Monday, November 28, 2011

Biar Betul Part 92


Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Mengapa hendak melabur dengan wang pihak lain ?,Inilah antara pertanyaan lain yang sering aku ajukan bila aku didatangi oleh individu yang menawarkan khidmat melabur di forex kepada aku. Mereka sering mewar-warkan kehebatan mereka dan menyatakan kehebatan teknik dan indikator yang mereka gunakan adalah 100% efisien, tetapi mengapa tidak sanggup tanggung kerugian bersama dan mengapa duit aku yang dilaburkan dan tidak duit sendiri. Aku sering berfikir sebegini, jika seorang pelabur itu memang hebat, hanya dengan modal sendiri pun sudah memadai untuk dia menjadi seorang jutawan, tidak perlu menggunakan duit orang lain. Pada aku individu seperti ini merosakkan imej pelaburan forex. Mereka hanya mengambil kesempatan terhadap peluang yang tercetus hasil dari sikap manusia yang ingin cepat kaya.

Ada juga positifnya bila kita kerap kali mendengar kisah mereka yang berjaya di dalam forex. Ia menimbulkan semangat dan keazaman untuk mempelajari lanjut apa itu forex. Aku bermula dengan membaca informasi tentang forex yang aku dapat secara percuma dari internet, laman web seperti www.babypips.com banyak membantu. Banyak sumber dan rujukan tentang forex boleh didapati di alam siber, ada yang percuma dan ada yang mengenakan bayaran-bayaran tertentu. Aku memulakan usaha dengan mencari sebanyak mungkin rujukan tentang forex yang aku boleh dapat secara percuma dari kawan-kawan dan internet. Forex tidaklah sesusah mana, hanya dengan mempelajari dan belajar sendiri aku dapat menambah dan meningkatkan ilmu dan kefahaman aku tentang forex. Aku tidak nafikan kelas-kelas forex yang ada sebenarnya boleh membantu jika aku sanggup mengeluarkan sedikit duit untuk pendidikan forex aku. Aku percaya ianya akan memendekkan tempoh belajar kerana bantuan dari pelabur forex profisional dan berpengalaman semestinya tidak sama jika aku belajar sendiri. Mempelajari forex dan mempelajari disiplin didalam memorex adalah dua perkara yang berbeza. Sepertimana mempelajari teknik mengendali perahu, teknik berdayung, teknik berlayar serta teknik menangkap ikan tidak semestinya menjadikan aku seorang nelayan yang hebat. Nelayan yang berbeza yang menggunakan teknik dan peralatan yang sama tidak semestinya mendapat hasil yang sama.

Sehingga berjumpa lagi