Saturday, October 15, 2011

Biar Betul Part 81

Tak sampai 15 minit aku dah siap mandi and berkemas. Aku sikat rambat aku yang panjang sampai paras bahu tu ala kadar sahaja. Tak payah nak kemas rapi macam budak sekolah darjah satu, pada aku lagi serabut rambut aku tu lagi hensem.

Aku segera sambar kunci rumah yang aku kelipkan sekali dengan kunci kereta dan setelah pintu di kunci kemas aku mula melangkah menuju lift. Aku tunggu sekejap, sejenak kemudian pintu lift pun terbuka dan aku melangkah masuk. Dalam lift tu hanya aku seorang. Suasana sunyi sepi. Manakan tidak, masih pagi lagi and lagi pun hari ni hari Sabtu, orang tak kerja. Aku lihat jam kat tangan baru jer pukul 10.30am, awal lagi fikirkku. Aku teringat, hari ni juga aku ada plan lunch dengan Jai Idrus, semalam dia hantar SMS ajak aku kuar lunch sekali. Kalau Mary Sari tak kisah aku ajak dia sekali ler lunch dengan Jai Idrus nanti.

Pintu lift di buka dan aku melangkah menuju kereta Mary Sari. Dia tengah baca paper Utusan Borneo kat situ. Nampak macam consentrate semacam jer aku tengok. Semakin aku menghampiri kereta dia, dia menoleh dan lepas tu dia segera naikkan punat pintu sebelah penumpang nak bagi aku masuk. Aku buka pintu segera, aku kata kat dia:

“Hi, selamat pagi, awalnya”, kata aku ringkas.

“Awal apa nya, dah pukul 10 dah ni….he he he he..jom ler masuk cepat, I lapar dah ni tak breakfast lagi ni”, jawab Mary Sari lagi.

Aku segara masuk, duduk dengan selesa kat situ. Mary Sari pula aku perhatikan segera masuk gear drive dan kereta seterusnya bergerak lancar dan laju. Memang class ler keta ni. Kereta ni kalau race dengan keta hummer aku dekat highway, for sure aku kalah. Tapi kalau race kat jalan kawasan pembalakan, for sure aku menang fikirku sendirian.

“Kenapa senyap, awak fikir pasal apa tu”, Mary Sari tanya kat aku setelah dia tengok aku hanya diam membisu.

“Tak ada apa, saya tengah tengok keta awak ni”, jawab aku ringkas. Sambil tu tangan kanan aku pegang dash bord keta tu, aku usap perlahan-lahan, memang high quality.




“Sham, dekat-dekat sini, mana tempat best untuk breakfast”, tanya Mary Sari lagi.

Aku jawab, “ kat depan tu aje, lepas ni jumpa simpang dan belok kiri, kat situ banyak kedai makan”, kata aku lagi kat dia

Seketika kemudian, simpang susur keluar sebelah kiri kelihatan.


“Kat sini ker?”, Mary Sari menolah kearah aku sambil bertanya.

“Haaa…aaa, sini”, jawab aku lagi

Mary Sari beri signal membelok ke sebelah kiri dan segera memulas stering. Kereta membelak ke kiri dan terus meluncur lagi menuju area tempat kita orang plan nak breakfast nanti. Mary Sari menolah ke arah aku, dia kata:

“Position yang ayah saya SMS semalam loss ler”, kata nya ringkas

“Iye ker, banyak ker yang awak loss, how much”, tanya aku lagi

“Tak ler banyak sangat, dalam USD200 gitu”, katanya lagi

Selanjutnya aku petik lagi tip-tip berguna dari jurnal forex Jamlus Jackson. Kisah ini akan bersambung lagi dalam siri Biar Betul Part 140.

Sehingga berjumpa lagi.