Thursday, November 24, 2011

Biar Betul Part 91

Teks ini di petik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Kota Kinabalu, 6.56pm, 13/12/2003

Antara lain aku pernah terdengar cerita tentang bagaimana seseorang yang handal melabur dan berpendapatan melebihi RM50K seminggu, dia dikatakan hidup dengan mewah dan sehingga mampu membeli kereta Toyota Wish yang berharga RM130,000 secara tunai, sentiasa melancong ke luar negara dan pelbagai lagi cerita-cerita hebat. Aku tidak nafikan semua ini boleh dicapai dan cerita yang aku dengar itu mungkin benar dan mungkin juga rekaan semata-mata. Aku sedar, diluar sana ramai kes-kes penipuan yang melibatkan aktiviti forex, mereka melakukan aktiviti yang berkaitan forex khususnya mengumpul dana dan kononnya melakukan aktiviti forex untuk pihak lain dan menjaminkan keuntungan. Berbekalkan cerita-cerita hebat seperti ini mereka cuba mengumpul sebanyak mungkin dana. Ramai yang terjebak dan secara suka rela menyerahkan duit kepada mereka. Untuk makluman aktiviti mengumpul dana secara haram adalah satu kesalahan.

Ramai yang mudah terpengaruh dengan kata-kata manis dan cerita-cerita hebat seperti ini. Selalu perhatikan penyudahnya, penyudahnya mengkehendaki anda melabur dengannya. Mereka selalu menetapkan keadaan dimana sebarang kerugian akan di tanggung sendiri, sebaliknya sebarang keuntungan akan dikongsikan bersama atas alasan bayaran perkhidmatan. Ini seolah-olah mempertaruhkan duit milik orang lain dan jika untung kita bahagi bersama dan jika rugi itu kerugian sendiri. Sesuatu yang jelas tidak adil, tapi masih ramai yang percaya dan terpengaruh.

Sebagai pelabur, aku tidak akan berjaya jika aku tidak dapat kawal rasa tamak didalam diri aku. Semua orang ingin berjaya secepat mungkin dan sebanyak mungkin. Kegagalan tidak akan dapat ditangani dengan betul jika aku bersikap sebegini, seperti yang aku selalu tegaskan, tidak pernah ada mana-mana teknik yang dijamin 100% sempurna dan berjaya, cacat celanya pasti ada. Yang penting aku konsisten. Setelah dikaji dan diuji berkesan , maka kekalkan teknik tersebut. Andai kata ada kerugian terimalah dan terus berusaha. Itulah yang aku lakukan untuk sampai ketahap ini.


Sehingga berjumpa lagi