Monday, October 31, 2011

Biar Betul Part 85

Dipetik dari Journal forex Jamlus Jackson, October 2001

Dewasa ini umum mengetahui kebanyakkan orang tidak akan mampu bertahan jika tidak berkerja dan makan gaji. Banyak perkara perlu dilunaskan setiap hujung bulan, bayaran kereta, bayaran rumah, bayaran cukai, membeli barang keperluan rumah, bil telefon, bil astro, bil elektrik dan sebagai menguncupkan kebebasan kewangan kita. Sudahlah tidak bebas dari segi masa dan kelapangan malah dihimpit lagi oleh kesempitan kewangan. Hakikat ini aku sedari dan aku bertekad akan mengubahnya.

Kita kini berada di zaman teknologi maklumat, zaman dimana jutawan dilahirkan dalam usia yang amat muda. Malah sekarang ini kita biasa dengar jutawan muda yang berumur sekitar 20an, semua ini mungkin dicapai diera ini. Lambat bertindak akan menyebabkan aku tercicir dan ketinggalan jauh. Setiap hari aku melayari internet dan pelaburan forex amat menarik minat aku. Aku mula memasang azam dan berbekalkan semangat yang berkobar-kobar aku mula mempelajari apa itu forex melalui pelbagai sumber.


Esok masih ada.

Sepertimana perniagaan konvesional yang lain, forex tidak memerlukan kesempuranan untuk bermula, yang penting azam, kesedaran dan hasrat untuk bermula. Pengalaman akan diraih secara terus seiring dengan masa. Perniagaan biasa secara kecil-kecilan sekalipun tanpa kita sedar telah melahirkan ramai jutawan dinegara kita ini. Aku mengkagumi golongan ini, peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam dan sebagainya tidak mustahil meraih pendapatan yang jauh lebih tinggi dari seorang pekerja berijazah. Semuanya ini mungkin kerana mereka terlibat dalam perniagaan. Bayangkan jika perniagaan mereka ini mempunyai keupayaan sehebat pelaburan forex, pasti terlalu ramai jutawan akan muncul jika dilakukan dengan ilmu dan disiplin yang betul. Idea yang aku cuba utarakan ialah forex itu adalah satu perniagaan, dan sepertimana mana-mana perniagaan , forex tidak terkecuali dari untung dan rugi.

Sehingga berjumpa lagi