Friday, November 4, 2011

Biar Betul Part 86


Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Gunung Gading, Lundu.
Jan 2003

Statistik menunjukkan hampir 80% mereka yang menceburkan diri dalam aktiviti forex hanya mampu bertahan sekitar 3 bulan, ini pun pada aku sudah terlalu lama. Aku pernah menyaksikan seorang kenalan yang kerugian Rm12000 hanya dalam masa 3 minggu. Ini adalah kerana disiplin dan pengurusan kewangan yang tidak betul. Pengurusan kewangan atau “Money management” yang tidak setanding dengan modal sedia ada menyebabkan ramai pelabur tidak mampu bertahan jika berlaku kerugian. Bagi aku pengurusan kewangan seharusnya meminimakan kerugian aku jika berlaku kerugian, dan walaupun keuntungan aku pun minima, tetapi jika dilakukan secara konsisten aku akan dapat bertahan lama di arena forex dan dengan keuntungan yang konsisten model aku akan bertambah sedikit demi sedikit. Aku juga tidak stress kerana aku tahu dengan menggunakan pengurusan kewangan yang betul aku juga akan meminimakan kerugian. Ini membolehkan aku bertahan lama di arena forex. Aku mestilah meletakan keutamaan matlamat yang betul ketika melakukan aktiviti pelaburan. Keutamaan matlamat yang betul adalah seperti berikut: bertahan, menjana keuntungan yang konsisten dan seterusnya mencapai kekayaan. Ramai pelabur meletakan usaha untuk mencapai kekayaan sebagai keutamaan pertama. Inilah kesilapan utama yang meranapkan akaun aku, jangan sekali kali merisiko peratusan modal yang tidak munasabah berbanding dengan model sedia ada. Hasrat untuk kaya cepat seperti inilah yang menghilangkan rasional ramai pelabur disamping sikap tamak dan tidak bersabar.

Sentiasa amalkan prinsip “esok masih ada” bila aku melabur forex. Secara dasarnya prinsip ini menekankan kesinambungan pelaburan aku. Untung dan rugi sedikit tetapi mampu bertahan untuk melabur lagi di keesokan hari adalah jauh lebih baik dari untung dan rugi yang banyak dan belum tentu mampu untuk melabur di keesokkan hari. Ramai pelabur tidak mengamalkan sikap yang betul dan mengabaikan pengurusan kewangan yang tepat.

Tanpa pengurusan kewangan yang betul, aku akan stress kerana risau dan bingung memikirkan perjalanan pelaburan aku. Menggunakan lot bersaiz besar bermakna jika rugi jumlahnya banyak dan aku akan berasa terkilan dan sedih jika mengalaminya, sebaliknya jika untung maka jumlahnya pun pasti banyak dan aku akan teruja dan gembira. Inilah natijahnya tanpa pengurusan kewangan yang betul, aku akan sekejap gembira, sekejap sedih, kadang-kadang terasa bingung dan kemudian gembira lagi dan kemudian sedih lagi dan seterusnya berulang-ulang tanpa henti dan semuanya berlaku dalam tempoh 24 jam dan berulang ulang dari hari ke hari, minggu ke minggu.
Aku pasti keadaan seperti ini akan merimaskan aku dan lama kelamaan aku jamin aku akan stress lantas tawar hati untuk melabur. Inilah akibatnya jika pengurusan kewangan aku salah. Sebaliknya jika pengurusan kewangan aku hanya 2% sahaja dari modal, aku pasti aku tidak risau. Sedikit demi sedikit pasti akan jadi bukit dan lama kelamaan akan jadi gunung jika berterusan. Sekiranya aku berjaya meningkatkan modal dari USD100 kepada USD200 dan lot saiz pun akan ditingkatkan dan secara dasarnya keuntungan aku juga akan berganda dan aku hanya perlu amalkan teknik yang sama lagi dan lagi tanpa jemu.