Wednesday, September 14, 2011

Biar Betul Part 73

Mary Sari bersuara lagi, katanya:

“Sebabnya mudah, bila tiada new reference and new information, seseorang trader akan buat keputusan base on makluamt yang sedia ada. Bila reference di ambil hanya dari maklumat yang sedia ada , maka trader akan become possitve thinker or negative thinker. Kalau maklumat yang ada tentang perkara positif about forex maka trader akan become positive thinker dan sebaliknya ia akan jadi negative thinker. Semakin lama masa berlalu and since maklumat yang sedia ada is very limited, trader akan akhirnya make dicision base on logic. Masalahnya kat situ, bila base on logic, mostly ianya adalah bertentangan dengan psychology sebenar seorang pelabur forex. Bila it base on logic, tanpa sedar seseorang trader akan do thing that feel “good and secure” and emosi pasti susah nak jaga, sebab emosi pasti akan menjurus kepada sesuatu yang feel “good and secure”. It feel good to win and it feell bad to loss and to feel “good and secure”, guess what trader mostly do?”

Mary Sari mengakhiri penjelasan panjang lebarnya dengan satu soalan. Aku mendengar dengan penuh perhatian, dan kemudianya aku jawab soalan Mary Sari tadi, aku kata:

“Entah, apa dia trader mostly do?”, Aku jawab balik pertanyaan Mary Sari tadi dengan satu lagi pertanyaan untuk dia. Mary Sari diam sekejap, senyum kat aku, teguk lagi sisa terakhir horlick yang dia order tadi. Aku punya teh tarik pun sama, dah habis. Setelah keadaan senyap sunyi seketika Mary Sari bersuara lagi, dia kata:

“To feel “good and secure” trader tak pasang stop loss, sebab for most trader it more logic kalau tak pasang, sebab kalau tak pasang that mean there will be no loss and what ever happen price will for sure recover back. Kadang-kadang tu price memang akan recover and bila recover jer guess what, dapat jer 10-30 pips terus close, ni common sangat berlaku”

Jauh disudut hati aku, aku terasa seolah-oleh disindir, ni memang exactly apa yang aku selalu buat malah ada segelintir rakan-rakan sepemorexkan dengan aku pun buat perkara ni. Memang ada benarnya apa yang dia katakan.

Suasana di restoran Norjas ketika tu semakin sesak, tiada satu pun meja yang tiada pelanggan. Aku menoleh kesebelah, hujan turun renyai-renyai, suasana malam ni pasti nyaman sekali.

Aku kata kat Mary Sari,”Banyak yang I pelajari dari awak, awak ni betul-betul sporting and tak lokek ilmu, time kasih banyak-banyak ya”

“Sama-sama, jom ler kita blah, dah pukul 11.43 dah sekarang ni”, kata Mary Sari sambil melihat sepintas lalu jam kat tangan aku.

“Haa…jom ler”, aku pun angkat dari bangku dan menuju kekaunter.

“Ehh Sham, biar saya bayar ler, susah-susah jer ler awak ni”, kata Mary Sari cuba menghalang aku dari bayar makan dan minuman.


Aku kata balik kat dia,” Tak apa ler, awak bayar ler nanti tiket movie, makan dan minum ni biarlah saya bayar, saya ikhlas ni”.

Mary Sari masih duduk kat situ, dia hanya mengangguk dan senyum kat aku. Setelah aku bayar kat kaunter kami menapak keluar. Mary Sari aku nampak sempat juga memberi lambaian bye-bye kat Nani yang tengah sibuk layan pelanggan kat situ.

Nani jerit,”Kak Mary, nanti datang lagi, kita lepak-lepak ok!”,

Mary Sari aku nampak hanya membalas jeritan Nani tadi dengan satu senyuman dan anggukan. Ketika aku dan Mary Sari melangkah keluar dari restoren tu, aku nampak ada juga mamat-mamat lain yang tengah lepak ramai-ramai kat situ curi-curi tengok Mary Sari. Kata aku kat dalam hati,” Biasa ler tu, awek lawa lalu, bukan selalu dapat tengok awek lawa macam Mary Sari ni”.

Kalau aku yang duduk lepak-lepak kat situ dengan Jamlus Jackson, Joshua and Jai Idrus. Aku confident and sanggup potong jari ler kalau kami tak terganggu kalau Mary Sari lintas lalu kat situ. Expecially Jamlus Jackson, bukan setakat potong jari, aku yakin potong tangan terus pun aku sanggup pertaruhkan sama ada Jamlus Jackson perasan atau tak perasan Mary Sari lalu.

Aku dan Mary Sari bergegas meninggalkan Norjas café dan menuju ker Star Cinplex yang terletak betul-betul kat tengah pusat bandaraya Kuching.




Setakat ni dulu , kisah forex aku dan Mary Sari untuk kali ni.

Selepas ni aku petik tip-tip berguna dari Journal Forex Jamlus Jackson. Also tip-tip dari Mary Sari, Joshua dan Jai Idrus.

Sehingga berjumpa lagi