Friday, September 30, 2011

Biar Betul Part 77



Sematan Resort , Mac 2004

Tip from Mary Sari, Dia dapat tip ni from ayah dia:

Hi Sham, 4 tahun pengalaman. Ni yang you akan dapat.

Tahun 3.
Jika you bertahan sehingga tahun ketiga, you seharusnya sudah mempunyai teknik dan set peraturan yang kukuh dan terbukti berkesan. You akan menghabiskan keseluruhan tahun ketiga ini hanya untuk usaha menambahbaikan teknik dan strategi you. You akan mula berdisiplin ditahun ketiga dan mempunyai set peraturan dan teknik yang kukuh yang you patuhi tanpa sebarang gangguan emosi. Secara am nya disiplin you akan terbina hanya ditahun ketiga. Kebiasaan nya dari 10% yang bertahan 5% akan meninggalkan dunia FX ditahun ketiga.

Monday, September 26, 2011

Biar Betul Part 76


Swimburne University, Kuching. Januari 2004


Tip from Mary Sari, Dia dapat tip ni from ayah dia:

Hi Sham, 4 tahun pengalaman. Ni yang you akan dapat.

Tahun 2.
Memulakan trade live dengan jumlah duit modal yang sedikit sebagai permulaan. Terus melakukan kajian demi kajian dan menimba ilmu FX tanpa jemu. Mula membina teknik you tersendiri, selalunya akan gagal dan teknik akan sentiasa berubah-rubah. Kebiasaannya berterusan sehingga tahun ketiga. Di penghujung tahun ke 2 seseorang trader akan sama ada quit atau semakin bersemangat. Kebiasaan nya 90% akan meninggalkan dunia FX ditahun kedua.

Sunday, September 25, 2011

My FX today cycle 35

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 14 win position, 5 cancel position dan 3 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (18/9/11 hingga 25/9/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 4 position yang tengah floating dan 7 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu lepas berjumlah 1156 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu lepas:



Kat bawah ni pula snap shot position yang win untuk trading minggu lepas. Position win yang lain tu aku tak snapshotkan, tapi kalau saja-saja nak tengok retracement dan pattern ABC tu, guna sahaja result kat atas tu untuk manual backdated test position tu. SL tu dah teranjak disebabkan trailing stop 100 pips yang aku pasang. So tinggal lagi hanya point A(Entry) dan point C(Take Profit) sahaja.




Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Thursday, September 22, 2011

Biar Betul Part 75



Santubong beach, Januari 2003


Tip from Mary Sari, Dia dapat tip ni from ayah dia:

Hi Sham, 4 tahun pengalaman. Ni yang you akan dapat.

Tahun 1.
Mengenali apa itu FX dan mengenal pasti sama ada ianya satu bidang yang you akan ceburi atau hindari. Membaca buku-buku basic mengenai FX. Memulakan trading demo. Andaikata bertahan sehingga setahun, you sudah pasti menyedari sama ada FX adalah satu bidang yang you akan ceburi atau hindari. Jika you berpendapat ianya bukan bidang yang sesuai untuk you, you seharusnya berhenti ditahun pertama. Dengan itu you akan menjimatkan masa, tenaga dan duit you dari terus lenyap begitu sahaja.

My FX today cycle 34

Salam,

Biasanya aku tak tunjuk position aku yang tengah floating, tapi kali ni aku buat pengecualian dan kat bawa ni aku snap shotkan position-position yang tengah floating tu, time aku snapshot tu ialah pukul 4.02pm waktu malaysia and pada tarikh 22/09/2011 hari Khamis. Masa floating ni ada 1483 pips tengah positif dan 428 pips pula tengah negatif. Sesetengah position tu ada yang sudah secure dengan 100 pips trailing stop dan ada juga yang tak secure lagi. Selamat memorex kepada semua.


[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Sunday, September 18, 2011

My FX today cycle 33

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 9 win position, tiada cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (11/9/11 hingga 18/9/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 8 position yang tengah floating dan 8 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 1037 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Trading aku minggu lepas aku bubuh trailing stop 100 pips, tu ler yang ada entry tu nampak merah sebab hit SL, pasal trailing 100 pips tu activate, lama aku tak guna trailing stop ni. Recently aku guna atas nasihat Mary Sari yang kata better aku securekan pip-pips yang dah masuk tu dan tunggu pulak opportunity lain. Selamat memorex kepada semua.

Kat bawah ni aku sertakan beberapa snapshot dari trading aku minggu lepas.




Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Biar Betul Part 74


Tip ni aku dapat masa chat dengan Mary Sari kat Facebook:

Hi Sham, untuk trade yang berjaya dan mengguntungkan ianya mestilah mempunyai 4 ciri utama seperti berikut:

-Membosankan
-Tidak perlu berusaha
-Senang
-Tiada Stress

Wednesday, September 14, 2011

Biar Betul Part 73

Mary Sari bersuara lagi, katanya:

“Sebabnya mudah, bila tiada new reference and new information, seseorang trader akan buat keputusan base on makluamt yang sedia ada. Bila reference di ambil hanya dari maklumat yang sedia ada , maka trader akan become possitve thinker or negative thinker. Kalau maklumat yang ada tentang perkara positif about forex maka trader akan become positive thinker dan sebaliknya ia akan jadi negative thinker. Semakin lama masa berlalu and since maklumat yang sedia ada is very limited, trader akan akhirnya make dicision base on logic. Masalahnya kat situ, bila base on logic, mostly ianya adalah bertentangan dengan psychology sebenar seorang pelabur forex. Bila it base on logic, tanpa sedar seseorang trader akan do thing that feel “good and secure” and emosi pasti susah nak jaga, sebab emosi pasti akan menjurus kepada sesuatu yang feel “good and secure”. It feel good to win and it feell bad to loss and to feel “good and secure”, guess what trader mostly do?”

Mary Sari mengakhiri penjelasan panjang lebarnya dengan satu soalan. Aku mendengar dengan penuh perhatian, dan kemudianya aku jawab soalan Mary Sari tadi, aku kata:

“Entah, apa dia trader mostly do?”, Aku jawab balik pertanyaan Mary Sari tadi dengan satu lagi pertanyaan untuk dia. Mary Sari diam sekejap, senyum kat aku, teguk lagi sisa terakhir horlick yang dia order tadi. Aku punya teh tarik pun sama, dah habis. Setelah keadaan senyap sunyi seketika Mary Sari bersuara lagi, dia kata:

“To feel “good and secure” trader tak pasang stop loss, sebab for most trader it more logic kalau tak pasang, sebab kalau tak pasang that mean there will be no loss and what ever happen price will for sure recover back. Kadang-kadang tu price memang akan recover and bila recover jer guess what, dapat jer 10-30 pips terus close, ni common sangat berlaku”

Jauh disudut hati aku, aku terasa seolah-oleh disindir, ni memang exactly apa yang aku selalu buat malah ada segelintir rakan-rakan sepemorexkan dengan aku pun buat perkara ni. Memang ada benarnya apa yang dia katakan.

Suasana di restoran Norjas ketika tu semakin sesak, tiada satu pun meja yang tiada pelanggan. Aku menoleh kesebelah, hujan turun renyai-renyai, suasana malam ni pasti nyaman sekali.

Aku kata kat Mary Sari,”Banyak yang I pelajari dari awak, awak ni betul-betul sporting and tak lokek ilmu, time kasih banyak-banyak ya”

“Sama-sama, jom ler kita blah, dah pukul 11.43 dah sekarang ni”, kata Mary Sari sambil melihat sepintas lalu jam kat tangan aku.

“Haa…jom ler”, aku pun angkat dari bangku dan menuju kekaunter.

“Ehh Sham, biar saya bayar ler, susah-susah jer ler awak ni”, kata Mary Sari cuba menghalang aku dari bayar makan dan minuman.


Aku kata balik kat dia,” Tak apa ler, awak bayar ler nanti tiket movie, makan dan minum ni biarlah saya bayar, saya ikhlas ni”.

Mary Sari masih duduk kat situ, dia hanya mengangguk dan senyum kat aku. Setelah aku bayar kat kaunter kami menapak keluar. Mary Sari aku nampak sempat juga memberi lambaian bye-bye kat Nani yang tengah sibuk layan pelanggan kat situ.

Nani jerit,”Kak Mary, nanti datang lagi, kita lepak-lepak ok!”,

Mary Sari aku nampak hanya membalas jeritan Nani tadi dengan satu senyuman dan anggukan. Ketika aku dan Mary Sari melangkah keluar dari restoren tu, aku nampak ada juga mamat-mamat lain yang tengah lepak ramai-ramai kat situ curi-curi tengok Mary Sari. Kata aku kat dalam hati,” Biasa ler tu, awek lawa lalu, bukan selalu dapat tengok awek lawa macam Mary Sari ni”.

Kalau aku yang duduk lepak-lepak kat situ dengan Jamlus Jackson, Joshua and Jai Idrus. Aku confident and sanggup potong jari ler kalau kami tak terganggu kalau Mary Sari lintas lalu kat situ. Expecially Jamlus Jackson, bukan setakat potong jari, aku yakin potong tangan terus pun aku sanggup pertaruhkan sama ada Jamlus Jackson perasan atau tak perasan Mary Sari lalu.

Aku dan Mary Sari bergegas meninggalkan Norjas café dan menuju ker Star Cinplex yang terletak betul-betul kat tengah pusat bandaraya Kuching.




Setakat ni dulu , kisah forex aku dan Mary Sari untuk kali ni.

Selepas ni aku petik tip-tip berguna dari Journal Forex Jamlus Jackson. Also tip-tip dari Mary Sari, Joshua dan Jai Idrus.

Sehingga berjumpa lagi

Sunday, September 11, 2011

My FX today cycle 32

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 1 win position, 9 cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (4/9/11 hingga 11/9/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 12 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah -548 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Kepada semua pemorex yang sambut aidilfitri, Selamat berhari raya. Kat bawah ni pula snap shot 1 position yang loss dan win untuk trading minggu lepas.





Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Saturday, September 10, 2011

Biar Betul Part 72

Mary Sari tengok lagi jam tangannya, dia kemudiannya kata kat aku:

“Ish..ish dah pukul 11.23pm, bila kita nak jalan tengok show ni”

Aku jawab,” 11.40pm kita chow, sempat, don’t worry, bukannya jauh pun Cineplex tu, 7 minit dah sampai, show pun lambat lagi 12.30pm”

Mary Sari meneguk lagi holick, dahaga agaknya sebab sejak tadi dia asyik bersyarah kat aku. Aku hanya diam memerhati. Aku tanya dia:

“Dahaga ker, kesian kat awak, bagi ceramah kat saya tapi tak dapat apa-apa bayaran pun he he he, sekadar senyuman jer saya bagi kat awak he he he”

Mary Sari jawab lagi,”Tak ler dahaga sangat, yang penting awak sudi dengar dan saya sure sudi kongsikan pengalaman forex saya kat awak, bagi senyuman kat saya pun dah kira ok, janji jangan bagi kentut kat saya…ha ha ha ha”

Mary Sari gelak sendirian kat situ, seronok sendiri dekat lawak spontan yang dia buat tadi. Setelah ketawanya reda.

Kemudian aku sambung lagi, aku tanya Mary Sari:

“Awak tak cerita lagi pasal “trader cycle” kat saya, apa benda tu?”

Lepas tu aku teguk sedikit teh tarik kurang manis tadi, Mary Sari bersuara lagi, dia kata kat aku:

“Ok, pasal “trader cycle” tadi, ianya simply satu keadaan dimana trader akan habiskan banyak masa untuk cari “ Holy grail” system. Ianya adalah gabungan hasil dari negative, positif dan kreaktif thinking. Kombinasi 3 jenis thinking method ni ler asas kepada pemburuan “Holy Grail system”. Ramai trader stuck dekat fasa ni and last-last give up”

Aku leka mendengar, jauh disudut hati aku Mary Sari terasa seolah-olah berkata tepat terhadap tabiat aku ketika memorex. Ya, aku sudah memorex lebih dari 4 tahun, tapi sampai kini aku sentiasa surf internet and masa goggle internet , favorite word yang aku goggle ialah “Holy Grail system”.

Sambung Mary Sari lagi:

“Untuk keluar dari “trader cycle”, hanya trader yang adapt kepada method “power thinking” sahaja yang akan berjaya.”

Aku tanya Mary Sari lagi:

“Macam mana tu?, macam mana nak adapt kepada new thinking method ni”

Mary Sari bersuara lagi, dia kata:

“Simple, macam komputer juga, formatkan hard drive and install balik dari mula, freash start”




“Minda kita, kita boleh format juga ker, macam mana tu?”, tanya aku segera kat Mary Sari.

“Boleh, caranya mudah. Make up a new story and bersandarkan story tu tadi, reprogramkan kita punya minda”

Sambung Mary Sari lagi:

“Minda kita berfikir and membuat keputusan base on past programming. So, sebab tu bila seseorang trader stuck dekat fase “trader cycle”, dia susah nak sedar and keluar dari fasa tu and last-last give up, awak nak tahu sebabnya?”

Segera aku jawab:

“Ya, sure I nak tahu, in fact I tak sabar-sabar nak tahu”

Sehingga berjumpa lagi.

Tuesday, September 6, 2011

Biar Betul Part 71

Mary Sari diam sejenak, dia atur lagi posisi duduk dia. Dia batuk-batuk anak sekejap, tengok jam tangan kat lengan kiri sekejap, lepas tu dia kata kat aku:


“Berkenaan kuiz yang I bagi tadi, ianya dapat dijadikan ukuran kasar cara seseorang itu berfikir, tapi awal-awal lagi saya bagi tahu ianya tidaklah begitu konklusif, hanya semacam satu penilaian am”

Aku pintas,” Ish..ish..ish,,,bahasa awak ni betul-betul macam bahasa akedamik tahap tinggi he he he he”

“He he he biasa ler tu, lecture katakan”, jawab Mary Sari lagi sambil ketawa dan menutup mulutnya. Gaya ketawa pun sopan semacam jer aku tengok.

Lepas tu dia sambung lagi, katanya lagi, ” Ok macam ni, kalau seseorang yang berfikiran negative dia akan lebih cenderung mengandaikan gambar tadi sebagai sunset, manakala untuk seseorang yang berfikiran positif pula dia lebih cenderung untuk mengandaikan gambar tadi sebagai sunrise”

Belum sempat Mary Sari menghabiskan kata-katanya segera aku pintas penjelasannya tadi dengan satu soalan, aku tanya dia:

“Mengapa negative thinker dikaitkan dengan sunset and mengapa pula positive thinker dikaitkan dengan sunrise”

Mary Sari jawab,” Simple, sebab sunset dikaitkan dengan “the end”,”ending”, kesedihan, penamat or dalam lain perkataan, sunset adalah metafora untuk “kegagalan” secara amnya, manakala sunrise adalah metafora untuk suatu permulaan, kegembiraan, semangat dan sebab itu ler secara teorinya “positive thinker” bila tengok gambar tu will think about sunrise and “ negative thinker” will think about sunset”

Aku hanya mengangguk tanda faham dan setuju dengan apa yang Mary Sari katakan.

Mary Sari berhenti sejenak, sambungnya lagi:

“Manakala untuk seseorang yang berfikiran kreatif pula dia lebih cenderung untuk mempersoalkan mengapa lukisan tu tak ada color, or may be juga dia akan komen lebih pasal mengapa lukisan tu terlalu simple or macam-macam lagi yang lebih menjurus kepada usaha untuk menambahbaikan lukisan yang saya lukis tadi”

Aku tekun mendengar, kemudian aku kata lagi kat Mary Sari,”Ok, I faham, ada logiknya, manakala untuk “Power thinking” pula macam mana”, tanya aku segera kat Mary Sari.

Mary Sari relaks sekejap kemudian dia jelaskan kat aku, dia kata:

“Ok last sekali ialah “power thinking”, Power thinking ni tadi adalah sebijik macam cara awak jawab tadi. Seseorang yang “power thinker”, dia lebih menjurus kepada persoalan “Why”, “Apa” dan “Motif” disebalik semua itu, dia tidak mudah membuat kesimpulan berdasarkan hanya satu pandangan atau idea. Seseorang yang power thinking bertindak lebih kepada usaha untuk mencari alasan dan penyelesaian bila dia berdepan dengan masalah.”

Sambung Mary Sari lagi:

“Seseorang yang power thinker bila dia tengok gambar tu dia akan “think” and tidak simply follow apa yang minda tanpa sedar dia decide. Maksudnya seseorang yang power thinker adalah seseorang yang mampu control “unconcious decision” made by “unconcious mind”. Dalam lain perkataan dia mampu membuat pilihan dalam keadaan dimana orang lain kelihatan seolah-olah tiada pilihan”


Aku balas,”Mak ooooiii, panjangnya explaination, comfuse saya…..he he he”

Mary Sari jawab lagi,”Simple jer, seorang yang “power thinking” akan tidak mudah membiarkan diri di kuasai emosi, lebih terarah didalam mempertahankan prinsip dan dalam lain perkataan lebih mampu untuk mengawal”

Pintas aku segera,”Fuuuyooo, dashat nya, explain detail lagi kat saya dan apa pula kaitannya semua ni dengan forex?”. Aku tanya Mary Sari lagi.

Mary Sari jawab lagi,” Cara kita berfikir adalah sebab utama mengapa ramai trader susah nak berjaya”

Dia diam sekejap, kemudian sambungnya lagi:

“Ramai trader stuck dekat fasa yang kita panggil “trader cycle”, malah trader yang berjaya sekalipun pasti pernah juga stuck dekat fasa ni, mereka hanya berjaya bilamana mereka berjaya melepaskan diri dari fasa ni”

Aku segera tanya,”Fasa “trader cycle”, apa tu?”

Seronak berbual, minuman yang Mary Sari order tadi tidak lagi tersentuh. Semakin lama aku berbual dengannya semakin tinggi rasa ingin tahu muncul dalam diriku.

Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, September 4, 2011

My FX today cycle 31

Salam trader kepada semua,

Minggu ni aku menyaksikan sebanyak 4 win position, tiada cancel position dan 2 position yang loss.

Result untuk trading minggu ni (28/8/11 hingga 4/9/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Pada masa report ini diupload aku masih ada 4 position yang tengah floating dan 3 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Jumlah pips bersih untuk minggu ni berjumlah 172 pips.

Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni:


Kepada semua pemorex yang sambut aidilfitri, Selamat berhari raya. Kat bawah ni pula snap shot beberapa psosition yang loss dan win untuk trading minggu lepas.






Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, September 2, 2011

Biar Betul Part 70

Ketika leka memerhati Mary Sari melukis tu aku kata kat dia, ‘Terror awak lukis, awak lukis apa tu”

Mary Sari jawab,” Tunggu ler, dah siap nanti I tunjuk kat awak. I nak explain kat awak apa dia beza antara 4 thinking method yang saya cakap tadi”

Aku menoleh kesebelah, memerhati persekitaran. Pelanggan yang berkunjung bertali arus. Aku perhatikan ramai pelanggan order laksa Sarawak. Kemudian aku cakap kat Mary Sari yang masih sibuk melukis tadi, aku kata kat dia:

“Laksa Sarawak kat sini nampak macam best jer, I tengok ramai customer order”

Mary Sari yang tengah consentrate melukis tadi tersentak sekejap, dia jawab aku:

“Haa aa, memang pun, laksa kat sini memang best, kalau awak suka makan laksa better awak try test sekali, I jamin lepas tu mesti nak lagi”

Aku tanya balik kat dia,” Awak tak minat ker makan laksa”

“Minat juga, tapi saya lebih minat makan mee jawa”, jawab Mary Sari ringkas sambil tu dia terus fokus dengan lukisannya. Seketika kemudian, dia tunjukkan kat aku apa yang dia lukis tadi, kat bawah ni aku tunjukkan hasil seni dia tadi:


Aku tengok paparan kat ipad dia tu. Mary Sari kata kat aku:

“Apa yang awak nampak, dan apa pendapat awak?, kata Mary Sari lagi

Aku perhatikan kemudian aku kata kat dia, “ I nampak ni macam matahari kat atas permukaan laut”

“Lagi, ada apa-apa awak nak tambah”, soal Mary Sari lagi kat aku

Aku diam sekejap, tengok gambar tu dan fikir lagi, kemudian aku kata lagi,

“Tak sure sama ada tengah sunrise atau sunset”

Mary Sari tanya aku lagi,” Itu sahaja, tak ada apa-apa nak tambah ker sebelum saya tutup kuiz saya ni”.

“Tak ada, itu sahaja, jawapan saya muktamad”, kata aku lagi.

Mary Sari meneguk lagi Horlick, dan lepas tu dia letak balik mug tu kemas diatas alasnya dan dia kata kat aku:

“Awak ni ada pontential untuk become “Power thinker” kalau macam ni”,

Aku tanya, “Iyer ker? macam mana tu, jelaskan details lagi kat saya”.

Perbualan semakin menarik, rasa tak sabar aku nak tahu lebih lanjut apa yang Mary Sari cuba jelaskan. Mary Sari kemudian kata kat aku:

“Actually yang I tunjuk tadi adalah satu bentuk ujian ringkas, ianya tak ler konsklusif sangat tapi boleh juga digunakan sebagai ujian asas untuk mengenal pasti kondisi atau prespektif pemikiran atau kencenderungan pemikiran seseorang”

Segera aku tanya,” Macam mana tu, explain detail lagi kat saya?”

Sehingga berjumpa lagi.