Sunday, November 20, 2011

Biar Betul Part 90

Info ni aku dapat dari Jamlus Jackson masa lepak-lepak dengan dia kat Airport Balikpapan sementara menunggu flight balik ke Singapore.

Beza antara pemorex amatur dengan pemorex professional.

Amatur berpendapat margin yang tinggi akan mementukan kejayaan mereka tetapi profisional berpendapat margin yang tinggi tidak penting sebab "money management" yang akan menentukan kejayaan mereka.

Amatur berpendapat mengikuti trend tidak penting tetapi profisional berpendapat sebaliknya, mereka sentiasa memastikan setiap trade mereka mengikut trend pasaran.

Amatur setiasa berusaha untuk meramal arah tuju pasaran pada masa hadapan tetapi profisional tidak akan meramal arah tuju pasaran pada masa hadapan, mereka hanya akan mengikuti trend semasa untuk memastikan mereka menuju ke hala tuju pasaran yang betul.

Amatur sentiasa berpendapat terdapatnya satu "rahsia besar" jika ingin berjaya didalam pelaburan forex tetapi profisional berpendapat sebaliknya, tiada apa-apa rahsia. Hanya disiplin dan teknik yang betul dan ringkas.

Amatur membiarkan trade yang rugi berterusan rugi dengan harapan ia akan kembali pulih dan beroleh keuntungan tetapi profisional melakukan perkara sebaliknya, trade yang rugi akan ditutup.

Amatur sentiasa memikirkan yang mereka sudah "pro" jika sentiasa beroleh keuntungan yang banyak dan berterusan. Tetapi profisional sentiasa memikirkan mereka belum pro walaupun sentiasa beroleh keuntungan yang banyak dan berterusan.

Amatur sentiasa untung banyak dan kemudian rugi banyak, tetapi profisional sentiasa untung sedikit dan rugi sedikit.

Amatur tidak akan menjadi kaya tetapi profisional akan bertambah kaya dari masa kesemasa.

Sehingga berjumpa lagi