Saturday, September 10, 2011

Biar Betul Part 72

Mary Sari tengok lagi jam tangannya, dia kemudiannya kata kat aku:

“Ish..ish dah pukul 11.23pm, bila kita nak jalan tengok show ni”

Aku jawab,” 11.40pm kita chow, sempat, don’t worry, bukannya jauh pun Cineplex tu, 7 minit dah sampai, show pun lambat lagi 12.30pm”

Mary Sari meneguk lagi holick, dahaga agaknya sebab sejak tadi dia asyik bersyarah kat aku. Aku hanya diam memerhati. Aku tanya dia:

“Dahaga ker, kesian kat awak, bagi ceramah kat saya tapi tak dapat apa-apa bayaran pun he he he, sekadar senyuman jer saya bagi kat awak he he he”

Mary Sari jawab lagi,”Tak ler dahaga sangat, yang penting awak sudi dengar dan saya sure sudi kongsikan pengalaman forex saya kat awak, bagi senyuman kat saya pun dah kira ok, janji jangan bagi kentut kat saya…ha ha ha ha”

Mary Sari gelak sendirian kat situ, seronok sendiri dekat lawak spontan yang dia buat tadi. Setelah ketawanya reda.

Kemudian aku sambung lagi, aku tanya Mary Sari:

“Awak tak cerita lagi pasal “trader cycle” kat saya, apa benda tu?”

Lepas tu aku teguk sedikit teh tarik kurang manis tadi, Mary Sari bersuara lagi, dia kata kat aku:

“Ok, pasal “trader cycle” tadi, ianya simply satu keadaan dimana trader akan habiskan banyak masa untuk cari “ Holy grail” system. Ianya adalah gabungan hasil dari negative, positif dan kreaktif thinking. Kombinasi 3 jenis thinking method ni ler asas kepada pemburuan “Holy Grail system”. Ramai trader stuck dekat fasa ni and last-last give up”

Aku leka mendengar, jauh disudut hati aku Mary Sari terasa seolah-olah berkata tepat terhadap tabiat aku ketika memorex. Ya, aku sudah memorex lebih dari 4 tahun, tapi sampai kini aku sentiasa surf internet and masa goggle internet , favorite word yang aku goggle ialah “Holy Grail system”.

Sambung Mary Sari lagi:

“Untuk keluar dari “trader cycle”, hanya trader yang adapt kepada method “power thinking” sahaja yang akan berjaya.”

Aku tanya Mary Sari lagi:

“Macam mana tu?, macam mana nak adapt kepada new thinking method ni”

Mary Sari bersuara lagi, dia kata:

“Simple, macam komputer juga, formatkan hard drive and install balik dari mula, freash start”




“Minda kita, kita boleh format juga ker, macam mana tu?”, tanya aku segera kat Mary Sari.

“Boleh, caranya mudah. Make up a new story and bersandarkan story tu tadi, reprogramkan kita punya minda”

Sambung Mary Sari lagi:

“Minda kita berfikir and membuat keputusan base on past programming. So, sebab tu bila seseorang trader stuck dekat fase “trader cycle”, dia susah nak sedar and keluar dari fasa tu and last-last give up, awak nak tahu sebabnya?”

Segera aku jawab:

“Ya, sure I nak tahu, in fact I tak sabar-sabar nak tahu”

Sehingga berjumpa lagi.