Friday, October 7, 2011

Biar Betul Part 79


Gunung Kinabalu, Sabah 4.56pm

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Ketika journal ini ditulis di peringkat ini, aku belum lagi berstatus jutawan. Namun begitu aku menulis satu muka surat sehari jika aku ada kelapangan, semuanya aku lakukan tanpa jemu seolah-olah aku sudah bergelar jutawan. Aku lakukan sedemikian kerana kini aku sudah melabur ditahun ke 3 tetapi masih didalam proses untuk berjaya dan dengan melakukan penulisaan seperti ini semuanya dapat dicatatkan secara selari dengan kejayaan aku dan aku berjanji pada diri aku sendiri jika aku berjaya untuk menjadi jutawan aku akan terbitkan journal ini.

Journal ini adalah diari aku, Ianya adalah cacatan harian aku. Jika aku ingin berjaya, pastikan aku lakukan apa yang pelabur berjaya sepatutnya lakukan. Lakukan cacatan, segala kesilapan aku mestilah direkodkan untuk dipelajari dan dijadikan rujukan. Melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua boleh dimaafkan, kali ketiga pula boleh dipertimbangkan untuk dimaafkan, tetapi jika dilakukan lagi kesalahan yang sama sehingga kali kesepuluh ianya pasti sukar untuk di maafkan. Maka lakukan cacatan kesalahan yang aku lakukan. Jangan biar ia berulang tanpa aku sedar. Apa yang aku baca ini adalah pengalaman sebenar aku. Menulis seperti ini juga sebenarnya memupuk disiplin yang tinggi didalam diri aku didalam melakukan aktiviti forex. Ingat, disiplin akulah yang akan menentukan sama ada aku berjaya atau tidak. Teknik hanyalah sebahagian darinya, kerana jika aku mempunyai teknik yang terbaik didunia sekalipun tidak akan menjamin aku akan berjaya jika aku tidak berdisiplin.