Saturday, May 28, 2011

Biar Betul Part 46


Kampung Air Brunai, 2.34pm
Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson. Sept 11, 2008

Jangan berputus asa, pada aku sekali aku mengenali forex aku sebenarnya sudah hampir menjadi jutawan, asalkan aku bijak dan melakukan apa yang sepatutnya dengan betul. Permasalahannya sekarang, aku tertanya-tanya apa yang patut aku lakukan dan apa yang tidak patut aku lakukan dan akhirnya aku tahu,caranya mudah sahaja, cari rakan-rakan aku yang turut serta melabur di forex dan masih tidak berjaya, bergaullah dengan mereka. Tanyakan pada mereka apa yang mereka lakukan, senaraikan semua perkara yang mereka lakukan dan catatkan dengan teliti satu persatu. Dapatkan maklum balas bukan hanya dari seorang atau dua, malah kalau aku ada 100 orang kenalan yang sama-sama melakukan pelaburan forex tetapi masih tak kaya-kaya juga, tanyalah apa yang mereka lakukan dan senaraikan satu persatu. Aku pasti aku akan tahu sebenarnya cara untuk berjaya begitu mudah. Caranya ialah lihat senarai yang aku buat tadi dan lakukan perkara yang sebaliknya. Jangan lakukan perkara yang mereka lakukan, tetapi lakukan perkara yang bertentangan dari apa yang mereka lakukan. Aku berjaya kerana aku lakukan perkara yang bertentangan dengan rakan-rakan aku yang lain.

Melabur di forex sepatutnya dilakukan dengan teknik yang ringkas dan mudah. Kalau aku merasakan teknik yang aku gunakan terlalu komplikated, bersandarlah sebentar dan ingatilah kata-kata ini, ianya sepatutnya mudah dan ringkas, kalau terlalu komplikated maka ringkaskannya. Aku percaya kalau aku melakukan kajian terhadap teknik-teknik yang diguna pakai oleh rakan-rakan aku yang sampai sekarang masih tidak berjaya, aku pasti teknik yang komplikated adalah salah satu ciri-ciri yang tersenarai didalam senarai aku.

Sehingga berjumpa lagi