Saturday, May 28, 2011

Biar Betul Part 46


Kampung Air Brunai, 2.34pm
Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson. Sept 11, 2008

Jangan berputus asa, pada aku sekali aku mengenali forex aku sebenarnya sudah hampir menjadi jutawan, asalkan aku bijak dan melakukan apa yang sepatutnya dengan betul. Permasalahannya sekarang, aku tertanya-tanya apa yang patut aku lakukan dan apa yang tidak patut aku lakukan dan akhirnya aku tahu,caranya mudah sahaja, cari rakan-rakan aku yang turut serta melabur di forex dan masih tidak berjaya, bergaullah dengan mereka. Tanyakan pada mereka apa yang mereka lakukan, senaraikan semua perkara yang mereka lakukan dan catatkan dengan teliti satu persatu. Dapatkan maklum balas bukan hanya dari seorang atau dua, malah kalau aku ada 100 orang kenalan yang sama-sama melakukan pelaburan forex tetapi masih tak kaya-kaya juga, tanyalah apa yang mereka lakukan dan senaraikan satu persatu. Aku pasti aku akan tahu sebenarnya cara untuk berjaya begitu mudah. Caranya ialah lihat senarai yang aku buat tadi dan lakukan perkara yang sebaliknya. Jangan lakukan perkara yang mereka lakukan, tetapi lakukan perkara yang bertentangan dari apa yang mereka lakukan. Aku berjaya kerana aku lakukan perkara yang bertentangan dengan rakan-rakan aku yang lain.

Melabur di forex sepatutnya dilakukan dengan teknik yang ringkas dan mudah. Kalau aku merasakan teknik yang aku gunakan terlalu komplikated, bersandarlah sebentar dan ingatilah kata-kata ini, ianya sepatutnya mudah dan ringkas, kalau terlalu komplikated maka ringkaskannya. Aku percaya kalau aku melakukan kajian terhadap teknik-teknik yang diguna pakai oleh rakan-rakan aku yang sampai sekarang masih tidak berjaya, aku pasti teknik yang komplikated adalah salah satu ciri-ciri yang tersenarai didalam senarai aku.

Sehingga berjumpa lagi

My FX today cycle 17

Salam trader kepada semua,

Untuk trading minggu ni (22/5/11 hingga 28/5/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni ada 2 loss, 4 win, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 2 position yang tengah floating dan 4 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Loss bersih untuk minggu ni berjumlah 70 pips.



Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo.

Aku menggunakan current market condition untuk membuat analisa arah tuju market, sebab tu ler ada masa nya TP tu aku adjust dari masa-kesemasa kerana support dan ressitance baru yang terbentuk aku jadikan panduan untuk menganalisa momentum sesuatu market. Cuma yang aku tak pernah adjust ialah Stop loss dan ianya sentiasa aku set secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Kat bawah ni snapshot, beberapa position yang close untuk minggu ni, minggu ni aku agak busy sket dengan kerja, so laporan aku minggu ni agak simple dan aku tak snap shot semua position yang aku tunjuk kat result diatas, cuma 3 jer aku snapshot, yang lain-lain tu kalau nak tengok boleh buka ler sendiri chart pair-pair yang terbabit dan guna date position tu trigger dan close. Aku pasti kawan-kawan yang main guna fibo akan nampak retracment yang sebabkan aku ambil position tu, kat bawah ni aku tunjuk 3 position yang sempat aku snapshot dan edit:




Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Tuesday, May 24, 2011

Biar Betul Part 45


Trading tip from Mary Sary

“Sham, you can only become a successful investor if you can accept the fact that you must loss to win. The hardest thing to do is to stick to one proven strategy and make profit out of it.”, kata Mary Sari kat aku satu hari masa lunch dengan dia kat Kedai Kopitiam Kluang Station at The Spring Super Mall Kuching.

Sehingga berjumpa lagi

Saturday, May 21, 2011

My FX today cycle 16

Salam trader kepada semua,

Untuk trading minggu ni (15/5/11 hingga 22/5/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni tiada sebarang loss dan cuma satu win, pada masa report ini diupload aku masih ada 5 position yang tengah floating dan tiada sebarang position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Untung bersih untuk mingu ni berjumlah 65 pips. Kat bawah ni aku tunjukkan result trading untuk minggu ni.


Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo dan di adjust dari masa kesemasa berdasarkan momentum yang aku jangka. Stop loss pula sentiasa aku setkan secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Minggu ni tidak ada retracement yang aku nampak betul-betul kaw, mostly hanya setakat acah-acah aje. So macam biasa, jika syarat entry aku tak dipenuhi, aku pasti tak akan ambil.

Kat bawah ni snapshot, position yang close untuk minggu ni:


Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, May 20, 2011

Biar Betul Part 44



Email from Jamlus Jackson, Ponti City, Indonesia

Duit cuma satu idea, engkau mesti lihat dulu duit guna akal dan fikiran sebelum engkau lihat duit guna mata. Trader yang berjaya lihat duit terlebih dahulu guna akal dan minda tetapi trader yang gagal lihat duit guna mata. Sebab tu trader yang gagal selalu ingat kalau nak buat duit guna forex kena ada duit yang banyak terlebih dahulu, tetapi trader yang berjaya tahu untuk buat duit dengan dengan forex kena ada psychology yang betul dan mantap terlebih dahulu. Asset kita untuk berjaya bukannya duit yang banyak tetapi set minda yang betul dan model terbesar yang kita ada adalah masa. Bermula dengan bermodalkan duit yang banyak tidak bermakna kita akan berjaya dan bermula dengan modal yang terlalu sedikit pula menjadikan kita agak lambat untuk berjaya. Jumlah apa pun modal permulaan, masa tetap berlalu. So: masa is the biggest asset and everybody diperuntukan masa yang sama. So gunakan masa dengan bijak.

Sehingga berjumpa lagi

Monday, May 16, 2011

Biar Betul Part 43

Jai Idrus rupanya. Aku melangkah kearahnya. Sebelum tu aku sempat bersalamanan dengan rakan-rakan, pilot dan co-pilot helicopter tu. Perjalanan selama 5 jam seperti ini semacam mewujudkan persefahaman dan persahabatan yang erat antara kami. Rakan-rakan sekerja aku pula melangkah menuju kearah bas mini yang sudah sedia menunggu yang akan membawa mereka ke hotel Hilton di tengah Bandaraya Kuching. Aku tak join mereka sebab aku punya home town memang kat sini dan tambahan lagi ada kawan yang jemput aku hari ni.

Sambil melangkah kearah Jai Idrus, aku sempat memerhati kawan-kawan aku mengambil tempat masing-masing didalam bas mini yang berhawa dingin dan bercermin agak gelap. Bas mini mula beredar dan aku menangkat tangan membalas lambaian Joshua dan rakan-rakan aku yang lain sambil bas mini itu berlalu pergi.



Sesampainya didepan Jai Idrus, kami bersalaman, Jai Idrus kata kat aku:

“Ler apasal ler tak ajak kawan-kawan kau naik keta aku sekali, keta aku besar aku bawa Toyota Wish”,Kata Jai Idrus lagi kat aku

“Engkau ni Jai, biar lah dia orang naik bas tu, nanti kalau naik keta kau ..engkau minta tambang pula,,,he he he he”, balas aku lagi Kat Jai Idrus sambil ketawa sedikit.

“Awal kau sampai, patutnya pukul 2 kan?”, tanya Jai Idrus lagi kat aku sambil kami berdua melangkah perlahan menuju ke tempat letak kereta.

“Haa….aaa, kita orang take off awal masa transit kat oil rig tadi”, jawab aku ringkas

Kemudian aku tanya lagi kat Jai, “apa citer best kau nak story kat aku, engkau nak kahwin dan nak suruh aku jadi pegapit kau masa kahwin nanti ker”, aku cuba meneka.

“He he he tak ada ler..aku nak bagi tahu kau aku dah bersara…aku go pro dah sekarang”, kata Jai Idrus lagi kat aku.

“Pro ape?…pro main dam haji ker”, tanya aku lagi kat Jai Idrus, sambil melawak sepontan.

“Engkau ni Sham, Pro Fx …lagi nak tanya”, Jawab Jai Idrus lagi.

“Wooww, dashat tu, boleh ler aku berguru dengan engkau nanti…”, kata aku balik kat Jai Idrus.

Sampai sahaja berhampiran kereta Toyota Wish milik Jai Idrus. Dia mengeluarkan remote kereta dia dan dia tekan button untuk unlock pintu kereta.

“Puuuuuuuttttt”,

“Lerrr apasal macam bunyi kentut jer bunyi tu”, kata aku kat Jai Idrus sambil kami membuka pintu masing-masing dan melangkah masuk dan duduk didalam kereta tu.




“Engkau ni Sham, sampai hati kau cakap keta aku punya unlock sound macam bunyi kentut”, kata Jai Idrus lagi sambil sedikit ketawa.

Enjin kereta dihidupkan, dan penghawa dingin bertiup kencang, amat menyelesakan. Jai Idrus on kan radio, dan kemudian dia kata kat aku:

“ Selain pasal aku dah go pro, aku memang nak kahwin, then aku memang nak minta kau jadi base man masa aku kahwin nanti”, kata Jai Idrus lagi kat aku sambil tangannya memasang gear reverse untuk mengundurkan keretanya.

“He he he he, kan betul apa aku cakap, tapi ada problem ler Jai, aku rasa aku tak sesuai jadi base man kau”, kata aku lagi kat dia dengan nada agak serius.

“Kenapa pulak?”, lantas dipintas kata-kata aku oleh Jai Idrus.

“Sebab aku hensem lagi dari kau, untuk base man, kau kena cari orang yang kurang hensem dari kau, kalau tak pengantin lelaki tak nampak seri he he”, kata aku lagi kat Jai Idrus

“He he he he he…kau ni Sham….he he…hina jer ler aku…he he”, kata Jai Idrus lagi kat aku, dia tak kisah walaupun aku kata dia tak hensem.

“Set…. no problem tapi sebelum tu jom belanja aku makan mom laksa kat Jalan Astana dulu, lepas tu nanti kau kena story kat aku macam mana kau jadi pro fx trader”, selamba jer aku minta Jai Idrus belanja aku makan laksa Sarawak.

“Jom ler, aku belanja”, balas Jai Idrus lagi. Kereta Toyota Wish Jai Idrus terus meluncur pantas meninggalkan heli base Kuching menuju ke pusat Bandar.

Aku teringatkan Mary Sari, segera aku keluarkan handphone dari poket sebelah kanan. Kereta Jai Idrus di pacu semakin laju. Cuaca dibandaraya Kuching cerah sekali, hari yang indah fikirku. Dah lama aku tak nampak bangunan dan daratan. Kereta Jai Idrus terus meluncur laju. Setakat ni dulu untuk kali ni kisah forex antara aku dan Joshua. Lepas ni aku petik info-info berguna dari Journal Forex Jamlus Jackson serta tip-tip forex dari Mary Sari untuk renungan bersama.




Sehingga berjumpa lagi.

Friday, May 13, 2011

My FX today cycle 15

Salam trader kepada semua,

Untuk trading minggu ni (08/5/11 hingga 15/5/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni ada 1 loss, 1 win, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 3 position yang tengah floating dan 1 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Loss bersih untuk minggu ni berjumlah 113 pips.



Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu position jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo.

Aku menggunakan current market condition untuk membuat analisa arah tuju market, sebab tu ler ada masa nya TP tu aku adjust dari masa-kesemasa kerana support dan ressitance baru yang terbentuk aku jadikan panduan untuk menganalisa momentum sesuatu market. Cuma yang aku tak pernah adjust ialah Stop Loss dan ianya sentiasa aku set secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Kat bawah ni snapshot, 2 position yang close untuk minggu ni:



Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Biar Betul Part 42

Aku terus mendengar dengan penuh minat, sambung Joshua lagi,”Sebagai Forex trader kalau nak berjaya, engkau kena faham konsep “big picture”, ini bermakna apa yang engkau tengok adalah 70 win dan 30 loss out of 100 posisi, bukan 7 loss dan 1 win out of 8 posisi. Sebab tu aku cakap disiplin tu penting untuk berjaya kerana kau perlu lihat setiap trade dalam konteks “big picture”, dan konsep “big picture” memerlukan kau stick pada plan dan strategi yang kau gunakan”

Aku hanya menangguk tanda setuju dan faham. Helikopter meluncur semakin laju, Gunung Santubong sudah kelihatan. Dah semakin hampir dengan Bandar Kuching fikirku. Badan terasa letih dan mata mengantuk, tetapi perbualan tentang forex antara aku dengan Joshua pada aku lebih menarik. Semakin hampir dengan Bandar Kuching fikirku, aku tiba-tiba teringatkan Mary Sari. Aku juga teringatkan Jai Idrus, kawan aku yang call aku pagi tadi dan dia janji nak jemput aku dekat Heli Base Kuching. Ada cerita best dia kata dia nak story kat aku.


Joshua kata lagi kat aku.

“Macam aku cakap tadi kalau nak berjaya kau mesti lihat trading kau as a “big picture” dan dengan itu engkau akan jadi lebih mudah untuk follow kau punya trading plan and kau punya fokus is on following kau pun plan instead of risau pasal kau punya untung mahupun rugi”, kata Joshua lagi sambil menguap sedikit, dia pun kelihatan mengantuk dan letih.

“Ok, apa pulak kaitannya dengan lampu isyarat yang kau cakapkan awal-awal tadi”, tanya aku lagi kat Joshua.

“Ooooo lampu isyarat tu contoh terbaik untuk “mind programming” “,kata Joshua lagi kat aku.

Sambung Joshua lagi,”minda tanpa sedar akan diset untuk follow rule serta color kod lampu isyarat, so konsep “big picture” yang aku cakapkan tadi pun kau kena buat macam tu. Maksudnya mind set kau mesti di set untuk stay and follow kau punya plan and what ever happen kau still follow kau punya plan secara berterusan, pemahaman kau pasal konsep “big picture” memberi kau keyakinan jika kau stick and follow kau punya trading rule kau akan berjaya dalam jangka panjang”.

Perbualan kami terganggu sekejap bila co-pilot buat pengumuman, “we will landing in Kuching Heli base in 30min, beautiful sky today and enjoy the ride. Thank you”.

Helikopter mula terbang turun dan semakin rendah , Bandaraya Kuching sudah kelihatan.



“Tak lama lagi kita landing”, aku kata kat Joshua.

“Thanks man, for your knowledge sharing”, kata aku lagi kat Joshua

“You welcome Sham, any time”, jawab Joshua lagi.

“So, you balik Poland today?”, aku tanya Joshua.

“Not today, I stay in Kuching today and tomorrow I go to KL and from KL I take flight to Europe, from there I take plane to Poland”, kata Joshua lagi.

Kasihan Joshua, jauh lagi perjalanan dia ni nak balik kampung.

Aku tanya dia lagi, “So bila nak bual full time forex”.

Joshua jawab,”Tak sure lagi, tapi so far I masih enjoy keja ni, keja ni beri peluang aku travel around the world, meet new people and entah lah, tengok ler nanti bila kontrak dah tamat”

Joshua meneguk coca-cola lagi, ujarnya selepas tu:

“ I choose to work, bukan I have to work, Forex give me my financial freedom, so sekarang I just enjoy my work and sebab I love my work…he he he”, kat Joshua lagi sambil ketawa sedikit.


Aku menoleh di tingkap tepi helikopter, dari kejauhan sudah kelihatan Airport Kuching. Heli Base Kuching terletak bersebelahan Kuching International Airport. Semakin lama semakin hampir dan akhirnya pesawat yang kami naiki mendarat di Kuching Heli Base. Dah selamat sampai.



Perjalanan aku dari Kapal Samudera 31 yang berlepas pada pukul 7.30am pagi tadi kini telah berakhir. Aku curi-curi lihat jam tangan Joshua. Tepat pukul 1.33pm, awal 27min fikirku.

Enjin pesawat mula dimatikan dan co-pilot buat pengumuman,”Ok guys, good to go and have a nice day”.

Pintu helikopter pun dibuka, dan semua penumpang keluar meninggalkan pesawat.
Sebaik sahaja aku berada diluar pesawat, tiba-tiba dari aku mendengar namaku dipanggil.

“Shaaa!! Shaam!! Shaaammmm!! !”, terdengar seseorang memanggil namaku dari kejauhan, berkali-kali, semakin lama semakin jelas dan semakin nyaring.

Aku menoleh kebelakang

Sehingga berjumpa lagi.

Sunday, May 8, 2011

Biar Betul Part 41

Setelah beberapa ketika, Joshua tunjukkan kat aku apa yang dia lukis. Kat bawah ni aku tunjukkan hasil seni yang Joshua hasilkan. Dia kata kat aku,”Tengok ni, apa yang kau nampak?”



Aku leka perhatikan rajah yang dia lukiskan, kemudian aku kata kat dia,”So apa makna ni”.

Joshua bersuara lagi,”Ni ialah apa terjadi say that kau ada system yang 70% tepat”

“ok, maksud kau sekarang ni jumlah semua bulatan ni ada 100 semua sekali, dan 70 bulatan putih dan 30 bulatan hitam dan hitam tu trade yang loss and putih tu trade yang untung.. begitu ker?”, kata aku lagi kat dia sambil acukan soalan pada masa yang sama.

“Yes, exactly”, balas Joshua lagi.

Sambungnya lagi,”Kalau kau lihat dalam “big picture”, engkau akan nampak macam ni 70 untung dan 30 loss, sekarang aku nak tanya…kau confident tak untuk ambil 100 trade dengan cara dan teknik yang sama dan dengan kebarangkalian engkau akan mendapat 70% success rate”

Aku berfikir sejenak sekejap, kemudian aku kata lagi kat dia,” Yeap kalau result macam ni, for sure aku punya keuntungan melebihi aku punya kerugian”

“Yeap betul, tapi success rate yang tinggi tidak semestnya kau untung jika kau punya “Risk Reward Ratio” tak ok, tapi pasal RRR ni lain masa aku explain dengan kau, sekarang ni aku nak explain dengan kau tentang konsep “big picture” vs “ small picture”, Jelas Joshua lagi.

Aku hanya menangguk tanda setuju dan faham. Kemudian Joshua kata lagi kat aku,”Sekarang kau lihat pula rajah ni”, Kata Joshua sambil tu dia ambil pen biru dan lukiskan 3 bulatan dan dia namakan bulatan tu A,B dan C.

Dia diam sekejap dan menghirup air coca-cola yang aku bagi tadi, kemudian dia kata kat aku lagi, “Sekarang tengok pula bulatan kecil ni A,B dan C ”

Dia tunjukkan pada aku rajah kat bawah ni:




Kemudian Joshua tanya kat aku,”Sekarang apa kau nampak?”

Aku lihat rajah yang sama tadi tapi kali ni ada tiga bulatan kecil yang dia namakan A,B dan C, lepas tu aku kata kat Joshua,”ok bulatan A aku nampak 7 loss dan 2 win, bulatan B aku nampak 2 loss dan 7 win, bulatan C aku nampak 7 loss dan 1 win ”

Joshua kata lagi kat aku,”Ambik contoh bulatan C, situ ada 7 loss dan 1 win, jika kau berada disitu dan mengalami 7 loss dari 8 posisi yang engkah letakkan…aku nak tanya kau…apa agak-agaknya emosi kau masa tu…konfident, takut, gembira atau natural”.

Aku ambik masa sekejap untuk fikir, kemudian aku kata kat Joshua,”Mencabar tu kalau 7 kali berturut-turut gagal bukan senang nak terima tu”.

“Sekarang engkau faham tak?’, kata Joshua lagi kat aku.

“Faham apa?”, aku tanya balik kat dia

Jawab Joshua,”Ni lah maksud dia “small picture” yang aku cakapkan tadi”,

Sambungnya lagi,”Ramai trader bila trade mereka look at “small picture”, sebab tu emosi susah nak jaga”.

Sehingga berjumpa lagi.

Friday, May 6, 2011

My FX today cycle 14

Salam trader kepada semua,

Result trading minggu ni (1/5/11 hingga 7/5/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni ada 2 loss, untung 2 posisi, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 4 posisi yang tengah floating dan tiada sebarang posisi tengah pending. Macam biasa, posisi yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan.

Keseluruhan jumlah pips yang rugi pada minggu ialah sebanyak 180 pips.


Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo. Walau bagaimanapun aku pasti ada yang tertanya mengapa ada sesetengah position tu aku letak TP kurang dari 161.8 fibo extended. Jawapannya mudah, sebetulnya memang aku letak asal-asal TP pada 161.8 fibo extended, tetapi base on current market condition, maka aku adjust TP tu sebab aku tak expect 161.8 fibo tu boleh dicapai atas sebab-sebab tertentu.

Kat bawah ni snapshot, 2 position yang win untuk minggu ni dan 2 position yang loss:









Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Wednesday, May 4, 2011

Biar Betul Part 40

Joshua jawab aku,”Dalam forex “minda tanpa sedar” ni adalah segala-galanya, trader should trade guna "minda tanpa sedar", tetapi sebaliknya berlaku, ramai trader trade guna minda sedar”

“Apa maksud kau ni, comfuse aku”, kata aku balik kat Joshua.

“Ok macam ni, macam aku cakap tadi, sebagai pemandu kita tak payah fikir lama-lama bila tengok lampu isyarat sama ada merah, hijau atau pun kuning”, jawab Joshua lagi, dia diam sekejap, kemudian sambungnya lagi.

“Sebabnya kita tak payah fikir lama-lama adalah kerana maklumat tentang colour lampu isyarat tadi dah store kat ruang “minda tanpa sedar” kita, so tindakan luaran kita menjadi spontan dan automatik, trading forex pun kena buat macam ni, so bila seseorang trader dapat trade guna maklumat dari “minda tanpa sedar” maka trading dia tidak akan emosi”, jelas Joshua lagi.

Joshua diam sekejap, kemudian katanya lagi,"Macam masa kau driving, pasal kau dah terbiasa dengan lampu isyarat punya colour skim, kau tak akan fikir lama....ni nak berhenti ker jalan, jalan ker berhenti ni..semuanya spontan, betul tak?", tanya Johua lagi kat aku.


Aku mengangguk, kemudian aku kata,"Yeap, betul tu mana ada fikir-fikir ,nampak jer terus tahu nak buat apa".



Sambungnya lagi,”hanya dengan trade guna “minda tanpa sedar” maka trader lebih berdisiplin dan paling penting, dapat stick to the plan secara automatik dan spontan”

“Fuuuuyyyyooooo,, dashyat jugak kau ni, info ni baru first time aku dengar”, kata aku kat Joshua.

“Kan aku dah cakap tadi, aku ni dah jadi jutawan pun pasal main forex ni, and kalau sapa-sapa tanya aku apa yang paling penting, jawapan aku hanya satu perkataan jer”, kata Joshua lagi kat aku.

“Ok…ok…aku tahu mesti kau nak cakap “disiplin”…betul tak?”, pintas aku segera kata-kata Joshua.

“He he he he tau tak ape, exactly memang “disiplin” is satu perkataan yang describekan segala-galanya”, kata Joshua lagi kat aku.

Segera aku teringat perjumpaan aku dengan Mary Sari tempoh hari. Aku kata kat Joshua

“Hari tu aku pernah jumpa jugak dengan seorang awek lawa kat airport Kuching. Dia pun forex trader juga, dia bagitahu aku perkara yang sama, disipilin is the most important aspek dalam trading ni”, kata aku lagi kat Joshua.

Aku berhenti sekejap, kemudian aku sambung balik:

“Pasal disiplin ni aku dah dengar, cuma pasal “minda tanpa sedar “ ni first time aku dengar”, kata aku lagi kat Joshua.

Joshua bersuara lagi , dia kata kat aku,”Kau perlu store kan maklumat trading kau dekat “minda tanpa sedar”, caranya mudah”.

“Macam mana tu?”, tanya aku lagi kat Joshua.

“Mudah jer caranya, kau kena lihat trading kau dalam “big picture”", terang Joshua lagi.

“Apa tu,”big picture”, tak faham ler aku”, tanya aku lagi kat Joshua

Joshua tanya aku lagi, "kau ada buku nota and pen tak, aku pinjam sekejap, nanti aku explain kat engkau”.

“Ada kat dalam beg”, kata aku lagi dan segera aku selongkar beg sandang belakang yang aku letakkan di lantai dan keluarkan buku nota bersama sebatang pen.

“Nah”, kata aku lagi kat Joshua sambil serahkan pen dan buku nota tu tadi kat dia.



“Air coke tu bagi ler kat aku, aku nampak ada lagi kat dalam beg kau tu”, kata Joshua lagi kat aku.

“Nah ambik kau”, kata aku kat Joshua, Joshua pun segera buka minuman tin coca-cola yang aku berikan tadi dan segera dia minum.

Sambil tu aku perhatikan Joshua leka melakar sesuatu kat dalam buku nota yang aku bagi tadi. Katanya lagi kat aku,” Bagi aku lukis dulu lepas ni aku explain”

Sehingga berjumpa lagi.