, 2011

Biar Betul Part 78


Tip from Mary Sari, Dia dapat tip ni from ayah dia:

Hi Sham, 4 tahun pengalaman. Ni yang you akan dapat.

Tahun 4.
Ini adalah tahun dimana you akan berjaya. Ditahun ke 4, jika you masih lagi memorex saya pasti you telah mempunyai untung yang konsisten dan berterusan. Kerugian akan diminimakan. Teknik you semakin kukuh dan disiplin you terkawal. Emosi tidak lagi menggangu you dan you akan menjadi FX trader sebenar. You akan menjadi 5% mereka yang berjaya jika you mampu bertahan sehingga tahap ini.

Ayah I cakap. Jika you belum lagi memorex untuk sekurang-kurangnya 3 tahun tanpa jemu, you pasti tidak akan mampu bertahan sehingga tahun ke 4. Tahun ke 4 adalah tahun dimana you akan di beri ganjaran dan untuk sampai ke tahap ini ianya bukan mudah. Hanya 5% sahaja yang berjaya, 95% akan gagal.

Sunday, October 2, 2011

My FX today cycle 36

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 4 win position, 6 cancel position dan 1 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (25/9/11 hingga 2/10/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 13 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 4 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:



Minggu ni aku tak ada buat snapshot mana-mana position, aku agak sibuk minggu ni sebab banyak sangat tugasan luar, memorex ni pun aku curi-curi sekitar 15min-20min jer sebelah pagi. Kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. SL tu dah teranjak disebabkan trailing stop 100 pips yang aku pasang. So tinggal lagi hanya point A(Entry) dan point C(Take Profit) sahaja. Untuk position yang cancel tu, aku simply cancel sebab pattern ABC tu dah tak valid.

Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]