Friday, May 13, 2011

My FX today cycle 15

Salam trader kepada semua,

Untuk trading minggu ni (08/5/11 hingga 15/5/11). Result trading aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni ada 1 loss, 1 win, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 3 position yang tengah floating dan 1 position tengah pending. Macam biasa, position yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan. Loss bersih untuk minggu ni berjumlah 113 pips.



Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu position jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo.

Aku menggunakan current market condition untuk membuat analisa arah tuju market, sebab tu ler ada masa nya TP tu aku adjust dari masa-kesemasa kerana support dan ressitance baru yang terbentuk aku jadikan panduan untuk menganalisa momentum sesuatu market. Cuma yang aku tak pernah adjust ialah Stop Loss dan ianya sentiasa aku set secara dinamik untuk setara dengan 2% dari equiti terkini dan aku letak dekat 0.0 fibo

Kat bawah ni snapshot, 2 position yang close untuk minggu ni:



Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]