Tuesday, November 8, 2011

Biar Betul Part 87

Di petik dari Journal Forex Jamlus Jackson.



Dalam proses untuk berjaya, aku telah mencuba pelbagai teknik dan menghadiri pelbagai kursus untuk menimba ilmu forex. Aku juga melayari pelbagai halaman web, blog dan menyertai forum-forum online diinternet. Semua maklumat dan pengalaman ini aku telitikan satu persatu. Pada peringkat awal aku mengenali forex hampir setiap malam aku tidur malam sekitar pukul 3 pagi dan keesokkan kena bangun awal untuk pergi kerja. Aku tetap tabah mengharunginya dan cuba mencari jawapan mengapa ada mereka yang berjaya dan mengapa ada yang gagal. Semua ini mendorong aku untuk mengkaji teknik yang aku gunakan. Aku menghabiskan masa sekitar 2 tahun untuk mengkaji dan melakukan pelbagai ujian di akaun demo. Hampir kesemuanya gagal bila aku lakukan diakaun sebenar walaupun ianya amat cemerlang di akaun demo. Jangan bazirkan terlalu banyak masa untuk mencari teknik “holy grail”, kerana ianya tidak wujud. Ramai pelabur amatur gagal dan membuang masa kerana mereka memikirkan terdapatnya “rahsia besar” jika ingin berjaya. Teknik yang digunakan sentiasa diubah-ubah dan pencarian teknik “holy grail” tidak pernah berkesudahan. Aku telah bazirkan 3 tahun pertama untuk menyedari teknik “holy grail” sememangnya tidak wujud. Ianya hanya fantasi semata-mata. Pokok pangkal kejayaan dan kegagalan adalah aku sendiri. Tiada siapa-siapa, ianya hanya aku semata-mata. Maka pilihannya adalah bergantung kepada aku sendiri. Aku sendiri akan menentukan sama ada aku berjaya atau sebaliknya. Kawal emosi aku ketika melabur, akan aku kupaskan isu ini dengan lebih lanjut di bab-bab yang seterusnya.

Kesimpulan aku mudah, teknik yang sama yang digunakan oleh orang yang berlainan tidak semestinya memberi pulangan yang sama. Semuanya bertitik tolak sejauh mana tahap disiplin seseorang dan cara aku menggunakannya.

Sehingga berjumpa lagi.