Friday, May 6, 2011

My FX today cycle 14

Salam trader kepada semua,

Result trading minggu ni (1/5/11 hingga 7/5/11) aku tunjukkan kat bawah ni. Minggu ni ada 2 loss, untung 2 posisi, dan pada masa report ini diupload aku masih ada 4 posisi yang tengah floating dan tiada sebarang posisi tengah pending. Macam biasa, posisi yang tengah floating ni bila dah close nanti baru aku ulaskan.

Keseluruhan jumlah pips yang rugi pada minggu ialah sebanyak 180 pips.


Macam biasa aku guna strategi fibo retracement, dan aku hanya akan ambil sesuatu posisi jika dan hanya jika ia telah retrace sekurang-kurangnya 50 fibo dan kadang-kadang 61.8 punya retracement pun aku balun expecially kalau sesuatu pair tu tengah betul-betul trending. Take profit aku ambik dekat 161.8 extended fibo. Walau bagaimanapun aku pasti ada yang tertanya mengapa ada sesetengah position tu aku letak TP kurang dari 161.8 fibo extended. Jawapannya mudah, sebetulnya memang aku letak asal-asal TP pada 161.8 fibo extended, tetapi base on current market condition, maka aku adjust TP tu sebab aku tak expect 161.8 fibo tu boleh dicapai atas sebab-sebab tertentu.

Kat bawah ni snapshot, 2 position yang win untuk minggu ni dan 2 position yang loss:









Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]